Hai admin,tolong rahsiakan identiti aku ya kalau admin sudi siarkan cerita aku ni..terima kasih admin. Disebabkan aku selalu baca cerita kat fiksyen shasha ni,jadi aku pun nak share cerita.Cerita ni terjadi masa aku budak lagi.Umur tak ingat dah.Kalau tak silap masa tu tahun 90-an.Yang pasti cerita ni berlaku kat kampung aku di Sabah.Identiti kampung terpaksa di rahsiakan,sebab takut mencemarkan nama kampung tempat aku lahir..
Jadi ceritanya bermula macam ni..
Aku masa tu duduk dengan Bapa,kakak aku ada 2 orang,adik perempuan seorang dan adik lelaki seorang.Rumah aku tu rumah kayu je,cermin tingkap pun masih style lama yang empat segi panjang tu,yang tepi cermin tu besi..budak 90-an mesti tahu tingkap macam mana aku maksudkan ni.Siling rumah pun takde,jadi kalau aku tidur mesti nampak bumbung rumah.Masa tu bumbung rumah masih guna zink besi tu.
Bapa aku ni ada gilfriend,aku tak ingat dah nama dia siapa,tapi dia bukan beragama islam.Dia berasal dari daerah yang dekat dengan Papar juga.Aku namakan daerah B je lah.Mak aku dah becerai dah dengan Bapa aku,tak ingat bila.Jadi nak dijadikan cerita,Bapa aku ni selalu bawa teman wanita dia tu balik kat rumah,nak biasakan dengan anak- anak dia kot..Aku namakan teman wanita Bapa aku ni Auntie K je lah,sebab tak ingat nama.Auntie K ni bagi pandangan aku seorang yang mesra,rajin dan pandai ambil hati kami adik beradik.Tapi dalam fikiran aku,aku memang tak suka semua perempuan yang Bapa aku kenalkan dengan kami.Tak tahu kenapa,sebab aku memang tak suka..
Auntie K selalu belikan kami adik beradik makanan..Selalu masak kat rumah..Satu hari tu aku dengar cerita dari Bapa aku yang dia nak kawin dengan Auntie K.Tapi Auntie K kena masuk agama Islam.Jadi kami adik beradik ikutkan je lah apa Bapa aku cakap.Lepas hari tu semua berjalan macam biasa..Tapi tak lama,seminggu macam tu je.Aku perasaan yang Auntie K tak pernah dah pergi rumah..tak pernah dah jumpa kami adik beradik..tapi aku tak pernah tanya kat Bapa aku..sebab masa tu aku masih budak-budak lagi,yang aku tahu cuma balik sekolah main dengan adik beradik aku..sampai ke sawah padi aku dengan kakak aku buat acara ‘berenang’..hahahah…
Hari Pertama Kejadian :
Tak lama macam tu,ada satu hari tu,aku bangun awal pagi..sebab memang dah biasa bangun pagi..Aku keluar dari bilik,masa tu kami 5 beradik kongsi bilik..Sebelah lagi bilik Bapa aku..Masa aku keluar bilik tu aku nampak bekas darah menitis,darah tu bermula dari tingkap kat ruang tamu.Cermin tingkap tu memang dah pecah bahagian bawah,jadi Bapa aku memang dah tak pasang dah.Yang tinggal tu bahagian atas je.Lagipun cermin tingkap tu nak kena ukur dulu baru boleh pasang.
Sambung balik part bekas darah menitis tu….
Bekas darah tu menitis kat lantai bermula dari tingkap,lepastu masuk ke bilik Bapa aku.Di bilik Bapa aku ada satu meja,macam meja ofis yang warna kelabu tu,kat atas meja tu lah aku tengok banyak darah,bukan setitik dua,tapi banyak,macam pek darah yang orang derma darah tu. Darah tu warna merah pekat.Lepas dari bilik Bapa aku bekas darah tu menuju ke pintu rumah kami.Aku masa tu tak terfikir apa-apa pun yang menyeramkan.Aku ikut je jejak darah tu kat lantai sampai depan pintu.So aku buka pintu rumah,darah tu betul -betul sampai kat pintu je,kat rumah aku tu ada beranda ataupun kat kampung aku tu panggil beranda tu ‘pentaran ‘..Memang berhenti kat lantai antara pintu aku dah lantai beranda tu.
Masa tu terus aku terfikir pasal kucing kami,sebab kami ada bela kucing.Kucing tu tengah menunggu hari nak beranak.So aku fikir mungkin ni darah kucing,mungkin dia nak cari tempat beranak,tapi tak dapat keluar sebab pintu rumah tutup.Pasal tu lah darah dia menitis kat lantai.Aku pun bangunkan lah adik beradik aku yang lain.Kami adik beradik cari kucing tu,tapi tak jumpa.Satu hari cari tapi petang baru jumpa kucing tu.Akak aku cek lah kucing tu sama ada nak beranak ke atau dah beranak,tapi bila cek takde tanda tanda pun kucing tu nak beranak atau ketumpahan darah.Aku pun fikir masih tak matang,jadi malas lah nak ambil peduli pasal darah tu.Mungkin memang darah tu kucing kot.So malam tu kami adik beradik tidur macam biasa,masa tu kami takde tv,eletrik pun takde.Jadi berbekalkan cahaya lilin je lah.
Hari Kedua Kejadian
Hari kedua tu,aku tak ingat siapa yang bangun dulu.Yang aku ingat hanyalah bekas darah tu terjadi lagi.Sama dengan hari pertama,bermula di mana dan berakhir di mana.Masa tu aku dah tak syak tu kucing nak beranak.Aku dah syak benda lain.Perasaan masa tu memang sangat takut.Memanglah,masa tu budak lagi,cerita-cerita seram pun takut nak tengok,apalagi nak dengar.Tapi benda ni berlaku kat keluarga aku sendri.Ok,sambung cerita..Aku tak tahu siapa yang bagitahu pasal darah tu kat Bapa aku.Aku tak ingat..Jadi malam tu kami adik beradik tidur dengan ketakutan.Korang bayangkan,aku tidur kat lantai sebab tilam dah tak muat..Aku tidur betul betul berhadapan dengan pintu bilik.Pintu bilik tu tak sampai lantai pun.Ada jarak lebih kurang 2 inci macam tu.Jadi disebabkan kami adik beradik tak dapat tidur.Bapa aku di bilik sebelah becerita dengan kami adik beradik.Suara memang jelas sebab bilik kami memang takde siling juga.Kalau baring memang nampak bumbung zink rumah tu..
Masa tengah becerita dengan Bapa aku,kami adik beradik terdiam.Sebab cahaya lilin kat ruang tamu tu seolah-olah ada yang kacau.Sebab cahaya lilin tu macam dihalang oleh tangan,korang bayangkan lilin yang ada api ,lepastu korang tutup guna dua tapak tangan tu and dengan perlahan korang buka tangan korang,mesti ada terbentuk bayang-bayang kat atas kan.Macam tu lah yang kami adik beradik nampak kat bumbung rumah.Bayang-bayang tu sekejap membesar lepastu mengecil.Bapa aku kat sebelah bilik terus panggil kami keluar bilik.Aku dengan adik beradik aku pun terus keluar dari bilik dengan keadaan yang ketakutan.Masa kat ruang tamu tu takde apa pun yang aku nampak dan terjadi..Cahaya lilin tu pun balik kepada normal.Tapi kakak sulung aku tiba-tiba je diam,taknak bercakap.Malam tu memang tak tidur lena.Aku pun tak ingat aku tidur bila.Yang aku sedar hari dah pagi..
Hari Ketiga :
Titisan darah tu berlaku sampai hari ketiga,masa ni kami adik beradik memang sangat takut dengan kejadian tu.Waktu siang memang kami tak naik kat rumah.Aku lagi rela duduk kat luar rumah.Yang peliknya kejadian ni tak seorang pun pakcik makcik aku sedar.Sebab kawasan rumah aku tu berhadapan dengan hutan,kat kanan ada rumah makcik aku,sebelah kiri rumah nenek dengan rumah pakcik aku.Aku ringkaskan je hari ketiga ni,malam tu masa nak tidur,kami adik beradik rasa sesuatu kat bawah rumah.Sebab dengar bunyi tapak kaki orang berjalan,tapi kami diam je.Tak lama macam tu kami dengar bunyi kuku yang mencakar dinding bilik,masa tu menangis je lah mampu.Esok pagi tu kami adik beradik beranikan diri nak tengok dinding ka luar rumah.Memang betul ada bekas cakaran.
Disebabkan dah tak tahan dengan keadaan tu,Bapa aku dah berjumpa dengan seorang ustaz kat kampung aku juga.Dan berubat dengan tu ustaz,Masa berubat tu bapa aku ada memuntahkan jarum peniti dengan rambut.Semenjak tu gangguan kat rumah kami berkurangan,tapi perasaan takut tu masih menghantui.
So lepas kejadian tu,aku baru tahu yang gangguan tu dihantar oleh keluarga Auntie K.Sebab mereka tidak mahu Auntie K kawin dengan Bapa aku dan tukar agama and benda yang dihantar tu memang popular di area kampung Auntie K tu..Jadi pasal tu lah Auntie K tak pernah dah datang kat rumah lepas Bapa aku bagitahu mahu kawin sama Auntie K.Yang pasal kakak sulung aku diam membisu masa keluar di ruang tamu tu sebab dia ada ternampak orang bediri di beranda dapur,tapi orang tu tiada mata,mulut,hidung..cuma nampak kulit muka.
Sekarang rumah kami tu masih lagi ada,masih ada orang tinggal,kalau kamu mahu pegi Papar atau Kota Kinabalu jelas ja nampak tu rumah dari jalan raya.Rumah tu pun lepas seminggu kejadian tu masih terasa ada orang berjalan di ruang tamu.Sebab rumah kayu kan.Sekarang kami adik beradik semua sudah besar..Sudah kawin.
Jadi yang pasal cerita ni,terpulang kamu mahu percaya ka tidak.Cerita ni pengalaman sendri.Tidak tahu lah bagi kamu seram ka tidak.Tapi kalau ikut pengalaman sendiri memang bikin seram. Minta maaf kalau bahasa tunggang langgang. Sebab saya tidak biasa cakap KL bah.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
bosannnnnnn
Aku paling x suka orang macam ni, dah orang penat2 menaip share cerita untuk kita, kalau x reti berterima kasih pun, x yah la bash, diamkan sudah otak ikan bilis ko tu. Orang macam ko ni ntah2 orang yang asyik rate cerita semua org as awful tu… Dah kalau ko hebat sangat, ko tulis la cerita pengalaman betul sendiri tengok best ke x? Ini dah orang suap cerita free lagi nak kondem orang… Apa la perangai…
FS ni dulu waktu takde sistem rating lagi bagus, kurang2 nya bagi semangat kat rakan2 baru nak menulis dan share pengalaman masing2. Dan buatkan orang akan cuba baca cerita semua orang, x pilih bulu… Kurang2 nya penulisan kawan2 semua dapat peluang untuk dibaca… Ini macam dah jadi macam medium bash cerita orang pulak. Tambah2 plak dengan kewujudan manusia macam member kita kat atas ni, lagi la tak patut.
Entah kenapa.. Aku rasa cara penulisan dan buah fkiran ko sgt bernas. Menunjukkan in real life ko ni sgt positif dan x berskap judgemental. Kipidap.. Aku suka dan setuju cara fikiran ko. Hahha aku xtau ko baca ni ke x. Tp aku salute cra ko tulis. Tq. Btw aku bukan penulis ceta ni yg nk puji2 ko. Just another pembaca..
#Beruangpinkcomel
Hi #Beruangpinkcomel! Terima kasih kerana bersetuju dengan pendapat saya. Tapi saya memang macam ni, jenis outspoken… Bukan apa, cuma saya rasa semua orang deserve equal chance, dan x de sapa deserves to be bashed in public… sebagai manusia ni kalau kita seorang yang baik, or beragama, kita akan tau apa maknanya to respect and jaga aib sesama manusia, right? Nama awak pun #Beruangpinkcomel, rasa nak hug je! *Hugs*
akak setuju dgn Sila Reti Berterima Kasih Sikit….
baca je. free ni. bukan kena bayar. ingat senang ke nak menulis? nak kena perah otak nk cari perkataan nak membentuk ayat, dik oiiii. tambah2 kalau org yg tak pandai menulis.
sekurang-kurangnya dia cuba dan berusaha. kau lain lah… nak mengutuk, nak hentam mmg mudah, ayat keluar mcm tu je.tak yah pikir pun.
cuba usaha bersihkan hati tu sikit. Ramadan dah hampir dah, dik.
Best…ok
Coooooppppp…
Yg darah2 tu sape yg bersihkan???
Eeeuuwwww jijik plak nk bersihkan darah bebanyak tu…
Korg mcm nk rahsiakan hal darah tu dr ayah korg kan, maknanye mmg ayah korg x nampaklah ekk darah2 tu semua??
Ke die mmg xde kat umah???
Pening……. hahahahah
Yg ckp bosan tu sila tulis kisah anda lak boleh?
Nth…nth pape la org2 yg suke kutuk pnulisan org laen..klo boring ke,pndam je sorg2…xyh nk tnjuk pndai kt cni…nsb jgk die tlis cte bg bhan bc..nth pape la…klo tgur cra pnulisan ok lg..cube ko plak tlis cte,kitorg nk bc…pnglman msing2,kdg2 xsme mcm nk tlis tw…
#janganasyiknakkondemorang
Okay je aku baca story dia. Takde la seram mana, walaupun takde la best sgt. Tapi overall okay je bagi aku. Yg penting jalan cerita tersusun je dan mudah difahami. Perkataan dia gunakan pun dengan baik, takde ayat2 cacat mcm bdak wechat guna.
ya btl
ttbe terasa cm comel pulak bhse yg dye guna ?
Best! I♡it
Mcm cerita x lengkap.
Ape kesudahakan auntie k kawin ke x..
Ayoooo
makcik baca smbil psang lagu hindustan ‘teri meri’ trbaik. rsa feel
#cumel
Done..
Menarikkkk
tak pasal2 bapa die kene sihir…
Jika dibaca dengan cara penghayatan mesejnya sampai.sekurang-kurangnya penulis membayangkan kejadian sebenar yang dialami olehnya.bersungguh menaip dan berkongsi cerita walaupun dia tahu kelemahannya dari segi penggunaan bahasa dan jalan cerita yang perlu diatur untuk menceritakan kejadian yang di alami oleh beliau.