Siapa Yang Kau Bawa Balik?

#SiPelatR – Siapa yang kau bawa balik?
Assalamualaikum peminat tegar FS, salam dari borneo. Nama aku Shy dah kahwin dan ada sorang anak. Aku seorang yang lone ranger tapi dah ada anak ni tak boleh nak lone ranger lagi. Ini kali pertama aku hantar cerita kat FS dan cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri. Terima kasih FS kalau sudi publish cerita aku. Maaf kalau tak seram.
Bismillahirahmanirrahim..

Cerita ni masa aku cuti semester aku balik kampung, aku jenis yang tak boleh duduk rumah kalau cuti. Lepas rehat sehari kat kampung aku terus pergi cari kerja duit gaji nanti aku boleh buat bayar yuran masa naik semester. Aku dapat kerja Taska jaga budak budak. Taska ni dalam Hospital khas untuk anak-anak nurse dan doktor. Aku tak tahu la siapa yang bengap sangat buat Taska berhadapan dengan Unit Forensik (Bilik Mayat).

Aku jenis suka budak ( Abg M, boleh la recommend saya pada Abg Jerry dengar cerita dia cari yang pandai layan budak Hahaha, jangan marah gurau je) aku cuba mengusik abg M. Sebab tu aku sanggup kerja kat Taska ni walaupun kena lalu bilik mayat hari hari.

Aku mula kena kacau masa tu aku tengah “bendera merah”. Hari tu ada sorang budak ni dia balik lambat sebab mak dia ada emergency case, aku kena tunggu budak ni sampai mak dia datang ambik. Dalam pukul 6.30 petang macam tu mak budak ni datang. Masa tu nak masuk maghrib hari pun dah gelap (kat borneo maghrib awal). Pekerja lain dah balik awal aku pulak Boss amanahkan untuk buka dan tutup Taska. Tanpa lengahkan masa aku terus capai kunci motor dan terus balik.

Masa aku dalam perjalanan balik aku terhidu bau d***h, ya d***h tu datang dari aku sebab aku tengah “bendera merah” (perempuan tahu la bau dia macam mana). Bau d***h tu kuat sangat, hati aku dah tak sedap. Aku rasa macam ada benda yang ikut aku, aku tak pasti benda ni ikut aku dari Hospital atau masa dalam perjalanan sebab aku ada lalu jalan yang agak keras dan kerap berlaku kemalangan kat jalan tu. Perjalanan balik kerumah ambil masa 20 minit macam tu. Sampai je rumah aku masuk terus sebab dah takut sangat dan terus mandi.

Mula-mula aku ingat tak ada apa-apa yang jadi malam tu, aku silap. Aku kena kacau masa aku tidur. Aku tido kat ruang tamu malam tu sebab dalam bilik panas. Ruang tamu rumah aku bentuk L ada dua Hall. Hall 1 ada tv sofa, abang dan adik aku selalu tidur kat situ sebab nak tengok tv, hall 2 kosong tak ada perabot apa apa dan aku tidur dekat Hall 2 tu. Lupa nak cakap rumah aku atas sungai,ya sungai tempat kau mandi manda masa kecik kecik dulu, kalau panas kau boleh terjun kat bawah Haha.

Aku ada satu patung ni aku bagi nama dia bubut, selalu nya aku akan tidur peluk bubut tapi malam tu aku terlupa nak ambik bubut, dan aku pasti sangat yang bubut ada kat dalam bilik aku. Masa aku tidur dalam pukul 2 pagi macam tu aku tersedar sebab ada “sesuatu” baling hanger kat aku. Aku ingat adik aku yang tidur dekat Hall 1 tadi saja nak kacau aku. Aku pun jerit “Hoiii kau nak cari gaduh dengan aku ke?’’. Lepastu aku dengar bunyi gelak “hihihi”. Aku dah mula rasa seram, tapi aku malas nak fikir nagetif masa tu. Aku pun sambung tidur sebab aku fikir munfkin adik aku.

Baru aku nak lelapkan mata ada lagi “sesuatu” baling barang kat aku tapi kali ni dia baling bubut, ya bubut yang ada dalam bilik tadi. Aku malas nak layan, dalam hati aku cakap “tak payah layan nanti dia penat dia behenti la”.
Baru aku cuba nak lelapkan mata aku nampak satu kelibat baju putih depan pintu bilik kakak aku, benda tu macam nak masuk bilik kakak aku tapi tak boleh. Aku bangun sambil gosok mata untuk pastikan apa benda tu, tapi aku fikir positif mungkin langsir bilik kakak aku kot.

Aku baring balik dan terus tidur sampai pagi sebab penat sangat kerja siang tadi. Esok nya aku marah adik aku kenapa baling hanger dan bubut kat aku malam tadi. Adik aku terus muka cuak, dia cakap lepas tengok tv dia masuk bilik malam tadi. Aku tak percaya dan aku pulas telinga dia sampai merah. Sebelum aku pergi kerja aku lalu depan bilik kakak aku dan aku teringat pasal kelibat malam tadi, dan aku tengok tak ada langsir pun depan pintu kakak aku tu. Aku dah start cuak tapi aku tak cerita kat siapa- siapa. Aku terus pergi kerja, hari tu last aku kerja sebab lusa dah nak balik rumah sewa kat Shah alam.

Masa aku nak balik Shah Alam aku tak bawak bubut, aku bagitau mak aku suruh simpan bubut dalam almari je. Mak aku tanya kenapa tak bawak, aku pun sengih cakap “orang dah besar taknak main patung dah”. Padahal aku takut kisah malam tu berulang balik. Masa aku kat Shah alam nasib baik takde kejadian seram yang jadi tapi dia kacau orang kat rumah aku.

Mak telefon bagitahu yang adik aku yang kecik umur baru 4 tahun kena kacau. Asal malam je adik aku nangis sambil tunjuk pintu, lepas mak aku tutup pintu baru dia behenti nangis, hari hari macam tu. Lepas tu mak aku bagitau malam semalam dia ada dengar bunyi mengilai  dalam bilik kakak aku masa ni kakak aku takda dia pergi sabah, bila mak buka pintu bilik, alangkah terkejutnya satu kelibat berbaju putih tengah berdiri tapi menoleh kebelakang… mak aku terus kelur dan kejutkan bapa aku.

Bapa aku terus bangun pergi ambil wuduk dan terus baca yasin dalam bilik kakak aku. Mak aku bagitahu masa bapak aku baca yasin tu ada benda belari atas rumah, bunyi dia macam ramai sangat orang tengah lari-lari lepastu hilang. Esok nya mak dan bapa aku terus panggil ustaz untuk pagarkan rumah. Allahamdulillah sekarang dah takda apa-apa. Aku pun cerita kat mak aku yang aku pun dah kena kacau dan nampak kelibat berbaju putih masuk ke bilik kakak, aku juga bagitahu mak sebernanya benda tu ikut aku balik masa aku tengah “bendera merah”. Lepastu aku pun kena leteran mak aku sebab masuk rumah macam tu je tak baca 3 Qul Ayat kursi semua.
-Tamat-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

shy
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

3 thoughts on “Siapa Yang Kau Bawa Balik?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.