“Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dengan sesuatu) dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sungguh, dia telah tersesat jauh sekali. QS. 4:116”
Assalamualaikum, hai FS reader. Aku tak tahu kenapa tergerak pulak hati aku nak share pengalaman aku kat sini. Selalu aku suka baca je. Tapi ni bukan kisah seram, yang aku share ni kisah manusia yang sanggup menyekutukan Allah demi kepuasan hati mereka. Thanks admin FS kalau cerita aku ni di post.
Sudah 8 tahun pemergian arwah mak, ingatan tentang arwah sedikit tenggelam timbul. Mungkin kerana cara pemergian arwah tidak dapat diterima akal.
Masa yang diambil cuma tiga bulan, sebelum Allah panggil jemput arwah pulang kepangkuan-Nya. Aku sebagai anak hilang punca, akal seakan tidak berfungsi memikir kenapa dan mengapa tergamak seorang manusia lain menyakiti manusia lain pada sebab yang tidak munasabah.
Tiga bulan terakhir sebelum arwah meninggal, mak aku dikenali ramai orang dengan sikapnya yang lemah lembut, baik hati dan sentiasa bersedekah kepada sesiapa sahaja yang dikenali. Tanyalah pada sesiapa saja kenalan arwah, pasti mereka juga merasa terkesan dengan pemergian arwah.
Arwah mula jatuh sakit semasa aku belajar di kolej. Waktu itu aku berada di semester satu, dan aku akan bercuti semester selama tiga bulan. Bila aku dah mula bercuti, keadaan arwah dah mula nampak sakit. Perut arwah sudah mula membusung, ibarat orang mengandung 5 bulan. Puas arwah ke klinik buat rawatan tapi doktor cakap mak aku tak ada masalah. Sihat. Mak aku tak mampu buat apa-apa hanya terbaring dan menangis dalam bilik. Tapi mak aku tak meracau mahupun meraung-raung apabila dibacakan ayat-ayat alquran. Aku sendiri pun tak faham.
Akhirnya kami sekeluarga pulang ke kampung, dan memberitahu nenek aku yang mak aku sakit. Nenek aku suruh bawa berubat cara kampung. Bila berubat cara kampung ni baru tahu yang sebenarnya, mak aku ni terkena santau angin. Aku tak dibenarkan ikut arwah mak setiap kali makcik dan pakcik aku bawak pergi berubat. Tapi selepas balik berubat mereka akan ceritakan pada nenek aku. Dan nenek aku akan menangis, mempertikai manusia yang memperlakukan perbuatan kejam pada mak aku. Ya, kejam. Pada aku manusia yang melakukan perbuatan sihir ini adalah kejam.
Apa yang diceritakan oleh makcik dan pakcik aku, semasa sesi perubatan 3 biji telur digunakan yang digolek pada perut arwah yang membusung. Apabila telur itu dipecahkan, isi dalam telur itu mengandungi miang buluh, jarum dan patung kecil buddha sedang duduk.
Mula-mula kami juga macam tak percaya pada perkara-perkara mistik macam ni, tapi tak lama lepas pergi berubat tu, mak aku mula muntah-muntah. Yang keluar hanya air. Warna hijau pekat. Macam warna lumut. Tapi perut mak aku semakin membesar, dan badan arwah semakin kurus. Sekali pandang, tak ubah macam patung buddha yang tengah duduk. Duduk tegak dan perut memboyot. Ya, macam tu lah keadaan mak aku.
Mak aku ada cakap, masa mula-mula dia jatuh sakit tu mak aku ada muntah kan macam kepompong. Bila mak aku potong kepompong tu dalam tu ada benda-benda kotor. Benda yang selalu kita dengar digunakan bagi tujuan sihir. Keadaan mak aku makin teruk. Walau pun mak aku sentiasa muntah keluarkan air hijau tu, tapi perut mak aku tetap tak surut. Tetap memboyot macam patung buddha tu. Adik beradik mak aku masih lagi berikhtiar berubat kan mak aku, kali ni mak aku dibawa berubat ke port dickson.
Masa berubat di Port Dickson ni yang aku rasa paling ekstrem. Orang yang mula-mula berubat mak aku dulu pun datang tolong nak bantu orang yang nak berubat mak aku ni. Tapi dia cakap, masa dalam perjalanan dia nak ke PD kereta yang dia bawak jadi berat. Berat sangat. Walhal tak ada sesiapa pun yang dibawak. Kata dia, orang yang buat mak aku ni tak bagi dia datang. Dan sewaktu sesi perubatan tu berlangsung, orang yang buat mak aku tu ada kat kawasan tu sedang memerhati.
Aku tak pasti keadaan sebenar masa situasi tu macam mana, tapi pakcik aku cakap memang seram. Dia tak percaya dengan benda-benda ni semua, tapi bila terjadi depan mata dia dan mangsanya adalah kakak dia sendiri. Barulah pakcik aku percaya. Kata pakcik aku, semasa sesi pengubatan tu macam-macam benda yang mak aku muntahkan. Patung buddha, duri landak, miang buluh dan segala macam jenis benda kotor ada dalam badan mak aku. Kata orang yang berubat tu, orang yang buat mak aku ni tak suka tengok mak dan abah aku berkasih sayang. Benci dan cemburu tengok mak aku bahagia. Jadi dia santau mak aku melalui angin. Dia gunakan khidmat bomoh siam. Dan tujuan dia hanya satu, nak tengok mak aku mati.
Dan apa yang dia hajati tu, tertunai.
Lepas dari berubat tu, keadaan mak aku masih lagi tak berubah. Jadi kami sekeluarga sepakat untuk bawak mak ke hospital Pusrawi. Bila sampai kat hospital, jangan cakaplah, macam-macam ujian mak aku buat. Mamogram, MRI, CT scan. Dan macam-macam lagi. Tetap tak dapat kesan. Disebabkan kos tinggi, kami tukar ke hospital HUKM. Keadaan yang sama, tetap tak dapat kesan. Perut mak aku masih lagi membusung. Hospital tebuk perut mak aku keluarkan air dalam perut kiri dan kanan. Dan setiap kali ditebuk, setiap sebelah keluar 1liter air. Aku sendiri pun tak ingat dah berapa kali perut mak aku kena tebuk. Lepas entah berapa banyak liter air dah keluar dari perut mak aku, doktor buat scan lagi. Dan alhamdulillah. Ada keputusan.
Mak aku disahkan doktor menghidap kanser pangkal rahim tahap 4. Dah tak ada apa yang boleh dilakukan. Nak buat kemo pun tak dapat sebab kuman dah merebak ke paru-paru dan akhirnya mak aku meninggal jugak seperti yang diigini orang yang khianat mak aku.
Pada orang yang buat mak aku tu, kalau kau pun suka baca FS ni, ketahuilah aku takkan maafkan kau sampai akhir hayat kau. Sebelum kau mati nanti, kau datang jumpa aku. Aku nak tengok siapa kau sebenarnya. Kau rasa diri kau hebat sedang yang maha hebat itu adalah Allah.
Wallahualam.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
org yg mcm ni yg aku geram sngt ni.. haha.. brsabarlah wahai penulis. lmbt laun kita tau jgk siapa org brhati bangkai ni
dia ingat nak tongkat langit.. biaq Allah bagi pembalasan, bunuh org ni berdosa… org yg dengki ni sebenarnya gila…hang x boleh lari pembunuh… mimpi MLM yg sgt ngeri…
Awak doakan Arwah Mak setiap hari lepas solat. Jumpa di Syurga nanti 🙂
pelik la manusia mcm ni . kalau den la sakit ati cmno pon xdo telintas kek akal den ni nak bagi mati do . kok sakit ati bona . prank yo la . dajal kan calar keto ko . ala yang light2 yo . jgn la sampai lukokan ati org keliling dio gn tengok dio sakit . gilo ko . org cmni masalah mental .
Kaannn…
Kdg tu bile mulut ni dh TERLASER kt org pon lepas tu den menyosal…
Wpon selalunye melaser tu xdelah unsur maki hamun carut bagai…
Aku yang baca aku pulak yang geram. Al Fatihah.
haaa tu la .zaman je dah moden tapi masih lagi nak buat orang macam tu
Manusia bertuhankan syaitan..
Aku ada pengalaman yg hampir sama. Walaupun tak logik tapi redha, mungkin dah ajal dan juga itu cuma asbab dan penyebab. Apa pun moga si pelaku akan mendapat balasan atas perbuatannya.
Arwah mak saya dlu pun penah kne santau…tp x la teruk sgt.. akhirnya dia meninggal disebbkn jangkitan kuman pada paru2..
Salam Takziah buat penulis semoga tabah. Yakin setiap yg berlaku pasti ade pembalasan. Sentiasa berdoa utk arwah…semoga arwah dicucuri rahmat..
Bila org aniaya org lain, dosa dia terikat pada org tu. Waris pun x terampun dosa tu. Dan bila org yg dianiaya tu meninggal dunia, maknanya, dah xde jalan utk terampun di dunia. Mmg di mahkamah Allah la baru akan dilunaskan.
Family sy pun pernah kena bnda ni.. 1st arwah pkcik, sy xsmpat jumpa sbb masa tu umur Bru sebulan dua so xingat sngt.. bila dah besar, fmily crta.. baru2 ni mkcik kena, org yg bwt tu dekat ja.. alhamdulillah Allah mudahkan n bagi syifa..Org sekarang jahat dy tu dah boleh ganti iblis, pantang orang lebih sikit mula lhh nak dengki..ada ja benda yang dwng nak iri..Bayangkan, mak sy pernah sedekah sayur dekat org kg ni, bukan 1kampung dy bagi, i mean dy bagi kat salah sorang pnduduk tu.. org tu pndai, dy hntr bnda nak kenakan mak sy, tpi sbb mak sy ni semngat dy kuat sikit, bnda tu xdpt msuk so dy msuk dekat adik mak sy.. makcik sy tu duk meracau pastu isteri pakcik sy(adik mak sy jugak) ubatkan dy.. isteri pakcik saya tu kira pandai juga lhh bab2 ni, and dwng tnya kat bnda tu siapa yg hantar, bnda tu crta yg tuan dy(org yang mak sy bagi sayur) xsuka ngan mak sy, dy xsuka bila mak sy bwt baik bgtu, kira pada dy nampak berlagak baik kot,..my point is, org skng, bwt baik pun akan ada yang xsenang.. tulaa sebab kita kena slalu berhati2 and mohon perlindungan dari-Nya..
Teringat plak kt arwah mak saya, tpi bukan perut yg busung tpi bhgian kedua kaki bengkak air yg bila kita tekan kulit isi tu ke dalam nmpak kekuningan putih2 isi lambat naik..bhgn tapak kaki tu mcm kaki bengkak air pompuan ngandung..kitorang bawak jumpa bomoh syiling..dia baca ayat2 quran tekap syiling2 pada kaki arwah mak saya, lps tu susut bengkaknye kmbali normal..lps seminggu bengkak air semula..2,3x jumpa org yg
mengubat guna syiling tu..juga bw gi spital then doktor sahkan kanser usus xlama dlm sebulan tu meninggal dunia..
Arwah mak aku dulu selalu bersihkan kemaskan rumah pusaka atuk, tpi abg tiri mak aku selalu kunci tak suka sesiapa datang pdhal dia pn tak duduk situ..tpi org yg rawat mak aku tu langsung xbgtau ape2 sapa buat ke dia suruh redha je..
saya pernah alaminya dengan kawan sendiri, bila pergi melawat dia, perut dia sgt besar, menjerit-jerit sahaja, dan saya sendiri pun dia tak kenal. tapi alhamdullah tak lama lepas tu dgn izin Allah dia sihat, dah boleh bekerja & kenal saya.
Samalh kita..abah kita kena puntik iban @ racun iban..ingin aku tahu siapa yg hantar..sedih tngok dia sakit..AL FATIHAH buat arwah abah..12 tahun dh berlalu
al-fatihah..
kuatkan semangat..
sedihnyaa, takpe la writer, setiap perbuatan, baik @ buruk pasti ad balasan dia.
tunggu je. Allah SWT lebih syangkan arwah mak writer 🙂
?
sedih nya. bertabah lah sis.
sape yg buat?
dia dh kawin ke. ke ade suke kat mak atau ayah penulis?
betullah sy sering dgr org kata, kanser ni dikaitkan dengan sihir2… dh byk kali baca psl benda ni.
hmm
Alfatihah utk ibu penulis.. Byr sedekahkan alfatihah utk arwah ibu kamu..
allahummasolliala saidina muhammad…