Sihir Orang Asli

Assalamualaikum semua, sebelum aku mula cerita ni, korang mesti tahu sihir tu apa kan? Ni kisah makcik aku.

Ok first, aku describe latar belakang makcik aku dulu. Makcik aku ni adik kepada mak aku, means makcik aku ni anak keempat dan anak bongsu dalam adik beradik diorang. Buat pengetahuan korang, makcik aku ni dia tinggal dekat Raub, Pahang. Makcik aku ni umur dia dalam lingkungan lewat 40-an macamtu.

Ok cerita dia mula macam ni, mak aku ni memang rapat lah dengan makcik aku, diorang selalu sembang dalam phone sebab kitorang duduk KL so memang jarang berjumpa lah. Satu hari ni makcik aku whatsapp mak aku, dia kata dada dia sakit lepastu macam merah merah. Mak aku suruh dia pergi klinik buat x-ray sebab makcik aku kata dia rasa sakit tu dari dalam. Mak aku takut tulang dia je problem sebab makcik aku pernah accident teruk sebelum ni. Lepas 2 hari macamtu, makcik aku bagitahu mak aku dia dh pergi x-ray tapi doktor cakap takda apa apa pun sebenarnya means x-ray tak dapat detect apa apa. Bila tanya kenapa dada merah pun, doc kata tak pasti kenapa. Tapi masa tu memang semua husnudzon lagi tak ada lah nak fikir benda benda mistik macam sihir ke apa.

Dalam 2 minggu lepas, makcik aku datang rumah aku, katanya nak pergi mengurut sebab ayah aku ada kenal kawan yang pandai mengurut. Mak aku kata makcik aku sakit sangat kaki sampai takboleh berjalan so dia decide nak pergi mengurut. Dia kesian anak anak dia masak sendiri. Makcik aku ada 3 orang anak perempuan dan semua anak dia sekolah lagi, sorang form 3, sorang darjah 6, sorang darjah 2. Tapi anak dorang tak ikut masa ni. Diorang semua gerak beranang dalam pukul 10 macamtu lepastu balik dalam pukul 1 lebih. So petang tu family aku ngn makcik aku dengan laki dia lepak lah dekat depan rumah makan makan buah. Petang haritu tak hujan, panas panas bahang walaupun dah bukak kipas. Yang peliknya makcik aku terketar-ketar sejuk memang badan dia berlapik selimut lah masa tu. Tapi takda apa apa yang pelik jadi pun, semua okay, makcik aku pun dah boleh berjalan macam biasa lepastu cuma badan dia makin kurus lepastu muka lemah je. Mak aku ada tengok merah kat dada makcik aku tu, bentuk dia macam sayap burung tau.

Seminggu lepas tu, makcik aku ni call mak aku cakap yang sebenarnya dia terkena sihir. Masa ni kitorang tak terkejut sangat pun sebab macam dah boleh agak. Cerita dia macamni, makcik aku, rumah dorang macam kampung kampung hutan macamtu, cuma rumah dia teres dalam kampung jauh dari pekan. So mak aku cerita yang makcik aku dengan laki dia ni memang suka keluar lewat malam nak cari makan, means pergi warung warung macam tulah. Satu hari ni diorang pergi satu kedai ni macam pedalaman sikit. Actually sihir tu nak hantar dekat kedai tu, nak bagi kedai tu tak laku tapi terkena makcik aku sebab dia lemah semangat. Yang lagi teruknya, nak buang sihir tu kena jumpa dengan siapa yang hantar benda tu sebab dia je yang boleh buang tapi orang yang hantar sihir tu dah meninggal. Orang yang hantar ni dia pergi jumpa bomoh orang asli. Aku taktahu sihir orang asli macam mana, biasa dengar sihir orang siam je. Katanya dia hantar sihir burung.

Macam mana makcik aku tahu dia terkena sihir? Ayah laki dia ni kenal ada sorang ni, tapi dia macam bomoh juga so diorang pergi berubat dengan dia. Masa ni mak aku marah makcik aku sebab jumpa bomoh. Bukan apa, ada ke patut dia minta pengeras RM600 dengan ayam apa yang susah cari tu dengan ada satu nama pokok ni nama pelik. Laki dia pun setuju je masa tu sebab kesiankan makcik aku ni. So diorang pun pergi lah berubat dekat situ.

Mak aku cakap makcik aku dah macam okay sikit lepas berubat tu. Tapi lepas je 3 hari, ingat tak merah merah kat dada makcik aku tu? dia jadi bengkak besar lepastu warna hitam kulit bengkak tu macam terkupas macam terbakar. Dia pergi klinik, doktor suruh pergi hospital lepastu terus warded nak kena buat operation buang nanah dalam bengkak tu. Aku ikut mak aku pergi jenguk makcik aku 2 hari lepas. Anyway benda ni tengah berlaku tau. Kami jenguk dia sebelum dia masuk bilik bedah. Jadi sempat lah tengok bengkak tu. Memang betul betul creepy. Besar sangat sampai terkena breast dia sikit.

Operation dada makcik aku tu petang, kami tunggu dalam 2 jam lebih sampai habis operate, kami naik atas semula. Masa ni memang family belah mak aku ramai kerumun keliling katil dia. Aku dengar suara makcik aku slow je cakap dekat mak aku “long, sakit sangat long” masa ni memang anak anak dia, mak aku, pakcik aku semua menangis kesian tengok makcik aku. Lepastu doktor datang cerita yang masa dorang dah belah dada makcik aku ni, nanah terpancut pancut keluar, dia kata senang kerja tak payah tekan pun. Doc takjahit pun dada makcik aku sebab dia nak tengok dulu apa ada kat dalam. Doc ada jugak cakap dada makcik aku macam berlubang lubang taktahu sebab apa. Tapi semalam katanya dah jahit balik dah.

Masa kami tengah sedih kerumun katil makcik aku ni, datang sorang perempuan tua pergi kat kakak ipar aku. Masa ni kakak ipar aku duduk luar sorang sorang. Perempuan tu tanya kakak ipar aku apa yang jadi, sakit apa, macam macam lah dia tanya. Kakak ipar aku jawab je. Lepastu kakak ipar aku tanya dia “makcik asal mana? sakit apa ni?” dia jawab “saya asal dari kampung orang asli, jaga anak baru lepas bersalin” lepastu dia pandang kat tempat makcik aku tu lama dan terus blah. Aku taktahu apa kena mengena dia dengan kisah makcik aku ni. Mungkin ada kaitan?

Ni kisah anak dia pulak, anak dia yang kedua tu form 1 tahun depan, baru baru ni result upsr keluar, dia dapat 6A. Anak anak makcik aku memang pandai walaupun duduk kampung. Masa dekat hospital tu aku tanya lah anak dia tu “kak ngah nanti form 1, sekolah mana?” dia jawab slow je “taktahu lah kak wawa” aku masa ni macam “eh macam mana boleh taktahu, tak apply mrsm ke sbp ke?” dia diam je pastu dia tinggalkan aku sorang sorang kat ruang menunggu tu. kesian aku!!! ok tak rupanya balik tu mak aku cerita yang anak kedua dia tu nak masuk mrsm tapi makcik aku ni takbagi. Alasannya sebab makcik aku sakit, takda siapa nak melawat dia. Mak dia bagi apply sekolah sains sebelah rumah je. Sekolah tu sbp jugak cuma dia memang teringin nak masuk mrsm. Masa ni sedih sikit lah, sebab dia mengadu dekat atuk dia tapi atuk dia jawab “siapa nak hantar awak ambik awak balik nanti, takpelah kak ngah, munkin takda rezeki dekat mrsm, sekolah mana mana pun sama je, asal niat tu nak tuntut ilmu”

Pengajaran dia dekat sini jangan keluar rumah malam malam, berhati hati kalau nak makan dekat mana mana, jangan main sihir, jangan jumpa bomoh, ingat Allah.

Aku ada gambar bengkak makcik aku sebelum dengan selepas operation, nak tengok? Carilah aku siapaa he he he. Minta maaf jika cerita tak sampai atau kurang menarik.

18 thoughts on “Sihir Orang Asli”

  1. Sedihnya, semoga dipermudahkan segala urusan awak dan keluarga ya. Kita sama² doakan makcik awak sembuh. Cuba la ikhtiar dengan perubatan Islam, insyaaAllah kita usaha Allah yang sembuhkan.

    Reply
  2. Kena cari bomoh dr kalangan org asli gak kalo nk tawarkan sihir mcm tu…ini pengalaman teman lah…cr bomoh yg mmg dlm kalangan org asli yg x memeluk apa2 agama lg…maknanya yg msh amalkan animisme…yg kalo kita pergi ketempat deme ni diorang siap ada mcm pondok kecil kt dlm rumah…diorang ni mmg bomoh org asli…minta tlg diorang utk tawarkan bisa sihir ni…kita ikhtiar shj…mn tau berhasil

    Reply
    • boleh tau mana tmpat yg boleh berubat tu?sbb sy berada dlm situasi tu..berkaitan pemisah yg dibuat oleh mertua + ex gf usben..

      Reply
      • Bole rekomen ke ? Tempat Mana teman u pergi. Ada kwn Saya tenat org htr sihir melalui org asli. Da byk tempat kami Bawa. Masih x dpt disembuhkan. Kawan tolong Saya ……

        Reply
  3. Arwah makcik dulu pun meninggal sebab kena sihir dengan bomoh orang asli. Kisahnya ex-gf laki dia yg sihirkan. Sempat jumpa sorang bomoh org asli ni. Dia cakap boleh ubatkan, tapi kena tunggu lps 100 hari berkabung sebab dia x boleh mengubat org kalau ada org asli dalam suku dia ni meninggal. Memang dah ajal arwah makcik ms tu.. Al-Fatihah utk arwah makcik aku.. Org yg buat tu merangkak la kau cari arwah kt padang masyar nanti..

    Reply
    • boleh tau mana tmpat yg boleh berubat tu?sbb sy berada dlm situasi tu..berkaitan pemisah yg dibuat oleh mertua + ex gf usben..

      Reply
  4. smga mkck awak cepat sembuh…mkck sy pon kene sihir gak n org tu org tdekat ngan dia gak yg anta…mgunakan khidmat bomoh org asli gak…bl mkck g brubat n jp sapa yg buat n mmg org tu ngaku dia yg suh bomoh tu anta…tp malangnya bomoh tu da mati..mkck menanggung sakit spi skang…mkn ubat doc..hampir kn operet kat kepala…jari da merengkot..jln pki tongkat yg 4 segi tu..mcm2 la…kesian tgk dia…puas da brubat sana sini…

    Reply
  5. Dari cite dier ni, mk cik dier tu dok kt tmn lily or tmn kenanga.. sbb tmn dier sblh skola sains situ.. bole r try tnye owg2 kt situ.. mne tau jumpe.. sian gak aq bce..

    Reply
  6. Aha dh tau kat mana ni.Nasihat saya,pergilah bwk berjumpa pakar perubatan Islam…jgn bwk berjumpa bomoh syirik…

    Reply
  7. Aha dh tau kat mana ni bersabar la ye…Nasihat saya,pergilah bwk berjumpa pakar perubatan Islam…jgn bwk berjumpa bomoh syirik…

    Reply
  8. Salam boleh tahu tak bomoh asli yang boleh berubat . Saya nak merawat penyakit saya yang dah lama masih tak dirawat. Mohon bantuan

    Reply

Leave a Comment