Assalamualaikum w.b.t, Ok.. nama aku Q. Cerita ni berlaku waktu aku belajar kat sebuah politeknik. Poli mana tu tak payah la sebut ye. Masa tu aku sem 1, dapat blok belakang dan setiap bilik ada 2 orang je. Roommate aku nama dia Yumi. 1 hari ni Kelab Jabatan aku ada buat 1 event. Muslimah The Power, event ni mewajibkan setiap kelas dibawah jabatan aku hantar sorang wakil sebagai peserta dan kelas aku buat undian nama aku naik.
Event malam tau.. tapi peserta kena datang dewan awal dalam pukul 5 petang camtu. Blok aku ni kalau nk ke class atau ke dewan kena lalu pedestrian (Laluan pejalan kaki) yg lintas padang sebelah kiri dan blok lelaki sebelah kanan & kt hjung padang tu ada sebuah tandas lama yang dah tak digunakan lagi & ada 1 pokok besar betul2 tepi tandas tu, memang cuaklah kalau lalu maghrib2 dan malam.
Roommate aku ni jabatan lain, so dia tak ambil port la pasal event aku ni. Pukul 3 lebih macam tu aku dah siap cantik kawan make up kan dan beriya ni nak bertanding & terus ke dewan event. Pukul 7 petang macam tu si Yumi ni dengan kawan dia Dila nak pergi cafe A beli makanan. Cafe A ni depan blok asrama lelaki. Nak tak nak kalau tak rajin nak ikut jalan depan ikut shortcut la jalan lalu padang tu. Dalam perjalanan nak ke cafe depan toilet lama tu dia berselisih dengan ‘aku’ katanya. Dia kata cantik baju sama muka smue sama siap make up macam aku awal2 bersiap siang tadi. ‘Aku’ siap bagi senyuman lagi kat dia & Dila.
So Yumi & Dila ni tak adelah rasa cuak ke apa tapi diorang pelik! Kenapa aku jalan sensorang maghrib2 ni & mana geng2 baik aku yang sama2 join ikut aku pergi dewan tadi?? Sampai ke cafe diorang ni terfikir. Ok nak balek cafe pulak diorang dah tak sedap hati. Contactlah budak lelaki classmate diorang yang dduk asrama tu suh temankan. Bila diorang dalam perjalanan balik blok pulak terserempak lagi! Weii.. kali ni dari arah yg bertentangan pulak. Diorang tak berani dah nk pandang tapi si Dila ni duduk menjeling2 jugak guna ekor mata. Kata Dila muka ‘aku’ dah lain, pucat & tak de make up dah! Pheww..
Ok part aku pulak.. menang beb dpt no. 3! haha. Dapatlaa bunga sejambak + voucher spa, gila seronok! Dalam pukul 10 lebih malam macam tu aku & the gengs balik laa suka ria ke blok & bilik. Sampai2 bilik dengan mood happy. Tetiba tengok bilik aku ramai orang. Ada ketua aras kat dalam bilik & roommate aku nanges2 + tak nak tengok aku. Kawan si Yumi ni, Leha bagi aku air & suh aku mengucap atau baca fatihah. Eh dah kenapa??? Aku tanya laa apa niiii?? Air ape? Leha kata minum jee.. Ok aku minum je. Aku memang dah muka pelik habis dah.
Si Yumi ni cakap kat ketua aras tak nak tido bilik malam tu. Dia pon keluar ikut ketua aras.. tido bilik ketua aras kot. Ok aku & the gengs ni masuklaa bilik dengan penuh kalut. Leha citer 1 per 1. Aku cakap, “wallahi aku xde keluar pon dari dewan merayap2 ble sampai kt dewan tu. Event habis baru aku keluar & balik bilik ni haa”. The gengs aku si Nadiah, Afyn, Ct, Fatin & Alyn memasing tak nak tido bilik dah. So menyempitlah masing2 tido bilik aku malam tu. Serius terus rasa serabut dengar apa yang baru jadik tadi. Kenapa mesti menyerupai aku??? Argghh!
Aku dgn make up tak cucinya, baju tak tukar terus terlelap atas katil. Si fatin & afyn tido kat katil yumi.. nadia, alin & ct tido kat bawah kt tengah2 bentang toto. Sebelum lelap tu aku nak pesan kat diorang kalau dengar orang ketuk pintu jangan bukak (tak tahula kenapa ek tetiba aku nak pesan gitu) tapi belum sempat pesan aku dah terlelap dah. Tak pasti dalam pukul berapa mungkin dalam pukul 2/3 pagi aku dengar orang ketuk pintu 3 kali. Lepas tu main tombol pulak tapi tak lama, kejap je. Tetiba aku tersedar tengok katil sebelah si afyn tengah berselubung full. Tengok bawah si alyn sambil baring berselubung dok menghendap2 mata tengok ke bawah pintu.
Lepas tu dengar ‘dia/benda’ tu berjalan macam bunyik seret berantai besi menuju ke toilet. Ok toilet aras sebelah bilik aku. Aku pulak macam nak bercakap kat diorang ni jangan bukak pintu tapi tak terkeluar suara! Lepas dah takde dengar bunyik apa2 aku sambung tido balik macam orang mamai
& Alhamdullillah kawan aku tak de sorang pun yang berani bukak. Esoknya bangun pagi tanya la budak2 ni, dengar tak apa yang aku dengar malam tadi ke aku mimpi. YES diorang dengar sama macam yang aku dengar. Aku tak taula apa yang jadi kalau laa diorang ni terlebih berani p bukak pintu bilik tu.
Lepas kejadian tu, aku rasa macam ada benda yang mengekori aku. Siang2 hari pun sama.. toleh belakang tak ada! So kawan aku pun bawak pergi jumpa sorang ‘kakak’ ni untuk berubat. Aku masuk je rumah kakak tu dia dah senyum2 pandang aku. Dia suruh aku duduk kat sejadah menghadap kiblat. Dia tanya, “bahu tak rasa berat ke???”. Aku cakap laa selalu la rasa lenguh & letih amat. Lepas mengubat tu kakak tu cerita bila aku masuk je rumah dia, dia nampak dah atas bahu aku ada benda duduk bergayut. Tapi dia dah buang & buat pendinding kat aku. Cuma lepas ni jaga solat & kerapkan mengaji. Aku cerita pasal kejadian kat poli tu, dia kata benda tu Hantu Raya! Benda tu tak de tuan, so ‘dia’ nak cari tuan baru & kebetulan aku lalu time dia kat situ.
Tu dia mengikut! Huissshhh! Start dari haritu aku Alhamdullillah laa konsiten jaga solat & amal. Ok terima kasih guys baca story aku..
jaga solat! jaga amal! rajin2 baca Quran.. 😉
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
POLIPD ke? hee..
kepada semua .. sama2 lah kita jaga solat, bukan sekadar untk mengelakkan dari hantu o whateva .. tapi solat itu perkara pertama yang akn di soal selepas kita mati nti. lulus soalan solat, maka tidur lena sperti pngantin laa kite smntra mnggu hari kebangkitan. wallahua’lam …
Tapi kalau akk ar kan…
Jd pengantin tdo x lena…
Selagi majlis x abis byk benda nk pikir…
Tapi…lbh sesuai klu ayat tu TIDO LENA SEPERTI BARU BALIK CAMPING, hahahhaahah…
Itu jam asal baring je lolap…
Sodap bonar qada tdo weeiii…
AKU TAK FAHAM SANGAT SEBENARNYA CARA DIA TULIS ..
Serammmmnya
betul tu..kite kena jaga solat n ngaji al quran..baru..benda x kacau