#SiBaran: Papah

Assalamualaikum semua warga FS. Jumpa lagi gengs. Sebelum tu thanks gais yang sudi baca, like, share dan kasi komen-komen yang cool. Serius korang memang terbaik! Buat admin FS yang dikasihi, terima kasih banyak-banyak sebab sudi siarkan kisah first aku pasal Legasi puSAKA tu. Tak lupa jugak buat my sis No1 (KY) a.k.a. kak long kawasan, yang kasi cadangan ohsem punya, jadi dengan itu aku tukar nama geran storyku dari “Legasi Pusaka” kepada “#SiBaran”. Hehe, nampak kegengsterannya tapi takda niat nak caras mana-mana sifu, mohon tunjuk ajar sifu tolong komen kalau ada kekurangan hamba dalam mengarang tapi jangan dikecam. InsyaAllah hamba ejas mana-mana yang kurang.

Berbalik kepada cerita yang aku nak kongsi kat korang ni, ada kena mengena dengan kisah yang dah aku kirimkan dulu, yang admin FS siarkan khas untuk korang layankan tu. Yang ni lebih kepada cara perubatan tradisional yang berteraskan islam (papah atau buang saka dari badan) dan beberapa perkara mistik yang berlaku pada aku sekeluarga dalam tempoh berubat. Masa ni mak dengan abah sibuk buat persediaan cari bahan-bahan yang ustaz mintak. Diorang buat secara diam-diam tanpa pengetahuan aku.

ANTARA BAHANNYA:-
•10 botol air kolah masjid
•kain hitam (2meter)
•10 biji limau nipis (tak gugur)
•10 biji limau nipis (dah gugur)
•sepasang pakaian yg selalu pakai
•daun sirih
•minyak zaitun
•garam ———>(pagar/sekatan)
•lada hitam —–> diruqyah
•cuka ———->
•ALAMAK…????

Maaf berjuta kali kesayangan FS sekalian. Aku betul-betul dah lupa senarai bahan tu. Jom korang, aku sambung story balik. First sekali ustaz ni datang ke office abah aku bersama dengan wife dia. Aku masa ni tengah syok tidur beb. Perghh. Siap landing atas meja besar tu. Fail-fail, aku susun baik punya, elok je aku jadikan dia bantal. Haha. Inilah yang dinamakan kreatif, inovatif dan mengularetif. Hah? MENGULARETIF? Mengular sekejap aje. Haha. Korang mesti tak pernah dengar pun, kang? Perkataan baru, takda dalam kamus dewan bahasa & pustaka. Ia cuma wujud dalam kamus “Kasi Hentam Sajalah Labu”, terbitan FS. Nantikan sampai bila-bila. Habis laa aku pasnie. Hehe.

Fuhh, nasib tak meleleh air liur basi time tido tu. Aku siap bermimpi lagi. Kemudian, datang sorang staf abah. Mesti nak panggil akulah tu. Dah tu masuk tak bagi salam, main terjah je. Kang elok, kalau ketuk pintu dulu pastu kasi salam kuat2. Ye tak? Bolehlah aku sedorkan diri tu sikit. Haha. Sekali tu aku boleh cepat2 bangkit dan tolong betulkan mana2 yang patut. Maksud aku, acah-acah kemas fail ke, lap-lap meja yang dah bersih tu ke atau aku sembunyikan diri kat bawah meja dulu, sambil tu sempat laa aku pura-pura pengsan balik kat bawah tu, kang? Hahaha..

Sudahlah aku tak sempat nak rasmikan taktik tu, boleh pulak dia gelakkan aku kat depan pintu bilik. Yelah, bila budak staf tu buka je pintu, tak pasal- pasal dia tengok aku terbaring membungkam atas meja tu buat tahi mata. Hampeh. Terkantoi. Spoil la nama Si Baran nanti. Ishh. Nasib baiklah budak ni tak heret abah aku dengan ustaz sekali. Kalau tidak, tak tahu laa aku nak campak kat mana muka aku ni?

Ahh. Sembang sampai lari topik dah ni. Nasib aku sempat kejar balik. Fuhh, capet bangat! Haha. So, aku pun keluarlah dari bilik tu, cepat-cepat pergi kat abah. Ustaz dengan bini dia pun tengoklah aku ni sebagai pesakit diorang. Aku pun duduk ajelah bersila atas kerusi, berhadapan dengan diorang. Abah pun bagitau yang ni ustaz yang akan ubatkan aku. Aku pada mulanya, geramlah juga sebab sekali lagi tak diberitahu awal-awal.

Lepas aje kes berubat dengan ustak musang berjanggut si penipu tu aku jadi was-was nak percaya. Tapi sebab ustaz ni bawak wife dia sekali, ok laa, bolehlah aku percaya tapi untuk kasi 100% yakin kat ustaz ni agak susah laa. Aku cukup berhati-hati sebab tak nak pisang berbuah 2 kali. Hahaha, tak pasal-pasal pisang terlibat sama sebab monyet (ustak palsu) tu laa yang buat aku bimbang.

Ustaz tu pun terangkan pada aku yang dia akan scan aku untuk lihat sama ada terdapat makhluk halus ke atau tak yang menumpang pada aku. Aku pun dah get ready je laa. Kalau ustaz palsu lagi. Aku cabut lari. Kalau ustaz jujur nak ubatkan aku, aku stay je kat situ. Ustaz tu pun pejam mata sambil mulutnya terkumat kamit membaca doa.

Kemudian tetiba tangan kanan dia macam capai atau tangkap sesuatu dari atas. Pastu dia campak dan buang benda tu ke belakang. Tangan kiri pula tangkap sesuatu dari atas dan campak ke belakang. Last- last tangan kanan dan kiri ustaz makin ligat. Tangkap. Campak. Tangkap. Campak. Hahaha. Nie kalau ade kacang cap tangan nie, layan beb, dah macam pasukan sorak ala-ala gegirls je aku tengok lagak, gaya, dan gerakan tangan tu. Hahaha.

Masa tu aku tahan je diri aku dari nak tersembur duk gelakkan cara ustaz tu. Apa taknya beria-ria benor dia tangkap dan campak tapi aku tak nampak apa-apa pun, benda apa laa yang duk ralit sangat tangkap tu. Nasib ada wife dia duduk kat tepi aku, kalau tak dah bersorak sambil berhuhu dah aku kat situ jugak kalau duduk perhatikan tangan laki dia ni ligat buat tangkapan dan campakan. Nasib baik takde yang jenis berambu-rambu tu macam pasukan sorak tu. Hehe.

Tengah duduk ralit aku tengok. Pastu ustaz tu celik mata dia. Alamak! Gulp, terkejut kera aku. Hentah-hentah dia tahu tak, aku mengata dia ni? Ustaz panggil abah dan bisikkan sesuatu. Abah terkejut. Pandang aku sambil geleng-geleng kepala. Hah? Apahal pulak ni? Ahh sudah. Berbisik pula diorang. Habis aku pun nak tahu juga. Apasal ustaz tak bisik kat aku sekali. Adoi, hampeh betul ustaz ni tak kasi tahu. Aku pun nak tahu juga. Macam serius je. Kasi tau laa..

Settle je scan semua, ustaz dan wife dia mintak diri untuk pulang. Aik? Dah selesai dah ke? Takda jampi- jampi ke? Pelik juga, cepat pulak ustaz ni buat. Ishh. Kenapa macam terlalu ringkas sangat? Aku ni okey ke tidak? Ada nampak apa-apa makhluk tak, kat badan aku ni? Makhluk asing ke atau makhluk halus? Apa yang abah dengan ustaz tu berbisik takdi, ekk? Tak boleh jadi ni, aku mesti siasat! Bisik hati aku dengan lagak gaya ala-ala detektif conan.

Aku cari abah. Masuk je kat bilik office abah. Abah takda. Baru je nak melangkah keluar iphone abah yang tertinggal kat atas meja, berbunyi menandakan mesej whatsapp masuk. Aku intai. Ustaz! Mesej whatsapp dari ustaz. Hehe. Tetiba datang akal jahat mintak mesej tu dibaca. Ishh..tak boleh! Tak baik! Privasi orang tu! Hoii laa bambang..jauhla ko dari menghasut aku! Sabar! Sabar! Rilek cool. Ewah! Pandai pulak aku nasihatkan diri aku sendiri.” Dengan muka tersengih-sengih macam kerang dah wangi gitu (dah ku sembur perfume) aku cepat-cepat blah dari bilik abah. “Hmm..kerja aku tak habis buat lagi. Balik nanti aku tanya abah semula pasal hal ni.”

Sampai rumah aku tengok adik aku Rez kutip botol plastik dari stor belakang rumah. Aku dengan Rez hanya beza setahun je, cuma orang luar, selalu ingat aku ni adik dan Rez ni abang. Padahal aku ni la yang sulung. Nampak tak aku punya aura awet muda lebih menonjol kat situ? Haha. Terangkat bakul sendiri pulak. “Ehh..kat sini pom ko, tu botol plastik banyak- banyak ni, ko nak buat apa?”, Soal aku. “Aku nak jual laa. Tolong aku jap kak, botol-botol kosong ni, ko tolong susun dalam kotak pastu masuk je kotak ni kat ruang belakang kereta aku tuh”. Aik?”Ehh, ko nie biar betul 10 botol je ko nak jual?”, Soal aku. “Ye arr..jadi laa, jual 10 botol dulu”, permulaan katanya.

“Ishh..ko buat lawak apa pulak nie? Serius laa Rez. Ni kalau dia timbang tak gerak langsung nie, tu kat dalam stor tu, kang ada surat khabar lama dah berkotak-kotak dah. Apa kata kalau ko campurkan sekali baru laa berat.” Cadangku lagi. “Takpe, aku try jual 10 botol je dulu”. Aku dah tergelak kat situ. Aku ingatkan aku sorang je yang tingtong dalam rumah ni, rupanya ada lagi yang lebih tingtong dari aku. Beria-ria nak jual 10 botol tu. Kalau botol kaca, okey laa kang kalau nak jual, nie botol plastik. “Hurmm.. balik awal la nampak gayanya.” Rez tersengih.

Tetiba je aku rasa seram sejuk, macam ada sesuatu yang bergerak-gerak dari belakang rak kotak tu. Dari hujung mata aku cuba perhatikan benda bergerak tu dengan lagak selamba. MasyaAllah, benda apakah tu? Sudahlah hitam dan berbulu, mata pulak merah, ehh..tu taring ke apa tu? Hidung berlubang besar seakan2 hidung khinzir hutan yang hitam dan kat bahagian mulut ada kalanya aku lihat seakan2 mulut anjing yang bertaring. Maaf korang kalau aku terkasar bahasa. Gelap, hitam, pekat dan berbulu tebal penuh diwajahnya. Ralit aku perhatikan rupa buruk lahanat ni.

Dari dalam stor tu, benda buruk tu sedang perhatikan kitorang. Tetiba aku terhidu bau bangkai. Loya tengkuk bila terhidu bau bangkai tersebut. Tekaan aku betul. Memang ada. Mulanya aku ingatkan kucing hitam. Yelah, mungkin masa aku ralit sembang dengan Rez, kemungkinan tak perasan kucing masuk. Maklumlah pintu stor luas terbuka. Tapi yang ni bukan kucing. “Celaka betul..!” Meluap-luap perasaan marah aku masa tu, berbanding rasa takut. Tetiba aku jadi baran.

Aku tutup suis lampu stor. Hempas pintu dan kunci, sekaligus aku manggakan sekali pintu stor tu. Kurung je si setan ni dalam stor. Aku lupa kalau benda ni boleh tembus mana-mana dinding. Kunci stor tu aku campak pada Rez balik. Rez hairan. “Ko marah aku ke? Aku gurau je laa.”Sentap betul ko ni?” Aku diam. “Rez ikut aku jap, cepatlah!” sergah aku pada Rez. “Apahal ni?” Soal Rez. Dengan muka selamba aku cakap takda apa pom saja je. Aku penat nak rehat. Bosan lepak kat stor lama-lama, nak-nak lepak dengan ko. Saja aku rahsiakan dari Rez. Cepat-cepat, aku masuk rumah dan bersihkan diri aku kasi segar balik. Rez pulak dah keluar dengan botol-botol dia. Hahaha..poyo betul!

Malam tu kitorang solat berjemaah dan baca yassin sama-sama. Selesai solat. Bersalaman. Berlaga pipi kiri dan kanan. Haha, part berlaga pipi tu saja aku tokok tambah. Penyedap ayat. Hehe. Aku tolong Iz lipat sejadah. Yu pula tolong cedokkan nasi, dan agihkan pinggan-pinggan yang berisi nasi kat tempat duduk masing-masing. Part ni aku suka sangat-sangat, makan malam kitorang sekeluarga. Soal makan sapa tak suka, kang? Takut gemuk? Diet? Ishh, rugi laa kalau diet, nak-nak kalau masakan air tangan ibu. Perghh, sampai ko tersasul menjilat jari tangan orang sebelah ko tu, tau! Haha. Parah tak terkata, betapa lazatnya masakan ibu.

“Aik? Ini bukan botol yang aku tolong kutip kat dalam stor, ke ni?” bisik hati aku. 10 botol plastik yang siap berisi air, elok je kat tepi dinding. Haha. Tak jadi jual kot mamat ni. Rupanya dalam diam-diam abah tugaskan Rez untuk kumpul 10 botol air dari kolah masjid. Tapi masa ni aku belum tahu lagi yang aku akan di papah (buang saka). OMG!!!

Sebelum masuk tidur, aku siap-siap ambik wudhu dulu. Berkat air wudhu boleh jadi pendinding diri dari diganggu. Tapi kalau macam aku susah juga, kalau benda ni belum di buangkan lagi. Aku still juga berjaga tengah malam. Macam ada orang tolong gerakkan aku suruh bangun. Susah aku nak terangkan kat korang. Macam korang syok-syok tidur, tetiba korang rasa macam ada benda merayap duk cuit-cuit korang sekali tu main-main rambut korang sedangkan korang tidur sorang-sorang dalam bilik. Mesti la korang cepat-cepat bangunkan? Ambik tahu apa benda yang merayap. Nak-nak, spesis macam aku yang tersangatlah geli geleman nak mampos pada lipas. On lampu takda benda pom.

Lihat jam kul 3 pagi. Off lampu bilik. Aku cuba jugak untuk tidur balik. Bertemankan lampu tido yang suram dan malap buat mata ku sedikit lali. Baru je nak terlelap. Aku dikejutkan pula dengan bunyi seperti orang berlari-lari naik tangga. Bunyi hentakan tapak kaki makin lama, makin kuat dan dekat. Terus aku jadi tak sedap hati, aku tarik selimut sampai menutupi kepala. Terbayang-bayang balik lembaga besar berbulu hitam yang perhatikan aku kat stor belakang rumah tu. Yang mana ekk? Yang aku kurungkan benda alah tu kat dalam stor tu, korang ingat tak? Tapi macam mana kalau bukan lembaga tu? Macam mana kalau ianya pencuri? Ishh. Dahlah kawasan perumahan sini selalu kena usya dengan perompak. Call abah!!

Hadoi. Tak berangkat pula mesti hp tertinggal kat bawah. Call Rez. “berdehem” Fuhh. Lega betul aku sebab mamat ni angkat panggilan aku. “Wei, ko dengar apa-apa bunyi tak? Macam ada orang naik tangga je, kang?” Terputus! Tetiba.! “Dum..dum…dum..”pintu bilik aku diketuk kuat “Makkkk..”tergolek aku jatuh dari katil. Aduiii. Apahal ketuk pintu bilik aku kuat-kuat? Pelan-pelan sudah laa. Saje je nak buat aku berapi. Cepat-cepat, aku bangun. Gosok-gosok, tempat yang sakit. “Sabar laa, hoi.” Baru je aku nak pegang tombol pintu. Pintu bilik aku yang diketuk tetiba senyap. Bunyi cicak!!

Gerak hati aku kata jangan buka pintu, kalau bunyi cicak mesti ada benda tak elok. Macam mana kalau Rez kot yang ketuk pintu bilik aku, tadi kan aku ada call dia. Secukup rasa aku sedapkan hati aku, walaupun masa tu cuak bukan main lagi. Aku dengar seperti orang mundar mandir depan bilik aku. Macam tertunggu-tunggu, aku buka pintu bilik ni. Aku try intai lubang angin kat bawah pintu. Takde pulak kaki sesiapa depan pintu bilik aku. “Haisshh, mambang apa pulak nie?” Kepala aku makin mengembang keseraman. Aku ke belakang. Jauh dari pintu. Panjat naik atas katil balik, terus aku sembunyikan diri kat dalam selimut.

Aku try call Rez lagi. Tak terjawab. Hentah berapa kali aku try hubungi sampai aku tertido dalam selimut. Sedar-sedar, dah pagi. Aku cari Rez. Tapi Rez dah keluar. Jadi aku lepak dengan Iz. Disebabkan Iz dengan Rez , berkongsi 1 bilik tido, aku try tanya Iz ade tak dia dengar apa-apa bunyi dari tangga? Pastu aku tanya pula ada tak Rez bunyi apa-apa pasal aku, aku call dia semalam. Masa Iz bagitahu, alangkah terperanjatnya aku masa tu, rasa nak gugur je rambut dari kepala. Cut. Hahaha. Gurau-gurau. Ralit sangat korang membacanya. Ok, serius balik. And action. Alangkah terperanjatnya aku masa tu, rasa nak gugur je jantung aku. Kaku terus.

Semalamkan aku ada call Rez sebab nak mintak tolong tengok benda apa yang duk berbunyi sangat atas tangga tu. Dah dapat call, boleh pulak siap berdehem lagi masa angkat panggilan aku tu. Tup-tup dia off iphone dia. Yang aku hairan tu, Iz bagitahu iphone Rez ada dalam stor semalam. Tertinggal kat atas meja kecil yang abah letak kat dalam stor tu. Pagi ni Iz sendiri temankan Rez ambil iphone tu kat dalam stor. Kalau tak percaya jugak pergi tengok cctv. Terang Iz lagi. Lupa aku nak bagitahu, memang rumah kitorang ada pasang cctv. Sejak berlaku kes kecurian di kawasan perumahan kami nie, abah terus pasang cctv (pasang sendiri) sebagai langkah berjaga-jaga.

Ahh, sudah! “Ye kak, sumpah arr lz sendiri teman abang ambik iphone dia kat dalam stor tu. Kenapa tanya?” Soal Iz. “Saje je, semalam kak ada call, patutlah tak jawab”, terang aku pada Iz sekali tu aku buat-buat sibuk tekan remove tv sambil tercari-cari channel tv yang tayang cerita best-best. Tapi kepala aku ligat pikir siapa pulak yang jawab call aku semalam? Siapa pulak yang mundar mandir dan ketuk pintu bilik aku? Hah, siapa pulak yang main tangga? Siapa tu wei..??

“Hahaha..best betul cerita nie.” Ahh..menyindir pulak ko ni Iz. Tapi cerita apa yang best sangat tu? Erkk?? Apasal aku terbabas buka filem tamil nie? Ahh, sekejap! Hadoii..hero dia ke tu? Ko tengok hero tu cuma pakai kain sarung ikat tepi je, tapikan cuba ko tengok, sekali dia kasi tibai kat penjahat tu, melayang mamat tu. Fulamakk..!! Haha. Aku dengan Iz pakat gelak tengok aksi hero tamil ni belasah penjahat, walaupun kitorang tak faham sepatah haram pun, ape yang disembangkan tu. Ahh, layan pulak ko ni Iz filem tamil ni. “Keling betol, ko ni kang, Iz?” Tibai aku lagi. Padahal Iz ni berkulit cerah seperti aku, cuma dia ni tinggi orangnya tak macam aku yang rendang dan kitorang ni budak melayu yang cina looks like, but no mixed. Haha.

“Iz, daripada engko layan cerita ni, baik engko ikut aku, teman aku layan GTA5 (online) gempaklah sikit!”cadangku lagi.

“Takde hal laa, aku on je kak!”

“Kak, apesal semua game budak lelaki main, ko try jugak, ishh..hairan betol aku?” Soal Iz.

“Dah tu engko nak aku ajak ko dengan Rez main mak-mak ke woi?” Aku takde hal laa, ko atau Rez jadi mak .” Uish, tak dapat nak ku bayangkan! Geli woiii..

“Part anak tu ko kasi je watak tu kat aku. Tahulah aku macam mana nak hayati watak anak korang tu.”Bidasku sambil tergelak jahat.

p/s:kalau diorang jadi mak-mak versi jantan, tau laa aku nak WWE diorang versi anak bebal terlebih nakal..hehe..

Keesokan harinya, macam biasalah aku stay kat rumah. Tengah duk bersih bilik tido aku, aku syak duit simpanan aku untuk aku guna bila time kecemasan tu dah hilang. Setahu aku memang aku simpan elok-elok kat situ. Takde siapa pom yang tahu tempat ni. Siapa pulak yang gatal tangan ambik duit aku ni? Kalau betul nk guna duit pom kasi tahulah, kang? Toyol betol! Nak tibai duit aku pom, tibai sikit sudahlah. Tinggal laa sikit untuk aku guna. Ini tak, abis semua dia rembat. Membebel pulak aku ni.

Aku pom try tanya orang dalam rumah nie, ade tak ternampak atau terambik duit aku? Semua tak ambik. “Okey dah, itu je aku nak tanya.” Aku cepat-cepat masuk bilik balik. Tenangkan fikiran jap, cakap dalam hati tak yah nak buruk sangka. Orang yang kuat bukan sebab menang perlawanan tapi kuat bertahan daripada api kemarahan. Sabar, jangan marah. Untuk menyedapkan hati aku, aku anggap jelah ni kemungkinan dah bukan rezeki aku nak guna duit tu atau kecuaian aku sendiri. Hentah- hentah aku tersilap letak ni. Dah laa, abaikan dulu. Nanti aku siasat balik. Benda kecil je ni, nanti aku start kumpul balik duit kecemasan aku tu. Pujuk hati aku.

Sejak tu aku pasang alarm kat pintu bilik aku untuk puaskan hati aku. Alarm bersaiz kecil tu, banyak jugaklah aku buat stok. Masa tu alarm ni femes kat tempat aku. Murah je pom. Masa ni aku tengah panas baran tak bertempat. Alarm ni akan berfungsi bila ade orang masuk dalam bilik aku melalui pintu. Siapa yang masuk atau keluar pasti akan berbunyi. Masa tu aku akan tangkap siapa punya angkara ni. Hari jumaat time kaum adam keluar untuk solat jumaat. Aku,mak dan yu sedang ralit berborak kat bawah, tetiba alarm kat bilik aku kat tingkat atas berbunyi. “Ting tong!” Hairan aku? Abah, Rez dan Iz belum pulang lagi. Mak dan Yu memang ada bersama dengan aku kat bawah. Habis siapa pula yang lalu kat atas tu? Nak kata angin tak mungkinlah sebab aku tak buka tingkap pun.

Aku tengok mak. Mak yang sedang rancak sembang terdiam seketika. Yu pulak buat muka cuak. Aku cuba naik tapi dihalang oleh mak. “Jangan berani sangat,”tegur mak. “Kejap je, nak tengok jap mak!” Aku masa tu dah tak kira apa-apa dah yang penting aku nak tengok sendiri. Disebabkan waktu tu siang jadi aku takde laa rasa takut sangat. Naik je atas, aku menuju ke bilik aku. Alarm masih berbunyi tapi tiada orang pun. Aku off suis alarm. “Ehh, asal berbunyi lagi ni?” Cepat-cepat, aku buang bateri pada alarm tu. Diam. “Ahh, rosak ke benda ni?” Tetiba aku rasa seram sejuk macam aku ni bahan permainan benda alah ni. Cepat-cepat aku turun tangga dan berlari dapatkan mak.

Abah, Rez dan Iz pulang dari masjid. Mak bagitahu abah. Abah azankan setiap bilik yang ada dalam rumah. Tenang. Aku perhatikan, abah dari takdi duk sibuk cari sesuatu dari hp. Call! “Assalamualikum, ustaz..” Abah call ustaz? Borak apa? Usya jap! Baru je nak pasang telinga, abah beralih keluar sambil tu abah masih rancak berborak sesuatu dengan ustaz. “Yeke..?Okey baik ustaz. Faham-faham..ye.. ye.. Waalaikumussalam ustaz.” Haha. Hampeh!Setakat tu je yang aku dapat tangkap, apa yang abah borak dengan ustaz.

Masa maghrib tu, bilik tido aku bergelap je. On suis lampu. Lampu bilik tak menyala. “Mentol lampu terbakar kot?” Aku bagitahu Rez sebab mak, yu dan abah ke surau masa tu. Rez tukar lampu mentol yang baru dan Iz pulak pegang tangga yang dipanjat oleh Rez, aku pulak jaga kat bahagian suis lampu kot-kot, Rez mintak tolong aku on kan suiz lampu bilik. Tapi still tak menyala.

“Ishh. Apahal tak nak menyala ni?” Soal aku dengan geram. “Hentah-hentah..stata kot bermasalah ni?” Jawab Iz. “Nanti aku tukar.” Dah tukar masih tak boleh on jugak.”Masalah apa lampu bilik ko ni?” Lampu mentol dah baru, stata pom aku tukar yang baru, dah kenapa tak menyala lagi ni?” Dah la berpeluh nak boleh ke pasang tetiba tak menyala-nyala ni memang saja nak cari nahas. Bebel Rez. “Dah la esok je aku betulkan balik.” Terus Rez cabut balik mentol lampu baru dan pasang semula mentol lampu lama yang asal.”Lewat dah ni, kang terbabas pulak maghrib nanti.”ujar Rez lagi.

Aku tak suka buat benda sekerat jalan. Aku nak jugak lampu ni menyala balik. Aku tak kira! “Hoi..! Menyala je lah lampu woi! Mainan apa ko ni? Aku pantang betul, dah elok buat tak menyala jugak. Apahal ko suka sangat cabar aku! Masa tu aku dah tahap geram yang amat sangat. Menjerit-jerit aku sembur. Aku tak suka gelap! Aku benci tempat gelap! “Ko memang menyusahkan aku!” Sambil tu aku tumbuk dinding bilik aku sekali dengan suis lampu.

“Lantaklah, kalau ko nak rosak, biar ko rosak semuanya! “Jahanam!”Mampus ko!” tetiba lampu menyala. Aku terkedu. Rez dan Iz pandang satu sama lain sebab tak percaya mentol lampu yang lama tu, masih elok lagi menyala. Tahulah aku ada makhluk tak diundang dalam bilik aku ni. Terus cepat-cepat kitorang ambik wudhuk dan solat maghrib sama-sama. Selesai je solat, azan berkumandang menunjukkan masuknya waktu solat isyak. Kitorang pun tanpa lengahkan masa terus solat isyak sama-sama.

Tangan kat bahagian jari aku lebam, tapi aku tak rasa sakit pun. Yang peliknya, aku rasa lega lepas kasi sebijik penumbuk. Aku jadi tak boleh nak kawal rasa marah tu sebab aku dah start dengar bisikan. Susah aku nak kawal. Makin berapi je aku rasa. Makin aku tahan dan kawal, aku tak boleh nak bernafas dengan betul. Sesak dan sempit macam tulah rasa dada aku. Senang cakap “aku tak puas”. Rasa nak jerit kuat-kuat lepaskan semua tekanan. Rasa nak hancurkan semuanya biar berkecai. Susah nak hentikan atau redakan baran aku ni. Cepat-cepat, aku masuk bilik air, buka paip air, duduk bawah air hujan, aku biar je sampai aku dah sejuk dah reda, sekaligus aku berwuduk.

Masuk bilik. “Ehh, apahal iphone aku ter on ni?” Ada orang call ke, takdi? Bisik hati aku. Bila tengok takde pulak orang call. Yang pelik ada speaker google yang translate tu terbuka. “MARAH”. “Aik, mana ada aku sebut marah?” Setahu aku aku tak pegang pun lagi phone. Phone aku ni jenis Iphone 6+ tu pun aku baru tukar phone dari samsung galaxy, kes tak leh on, puas aku hantar kedai semua cakap takde masalah. Yalah kat kedai repair hp ok je boleh on, tapi kalau dengan aku terus rosak tak sampai pom sehari.

Aku rasa mungkin benda lahanat tu yang rosakkan phone lama aku tu sebab dalam tu penuh ayat pendinding dan doa ruqyah untuk aku dengar. Bila takleh on, susahlah aku nak dengar. So sebab tu aku tukar ke iphone dan cap jari akulah jadi password dia barulah iphone aku on. “Ahh,mainan apa ni?” saja nak buat aku bergaduh dengan adik-adik aku. Ni kalau aku soal kat diorang tak pepasal berbalah. Ya Allah, kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa serabut? Runsingnya, dahlah kepala aku sakit, tengkuk rasa tegang macam ada beban berat je, mata bengkak, tangan bengkak tu belum lagi part lebam-lebam biru kat badan aku ni. Telan panadol 2 biji terus tido.

Esok aku ikut abah ke office. Masa ni aku tak serius lagi nak kerja dengan abah. Nie kira percubaan aje. Nak cari pengalaman bekerja. Kononnya! Haha. Sebenarnya aku saja-saja dan suka-suka je nak ikut, sebab aku serabut duduk rumah. Lepas satu-satu gangguan muncul. Dah sampai office abah, ada sorang pakcik ni cari abah.

Aku terpandang penumpang separuh usia dalam kereta pakcik tu, sorang wanita tua senang aku gelarkannya sebagai nenek. Dari takdi duduk perhatikan aku, pastu nenek tu terkenyit-kenyit mata pada aku. Waduh! Nenek ni nak ngorat aku ke? Ishh, aku gadis tulen lagi sejati ni nek. Aku hanya pilih kaum adam je, untuk aku jadikan pasangan hidup aku tau. Hahaha. Astaga, biar betul nenek ni? Ya ampun nek, mohon bangat, mohon dijauhi, moga kita enggak berjodohan. Gue ngak bisa terima! Hahaha. Gurau aku dalam hati sambil tersengih-sengih. Ehh. Jangan-jangan nenek ni tahu aku mengumpat dia tak? Adoiiya..

Rupanya pakcik tu datang nak jemput abah ke rumahnya malam nanti. Diorang baru je selesai kebumikan arwah ibu dia. Manakala yang kat dalam kereta dia tu pulak bidan kampung yang boleh mengurut dan boleh jugak mandikan jenazah wanita. Owh, nenek tu bidan kampung upenya. Maknanya, baru selesai mandikan jenazahlah nenek ni, kang? Fahamlah aku, tapi asal nek tu tengok aku? Part terkenyit-kenyit mata tu, sebenarnya dah memang semulajadi nenek tu. Hehe. Ampun nek! Tapi kang? Kenapa aku rasa tak sedap badan ni? Ehh, letih bebenor aku rasa. Padahal aku tak buat kerja berat pom. Aku cuma duduk sikit, buat kacau sikit pastu sambil tu goyang kaki sikit-sikit. Itu je pom. Semuanya serba sedikit aku lakukan. Hahaha. Sengal ekk?

Sampai rumah, aku betul-betul penat sampai nak angkat kaki pun tak larat. Berat semacam je ni. Dalam kete pom aku terbaring je kat belakang. Kekadang seram sejuk rasa nak membeku pom iya jugak. Cepat-cepat aku mandi. Dah settle pakai baju semua aku rasa tubuh aku kebas. Badan aku lemah selemah lemahnya. Aku rasa macam roh aku nak keluar je dari jasad. Tapi pada masa yang sama aku rasa tubuh aku macam berlawan. Macam ada roh lain pulak yang cuba nak kawal. Senang cakap nak ambik alih masuk dalam badan aku. Aku tak mimpi. Aku sedar apa yang berlaku.

Buka pintu bilik. Dengan sisa kudrat yang ada aku menjerit, panggil mak. Dalam keadaan aku ketika tu merangkak-rangkak. Berlari mak datang kat aku, sambil mengucap panjang. Abah, masa tu dah keluar ditemani Iz. Korang ingat tak pakcik yang jemput abah kat office tu, yang ajak abah pergi ke rumah dia malam ini, sebab tahlil arwah ibu dia tu, korang ingatkan? Masa tu kaki aku kebas tak rasa apa-apa dah. Kalau korang cubit ni serius aku suruh korang cubit lagi sekali. Ehh, banyak kali pun takde hal sebab tak rasa apa-apa dah.

Aku terfikir sejenak, ini ke pengakhiran hidup aku? Dah sampai ke ajal aku ni? Sejuk sangat, mengigil dan serius aku tak tahan. Sedikit demi sedikit tubuh aku dari kaki hingga merebak keatas secara pelahan-pelahan, makin kebas dan makin sejuk. Siksanya aku rasa. Roh nak keluar ke ni? Macam ni ke rasa orang nak mati saat dicabut nyawa? Peritnya makk..! Sakitnya Ya Allah..! Roh aku seakan berkeras mahu kekal dijasad aku tapi sampai bila aku perlu bertahan dari roh yang satu lagi ni? Ianya bukan milik aku, kenapa nak cuba ambik alih jasad aku? Serius aku menangis bila teringatkan peristiwa ni. Sumpah aku takut. Aku tak bersedia lagi nak tinggalkan mak, abah, dan adik-adik aku. Ya Allah! Aku tak nak sakit! Kuatkanlah semangat aku! Aku nak hidup!

Tetiba aku dengar orang berlari naik tangga. Kepala aku berat dan mata aku gelap. Aku dah tak bertenaga. Tetap jugak aku bertahan. Mujur masa tu Rez baru balik. Aku nampak Rez call seseorang. Siapa? Tetiba Rez minta mak sediakan segelas air masak, kemudian Rez memulakan bacaan surah yang biasa aku amalkan. Selepas selesai, Rez meniup air masak tersebut. Mak suruh aku minum. Lepas minum tengkuk aku terasa loya dan akhirnya aku muntahkan semuanya. Lega!Aku mengesat mulutku dengan tangan.

“Tak sangka, ko dah buat aku pulih balik,”sengaja aku menempuk-nempuk bahu Rez.

“Wohoii, bukan ke tangan ko takdi, baru je ko buat lap mulut?”Soal Rez dengan riak wajah berkerut-kerut menahan geli.

Aku hanya tersengih sebab dapat kenakan si Rez.

Barulah aku dapat balik jasad aku. Tubuh badan aku, dah tak kebas atau sejuk lagi. Rupanya aku terkena badi mayat. Yelah tubuh aku lemah sangat pastu datang pula pakcik tu dengan bidan kampung yang baru saja selesai mandikan dan uruskan jenazah. Memang mudah tubuh aku dimasuki benda luar. Dan mungkin pada masa yang sama saka yang dah lama mendampingi aku selama ni kot, jadi penghalang benda luar dari ambik alih dan menumpang masuk dalam badan aku. Malam tu aku tidur keletihan.

Pagi-pagi lagi aku dah bangun dan hentah mengapa aku merasakan pagi tu segar dan bersemangat balik. Mesti semalam aku tido selena-lenanya. Lepas selesai solat. Aku terbaring seketika. Terlelap! Aku mimpi! Mimpi yang sangat aneh! Aku mimpi berjalan sorang-sorang tanpa arah tuju. Aku tak tahu tempat ni. Aku cuma ikut gerak hati aku, dan hanya ikut laluan yang dah sedia ada. Laluan tu aku lalui namun terdapat pulak 2 cabang laluan lain. Yang kanan lurus tapi sedikit sempit, hanya muat untuk aku sorang je yang redah manakala yang kiri pulak, dipenuhi dengan hutan belukar, duri pohon yang menjalar, jalan dipenuhi batu tajam serta mempunyai papan kayu yang terpacak di laluan tersebut. Jalan mati! Aku pilih laluan kanan! Tetiba..

“Dum..dum..dum..!! pintu bilik diketuk.

“Buka pintu ni,”terdengar suara mak dan Rez.

Sayup-sayup aku dengar orang panggil nama aku. Aku tergeliat sebentar betulkan urat-urat aku. Apahal, kecoh-kecoh ni? Aku baru je terlelap sekejap. Dengan malas aku bergerak dan buka pintu bilik. Mak mengucap panjang. Iz datang membawa kunci khas semua pintu bilik dirumah ni termasuk pintu bilik tidur aku.”Aku hairan? “Kenapa mak?”Soal aku. “Buat apa dalam bilik ni, sampai tak keluar-keluar?” Aku tersengih blur siap kasi tahu mak yang aku cuma terlelap sekejap. Rez suruh aku lihat jam! “Hah? Dah pukul 6? Maknanya dah petang nak masuk maghrib laa, kang?”Erkk..terus aku cepat-cepat mandi, Qada’ solat yang tertinggal secara tak sengaja tu (berdosanya rasa masa tu) Setelah selesai Qada’ semua solat yg tertinggal, azan maghrib mula berkumandang. Aku menghayatinya, tetiba terlintas..

“Ehh, apasal lama sangat aku tido takdi?” Fikirku lagi.

Aku tinggal dirumah bersama dengan mak. Kesian mak, sebab aku mak susah hati dan sebab aku jugaklah mak ambik cuti. Tengahari tu tiba-tiba aku rasa tidak sedap hati. Macam ada sesuatu, tapi aku tak tahu sesuatu tu apa? Kenapa aku rasa sedih? Kenapa aku rasa sebak? Seakan-akan aku akan kehilangan teman rapat. Tapi ada kalanya aku rasa nak marah. Sebab apa aku marah? Siapa yang nak aku marahkan? Kenapa dengan aku ni? Hati aku! Lajunya berdebar. Apa sebenarnya yang akan berlaku?

Petang tu aku banyak termenung. Rasa bimbang dan takut muncul. Rasa sedih dan marah pada semua orang dalam rumah ni. Setiap benda yang aku buat semuanya serba tak kena. Mengamuk! Rasa benci mula membuak-buak, aku cuba mengawal perasaan itu. Setiap kali aku cuba kawal, setiap kali itulah dada aku sakit. Jantung aku berdegup laju. Liang pernafasan aku terasa sempit sehingga sukar untuk aku bernafas dengan betul. Aku dapat rasa 1 kuasa aneh berada dalam diri aku ketika ini. Saat aku terlalu marah, tetiba lampu bilik aku berkelip-kelip, makin malap terus gelap. Seakan memberi petanda, akan ada sesuatu yang akan berlaku nanti. Aku langsung tak mengendahkan keadaan sekeliling aku lagi. Aku biar je perasaan tu mengawal aku. Berperang dengan perasaan sendiri dan akhirnya aku terlelap dalam bilik yang gelap.

Akhirnya, malam yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Ustaz datang ke rumah malam tu dengan segala kelengkapan untuk mengubati aku. Aku rasa takut sangat-sangat. Ahh, tak silap! Bukan aku yang takut, tapi benda (saka) tu yang takut! Aku kuatkan semangat. Aku bisik pada hati kecil aku. “Ko kena buang saka ni! “Sampai bila aku nak tanggung benda ni tumpang dalam tubuh aku?” Aku kena buat! “Kalau bukan untuk aku sekali pom, aku kena buat untuk keluarga aku!” “Aku takkan buat Mak dan abah susah hati lagi!” Ikrar aku. Aku nekad. Sangat nekad.

“Nanti, kalau ustaz tanya, awak setuju dok kalau ustaz buang saka nie? “Awak kena cakap setuju!” “Faham! “Sedia?” Terang ustaz kat aku. “Insyaallah ustaz,”ikhlas aku tapi dalam pada masa yang sama hati aku bercelaru, berserabut dan nak memberontak. Seperti sukar untuk aku menyebut “SETUJU”. Aku kuatkan balik semangat untuk tidak bersekutu lagi dengan benda yang dilaknat oleh Allah. Aku cuba membaca ayat qursi untuk tenangkan hati yang bercelaru.

Banyak cara nak buang saka. Saya baru lagi dalam ilmu ni. Baru 6 tahun belajar berubat. Saya biasa guna cara lama. Sesetengah tu terus tangkap macam tu aje. Kalau macam tu ilmu dia tinggi lagi. Saya tak boleh. Baru minggu lepas saya ubatkan bayi 2 bulan. Menangis dari maghrib hingga subuh sampai kekadang hampir nak sawan. Rupanya ada gangguan saka arwah tokki dia. Alhamdulillah lepas berubat, bayi tu dah tak menangis dah dan dah boleh tidur. “Dengan ilmu yang saya pelajari dan mengubati pesakit, semuanya berteraskan islam, saya hanya bantu merawat, tapi yang menyembuhkan dan memberi awak pulih hanya Allah,”jelasnya ustaz.

Aku menganggup kecil tapi dalam hati aku ni dup..dak..duk..dap..! Gedebor sampai sakit pula perut aku ni. Kekadang rasa macam nak lepas je bom asap (terkentut). Kekadang rasa macam nak berlayar je kapal selam (terberak) dalam air. Haish! Apa kena dengan aku ni? “makinku tahan makin nak ku lepas biar semuanya pengsan”. Semuanya jadi ‘rasa macam’ tapi semua ‘macam rasa’ je sebenarnya takde pom! Hahaha. Jangan pulak korang heiipening pulak! Hah, kang orang baling bom asap, kang!

Ustaz mula berkumat kamit membaca bacaan ayat-ayat suci Al-Quran manakala didepan ustaz terdapat sepasang pakaian yang selalu aku guna pakai. Pakaian tersebut dimasukkan kedalam plastik beg. Sambil membaca bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, ustaz ligat memotong 10 biji buah limau nipis yang telah gugur kedalam plastik beg yang berisi pakaian aku tu.

Setelah selesai memotong limau yang gugur itu, limau tersebut diperah di atas pakaian di dalam plastik beg. Kemudian ustaz mula memejamkan mata dan scan untuk mengesan kedudukan saka. Seperti biasa acara tangkap dan campak ala-ala pasukan gegirls bersorak mula dimainkan oleh ustaz. Aku pulak masa tu terpaksa menahan diri dari keluarkan sebarang bunyi. Hehe. Selepas tahu kedudukan jin saka, ustaz mula menyoal aku.

ustaz: awak setuju untuk buang saka
nie?

aku: Setuju!
(fuh,leganya,lepas jugak aku.!)

Korang pikirin apa tu? Mesti korang ingat aku dah lepas bom asap tu kang? Bijak korang teka. Tapi sebenarnya bom asap tu aku peram dulu kasi matang. Hahaha. Asyik kisah seram je korang duk layan, sampai ada yang mengigau nanti. Ye dok? Ambik korang, kena layan lawak jenaka terlebih ting tong dari Si Baran. Okey korang. Get ready! Serius balik, jom sambung.

Setelah aku memberi jawapan seyakinnya, masa tu tetiba aku rasa meremang. Bukan aku saja yang meremang tapi keluarga aku yang tengah menyaksikan secara live perubatan membuang saka, turut sama meremang bila mendengar sendiri jawapan ‘setuju’ terkeluar dari mulut aku sendiri dengan suara lantang, jelas dan tegas. Masa tu secara tiba-tiba aku merasakan kesakitan yang teramatlah sakit di tengah-tengah kepala aku.

Aku rasakan seperti ade sesuatu ditarik keluar menembusi kulit kepala aku. Tengkuk dan bahu aku terasa tegang, perit dan berat. Dan yang paling aku cuak tetiba bunyi sesuatu dari tingkat atas. Aku syak dari atas atap rumah aku tu yang berbunyi, seperti bunyi hempapkan atau benda besar dengan beban yang berat jatuh menghempap atap rumah kitorang. Aku cuma bayangkan sebab bunyi tu betol-betol kuat. Aku perhatikan ustaz, matanya masih dipejam dengan mulut terkumat kamit membaca bacaan. ”

Aik, ustaz tak dengar ke bunyi bising atas atap tu?” soal aku dalam hati. Tetiba..

Ya Allah, peritnya tak terkata saat benda lahanat jahanam ni ditarik keluar oleh ustaz. Terlalu lama aku biarkan benda ni menumpang dalam jasad aku. Terlalu lama aku biar benda ni ganggu hidup aku, aku biar benda ni musnahkan impian dan harapan aku, aku biar benda ni buat diri aku merana sakit, dan yang paling aku merasa bersalah bila aku biar benda ni mempergunakan serta mengapikan perasaan aku (panas baran) sampai kadang kala secara tak sengaja aku dah menguriskan hati kedua orang tua aku dan adik beradik aku.

Akhirnya benda lahanat jahanam nie dah ditarik keluar dari jasad aku. Lepas je ustaz buang benda ni dari jasad aku, aku dapat rasa 1 perasaan yang aku sendiri sukar nak nyatakan. Korang nak tahu? Aku rasa tenang sangat-sangat, rasa bahagia, rasa tubuhku ringan dan yang paling aku suka aku rasa semua beban, berserabut serta tekanan emosi dah hilang bersama saat ustaz tarik makhluk tu keluar dari jasad aku.

Benda tersebut ustaz masukkan kedalam plastik beg yang terdapat sepasang pakaian yang selalu aku pakai sebagai galang ganti atau pertukaran tuan. Akhirnya, ustaz ikat plastik beg tersebut sekuat dan sekemas-kemasnya serta dengan beberapa bacaan doa sebagai kunci atau pagar supaya benda ni kekal didalamnya. Aku menarik nafas lega. Tubuh aku bebas dari saka lahanat.

Setelah itu ustaz mintak Rez dan ditemani Iz untuk buang benda tu ke dalam sungai. Aku nampak muka cuak diorang tanda bimbang dan takut.

ustaz: masa nak buang, buang guna tangan
belah kanan pastu pastikan masa
buang tu awak berdiri dan
belakangkan sungai tersebut.

Rez: Baik ustaz.

ustaz: Bila awak belakangkan sungai.
Campak benda ni ke belakang awak
jatuh terus ke dalam sungai tersebut.
Pastikan lepas buang jangan pusing
belakang nak tengok.

Rez: Kalau tengok belakang?

ustaz: bimbang ye tunjuk taring!
(acah ustaz tu lagi)

Rez: Apakata kalau ustaz ikut sekali. lagi
afdal, tak gitu ke Iz?

Iz: Yupp, betul bang, Iz setuju!

Aku: weiii.. kalau ko bawak ustaz sekali,
abis siapa nak ubatkan aku ni? Tak
selesai lagi kang ustaz?

ustaz: tergelak..takpe awak buang pastu
terus balik rumah ye, saya tunggu!

Iz: Ya Allah lindungilah kami berdua..amin!
puhhh…puhhh..puhh..
(sekaligus budak ni puhh pada aku)

akhirnya budak berdua tu pun keluar dengan muka cuak.

Aku pulak setelah selesai sesi buang benda tu, ustaz masukkan 10 botol air kolah masjid yang berlainan dicurah ke dalam 1baldi. Kemudian dengan mulut terkumat kamit membaca bacaan ruqyah ustaz memasukkan 3 biji buah limau nipis yang belum gugur kedalam baldi yang berisi air kolah masjid tersebut. Tetiba pintu rumah aku diketuk bertalu talu. Apabila buka muncul Rez dan Iz dengan muka cuak ketakutan. “Tutup pintu! Tutup pintu, cepat!” Jerit Rez pada Iz.

“kenapa ni?” soal abah. Rez bagitau masa dia bawak benda tu kereta berat giler macam terlebih muatan, padahal Rez dan Iz je kat dalam tu. Bila dah sampai kat tepi sungai Rez pun bawak benda ni keluar. Masa nak pergi kat tepi sungai tu, tetiba rasa macam ada ramai ikut dari belakang sedangkan masa tu Rez sorang je dan Iz pulak tunggu kat kereta sebab enjin kereta hidup senang nak cabut lari kalau-kalau ada apa-apa hok muncul. Lepas je campak benda tu dalam sungai, Rez cepat-cepat masuk dalam kereta terus balik rumah. Yang aku nak gelak sebab diorang punyalah takut sampai pasang keset mengaji dalam kereta sehingga pakcik yang bawak motor hairan tengok 2 budak muda bukan main kuat pasang bacaan Al-Quran. Sebab tu diorang bergegas masuk rumah.

Ustaz tersengih dengar cerita diorang. Ustaz bagitahu masa Rez bawak benda tu tetiba macam ada benda ikut kat belakang tu, semua tu pengikut atau pengawal saka tu dan yang Rez bawak dengan tangan tu pulak Raja diorang. Macam tulah maksud ustaz. Kemudian ustaz mintak aku ke luar rumah. Di halaman kawasan rumah kat dalam pagar rumah kitorang, aku duduk disatu tempat untuk dijiruskan air tersebut.

Dalam pukul 12.30 malam, aku di selimut dengan kain hitam tersebut dan ustaz suruh aku niat dalam hati supaya bebas dari gangguan luar setelah itu ustaz menjirus air tersebut pada aku. “Woii.. sejuk siiott!” 1 baldi ku rasakan macam 2 baldi aje. Setelah selesai kain hitam tersebut aku tinggalkan di luar rumah selama 3hari. Jangan dilangkah dan disentuh. Hanya dibiarkan dijemur disitu. Dalam masa 3hari tu jugak aku bermandikan 3 biji limau nipis setiap hari lepas asar. Lepas 3 hari kain tersebut dimasukkan kedalam plastik beg bersama kulit limau nipis yang aku mandi tu sekaligus dicampak buang ke dalam sungai.

Sebelum tu part yang paling aku rasa azab sikit, bila kena makan daun sirih selama 3 hari. Korang bayangkan betapa tak sedapnya daun sirih tu, korang kena makan jugak sampai tengkukku terasa kebas nak telan daun sirih tersebut. Aku dengan sayur mayur ni musuh ketat sejak zaman kanak-kanak riang lagi tau. Aku dengan sayur atau ulam sekali pun memang takleh bersatu. Macam lelaki dengan lelaki mana boleh kahwin. Macam tu laa aku dengan sayur atau ulam nie. Hahaha, jangan marah haktu contoh aje. Kasi up sikit..

Aku rasa selama 3 hari hilang terus selera makan aku, semuanya jadi spoil bila buka tudung saji nak usya lauk pauk yang mak masak tertiba spoil bila aku tengok ada daun sirih dalam mangkuk. Time makan pulak lagilah nak ku nangis sebab mak teman aku makan sekali dengan sirih tu buat ulam. Macam tau-tau je taktik aku nak buang sirih tu pastu pura-pura dah makan. Hadoii.. jengz langsung takleh nak mengelat. Kalaulah abah teman aku makan rasanya lagi mudah aku selitkan daun sirih tu dalam pinggan nasi abah. Sebab abah dengan ulam mengulam ni memang teman sejati. Hahaha.

Namun aku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari. Selepas 3 hari berpantang aku dikejutkan pula dengan gangguan pocong. Hanya dalam mimpi. Macam ada sesuatu yang ingin disampaikan tapi aku marah dan halau pocong ni. Rupanya ada benda lain pulak yang ganggu adik aku pulak. Siapa yang kena ganggu? Kena ganggu dengan apa? Kalau nak tahu tunggu new post next time. Nak sambung kat sini dah panjang sangat.

Sebelum tu ada sesuatu aku nak share kat korang semua. Simple je korang boleh amalkan selalu.

Kelebihan surah yassin ayat 82
innamaa amruhuu izaaa arooda shai’an ai-yaquula Lahuu Kun (niat dalam hati: Ya Allah sembuhkanlah sakit ni) sambung dengan Fa-yakuun..
*niat ikut hajat korang semua!

Kalau nak tahu tip best lagi next post aku share kat korang. Mudah, senang, dan simple! Ada masa atau ada jodoh kita jumpa lagi next post ye korang. Terima kasih sudi baca. ?

Loading...

38 comments

    1. alhamdulilah moga allah membalasnya.. psni aku tak muncul dh.. cukup stakat nie je..cukup ke spm tahap otak aku asal tk kasi upsr je..??

    1. tqvm..tpi kt fb rmai yg kecam..mungkin setakat ni je kot story sy..sy share benda betul pom diorng perlekehkan..susah kalu benda mcm ni diorg tak alami sendiri.. tahu nk mgkritik je..stakat ni je sy muncul. thnk sudi baca kisah yg tk seberapa ni..sekurngnya ade yg hargai.. daripada si kecam di fb tuh.. aku doakn korang tak alami ape yg aku lalui selama ni..aku tak pandai nk karang cerita mcm korang si kecam yang pro lagi hebat dan terer sedunia..alhamdulilah korang..alhamdulilah..

      1. kalu ad rejeki…kongsi la penglman kamu lgi…wlpn pjgg tp watkan pmbace tnanti2 apekh pngakhirnnye….nice….nyahhh kn si kecam komen dri ruang pikiranmu…

  1. Cerita tu straight to the point, ko byak menyimpang yg membuatkan org lemau nk baca sbb merepek dan panjang sgt, cerita dh bgus… boleh perbaiki lg

    1. maaf…aku tak pndai..aku manusia selalu silap.. tkpe aku redho kena kondem pun skurngnya aku tahu silap aku kat mana2 cuma kkdg tahap kondem agk melampau..besar sngt ke salah aku??

    1. terima kasih.. muncul sbb nk reply komen je.. stakat nie je sy share kisah sy dgn org luar tak mampu dah nk buat sambungn selnjutnya.. maaf buat korang hampa bila baca story yg tak seberapa ni.. terima kasih wak..

  2. Umak aaaiiii…
    Dr siang membawak ke malam br akk siap bace kesah ni…
    Cerita satu episod tp akk bace udh mcm gaya sinetron berepisod2 sbb byk noo plak iklan dek melayan karenah anak2 ni…
    Buat kali keduo namo den disobut dlm kesah korg…
    Hahahahah kaklong kawasan ekkk…
    Tu mmg trademark abadi hakak tuuu…
    Satu yg akk kagum dgn penulis2 tegar FS ni kan, selain pengalaman yg luar biasenye tu, akk cukup kagum dgn kegigihan korg ni menaip…
    Punye panjang tu wooooo…
    Lg satu yg akk sgt kagum, tahap memori korg yg kepala gajah tu…
    Boleh ingt sedetail2 cerita, watak, intipati dan waktunye tu…
    Akk ni aritu baru2 ni jer kena sergah maghrib2 dgn ketukan tukul besi kt dinding pn akk dh tak ingt detail kejadian…
    Terok noo ilang ingatannye…
    Ni semua semut punye psl…
    Huhuhuhuuuu…

    Ustaz tu soh buang kt sungai plastik2 tu nnt semua tu akn ghaib ke???
    Risau plak ade yg kerajinan g kutip pastu bukak2 plastik2 tu…
    Agak2 nk buang xleh toleh belakang kan…
    Tp ade x toleh kiri kanan???
    Mane tau ade penguatkuasa nmpk kang kena saman plaaakkk…
    Hahahahaha….

    1. akakkkk…rinduu nk baca komen dari akak.. tahu byk meleret..idea menulis dah zero kak.. ade masalah baru pulak muncul..tempat tinggal kitorng dh tak aman mcm dulu..hari isnin lepas ahli keluarga kitorg histeria.. pastu adik pulak naik gatal2 bila mndi air bacaan keluar debu2 hitam..saya blur nk buat cerita seram..banyk sngt kelibat..tgh solat pun tetiba muncul kain putih tak tahu dari mana trgantung kt siling..nk trkejut takut tak sah solat kalu brgerak, so trpksa solat smbil pejam mata..maaf kak long kawasan sbb kisah x berapa nk menarik.. kes gangguan berleluasa dlm rumah ni, masa buat story nie..maaf kak..abah pun tngh cari rumah lain.. nak angkut semua pindah..tak larat sangt dah akak nk berubat.. mungkin stakat nie je kita muncul.. terima kasih kak kasi mood kita hppy balik bila baca komen ohsem dari akak.. si baran dah cuak tahap jiwa sensitif bila ada ahli keluarga kena histeria..tetiba menjerit menangis..sebb ingt ALLAH ada laa kitorng kuat lawan.. tapi smpai bila nak bertahan.. nk mengeluh pun tak boleh sebb semua ni ujian.. nasib time reply komen akak.. sy tido kt office abah..hehe takut nk balik rumah..nk stop semua seram meram ni..semangat tak berapa nk kuat mana dah.. dari baran jadi sensitif.. org lain elok je.. kitorg lepas sorang2 sakit kena gangguan luar.. ops trlebih komen pulak.. terima kasih kak..msti tak jumpa akak lgi dh.. tak dptlh nk baca komen best2 dr akak.. ahahah.. take care ye kak..moga akak sekeluarga sentiasa dilindungi allah..aminn..

      1. Take ignore je negative comment tu… kalau seram sangat takde lawak pun tak best gak. Btw boleh tak share number ustaz yang buat rawatan kat awak tu? Dekat mana ya ustaz tu? Please sesangat harap dapat share number ustaz tu. Thanks a lot

    2. Looorrr…
      Jgnlah camtu…
      Lantokkan jer deme yg tangan #celupar tu…
      Ramei lg yg bersungguh bace citer2 kamu dik…
      Dan kena ingat…
      Yg kondem tu pon antara manusia gigih yg membaca sampai abis tau, hehehehehe…

      Alahaaaiiii…
      Masih ade lg ke gangguan yg berturut2…
      Ingtkan dh hanyut dibawak arus…
      Klu family sume kena histeria, cmne gamaknye nk handle tu sdgkan adik pon msh blom recover sepenuhnya…
      Eeeuuuwwww…
      Yg kuor debu2 hitam tu ghase2 miang megheyam tak kulit tu…???
      Cuaknye jd cmtu…
      Tdo kt opis?????
      Beraninye??
      Ke tdo kt opis secara berjemaah satu family…????
      Lepaih ni kenalah ade set punch card baru…
      Punch in mse tdo, ngan punch out mse dh bgn, hahahahaha…
      Sape tdo bgn lambat, die kena surcaj bayor OT kt opis, gituuuu…

      Udah2ler bersedih yer…
      Allah bg ujian sbb Dia tau tahap kemampuan adik dan family…
      Allah menguji sbb nak menaikkan martabat kita sebagai manusia…
      Allah menduga sbb nak menguatkan lg keyakinan kita padaNya…
      Eceeehhhh…sila bace dgn gaya intonasi Fadzilah Kamsah tau,hahahahah…

      Dik…
      Citer kali ni mmg terserlah baran ko dh berkurang samar2 bak jerebu…
      Tapiiii….
      Udoh bertukor pulak #sibaran jadik #simereng ….
      Hahahahahhaa lariiiikkkkkk….

      1. ahahah.. lawak betol akak nie..tkpe lh kak kita stop sini je takde lgi smbungn seterusnya..tngh pening duk hadap bnda ni..saka dh buang dh cume gguan luar tak habis lgi.. kwsn rumah laluan diorng.. pagar mcm mna pom bnda nie lgi terer.. mungkin dunia akhir zaman mcm nie kot situasi dia.. bnyk sngt setan iblis duk gnggu org rmai skrg ni..kang? kiamat dh hmpir.. atas kita bila nk sedar diri utk taubat.. kitorg pom dh mcm pelarian dh kak.. jauh dari kena ganggu..sy mintk maaf ye kak.. klu ada silap ke apa nie last sy muncul mungkin stop stakat nie je.. dh tak nk share dh dgn org luar.. mungkin dia tak alami apa yg sy sekeluarga rasa.. terima kasih kak bgi support.. sy tak pndai nk buat story.. otak dh bebal nk cari idea.. sy mungkin sibuk dan takde masa nk buat smbungn lgi.. sy nk dalami al-quran sebaik mungkin..klu boleh nk betulkn balik tajwid dan bacaan..hnya yg ni je boleh tlg sy bila susah..tq sekali lgi

        1. Buatlah yg mane terbaik utk diri adik yer…
          Klu nk carik akk leh usha2 pesbuk akak…
          Carik jer kaklong kawasan…
          Ehhh salah…
          YULIE SHURIDDIN…
          Heheheheheh…

  3. cite ko ni best sebenarnya… tp ko suka melalut meleret2. spoil betul la… lain kali kalau nak post cite baru, jgn buat lagi mende ni… lagi satu, mana2 part serius tu, tak payah la letak hahaha… buat org confuse jer…

    1. mungkin aku tertelan semut bnyk sngt kot brngkali otak tak berapa nk mari idea yg cun2.. ko jngn risau psnie aku tak muncul dh.. jdi ko tak pyh sentap sngt.. silap aku biar aku telan sesorng ko tk yah susah hati lgi.. aku stop dan brhnti stakat nie je.. aku bukn jenis manusia yg suka nk rumitkn keadaan.. aku sedor siapa diri aku..!!!

  4. cerita awak da best tapi byk sangat iklan lawk2 dialog2 yg xperlu tu jd pnjang bebeno. terpksa skip2 part yg xde kaitan… keep it up on writing dik

  5. Umpama tengok movie tapi banyak sangat iklan macam tv3. Jadinya orang takde mood nak tengok. Gitulah. Ambik dari sudut positive ye. Jangan kecik ati.

  6. takdi, kang, pom, hahaha. ni semua mengganggu pembacaan aku. writer, pls jgn bnyk sngt merapu. jadi x feel dah nak bace. ni tadi bace sekerat je. bila bnyk sngt adegan selingan dah x de feel nk baca. next time aku smbg bace. kau tulis je lg k. x yah nk merajuk dgn komen negatif ke hape. anggap komen tu sume komen membina.

  7. Pengalaman setiap org berbeza. Begitu juga cara penyampaian. Sebaiknya, ketepikan kekurangan dan yg paling penting kita ambk inti pati pengalaman yg ingin di kongsikan bersama. Bersyukur kerana kita dpt berkongsi pengalaman ni tnpa perlu merasai pengalaman yg mereka lalui. X semua org dpt mengharungi perkara mistik ni kerana kebykkn lebih memperlekehkannya. Tq penulis kerana berkongsi ilmu surah yassin. Wpon ada antara kita mgkn sudah mengetahuinya tetapi bagus sebagai ingat mengingati antara 1 sama lain. Jgn putus asa. Teruskan mencari ustaz yg bijak pandai utk sembuh ya.

    1. terima kasih sudi hargai.. terima kasih kerna memahami nasib saya.. maaf story kali nie menghampakn.. sy tak pndai bab nk karang story ni..tapi sy tahu silap sy bila ada yg kondem tak puas hati… sy belajar dr kesilapan.. cuma sy tak tahu cara nk puas hati pembaca fs nie.. diorg mcm zombi yg dahagakn kisah seram tahap gaban..bila silap sikit terus dikecam mcm sy pembunuh..ni last sy muncul.. sy mungkin dh tak kuat lagi nk shared bimbang klu ada silap lagi teruk dihina.. maaf atas kekurangan sy dlm penyampaian kisah sy ni.. terima kasih sekali lagi sebab kasi komen yang menyenangkan hati.. moga allah yg membalasnya segala kebaikan awak.. ?

  8. Pergh..kak..siyes first time baca kat FS ni suka sorang diri..mengekek aku suka dahla tengah makan..haha..mmg suka layan FS time makan…kejap bulat kejap kecik je mata tu..btw best kak! Torbaekk ???
    And kak, kite hidup bukan nak puaskan hati orang lain, so jangan dilayan sangat yang gitu2 tu.. Asal akak puas sbb dpt confess.

  9. Bagi aku karangan ko ni membosankan..
    Lebih baik cerita straight to tgr point xphh buat lawak bodoh k..
    Nak cerita betul2 lawak bodoh xpyh bosan org bc

  10. hopefully awak baca komen saya ni. saya follow story awak dari legasi pusaka tu. and bila awak post citer baru ni, sumpah saya excited sangat. siap bising dngan adik saya lagi. and as usual, memang best giler. saya x tipu. tabah sangat korang ni. saya paling suka bonding awak dngan family awak. moga adik awak selamat. moga korang sekeluarga sntiasa dilindungi Allah. sian dekat awak satu family. saya ada usha sikit apa jadi dekat awak lepas tu. dari komen kak yulie dan awak . 🙂 serious, sedih je saya baca. saya boleh tolong doa je. smoga selamat dunia akhirat. kalau boleh, nanti kasi khabar sikit apa jadi. saya nak tahu apa jadi dngan awak sekeluarga. risau ye, takut pun ye. hope everything will be fine ? amiin, ya Allah. and jangan peduli apa orang komen. biar apa orang kata. bukan diorang yang hadap semua ni. and lagipun, ada sesetengan readers yang support awak. tapi kalau awak x nak share lagi, xpe. saya faham. dngan apa yang berlaku kat rumah, dekat sini lagi. memang stress. just hope that awak sekeluarga will be fine. teruskan dekatkan diri dngan Allah. setiap masalah ada jalan keluarnya. jangan putus asa. jangan kalah dngan muslihat syaitan. jangan lupa mengaji. hati2 sentiasa ya ?

  11. Zero. Atau Aries aku tak tau mana satu nama ko ni..ok camni..kalau kau rasa nak menulis, nak kongsi, kau tulis je. Kecaman, orang tak suka itu lumrah. Memang zaman media sosial ni, kecaman level 99 tahap dewataraya ni kau kena tempuh dengan berani..cuba kau baca balik cerita kau dan kau relate kan dengan tomahan2 kau terima tu..kau repair mana2 yg patut utk next story kau.. kalau reader kecam kau bnyak sgt iklan, kau kurangkan.. reader kecam kau cakap lawak hambar, kau seriuskan cerita xyah selit lawak. Jangan jadikan kecaman tu sebagai benda negatif..bukannya keseluruhan cerita kau tak bagus.. aku nmpak ada jugak part kau kongsikan petua2 tu.. tu ilmu apa.. cuma readers ada yg nampak, ada yf tak nampak.. jangan kerana kau gagal sekali, kau terus down smpai kau nak berhenti menulis..macam aku, aku jadikan all the comments as positif things..cerita yg aku tulis pun ada jugak yg kecam.. ada siap pm lagi cakap aku reka cerita la, tak habis2 fs post cerita aku la, dah takde writter lain ke, macam2 jugak aku kena.. tp aku jadikan kecaman tu sebagai alat utk repair karangan aku..how to attract readers in my next story? ingat, seribu org kecam kau, mungkin ada sorang dua terselit yg suka cerita kau..betul tak aku cakap, walaupun bnyak org kecam, sorang dua yg suka cerita kau ni still boleh buat kau senyum bila kau baca komen diorang, kan?..haa, hidup ni kalau kau take positif, positif la hasilnya..#janganpatahsemangat #donenasihat

    1. setuju !!

      sorry ye cik penulis.. i pun nak mengomen juga.. janganlah cik penulis sentap2.. pembaca just luahkan apa dorang rasa bila baca cerita kamu.. terima je positively..

    2. terima kasih atas nasihat ikhlas tuan.. saya hargainya..maaf kalu sy dh buat nama penulis sifu si celupar terpalit sama..silap sy tiru hastag juga..smpai diorg bandingkan karya tuan dengan kisah sy yg tak seberapa dr budak mentah..maaf baru reply.. tak kuat nk intai komen2 yg buat saya jadi down lagi teruk.. saya cuma nk sokongan..bukannya benda yang mengaibkn..bila saya menulis dan kirimkan kt kisah sy kat fs sekurngnya dh lepas sedikit beban..cuma sy sedar kkdg bila buat story kejp stop..pstu taip balik mcm main tunda2..cerita dan idea jdi tunggang langgang..tu psal bnyk iklan or lawak hmbar..tpi bila sy jnji nk buat next post smbungn kisah sy..sy tak nak jnji kosong..so sy terus hntr tnpa selidik dlu mcm kisah first sy dulu tu sblum hntr sy check dlu ok ke @ ko..tu psl kisah si baran tak brpa nk jadi.. buat trgesa2 asal siap..bila dh post hasilnya mkan hati la saya seseorg..siap ckp dr menulis prgi buat komik jepun la..budak lps spm la.. ke laut la tu nasib kelaut kalau ke longkang dihumbannya story sy oleh si kaki kecam lagi naya..psl smbungn tu hentahlah.. tak janji nk teruskan @ tidak…rasanya cukuplah setakat nie pengalaman sy kongsi.. lagi pun sy masih lagi di ganggu benda ni..bukan saka kemungkinan santau..tu belum lgi gangguan yg memang dh sedia ada dlm rumah..kelibat muncul mcm2 jenis tnpa kira masa..time solat pun kitorng kena pejam mata kekdg sanggup tak tido..cukuplah beban nk kena tahan…sumpah demi allah saya tak kuat..cukup je stakat ni sy kena kecam mcm sampah..walaupun ada segelintir yg baik hati beri kata2 semangat.. buat sy sedar kalu org luar boleh kutuk dan buat sy mcm sampah..tpi diorg lupa sampah pun boleh kitar semula jadi barang yang baru..tak gitu sifu? Kena uji sikit kt fs.. tak sekuat kena uji dgn benda luar..Cubaan..mana boleh lari..sy redha..Terima kasih bagi tunjuk ajar dan support…terima kasih admin fs.. sudi share kisah budak mentah mcm sy ni.. maaf admin fs sbb dah timbulkan masalah..takde niat nak berbalah atau bergaduh..yg dh komen tu senang ckp aku tak ambil hati pun..aku pun mls nk fikir bnyk..aku bukan jenis berdendam..aku jenis kena sekali dah cukup..takda lagi nak kasi kena utk kali kedua..aku dah belajar dr kesilapan..aku kusut..otak pun dh zero nk cari idea..maafkan aku juga..maaflah korang aku sedar kesilapan, kelemahan dan kekurangan aku sbb kasi story yang sngt menghampakan..mungkin aku tak sesuai dlm bidang penulisan mcm korang..aku cuma ada sedikit keberanian je nak mencuba nasib..tpi dh tumbang..mungkin nasib tak menyebelahi aku dlm berkarya..maaf laa dah menghampakan..

      1. alaa kesian la awak..tulahh aku pun pelik juga orang yg jenis pengecam ni..spesis straight mcam diorang tu memang otak diorang x boleh di warna. kalau seram, seram je dia nak..(biasalah melayu).. kalau aku lah baca story yg bosan ke annoying ke, xda lah smpai nk sentap pastu komen nk nyakitkan hati penulis dahtu di hinanya habis habisan..rasa aku pula yg “eeeeeeeeeee” baca komen d fb tu..diorang x pernah merasa lagi.. klau nk best sangat baik cari novel seram je ye tak?..tapi cerita awak ni, best sebenarnya tapi tulah x smua orang nk dengar@faham cara kita nk bercerita kan?.. aku faham pasal aku ada je kawan jenis macam awak ni huhuh

      2. lagi 1 aku respect la pasal dh tulis panjang2 tu..mesti penat kn?.. klau aku memang aku dah hempuk kepala aku kt keyboard tu hahahh

  12. kadang2 komen yg negatif tu la yg banyak perbaiki diri kita..so harap penulis jgn la makan hati sgt bila terima respon yg agak kurang menggalakkan…kalau rasa penulisan nak dapat sambutan dari readers, penuliz kena la terima apa2 jua komen supaya kita x syok sndiri bila menulis..btw cerita ni best sebena nya cuma jgn merapu lebih2/ cerita yg laen2 terlalu banyak..letih baca sbb cm lari topik..maaf jgn kecik hati jgn marah

  13. zero sedih pula dengar luahan Kamu.. sabar ye, pembaca dsini ADA Yg mahu cerita best je. klo sya la, siapa x suka baca boleh skip je tgok cerita lain. sbb sy faham ada Yg biasa menulis dan Yg tidak biasa menulis cerita disini. tak pyh pikir Sgt

  14. Best ja aku baca..
    Nak kecam p tulis sendiri la..mcm terer sgt..
    Lpas ni harap puak2 tu jumpa hantu dan tulis kat sini tgk mcm mana dikecam pulak..
    Orang dh penat2 taip mengecam pulak..
    Klu x suka skip ja la baca cerita lain..
    Mcm bagus sgt..

  15. Ape la korang ni… nak baca, baca. tak suka baca, skip n baca cerita lain la. takde sape paksa korang baca karangan tahap spm ke, pmr ke, upsr ke, pejadah ke ni. xde sape potong gaji korang sbb terbaca cerita yang korang tak suka baca. beribu kot cerita dlm FS ni yang korang bole baca. free jek, bkn kene bayar pn.

    penuh dgn komen negative. cerita dia, biar la dia nk tulis ape dia nak, macam mana dia nak. kalau korang punya cerita, korang punya jalan cerita, korang punya cara la. cara orang lain korang takyah nak hentam sana hentam sini. tak paham btol aku orang-orang macam ni.

    ni la species manusia yang kalau dia bole santau orang, dia santau. eh…. bole ke hantar santau pakai email?

    to penulis, zero or aries or whatever your name is,
    i like your story line. tak bosan, tak pendek and actually takde la panjang sangat. ada cerita yang lagi panjang. lawak2 tu kalo tak jadi, aku hadam je. kalo jadi pn aku grin jek. mak ok jerrr nyah…. alah… tu yang dok sibuk mengutuk lawak hambar la ape la, kalo ko baca cerita lawak pn bukan ko ketawa berguling guling atas lantai sampai kaki kejung sambil meleleh air mata pn… paling kuat pn buat bunyi “heh” kt dpn pc opis, pastu senyum mcm kambing makan sirih. kecoh. aku siku rusuk kanan korang, pastu swing bawah dagu, baru korang tau apa itu penyesalannn

    takpe… teruskan menulis. lantak la diorang nak cakap apa. yang penting hati senang. kalo agak2 nak hati bahagia, pm tepi, kita keluar g klcc. cukup 3 bulan, abang datang rumah bwk rombongan. #okbai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *