Kisah seram ini diceritakan sendiri oleh kawan aku. So “Aku” di dalam penulisan ini adalah sebagai kawan aku Hisyam (bukan nama sebenar).
Semuanya bermula sekitar pertengahan tahun 2012 di kawasan perumahan utara tanah air. Masuk semester baru aku terpaksa menyewa diluar kerana rekod tak baik. Sebabnya aku kena saman sem lepas pasal tak bawa kad matrix ke kuliah. Apalah nasib badan, duit PTPTN habis untuk sewa rumah je la nanti. Sebelum start sem baru aku dan Haziq dah cari siap-siap rumah sewa. Yelah kalau tak cari awal nak tidur mana nanti bila dah start kuliah. Cari punya cari akhirnya terjumpa satu iklan di mudah. Rumah teres dua tingkat berdekatan tempat pelajar. Hanya RM300 sebulan termasuk elektrik dan air. Campur deposit sebulan baru RM600. Murah! Tersangat murah.
Kami pun call la owner rumah tu tanya dah ada penyewa belum. Owner cakap still kosong, kalau nak datang tengok boleh la. Total aku dengan kawan-kawan aku 5 orang, campur kawan Haziq jadi 6 orang. Ok sangat lah tu, dah la murah rumah pulak 2 tingkat. Mana nak dapat zaman Abang Jibby sekarang ni. Maklumlah semuanya mahal. Yang murah pun senyuman dia time nak raih undi. Opps, just saying. Haha. Ni bukan cerita politik okay. So aku dengan Haziq set la time bila bole tengok rumah tu. Disebabkan aku dengan Haziq memang orang Utara so kami tak kisah sangat bab-bab nak cari rumah sewa memandangkan kawan-kawan kami yang lain tinggal di selatan. Lepas tengok rumah dan puas hati dengan keadaan rumah tu kami bayar deposit. Lengkap kot rumah tu, dapur, mesin basuh, peti ais, aircond setiap bilik, memang perfect la. Rugi kalau tak sewa.
Rumah teres dua tingkat yang terletak di hujung sebelah kanan taman perumahan ini sememangnya agak besar dan mempunyai laman yang luas. Parking kereta pun muat 3 buah sekali masuk. Punya landskap yang menarik dan kalau dilihat daripada luar, rumah ini memang cantik. Jauh sekali hendak terfikir yang rumah yang macam ini ada penunggunya sendiri. Tapi air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
3 hari sebelum semester baru bermula kami pun angkut barang masuk rumah sewa. Semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Member Haziq tak jadi nak duduk sekali tapi dia cakap deposit dia halalkan je. So kami tinggal berlima, 2 orang di master bed room then lagi 3 orang sorang 1 bilik. Seminggu kami duduk tanpa ada apa-apa gangguan. Sampai la weekend first week lepas sem baru start, semua orang balik ke kampong halaman. Aku je malas nak balik sebab tak ada siapa pun dekat rumah. Mak dengan ayah pergi rumah kakak di KL. So better aku lepak rumah sewa main game.
Pagi of cause la tak rasa takut, tapi lepas pukul 6 petang tuh aku da mula rasa lain macam. Rasa macam diperhatikan. Aku buat tak endah je la malas nak layan perasaan. Lepas solat maghrib aku lepak depan tv sambil main facebook dekat phone. Scroll punya scroll ada sorang kawan aku share pasal rumah sewa RM50. Serius seram kot cerita tu. Aku dah la tinggal sorang-sorang pergi layan cerita hantu dah kenapa. Habis je baca cerita pasal rumah sewa RM50 tu aku dah start cuak. Mula la terfikir kenapa owner rumah sewakan murah sangat. RM300 untuk rumah teres dua tingkat yang lengkap, agak mustahil kalau jumpa harga macam ni dekat kawasan lain.
Mungkin owner nak buat amal jariah untuk student kot, saja sedapkan hati padahal fikiran aku tak habis-habis fikir yang rumah ni berhantu. Sedang asyik melayan tv tiba-tiba terasa bahu aku ditepuk dari belakang. Melompat aku sebab terkejut, mana ada orang lain kat rumah ni semua dah balik kampung. Aku pun cuba lihat belakang sofa mana tahu kawan aku dah balik ke mari saja nak prank aku. Kosong! Belakang sofa memang kosong. Aku dah start berpeluh, terasa seram sejuk. Kalau ada benda pelik-pelik lagi berlaku memang malam ni jugak aku keluar pergi tido rumah member aku. Aku baca surah-surah yang aku hafaz then aku tutup tv naik atas masuk bilik nak tido. Walaupun baru pukul 10 aku dah cuak nak berjaga sampai larut malam. Aku tutup semua lampu di bahagian bawah kecuali lampu dapur dan mula menapak ke tingkat atas.
Masih terasa seperti diperhatikan, aku cepatkan langkah masuk ke bilik aku. Aku share bilik master dengan Haziq. Masuk je bilik teruskan aku baring atas katil dan selimut sampai paras dada. Dalam 5 minit macam tu aku terlelap. Esoknya aku terjaga sebab cahaya matahari masuk ikut tingkap. Tapi seingat aku tingkap dihujung katil dan ada langsir tebal dan aku amat pasti yang aku tutup rapat langsir sebelum tido semalam, macam mana cahaya matahari boleh masuk terang sangat. Masih dalam keadaan mamai, baru aku perasaan aku bukan dalam bilik tapi aku di berada atas sofa di ruang tamu. Terasa macam dicucuk adrenalin terus aku bangun pandang sekitar ruang tamu dan cuba hadam macam mana aku bole tido atas sofa padahal aku teramat yakin yang aku tido di atas katil bilik aku semalam. Siapa pulak yang ubah tempat tido aku? Aku kuatkan semangat pergi mandi dan terus keluar ke rumah member aku. Confirm malam ni aku tido sana.
Aku pun cerita la pada kawan-kawan rumah sewa aku apa yang berlaku bila dorang dah balik ke rumah sewa, dorang gelakan aku. Kata mereka mungkin aku mimpi yang aku naik tido dalam bilik padahal aku tido atas sofa. Mungkin ya mungkin tidak. 3 hari lepas tu Syamil dan Amzar bagitahu yang dorang nak pindah rumah. Aku, Haziq dengan Iman terkejut la kenapa tetiba je nak pindah rumah. Dorang cakap yang member dorang ajak tinggal sekali sebab 1 jurusan. Senang nak buat assignment katanya. So kami pun nak kata apa lagi, itu hak dorang.
Tinggal 3 orang je la dekat rumah yang besar ni. Weekend kali ni Haziq tak balik kampong. So Sabtu malam aku dengan Haziq lepak depan tv layan movie. Dalam pukul 1 macam tu kami terdengar bunyi macam orang tengah masak di dapur. Aku buat tak tahu je la maybe Iman yang lapar masak meggi kot. Tangga berada agak jauh dari ruang tamu dan sofa yang kami duduk membelakangkan tangga. Boleh bayangkan tak? Jadi sesiapa or apa yang turun dari tingkat memang kami tak nampak la.
Tiba-tiba telefon Haziq berdering, tanpa lihat screen phone terus dia jawab. Muka Haziq pucat macam baru nampak hantu. Aku pon tanya la siapa call.
“ weh sapa tepon malam2 buta?”
“errr… Iman call wei dia cakap malam ni dia tido rumah kawan dia, besok petang baru dia balik sini”
“hang biaq betoi, habes sapa yang dok masak dekat dapoq?”
“aku ingat Iman dok masak, weh jom pi tengok sapa dok masak”
“hang biaq betoi nak pi tengok? Dah pukol 1 kot, aku dah start rasa nak terkencing ni.”
“Ish hang ni jom la pi tengok, mana tau ada kucing ka apa ka”
“ha jom la hang jalan dulu”
Haziq di depan dan aku di belakang, dengan perlahan – lahan kami berjalan ke dapur. Sampai je kat dapur kami terus on switch lampu. Tak ada siapa or apa pun di dapur. Pelik bin ajaib, mana datang bunyi orang masak tadi. Terdengar macam orang berlari dari tingkat atas dan bunyi benda besar jatuh. Aku tengok Haziq, Haziq tengok aku Kami pun berjalan ke arah tangga untuk tengok siapa di tingkat atas. Mana la tau mungkin perompak. Tingkat atas gelap sebab memang kami tak on lampu lepas maghrib tadi. Tapi kami nampak cahaya dari bilik yang Amzar duduk sebelum ni. Setahu aku bilik tu kosong dan berkunci lepas Amzar keluar. Kami nampak bayang-bayang melalui bawah pintu. Aku dah get ready nak cabut. Kalau perompak ok lagi, macam mana kalau bukan orang. Haziq seluk saku dan keluar segugus kunci. Dia masukkan kunci pada tombol dan daun pintu ditolak perlahan-lahan.
Tiba-tiba terasa angin menyapa kuat muka kami berdua. Ada bau yang sangat tak menyenangkan. Bau seperti bangkai. Sebaik sahaja daun pintu di tolak habis, ternampak susuk tubuh seseorang tergantung di kipas bepusing-pusing. Siapa pulak gantung diri dekat rumah ni. Kami tak nampak muka dengan jelas sebab tiba-tiba lampu bilik tu terpadam masa kami tolak pintu bilik. Malam tu jugak terus kami start moto dan lepak kedai mamak sampai pagi. Dalam pukul 8 pagi kami balik semula ke rumah sewa untuk tengok betul ke apa yang kami nampak semalam.
Sekali lagi pintu bilik ditolak. Kosong! Bilik tu kosong. Tak ada mayat atau orang yang tergantung di kipas. Kami silap pandang atau benda tu memang saja nak main dengan kami. Petang tu Iman balik then dia cakap yang dia nak pindah ke rumah member dia. Reason yang bagi memang tak masuk akal. Katanya rumah member dia lagi dekat dekat tempat belajar. Jimat kos pengangkutan. Padahal rumah sewa sekarang tak la jauh sangat. Isi minyak full tank mampu tahan seminggu. Aku dengan Haziq hanya mampu iyakan je la kemahuan Iman. RM300 masih kami mampu bayar, tapi bukan soal wang sekarang ni. Hari itu juga Iman pindah keluar dan sebelum dia melangkah keluar sempat dia bisik dan bagi nasihat pada aku.
“Syam, baik korang pon keluar dari rumah ni, aku sayang korang tapi aku lagi sayang diri aku. Lagi cepat korang blah dari sini lebih baik.”
Tak sempat aku nak tanya kenapa terus dia blah tanpa toleh langsung ke belakang. Lambai pon tak. Fikiran aku tak payah cakap la memang serabut. Malam tu kami gagahkan juga untuk tido di rumah sewa. Tapi kami tido di ruang tamu, nak ke tandas pun berteman takut punya pasal. Aku sempat hantar sms ke Amzar dan Syamir tanya sejujurnya kenapa dorang pindah rumah. Nak tau apa dia reply?
Sebenarnya dorang berdua kena kacau sehari selepas aku kena alih tempat tidur. Seingat aku time tu aku dengan Haziq lepak mamak sampai pagi sebab ada bola then kebetulan besoknya just ada satu kelas, itu pun lecturer batalkan sebab ada hal. Dorang cerita serba ringkas pasal ada orang tergantung di kipas, pasal dengar orang memasak, bau bangkai dan juga pasal ada bunyi orang berlari di tingkat atas. Aku yang baca sms tuh memang pucat, aku tunjukkan pada Haziq. Haziq diam tak berkutik. Kelu tanpa bicara. Nak tak nak kami kena cari rumah lain kalau tak mungkin esok atau lusa kami pulak hilang tak dijumpai. Bila fikir macam tuh buat aku nak menangis panggil ibu.
Tok! Tok! Tok! Pintu depan diketuk orang. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Siapa pulak datang pagi-pagi buta nih. Haziq bingkas bangun untuk buka pintu tapi aku sempat halang dia.
“ Oi, hang ni berani sangat nak buka pintu, kalau bukan orang macam mana? Salam pun dia tak bagi”
“Maybe Iman lupa barang kot, tu yang mai nak ambik”
“Apa jadahnya pagi-pagi buta nak ambik barang. Pukul 1 pagi kot, agak-agakla nak ambik barang pun. Buat macam besok tak boleh datang ambik, hang ni optimis betul la.”
Makin kuat ketukan di pintu bergegar macam nak roboh pintu. Aku dengan Haziq terus baca surah yang kami hafaz. Ketukan makin perlahan dan kemudian hilang. Aku terpandang satu lembaga hitam berada di tepi tangga. Terus aku buat isyarat mata kepada Haziq suruh dia tengok arah tangga. Kepala Haziq dipusingkan sedikit ke arah yang ditunjukan aku, aku dapat lihat terus berubah pucat muka dia kalau toreh memang confirm tak berdarah. Aku ajak Haziq keluar dari rumah tapi pintu depan tiba-tiba tak boleh buka. Aku cuba sedaya upaya tapi memang tak boleh buka padahal aku dah buka kunci tadi. Haziq pulak mencuba nasib dengan harapan kami mampu keluar secepat mungkin. Tapi malangnya sama sahaja. Sedikit pon tak bergerak daun pintu tersebut.
Haziq bagi cadangan untuk kami laungkan azan kuat-kuat. Tak cakap banyak aku pun laungkan azan. Dalam kami tengah laungkan azan tangan kami sempat menolak pintu, sedikit demi sedikit pintu itu terbuka. Dalam hati memang aku dah ucap syukur. Lega tak terhingga sebab nampak macam ada harapan untuk kami keluar dari rumah puaka ni. Dengan sedaya upaya kami bergabung tenaga tolak daun pintu, akhirnya terbuka juga. Cepat-cepat kami berlari keluar dan pintu tersebut tertutup kembali dengan kuat. Bam!! Kalaulah tangan aku tersepit time pintu tu terhempas memang putus aku rasa tangan aku.
Aku terus call Iman mintak tolong ambik dekat taman permainan berdekatan dengan rumah sewa. Kunci moto, dompet semunya kami tak sempat nak ambik. Menjelang pagi aku call tuan rumah dan bagi tau yang aku nak keluar dari rumah sewa tu. Tuan rumah tanya kenapa nak keluar, aku just bagitahu yang kami dah dapat rumah sewa yang lagi dekat dengan tempat belajar. Dengan berat hati dia iyakan sahaja permintaan kami. Hari itu juga aku dengan Haziq bawak keluar barang dan stay dekat rumah sewa Iman sementara nak cari rumah sewa yang lain. Sewaktu nak kunci pagar aku dengan Haziq nampak ada susuk tubuh tengah pandang kami dari tingkap tingkat atas. Tak tunggu lama terus kami naik kereta Iman suruh dia pecut tinggalkan rumah puaka tersebut.
Selidik punya selidik baru kami tau yang rumah tu ada kes gantung diri. Owner first rumah tu gantung diri di bilik yang Amzar duduk. Lepas seminggu baru orang jumpa mayat dia itu pun sebab anak dia baru balik dari outstation. Isteri dia dah meninggal sebab sakit. Sebab apa dia gantung diri kami tak pasti. Lepas owner gantung diri anak dia jual rumah tu kepada owner sekarang. Patut la bagi sewa murah sangat. So nasihat aku pada korang yang nak sewa rumah mohon selidik dulu latar belakang rumah tu. At least tanya jiran sekeliling pasal rumah dan keluarga yang tinggal di situ sebelum ni. Kalau rumah sewa tu asyik tukar penyewa maksudnya ada la yang tak kena dengan rumah itu.
Cerita ini betul atau tidak kesahihannya aku pun tak tau. Sebab aku sendiri pun dengar dari kawan aku. Kalau dia tipu maksudnya aku pun tipu korang la. Haha. Akhir kata, mohon hati-hati kalau cari rumah sewa. Jangan menyesal di kemudian hari. Terima kasih sebab baca cerita meleret-leret aku ni.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
zaman abg jibby ni byk student yg biar papa asl begaya..eh sory terpolitik pulak.ptt le ramai bebal.eh terbwg pulak.hahah
Bodoo😂😂😂 tergelak hati bawangku ini
Seramnya….😨😨😨😨
rumah murah yg lengkap mesti de kes
zaman abam jibby nie. hadoiii halamakk
zaman abam jibby nie. hadoiii halamakk..
Dah nasib, camana nk buat kan… Dulu masa aku duk kat Miri, S’wak, aku pun menyewa jgk.. Kat area Permyjaya… Rmh dua tingkat semi-D… Murah jer sewanya.. Rm600 jer sbln sekali ngn letrik & air.. Aku duk sorang2 jer kat rmh ni.. Tp Alhamdulillah takder la kena gangguan apa2… Lama jgk duk kat rmh ni.. hampir2 nk 4 thun jgk la..
..
jarang owner nk bg harga sewa murah.fully furnish pulak tu.x make sense.harap sape2 pun kalo nk menyewa tp owner letak harga yg terlajak murah tu selidiklah dulu..syg duit depo burn cmtu jer.duit bkn senang nak carik anak2 oi.
Patutla murah semacam . Tu susah nak cari rumah sewa . Taktau apa yang pernah berlaku kat rumah tu …
penah sewa ngan member rumah sewa 2 tingkat murah…siap owner cakap xpyah bayar deposit, just bayar bil air tertunggak je…owner pesan kalau nak kluar dari rumah ni, bagthu dia..inform awal jgan kluar gitu..sebb rmai student dok rumah tu kluar gitu…aq sje tnye pling lama dok situ bpe lama, owner ckap 3 bulan je…tu pun kluar cmtu je…bila da dok situ thu laa knpe…abg posmen trkjot sgat memandngkn kitaowg owg prmpuan yg mnyewa situ sebb sblum ni student laki dok cabut dari umah tu sebb umah tu keras…tpi alhamdulillah aq dan mber dok lama umah tu dekat 2 tahun tu pun sebb ayah aq bagi warning at benda tu jgan kacau aq dan kwan2 aq…aq bru tahu bila aq da kluar dari umah tu…
mmg rumah sewa murah kena selidik dulu….jarang zaman skrg org nk sedekah jariah dgn org lain…
Best..tapi tak patut kawan2 die kelua rumah mcm tu je..at least bgtau la psl mslh rumah tu kt kawan2 lain..
kalo dorg nk pindah atau tak terpulang la..huhuhu..keseraman smpai ke hati setori ko ni..iols bg 8.5/10..
kipidap writer..
lagi2 rumah sewa murah. hmmm
Berhati2 dgn rumah sewa yg besar dan murah…tapi jika anda nak juga duduk disitu…panggil ustad2 yang boleh membantu menghalau benda alah tu keluar dari rumah berhantu tersebut…tp kena la keluar modal bayar upah…lagi satu rumah spt itu kena mengaji setiap hari…jaga solat…pasang rukyah 24 jam…saya sendiri pernah duduk diflat yang sudah lama tidak ada penyewa…apa yang saya buat adalah mengaji setiap hari…solat2 sunat selain solat fardu…renjis air yassin setiap malam keliling rumah dibahagian dalam…tabur garam kasar…saya duduk sorang diri masa tu…tiap malam mcm2 bunyi ada…dan juga ketukan pintu bertalu2…saya buat bodoh aje dan teruskan amalan2 diatas…akhirnya gangguan terus hilang…kadang2 kita kena kuat dan kena usaha buat tindakan bila berhadapan dengan benda2 spt ini…jika tak kuat…pindah la cari rumah lain…
Selepas rumah tu pulih dari gangguan…saya dapat rumah lain yang dekat dengan ofis…saya pindah lagi…kali ni saya bersedia dengan bacaan yasin dan surah2 lain semasa mula2 berpindah…sebab rumah ni pun lama dah tak berpenghuni…benda dalam rumah tu mengamuk…tikar getah saya terangkat sendiri berkali2…kipas terpasang sendiri…saya teruskan juga amalan2 yang sepatutnya…alhamdulillah benda tu pergi sendiri…rumah sebelah saya juga kosong dah bertahun2 dan mcm2 bunyi ada didengar…rumah mmg tak boleh kosong lama2 pasti ada yang datang duduk…kes2 spt b***h diri/m**i kena b***h sepatutnya tuan rumah usaha pulihkan dulu baru sewakan…malangnya mrk cuma pentingkan duit aje…dan tindakan ini mmg menganiaya penyewa baru…
Bila masuk rumah baru, laungkan azan setiap penjuru, aku dulu student pun menyewa kat luar jugak, bapak kawan aku dia pandai tengok tengok, dia kata awat rumah ni kotoq sangat (dia orang kedah) kotor tu means macam ada benda lah. Sebab masa aku datang rumah tu member member rumah dah bersihkan. So masuk masuk buat bacaan yassin, laungkan azan, buat solat jemaah. Rumah tu jenis teres dua tingkat tapi takdalah tv haha.
juz nk share je,
dulu dok hostel tmpt stdy, setiap sem bertukar bilik..
mse tu sem5 dpt blik aras 4 & bilik utk 2 org..
ade 1 arytu wktu pagi mse aku trjge dri tdo, aku toleh la kt kwan sblh(kami rapatkan katil hehehehe bkn les ok)mse aku toleh tu aku tgk mke kwn aku tu muke beruk tp bdn kwn aku…
tkut pnye psl aku trus pejam mata, aku pk aku ngigau kot, aku bukak mata lg skli tp benda yg sama daaaa..bile bnde yg sme aku xbrni nk bkak mata utk kli ke tiga…mse tu aku pki cokia je n70,kan keypad, terus aku msg kwn aku tnpa aku tgk button2 tu, aku mmg pro skit taip tnpe nengok keypad hehehe..dlm mse yg sme aku kjut member aku tu kjut die pki kaki, aku suh die tgk hp…aku msg die aku ckp aku takut n story la kt die ape yg aku nmpk…n die ade bgthu bnde ni kt mak die…(mak ayh dia,pndai perubatan islam)n mak dia ckp mmg kat hujung sudut bilik tu tmpt die, mse2 mle2 kami msuk mak die dh nmpk tp mak die diamkan je sbb xnk bt kami tkut huhuhuhuhu
Adehhh… takot plk nk g jmbn 😅
Woww.best10/10. Sbb tu kita msti hafal surah pendindingkan. Huhu
seram woah..especially time pintu depan tu xleh bukak..xde buat baca yasin ke apa kt umah tu utk buang hantu?syg jgk kalau biarkn je rumah tu..nanti makin ramai ler penumpang x bertauliah kt sana..hehe
Perghh,.. Kecut perut aku baca. Malam dah nampak mnde tu muncul tergantung, lagi nak stay. Kalau aku, mmg tak ler. Menyerah diri namanya tu bro. Nasib baik jgk berdua time pintu tak boleh bukak. Kalau sorg2?.. Naya…. Naya… Demam der
okay ni seram
Hantu gantung
Cerita ko mmg seram..terbaek..
Mudah difahami.penceritaan.dgn keseraman nye lagi