Siapa Yang Marah?

#SiDelimaMerah : Siapa yang marah?

Hi dan Assalamualaikum . Terima kasih Fs sebab sudi postkan cerita aku yang tak seberapa ini. Aku terpanggil nak cerita pengalaman aku sendiri . Aku Vie dan ini pengalaman mistik jadi dekat aku. Aku belajar dekat salah satu IPTA terkenal dekat shah alam. Korang mesti tahu punya. Haha.
Okay cerita dia bermula macam ni. Pagi tu habis je kelas aku dengan tiga orang member aku Hawa, Zira dan Timah ni balik rumah sewa kita orang. So petang tu kita orang dah takda kerja sangat nak buat, kita orang plan nak tengok movie sambil makan Domino pizza. Al maklum la duit ptptn masih berbaki lebih lagi so berlagak la sikit makan benda mahal kan. Hahaha.

Dah order domino pizza semua, kita orang decided nak tgk movie “Juwanita” . Cerita hantu melayu yang seram tak seram tu. Kita orang berani la waktu tu sebab masih pukol 6 petang lagi. Layan punya layan dah nak dekat pukol 7 lebih. Habis je cerita tu, kita orang semua decide pergi mandi and siap- siap semua sebab malam tu kita orang ade discussions group. Kita orang lepak dalam bilik Zira sebab bilik dia je ade bilik air. Kita orang malas nak mandi dekat bilik air bawah.

So turn pertama si Zira ni mandi. Si Hawa tiba- tiba pasang ayat al quran dekat phone dia. Aku malas la tanya apa-apa sebab tiba- tiba aku rase lain macam. Aku main je la phone aku.

Tiba-tiba Si Timah nie tanya aku “Weh vie, kalau aku pasang surah Ruqyah kan, apa jadi eh?”

Dalam hati aku, “kau dah kenapa perempuan? Gila ke waktu-waktu genting macam nie nak pasang Ruqyah pulak ni.”

Pastu tak sempat aku nak jawab lagi si Zira keluar dari bilik air and jawab, “kalau kau nak tahu, cuba la kau pasang . Tengok ape jadi,” sambil senyum sinis dekat Timah.

Aku dah rase lain mcm dengan jawapan yang mcm tu. Aku terus masuk mandi. Waktu aku mandi tu, memang aku tak dengar lansung suara diorang ke atau ayat2 al quran dari phone Hawa. Habis je mandi aku keluar.

Si Timah terus cakap dekat si Zira, “kau apehal mata merah weh?”

Aku geram je dengan si kecik nie tau dari tadi ade je soalan bukan2 dia tanya. Aku dah la tengah seram sejuk.

Tibe-tibe si Zira terus pergi dekat aku dan cakap, “Vie, kalau kau ade nampak mcm tak kena dengan aku. Tolong aku yer Vie.”

Adoi, minah lagi sorang ni dah kenapa, aku cakap dalam hati. Aku nie ade la jugak “kelebihan” pasal alam ghaib tapi taklah hebat mana pun. Kadang-kadang aku boleh nampak and kadang-kadang “benda” tu akan panggil nama aku. Sebab dulu aku pernah kena kacau tapi lepas berubat dah kurang sikit.

Okay, berbalik pada cerita tadi, lepas si Zira dah cakap mcm tu aku dah start rasa tak sedap hati. Aku cakap dekat si Hawa, “Hawa, bawak kereta asing la. Kau follow aku dari belakang. Zira nie lain mcm la.”

Hawa faham ape yang aku maksudkan. Kita orang gerak 2 kereta. Aku dengan Zira, Hawa dengan Timah. Hawa follow aku dari belakang. Sepanjang dalam kereta aku dengan si Zira ni, dia langsung tak pandang aku, dia pandang cermin tingkap je. Aku cuba buat cool la kan. Aku siap menyanyi lagi dalam kereta nak cover takut punya pasal. Tengah aku menyanyi tu, aku terpandang satu susuk hitam besar gila dekat tempat duduk belakang melalui cermin atas tu. Aku tengok jam, “ehh, baru pukul 8 lebih, takkan hantu dah muncul kot?” Aku anggap je la aku terikut-ikut perasaan takut aku kot.

Pastu aku cakap dekat si Zira, “weh, kita nak buat discussion group dekat mane nie?” Aku sebenarnya dah takut, tu saja bercakap dengan si Zira tapi dia selamba tak layan ape aku cakap. Dah sampai tempat discussion tu, Zira masih mcm tu. Tak bercakap. Budak-budak lain pun pelik. Kalau tak, suara dia saja bercakap.

Habis je discussion tu, kita orang decide nak singgah McD sekejap sebab lapar. Dalam pukul 2 pagi rasanya waktu tu. Aku dah berdebar sebab sekali lagi aku kena naik kereta dengan Si Zira. Kau bayangkan sepanjang discussion tu dia tak bercakap. Balik tu aku drive mcm biasa, tiba-tiba satu benda hitam melintas depan aku. Aku dah mencarut dalam hati, “celaka punya benda, aku nak drive kau nak kacau pulak.” Tiba-tiba, aku dah rasa tak tahan sangat dengan si Zira yang diam seribu bahasa ni, aku terus tanya dia, “eh Zira, kau ni kenapa hah? Ape yg kau nampak sampai kau diam macam ni?”

Dia diam jer. Lepas dalam 2-3 minit, tiba-tiba dia jawab, “dari tadi aku pandang cermin, cermin asyik mengejek aku je Vie. Aku tak senyum pun dia senyum Vie.”

Aku dah telan air liur dah waktu tu. Aku tanya lagi, “siapa yang senyum?”

Dia jawab, “tak tahulah Vie. Tapi kan Vie, dia marah sangat dekat kau. Dia ade dekat belakang kau sekarang. Betul-betul dekat leher kau sekarang Vie. Yang melintas tadi pun dia, Vie. Dia marah dekat kau.”

Bulu tengkuk aku waktu tu kau tak payah tanya la meremang dia mcm mana. Aku terus parking dekat McD. Sebelum keluar kereta, aku siap cakap, “tak kisah la dia marah aku ke tidak. Dah tumpang kereta orang nanti turun la.”

Dekat McD tu kan, si Zira nie relaks je ketawa gelak-gelak dengan si Timah and Hawa macam takde apa jadi dalam kereta tadi. Aku dah pelik tapi aku malas cerita pape dekat diorang lagi. Habis je makan, kita orang balik. Alhamdulilah waktu tu si Zira tak bercakap benda pelik-pelik lagi.

Esoknya waktu makan tegahari, aku tanya si Zira, “kau kenapa semalam Zira? Ape benda yang marah?”

Dengan muka selamba, “kau kenapa Vie? Ape benda kau cakap nie? Siapa pulak yang marah?”

Aku dengan si Timah saling berpandang, lepas tu aku tanya, “kau tak ingat pape ke?”

Dia jawab, “tak, aku ade cakap apa-apa ke semalam?”

Kau tahu tak perasaan aku waktu tu. Siapa yang bercakap dengan aku dalam kereta tu? Dan siapa yang ada dekat belakang aku dalam kereta tu? Zira tak ingat apa-apa pun. Langsung tak. Bila aku cerita, muka Zira punya terkejut . Dia tak sedar ape yang dia cakap malam tu. Ape jadi malam tu masih tanda tanya . Kenapa “benda” tu marah dekat aku.

Terima kasih FS sebab siarkan cerita aku. Insyaallah kalau ade kesempatan aku akan cerita aku dikacau kuntilanak selama 7 tahun dan pengalaman aku berubat.

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit.

#SiDelimaMerah
Rate this post

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.