BAJ

BAJ.
Baj – adalah sebuah kapal besi yang lantainya rata, tak berenjin dan selalunya bergerak dengan cara ditunda dengan bot tunda (tugboat). Senang cerita ianya bak rakit besi yang boleh mengangkat muatan bertan-tan mengikut saiz baj tu. Pada pertengahan tahun 90an di kampung aku, ada sebuah baj pecah tersadai di tepi pantai. Baj tersebut ditambat dengan seutas tali pada sebatang pokok berhampiran pantai, supaya tak terhanyut dek pasang surut air laut, apatah lagi badai di musim tengkujuh.

Pada awal tahun 1996, aku yang baru lepas SPM belum dapat mana-mana tawaran sambung belajar, banyak melepak sepenuh masa, cuma kadang-kadang tolong ayah aku ambil upah potong rumput, dan kadang-kadang ambik upah bersih-bersih rumah yang disewa kompeni petroleum. Ketika tu aku keluar petang dan balik pada esok paginya. Selain dari lepak main gitar dengan member-member, aku juga suka ikut member-member ni pergi memancing, berkhemah.. Tempat di mana baj pecah tu tersadai adalah satu-satunya kawasan yang aku dan member-member suka pergi melepak setiap kali ke pantai. Uniknya baj ni, walaupun ada lubang di sebelah tepi, namun bila air laut pasang, ia masih mampu untuk timbul dengan air memenuhi ruang lantai tak sampai ke buku lali. Kalau dari jauh, nampak macam kita ni tengah santai duk terapung atas permukaan air laut di pesisir pantai. Ada masanya bila cuaca ok, tak ada plan apa-apa, makanya di pantai itulah kami habiskan masa dari 1-2 pagi, sampai terbit matahari.

Pada suatu malam, lebih kurang 2 pagi, kami berenam sampai di pantai area baj pecah. Melepak macam biasa sambil menghayati suasana, dan ketika masing-masing gali pasir buat tempat baring-baring, member aku Din ajak pergi naik atas baj, katanya nak pergi suluh ketam. Aku ok je, jadi kami berdua dengan sebuah lampu suluh, pun pergi naik atas baj tu. Selalunya aku duk lepak atas baj tu siang hari, bila tengah-tengah malam ni feel adventure tu memang agak lain macam, walaupun ketika tu air surut. Walaubagaimanapun, bersama dengan member aku Din yang sememangnya seorang yang selamba rock tahap cipan berpangkat dewa dalam apa jua keadaan, aku pun turut rasa cool je, bergayut kat tali tambat tu dan panjat naik atas baj.

Aku banyak duk tercegat je, sambil kawan aku tu duk menyuluh ikut lubang-lubang atas lantai yang asalnya macam tempat pasang tiang. Lubang tu ada dalam besar pinggan makan. Tengah aku duk mengelamun memandang ke arah horizon laut yang seakan bercantum dengan langit gelap nun jauh di sana, tiba-tiba, “ Zid! Zid!”, lamunan aku terhenti dan sejurus kemudian bersambut silau cahaya lampu suluh, tepat-tepat ke atas muka aku pada saat aku menoleh ke arah Din yang kini berdiri tercegat dalam jarak dua depa dari tempat aku berdiri. Tadi dia duk berlutut sambil suluh-suluh lampu mengintai dalam lubang lantai tu, suluh ketam. “Zid,… aku dengar macam ada suara budak bawah lantai ni Zid”, kata Din sambil kejap-kejap suluh lubang lantai, kejap-kejap suluh muka aku.

Kini aku berdiri mengadap Si Din, masih dalam jarak dua depa, dengan dahi berkerut, tanpa menoleh muka, mata aku menjeling kiri, dan kanan. “Kau buat lawak apa ni Din? 2.30pagi kot? Kita je atas baj ni, ..tak kelakar langsung!”, detak hati aku. Dalam kejauhan yang tak lah jauh sangat, aku dapat dengar suara kawan-kawan aku yang sedang melepak di pasiran pantai, sayup-sayup di sebelah kanan aku. Bermakna, di sebelah kiri aku, laut. Nasib baik, tempat aku dan Din berdiri ni sebenarnya di bahagian tepi atas baj yang berhampiran dengan pantai. Kalau aku melangkah sedikit ke kanan, dan lompat, dalam sekelip mata, kompem aku dah boleh menjejak kaki ke pasir pantai, turun dari baj. Paling teruk pun, mungkin aku tersembam muka dulu kalau-kalau kaki aku tersangkut tali tambat.

“Hah??, amende Din??”, tanya aku buat-buat tanya sebab aku dah terang-terang dengar apa yang Din cakap. “Ni, ikut lubang ni, aku dengar macam ada suara budak”, ulang Din dengan intonasi yang aku tak pasti samada nak yakinkan aku, atau takutkan aku. “Mari sini, dekat sikit ni, ni kat lubang ni”. Aku telan air liur, aku pun menghampiri tempat Din berdiri.

Sekarang ni aku dengan Din berdiri mengadap masing-masing dalam jarak kurang sedepa, dan lubang lantai tu berada di tengah-tengah. Dari tempat aku berdiri, dengan lampu suluh yang di hala ke dalam lubang, aku boleh nampak riak kecil air laut yang beralun masuk dan keluar ruang lantai bahagian dalam baj. “Din, aku rasa yang kau dengar tu bunyi ombak. Kan baj ni dalam dia banyak ruang kosong gini, jadi bila air laut masuk ikut lubang pecah tu, pastu langgar dinding dalam ni, jadi bunyi bergema.. tu yang mungkin dengar macam suara budak tu…,” pendapat skeptik aku yang langsung cuba mengetepikan sebarang unsur-unsur yang boleh menyebabkan aku membuat lompatan kijang liar meragut lalang.

Dalam samar-samar pantulan cahaya lampu yang disuluh pada lantai, aku dapat melihat riak wajah Din yang tampak terkilan dengan respon aku, seolah-olah aku mencadangkan yang bahawa beliau cuma mengalami halusinasi audio atau mungkin mencadangkan status tidak berapa nak ‘centre’, walhal aku cuma nak sedapkan hati aku yang setulusnya tengah dilambung rasa cuak. Tiba-tiba, Din memandang aku dengan wajah agak serius serentak dengan lampu suluh ditala ke muka aku, “Nah, ambik lampu ni, kau duk cangkung tepi lubang ni…”. Terkujat aku.

Mulanya aku berdiri betul-betul mengadap lubang tu, kemudian aku duduk bercangkung, sambil menyuluh di sekitar lubang, “Nak kena hulur kepala dalam lubang ni ke Din?,” tanya aku yang dah rasa semakin tak pasti nak rasa apa. Kepala otak aku pula cuba mencari rasional kepada pendapat skeptik aku sendiri – dalam keadaan apakah bunyi ombak-ombak kecil berolak melanggar dinding besi dalam ruang berongga hingga ia menghasilkan bunyi seperti suara budak? Walau teragak-agak, aku sendiri ingin tahu. “ Tak payah hulur kepala dalam lubang tu, kau hendap kepala sikit je..nanti kau dengar,”kata Din, dan aku perasan Din mula berundur ke belakang dalam dua langkah. Dengan sebelah tangan dan sebelah lutut pada lantai, aku membongkok perlahan–lahan mendekatkan kepala aku pada lubang lantai tu, dengan sebelah tangan lagi menggenggam erat lampu suluh dan terus menyuluh ke dalam lubang.

Din cukup optimis bila beliau berundur dua langkah ke belakang Ternyata memang aku terperanjat amat dengan apa yang aku dengar menyebabkan aku terus terlompat ke belakang dan berdiri lurus dengan lampu suluh yang nasib baik aku tak terlepas, dan kali ni aku pula yang kejap-kejap suluh lubang lantai tu, dan kejap-kejap suluh muka Din. “ Kan? Kan? Suara budak kan?’’ kata Din sambil tersengih-sengih, kontra benar dengan muka aku yang ketika itu separa kejung. Bunyi yang aku dengar tu cukup terang jelas dan langsung tidak ada ruang untuk aku keliru antara ianya bunyi gema ombak, baj pecah dan apa-apa pun yang lain, melainkan memang suara-suara budak-budak. Sejurus ketika aku dekatkan kepala pada lubang lantai tu, bunyi teriak ketawa suara-suara kanak-kanak tiba-tiba bergema di dalam ruang bawah lantai baj, dan suasana kanak-kanak pra sekolah ketika waktu rehat, main kejar-kejar terus terbayang secara spontan. Aku sebenar-benarnya, sepenuh hati terkesima, tak percaya, kebingungan, hinggakan berkali-kali aku duk ulang cakap benda yang sama walaupun sedikit tergagap, “ Din, ….memang suara budak Din, macam budak-budak tadika time rehat.” Selepas beberapa ketika aku dan Din turun dari baj dan lepak bersama member-member yang lain di pantai.

Selepas subuh dalam pukul 6 pagi, aku dan Din sekali lagi naik atas baj tu, cuba intai-intai, suluh-suluh dalam lubang yang sama, dan kali ni, cuma bunyi olak air saja yang kedengaran, langsung tiada lagi bunyi suara kanak-kanak bermain.

stonelemon
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

20 comments

    1. Memang habis situ je tinie, but anyway, kawasan tu memang area ” perkampungan “, nasib baik tak ade gangguan-gangguan kasar macam area2 lain kat2 situ. Kata orang ada satu tempat tu kalau kita duk2 situ, akan ada macam orang kuis2 telinga, or tepuk kepala…lagi naye.

      1. itula yang kau akan selalu dengar, “cerita tegantung” “takde sambungan ke”
        padahal dah memang jelas abis kat situ
        bende ni lagi pelik daripada semua kisah mistik kat sini

  1. Baik gaya penulisannya, tidak meleret-leret. Cerita pun menarik. Terima kasih kongsi. Kalau ada pengalaman lain, kongsi lah lagi, ya.

  2. Cerita menarik..Tok suka bahasa yang kau guna.. “Tiada ruang untuk keliru” ayat ni tok suka..
    Kipidap writer 9/10 tok bagi..

  3. apa sal tak potong potong je guna api gas dn jual kat besi buruk. barge jika hayut payah nk kesan sbb barge umpama setongkol besi yg hanyut.ship name dn port registry padam dh hilang kesan.barge 300 ft jutaan dollar tu jika baru.

  4. berani lakk duk kat situ lagi walaupun dh dengar suara misteri tuu….best cerita ni sampai sbb cara penceritaan yg diceritakan terasa real…truskan mengarang…

    1. Mungkin sebab ade member sorang ni, xde langsung unsur panik dia ni, selamberr amat… kalau dak, xtau la.. ade rasenye yg silap side lari masuk laut pagi tu.

  5. bila baca serius rasa mcm ada kat situasi sebenar jer,bgus penceritaan yg baik buatkan pembaca boleh feel rasa seram tu skali..anyway kalau ada apa2 story lagi smbung la lagi ya

  6. Cite ni wa dah dengar secara lisan dr lu dlu.. Wahh terbaekk lah bro.. Lagi feel bace cite dr dngr secara lisan dr lu… Hihihi.. Anyway. Keep it up!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.