Sihir Cinta

Assalamualaikum. Setelah lama aku menjadi Silent Reader buat pertama kalinya aku cuba menghantar kisah aku di sini. Aku harap kisah aku ini dapat memberi pengajaran buat korang semua. Maaf jika terdapat kekurangan dalam penulisan aku.

Aku mempunyai seorang kawan baik dan dia seorang perempuan. Ramai orang kata berkawan baik dengan lain jantina menyusahkan tetapi tidak bagi aku kerana kami saling memahami antara satu sama lain tambahan pula dengan perwatakan dia seperti seorang lelaki lagi la aku ngam. Dia ku beri nama Mia. Mia ni aku kenal dari zaman universiti entah macam mana aku boleh rapat dengan dia sampailah ke alam perkerjaan kami masih lagi berhubung. Hujung minggu pasti kami akan melepak sehingga lewat malam. Tapi ada satu perkara aku tak tahu dan aku tak sedar sepanjang perkenalan kami.

Seperti selalu aku pergi berjumpa Mia tetapi kali tu aku bukan datang sorang tapi aku datang dengan tunang aku (Sya). Masa aku kenalkan mereka berdua buat kali pertama reaksi Mia lain sangat seperti tidak berkenan dengan apa yang aku buat. Masa tu aku fikir mungkin Mia tiada mood ataupun bendera merah. Selepas pertemuan kami bertiga pada malam itu. Aku mula sibuk dengan hal-hal perkahwinan memandangkan majlis kami akan berlangsung tidak lama lagi. Kesibukan aku menyebabkan aku tidak lagi melayan Mia seperti selalu. Bila Mia whatsapp aku, aku hanya bagi bluetick tak pun dua tiga perkataan yang aku balas. Bila Mia ajak aku keluar aku tolak atas alasan sibuk. Mia pula selepas aku tolak ajakan dia, dia makin lama makin hilangkan diri dan tidak kacau aku lagi. Bagi aku mungkin dia faham situasi aku.

Seminggu kemudian aku jadi rindu teramat pada Mia, rindu yang sukar ditaksirkan. Sesiapa yang pernah ‘terkena’ mungkin faham keadaan aku waktu itu. Semua kerja aku buat semua jadi serba tak kena. Setiap masa setiap detik aku hanya membayangkan wajah Mia sahaja sehinggakan solat pun aku tinggal. Malam malam aku akan bermimpi Mia datang dekat aku ajak aku ikut dia ke sebuah pondok usang dan aku hanya mengikut tanpa sebarang bantahan. Bila aku jumpa dengan tunang aku, akuku jadi panas baran semua dia buat semua salah di mata aku. Aku tengking dia aku marah dia. Ayat putus tunang sentiasa aku sebut tapi Sya masih lagi setia dengan aku. Pernah dia menangis depan aku tanya apa salah dia dekat aku sampai aku berubah 100% tapi aku hanya diam.

Persiapan Kahwin aku dah tak cara. Semua aku biarkan mak dan tunang aku uruskan bagi aku semua tu dah tak penting yang penting aku kena cari Mia. Ada satu hari tu masa aku keluar dari office aku nampak Mia tengah berdiri di tengah jalan raya. Aku yang macam hilang kewarasan terus lari dapatkan ‘Mia’ nasib Tuhan masih beri peluang untuk aku hidup ada seseorang tarik aku dari jalan raya kalau tidak tubuh aku dah hancur kena langgar dengan lori minyak.

Sejak kejadian tu aku dah makin teruk. Setiap sudut aku nampak Mia, aku akan cakap sorang sorang seolah olah Mia wujud dihadapan aku. Siapa yang ada disisi aku waktu tu memang boleh buat kesimpulan yang aku dah gila. Bila maghrib aku akan bau badan Mia dan time tu aku akan hilang pertimbangan aku akan cari jalan nak keluar dari rumah. Untuk makluman, aku tinggal dengan mak aku jadi bila waktu maghrib dorang akan simpan kunci untuk elakkan aku larikan diri. Pernah sekali abang aku sampai buka langkah silat dia untuk kawalkan aku.

Tunang aku pula akan melawat aku setiap hari. Tiap kali dia tengok aku dia akan menangis. Kalau kenangkan balik banyak air mata tunang aku jatuh disebabkan aku dulu. Maafkan abang sayang. Kalau aku waras masa tu dah lama aku lap air mata dia aku pujuk dia tapi korang tau apa aku buat masa dia nangis? Aku hanya gelakkan dia sambil mulut minta putus dan ayat yang paling tunang aku ingat sampai sekarang adalah, “Dam milik aku selamanya dia hak aku”. Dan disebabkan ayat itu tunang aku sentiasa berjaga jaga sehingga sekarang.

Bila keadaan makin sukar dikawal, keluarga aku buat keputusan untuk bawa aku pergi berubat dengan pakcik aku dikampung, tunang aku pun ikut sekali. Pakcik aku marahkan mak dan ayah aku sebab tak ubatkan aku dari awal lagi kalau lagi lama aku dibiarkan aku boleh jadi gila sepenuhnya.

Malam tu pakcik aku suruh duduk dihadapan dia dan aku hanya ikut tanpa membantah. Pakcik aku pegang kepala aku sambil mulut terkumat kamit membaca ayat ayat suci Al-Quran. Masa tu jantung aku berdegup kencang dan rasa sakit kepala yang teramat sangat macam nak pecah kepala aku. Perasaan aku bercampur baur sekejap rasa marah sekejap sedih. Aku tekup muka aku dengan tangan. Aku menangis semahu mahunya bagai tiada hari esok buat aku.

“lepaskan aku.”-Aku
“siapa kamu?”-Pakcik
“aku sayang dia! Selamanya dia milik aku!”-Aku
“Dia milik Allah! Siapa kamu? Siapa yang mengirim kamu untuk mengganggu dia? Pergi kamu dari tubuhnya atau aku kan menyeksa kamu dengan ayat ayat Al-Quran”-Pakcik.
“Kau tidak perlu tahu semua itu. Kalau aku pergi, tuan aku akan seksa aku!”-Aku.

Pakcik aku tidak membalas mungkin hanya membuang masa sahaja berbual dengan jin yang belum tentu ada kesahihan dalam setiap percakapannya. Sebaik sahaja pakcik aku laungkan nama Allah terus dia melibas aku dengan kain serban. Aku pula masa tu menjerit kuat dan kemudian aku pengsan. Tidak perlu aku nyatakan bagaimana proses seterusnya untuk mengeluarkan jin dari badan aku mungkin sama seperti korang tengok dalam youtube atau sebagainya.

Sedar sedar aku dah terbaring tengah rumah dan aku lihat Pakcik aku tengah merawat tunang aku. Aku hanya baring dan memerhati setiap perbuatan pakcik aku. Aku langsung tiada tenaga untuk bangun sendiri. Tubuh aku terlalu letih dan penat dalam masa yang sama aku menangis mengenangkan perbuatan Mia terhadap diri aku. Aku tak sangka yang dia sanggup buat aku begini.

Pakcik nasihatkan aku kalau boleh jangan jumpa Mia lagi atau lost contact dengan dia. Takut lagi teruk Mia kerjakan aku nanti. Selepas semuanya selesai, aku kembali jalankan kehidupan seperti biasa dan aku kembali bertanggungjawab dalam uruskan urusan perkhawinan. Malam sebelum majlis aku dapat whatsapp daripada Mia yang dia nak jumpa aku malam tu. Aku terus bersetuju bagi aku ada perkara yang ingin kami selesaikan dan aku juga membawa adik lelaki aku sebagai tanda berjaga jaga.

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 comments

  1. ceit. sambung2, x hbs2 sambung. pekate ambik ms sikit hbskn sume br htr…. ni buka novel bsiri bro….

  2. kisah saya pula disihir kekasih sendiri supaya suka dan sayang dia…dan kawan baik (lelaki) pula yg bagi tau yg saya sebenarnya disihir…kalau tak…mungkin saya dah kawin dengan kekasih saya tu dulu….at last…saya pulak kawin dgn kawan baik saya tu…jodoh kan?

  3. Writer sekarang membosankan la. cerita separuh mcm ni buat langsung tak baca da. kalau nak tgk bersiri, baik tgk astro ria. hmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.