Fiksyen Shasha #CeritaNasa
“Ya Allah sakitnya sayang… abang tak tahan….” masa suami aku merintih macam ni sambil pegang perut dan dada. Aku adalah org yg paling terasa sakitnya
“Abang, kita pergi hospital ya?” Aku pon dah tak tahu nak buat apa. Doktor dah tak bagi ubat tahan sakit lagi…Dose yang Yusuf ambil sudah terlampau banyak. Boleh katakan setiap hari dia akan sakit yang sama. Akan ada kesan lain pula nanti. Tak lama lepas tu suami aku Yusuf muntah. Macam biasa lepas muntah dia akan pening lepas tu terguling dekat lantai. Macam macam cara dia buat untuk hilangkan sakit. Meniarap. Berguling. Berdiri. Berjalan. Hentak kepala. Tapi semua tak jalan
“Dah lah bang… dah laaa..” Aku menangis. Tpi aku tetap duduk jauh. Aku akan pastikan kami duduk
Jarak. Memang aku tak akan dekat.
“Abang sakit sayang… tolong abang…” berpeluh dia sambil melutut. Aku tengok dia sayu. Dia berkerut wajah tahan sakit. Aku tahu dia sakit sangat sangat.
Aku tak tahu nak buat apa. Aku hanya tengok dan diam. Aku biarkan dan aku tak tolong. Bukan sekali bukan dua kali bukan tiga kali. Tapi dah dua tahun lebih kami kahwin itulah sihir yang dihantar agar kami bercerai. Sakit yang berterusan dari matahari terbenam sehinggalah matahari terbit esoknya.Tak lama lepas tu Yusuf terbaring tak lagi bergerak.
Masa ni aku baring sebelah dia. Aku peluk. Aku cium dan aku menangis. Entah berapa banyak air mata aku tumpah. Aku tahu dia pengsan akibat sakit tu…
“Sayang cintakan abang sampai bila bila” Aku ambil tangan dia letak dekat atas bahu aku seperti mana suami isteri yang tidur dalam pelukan. Aku teringin beb macam orang lain.
Aku hanya boleh peluk dia waktu dia tak sedar sahaja. Kalao tidak dia akan panas. Dia tolak aku. Perkara itu berulang sampailah usia perkahwinan kami mencecah tiga tahun. Lama kami cuba pertahankan…. kami cuba sehabis baik. Sekuat hati sesungguh jiwa untuk rumahtangga yang aku bina. Kami sayang antara satu sama lain. Sungguh!! Cinta itu kuat tapi Aku dan Yusuf memang tidak boleh bersama.
Akhirnya aku dan Yusuf ambik keputusan untuk berpisah… kami dengan sepenuh hati dalam keadaan waras sama sama bersetuju kalau itulah jalan terbaiknya. Kami mengalah?? Yaaa kami mengalah….dan itulah keputusan paling berat dalam hidup aku.
Assalamualaikum pembaca FS semua. Apa yang aku nak ceritakan adalah apa yang aku dan suami aku alami. Korang mesti pernah dengar tentang sihir pemisah kan? Korang tahu apakah kesan dia? Korang pernah alami? Dan bagaimana korang berubat? Sihir ni dihantar dengan tujuan agar pasangan bercerai dan kami…. adalah salah seorang yang pernah mengalami. Apa pon satu je aku pesan dan korang perlu ingat “Allah tidak akan datangkan kesusahan tanpa ada kesenangan diakhirnya” Berubatlah untuk setiap pwnyakit. Tentu ada penawarnya. bersangka baiklah pada Allah tentu ada hikmahnya dan berbaik sangkalah pada manusia, kerana fitnah itu berdosa besar. jika korang memang tidak ada jodoh… redhalah kerana redha itu adalah jalan menuju ke syurga. Jodoh aku? Biarlah Menjadi rahsia Ilahi. Dan aku ceritakan bagaimana ianya bermula
2011
Aku Nas. Yusuf tunang aku dapat masuk polis. Waktu ni aku bekerja di sebuah kedai grafik. Bahagian aku cuma aku dan Fahmi sahaja. Fahmi suami orang kami kerja berdua. Kami kerja macam biasa tak ada yang pelik. Yusuf dalam latihan polis. Kami tak boleh berhubung jadi kawan baik Yusuf Joe, adalah orang yang selalu teman aku untuk segala kerja
“Nas, awak nak makan saya belikan.” Fahmi pelawa. Aku ok jelah orang nak belanja makan. Selalu juga dia belanja aku makan. Jimatt sikit duit. Lepas tu kami makan sama2 sebab kitaorang punya pejabat tu luas. Sorang makan kutub utara sorang kutub selatan. Tapi berbual biasa
Joe juga selalu datang beli makanan. Sudah… kang kalao tak makan, dia kecil hati pula. Aku pon makan juga bila Joe dah belikan. Naik kembung perut aku doh! Tapi tak apa member punya hal. Nak jaga hati punya pasal aku ok je.
Selang 4 bulan aku kerja tu si Fahmi ni mula tak suka aku kawan dengan Joe. Sudah! Kenapa pula? Padahalnya Joe dan dia baik je selalu datang berbual. Lepastu barulah dia confess dekat aku yang dia suka aku. Ko gila? Dah ada bini kot. Bini dia lawa Suri namanya. Orangnya kecil dan bertudung litup. Suri ni dah cukup sempurna bagi aku. Tpi biasalah jantan, mana cukup satu. Aku ni orangnya tomboy, rambut pendek. Memang jauh samgtlah nak dibandingkan dengan kak Suri ni…
Aku jenis kalao dah suka sorang, sorang tu jelah… Yusuf tu pon dulu aku yang ngurat. Memang aku muka tak malu nak dapatkan si Yusuf ni. Susahnya nak dapatkan dia tu dulu… sekarang ni si Fahmi pula suruh aku bercinta dengan dia dan tinggalkan Yusuf? No! No! No! Korang tahu tak? Sebelom masuk polis, Yusuf dah jumpa dengan si Fahmi ni. Dia beritahu yang dia minta Fahmi tengok tengokkan aku. Tak sangka pula dia ni jenis tikam belakang
Aku sejak tu memang tak layan Fahmi. Aku perasan dia bengang demgan aku. Aku banyak berbual dengan Joe je. Aku suruh Joe datang sebab aku takut pula tinggal dengan si Fahmi ni berdua. Bos aku? Selalu outstation. Silap aku sebab aku berlagak gila nak mati. Memang aku tak layan langsung Fahmi ni
Sampai satu pagi, selang sebulan aku rasa, tiba tiba, aku teringatkan Fahmi. Teringat yang macam mana korang tau? Perasaan sayang sangat sangat. Mendalam. Cinta dan sayang yang teramat lah sampaikan aku tak boleh kalao tak dengar atau tak tengok muka Fahmi ni. Setiap hari aku kerja berbual je dengan Fahmi macam pasangan kekasih.
Aku dah tak hirau orang lain aku dah tak hirau Joe atau sesiapa pon. Berat aku dari 60 turun 50. Joe paling risau sebab aku totally berubah. Ini yang dia ceritalahh… aku masa tu tak perasan. Tapi apa yang aku tahu. Aku sangat sayangkan Fahmi dan aku tak sanggup kehilangan dia. Mama aku? Dia mengamuk bai. Mama aku dah lah jenis yang garang. Cakap lepas. Dia jenis serang orang juga. Tapi aku tak peduli
Satu hati KakSuri datang jumpa aku. Dia merayu agar aku tinggalkan Fahmi dan jangan ganggu rumah tangga dia. Aku ingat lagi waktu tu kak Suri jumpa aku dalam kereta. Sebab dia kata suami dia dah berubah dan dia tak sanggup tinggal dengan suami dia yang macam
Orang gila bayang. Dia ambil keputusan untuk jumpa aku face to face. Aku ingat lagi waktu ni Fahmi duduk je tengok kami bertekak dia boleh senyum. Tapi aku bodoh betul. Entah kenapa aku masih lagi sayang. Sebenarnya dalam hati aku ada terbahagi juga antara sayang dan bersalah, tapi rasa sayang tu kuat padahal aku adalah orang yang paling membangkang jenis perempuan rampas hak orang
“Nas kan ada Yusuf? kenapa ganggu suami kak Suri?.” Pinta dia lembut. Sesuai dengan penampilan
“Saya sayang Fahmi kak Suri. Saya memang sayang dia…” Menangis kak Suri masa ni bro. Gila tak nangis aku mengaku macam tu. Beb aku pon tak tahulah kenapa dengan aku waktu ni. Aku sayang gila dekat Fahmi. Fahmi??? Dia senyum je. Dia jalan dekat aku dia peluk bahu aku. Dia peluk bahu beb. Aku boleh diam ek? Fahmi cakap dengan wife dia
“Abang tak tahu kenapa Nas sayang abang tapi Suri kena terima.” Masa ni aku angguk macam orang bangang. Yelah kalao aku tak bangang aku tak buat benda ni semua ye tak? Lepastu kami balik. Aku dah macam oramg bodohlah. Mama aku tengok aku lengai. Lembik semacam. SetiAp pagi kata mama aku. Pukul 6 aku dh siap pakai baju nak pergi kerja. Kerja aku start pukul 9. Nampak tak betapa eksaitednya aku nak jumpa Fahmi?? Mama aku pon apa lagi dah sebulan aku tak berubah dia pergi jumpa ustaz minta air agar pergilah setan dalam badan aku. Itu niat mama aku
Setahun aku kerja situ memang aku dah tak ingat orang lain. Sayang aku pada Fahmi tu dah memuncak. Fahmi paling happy selalu bawa aku jalan jalan bila habis kerja. Bini dia call, dia boleh selamba cakap dia dengan aku. Waktu tu aku tak fikir apa. Aku rasa aku nak pastikan Fahmi dan kak Suri cerai je. Aku tak peduli. Aku. Ak kahwin dengan Fahmi. Aku dah beritahu mama aku pon. Yang mana tentunya mama aku mencarut sebakul. Tak tahulah berapa kilo kalau timbang. Yusuf balik latihan jumpa aku. Aku minta putus tunang. Aku sampaikan berita gembira tu pada Fahmi. Kata Fahmi
“BMW best men win” lepastu dia gelak. Dia kata dia sayang aku. Semua pasword hp aku laptop aku, Aku letak nama Fahmi. Memang gila bayang masa ni bai. Yusuf paling kecewa. Dah lah aku ngurat dia sampaikan dia naik gila mengamok sebab aku asyik kacau hidup dia. Bila dia dah suka aku akhirnya… Aku senang senang tinggalkan dia
“Kak ko dah makan? Mama masak special.” Ok… tak pernah mama aku baik macam tu selalu dia suruh aku masak sendiri. Tapi aku makan je dah lapar. Sedap! Biasalah kalao aku cakap tak sedap, sedas pelempang hinggap. Mama aku ni pula jenis diaaaaa je sedap dia jeeee betul.
Satu malam tu dalam beberapa malam yang berlalu. Aku tiba2 benci Fahmi. Benci yang teramat. Dan itulah perasaan sebenar aku. Tapi bila aku datang kerja esok, aku sayang sangt dengan Fahmi. Balik rumah petang tu, aku akan benci Fahmi. Apahal entah dengan hati aku. Aku makan masakan yang mama aku bagi, dalam masa yang sama aku makan makanan yang Fahmi beli. Perasaan aku berperang. Aku dah macam ujikaji pula. Mama aku bagi aku makanan yang dah dibaca ayat-ayat, begitu juga Fahmi bagi aku makanan yang dibaca-baca. (aku tahu lepas aku dah sembuh).
Akhirnya bos kami tahu apa berlaku sebab kak Suri mengadu. Lepastu mama aku pula pergi telefon Fahmi maki hamun. Ok maki hamun mama aku ni boleh diistilahkan mencarut tau. Haaaa mama aku jangan main-main. Naik angin dia, terbalik bumi. Dari mana dia dapat nombor Fahmi? Itu aku tak tahu. Tapi memandangkan mama dan arwah ayah aku ni dulu askar. So, no wonderlah mereka mempunyai tabiat seperti spy. Selepas hal itu mama suruh aku berhenti. Dan Fahmi blah macam tu je. Aku berhenti. Dia pon berhenti katanya. You jump i jump lah ni…. Dia cuma jumpa aku sekali je dia cakap dia suka aku dan tak akan lupakan aku. Selepas aku berhenti, mama aku pon carikan aku ustaz untuk berubat sebab aku masih tak boleh lupakan Fahmi. Dengan izin Allah aku sembuh. Nak sembuh tu makan masa. Bukan terus je. Tapi ustaz ni memang beri aku ayat untuk amalkan sebagai pendinding. Dan kata ustaz ni memang aku terkena buatan orang macam tu, sebb masa berubat aku asyik cakap nama Fahmi je tak sudah sudah. Lepas habis tu Barulah mama aku ceritakan tentang perihal aku dari awal aku start berubah. Mama juga yang bagi makanan pada aku yang disuruh oleh ustaz. Aku boleh katakan aku sembuh sepenuhnya. Aku tak pernah jumpa Fahmi lagi tapi aku terngiang ngiang apa yang dikata oleh Fahmi yang dia tak akan lupakan aku. Dan sejak tu, aku cuba lupakan semua dan setahun berlalu dengan tenang….
2012
Yusuf ditugaskan di Kota kinabalu Sabah selepas tamat latihan. Kami berjauhan lagi. Tak apalah rezeki. Joe yang banyak tolong aku uruskan perniagaan aku sendiri. Aku buka butik andaman. Walawei!! Tomboy kot! Kah!kah! Joe tukang angkat pelamin bila ada job. Suka dia bila aku bagi upah. Dia orang susah. Yusuf maafkan aku katanya bukan salah aku. Dia terima aku dan pertunangan kami diteruskan. Setahun dah kisah tu tak timbul lagi. Aku maafkan Fahmi. Aku tak dapat hubungi kak Suri sebab dia tak guna nombor tu lagi. Aku nak minta maaf tu je… tapi aku doakan mereka bahagia.
Satu hari tu Yusuf balik dari Sabah nak uruskan hal kahwin kami yang sepatutnya pada bulan 10/2012. Dia cakap dengan aku Sebenarnya dah lama dia nak beritahu aku satu perkara, cuma dia tak tahu nak cakap macam mana.
“Kak Suri call abang….” pergh!! Masa ni berderau jantung aku. Kenapa selepas setahun??
“Kak Suri cakap dengan abang agar tinggalkan sayang. Dia tak kasi abang kahwin dengan sayang”
“Abang cakap apa?.”
“Abang mestilah nak kahwin dengan sayang. Nanti kalao tak, sayang bakar rumah abang.” Sengaja Yusuf seloroh tak nak nampak tegang. Aku ni dah risau.
“Kak suri cakap tu je?” Aku gelabah
“Dia kata Fahmi tak boleh lupakan sayang dan mereka tak tidur bersama lagi.”
Aku masa ni dah berdebar. Terkejut pun ya… seriuslah? Sumpah! Aku tak nak ingat lagi apa apa tentang hal macam ni. Yang paling aku risau… adalah bukan kali pertama kak Suri call. Dah banyak kali dia suruh Yusuf tinggalkan aku. Katanya aku bukan perempuan yang baik. Boleh pula Yusuf diam? Tak beritahu aku?? Aku anggap dia tak nak aku terlalu berfikir. Selepas tu aku buat buat lupa. Tapi Yusuf kata dia rimas apabila kak Suri selalu ganggu sampaikan dia blok nombor kak Suri. Sudah lah tu… ada orang dekat sabah tu dok kenen kenenkan Yusuf dengan sorang minah sabah. Minah ni kaya. Aku?? Ptptn pon sempot nak bayar. Sampai sekarang tertunggak. Tapi aku percaya Yusuf. Dan Yusuf percaya aku katanya. Korang percaya x kitaorang??? Haha!!
Perempuan tu selalu bagi makanan. Nasib baik aku ada pengalaman. Jadi aku nasihat agar tidak makan makanan tu dan Yusuf ikut cakap aku. Memang tak ada terkena apa-apa lagi lah antara kitaorang sebabnya semua ok dan berjalan dengan lancar.
Satu hari Joe belikan aku baju kebaya. Tiba tiba cerita Joe ek? Kacau tol. Baju tu lawa. Korang tahu tak baju kebaya yang selalu nenek jahat pakai dalam filem tu. Yang kebaya pendek dan pakai dengan kain batik. Ha!! Itulah yang Joe bagi pada aku. Aku ni punyalah berdekah. Dia tahu aku jenis macam mana lagi mau bagi. Memang aku tak pakai lah
“Ko dah buang tebiat?.” Kata mama aku masa dia nampak aku gantung baju tu. Bahasa memang tak pernah lembutlah mama aku ni. Kah!
“Nas tak pakailah mama. Joe bagi kat Nas. Tak akan nak buang?.” Baju tu aku ambik dan lipat. Tapi mama aku capai dia kata dia nak. Haha! Aku dah agak dah. Cuma yang aku pelik. Aku tak pernah nampak mama pakai baju tu. Tapi aku malas nak ambik port. Dan seterusnya begitulah. Joe sibuk nak ambil hati aku bagi ininitu. Siap panggil mak aku mama. Bila mak aku kawin dengan ayah ko der??? dan perempuan sabah tu sibuk nak ambil hati Yusuf. Aku tak marah pada Yusuf sebab aku anggap tu karma. Yelah dulu aku pernah lakukan perkara begitu pada kakSuri. Jadi aku tak akan melenting lah. Aku handle dengan baik
Lagi sebulan nak kahwin tu Joe beritahu agar aku fikir semula keputusan untuk kahwin dengan Yusuf. Sebabnya? Korang boleh agak dah. Sebabnya dia suka aku lahhh apa lagi. Bila aku tolak. Dia marah dia menyinga. Eh eh ko! Dah kenapa? Tapi aku tak ambik port sangat dah sebab aku malas nak layan. Sekarang ni masalah kawin aku tak settle lagi. Banyak barang tak beli. Aku malas nak kusut dengan cara Joe ni. Dengan mak cik bawang keliling rumah yang tak setuju dengan perkahwinan aku. Katanya aku macam jantan tak sesuai dengan Yusuf. Ohya! Yusuf dan aku tak jauh pon rumah. Mak cik bawang tu keje mengumpat aku je. Nak aje aku jirus dengan air sembahyang
Yusuf pula eksaited untuk majlis kami cuma dia dah jarang call sebab sibuk katanya. Perempuan kat sabah tu masih lagi datang dan hantar makanan macam biasa. Yusuf terima tapi bila perempuan tu tak nampak, Yusuf akan buang makanan tu. Dia cakap dengan aku macam tu lah. Kalao dia tipu aku, aku tipu korang lah… tapi memandangkan tidak ada perubahan aku anggap betullah dia tu tak makan makanan orang tu. Joe? Dia sibuk suruh aku fikir balik keputusan aku. Katanya nanti aku kene tinggal, lepastu tak ada sapa jaga aku. Eh! Gila ke? Aku boleh jaga diri sendiri kot… sejak dia meluahkan perasaan dia, aku dah tak kawan dia lagi. Bye bye. Lagipun aku peduli apa? Aku nak duduk di sabah nanti jadi aku tak perlu hadap Joe ataupon mana mana malaun yang ada.
Hari yang dinanti tiba. Aku pon disiapkan bagai puteri. Aku tak jemput Joe sebab aku tak nak dia buat hal. Dia tu jenis tiga suku sikit. Jadi aku cakap dengan dia tarikh aku kawin seminggu selepas majlis aku yang sebenar. Ahaks! Jahat gila aku. Aku disolek bagaikan puteri. Aku tak pernah solek jadi aku memang lawa gila lah malam tu.
“Lawa anak mama.” Kali pertama aku dengar mana aku puji. Beb! Mama aku jenis susah nak puji okeyh!
“Lawa ke mama?.”
“Lawaaaa macam muka mama.” Ok aku tak tahu sebenarnya mama aku nak puji diri sendiri atau apa. But aku tak kisah pon.
Pukul 9 majlis nikah sepatutnya bermula tapi Yusuf tak ada. Pukul 9.30 pon tak ada 9.45 pon dia tak datang. Tok kadi dah tanya jadi kawin ke idok? Aku telefon keluarga Yusuf seorang pon tak angkat. Apa kes ni??? Tak akan lah sampai semua habis bateri serentak? Sudahhh jangan sampai mama aku bersilat nanti mengamok dekat surau ni. Muka aku yang jelita dah rupa selipar sekang ni. Mana bakal laki aku !!!!
Tak lama lepastu aku dapat call dari kak ipar aku. Masa tu bakal lagi hahaa! Kak ipar aku Kak Za cakap Yusuf dekat zon kecemasan
“SubhanaAllah….” itu je yang mampu aku cakap.
“Akak tak tahu kenapa dia tiba-tiba rebah. Berguling dekat tanah. Muntah-muntah. Doktor tahan dia sekarang.”
“Habis tu majlis nikah?.”
“Akak tak tahu Nas. Selagi doktor tak beri dia keluar, dia tak boleh keluar.” Jawab kak Za terus matikan talian. Aku dah ternganga… aku tengok kiri kanan. Semua pandang aku. Semua tercengang. Yelah aku cakap punyalah kuat. Diaorang pon tak pekak. Masakan untuk esok dah siap. Semua persiapan dah buat. Pelamin pula tersergam hebat. Jiran semua mata membulat. Mama aku tak senang duduk dah. Mak cik bawang pula mcm biasalah tunggu tajuk nak mengumpat!!
Aku nak kawin weh!!!! Macam mana ni. Dalam fikiran aku sekarang ni korang tahu siapa? Fahmi, kak Suri dan Joe. Dalam fikiran Yusuf pula? Perempuan Sabah tu….. antara mereka salah seorang mesti berdendam. Paling takut, kalau yang hantar tu bukan seorang. Ya rabbi…
insyaAllah kalau FS siarkan… aku sambung lagi. Penat tangan aku menaip. Nak patah jari jemari. Mcm aku cakap “Perancangan Allah adalah yang terbaik.” Soal Jodoh semua di tangannya. Jika bukan dia jodohmu dari azali, maka Allah pasti berikan yang terbaik yang tak kau ketahui. Assalamualaikum.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
sambung weh
best
Betul
Sambung beb. Tak amik nafas aku baca cite ko. Macam2 soalan ada dalam kepala otak aku. SIAPAKAH?
Kannn jantung aku naik semput nak habiskan. Tertanya2. Jahat beno org tu
jahat kan diorang ni… sambung please
Best2… Sambung lg
please sambung.
Pernah dengar pasal sihir pemisah tapi melalui bacaan je lah, tak pernah dengar melalui pengalaman orang yang kena.
misteri.menarik tertarik.sambung pls sis 🙂
bestttt..sambung2 cepat2..huhuu
Sambung tau , jangan tak..
Cerita menarik sangat .
Rasanya agak menarik jugak kalau satu hari nnti saya ceritakan cerita indah kita berdua ni?
Nie mesti nak sambung ikatan perkahwinan..?
haahahahhahahahhah
Aje gila hahahahaah
Best kak. Mel tggu sambungan ok? Nak tahu apa jadi.. erm.. manusia
MasyaaAllah…
Beratnya dugaan…
Paling memilukan bile org yg kita syg sakit tp kita xleh dtg dekat pon, xleh nk tlg pape…
Betul tu kak yulie. Parah hati.. bukan tak syg, tapi tak mampu. Dari buat dia terseksa kan..
Ape gune mempertahankan cinta kalau di akhirnya hanya menyeksakan…
Cinta tu sebaiknya sesuatu yg membahagiakan diri kita, pasangan dan org sekeliling terutama ibu dan bapa…
Kdg2 cinta tu bermaksud melepaskan…
Isshhh…
Terlayan sendu plak pepagi ni…
Huhuhuhuuu…
Uishh kak, boleh buat lagu ni. Jual kat aiman tino ?? hahahahahha
Xnak ar aiman tino…
Akk nk herman tino…
Hahahahahah…
Haahahaha aduh.. pagi2 dah sendu tangisan cinta.
Pepagi mmg senduuuu…
Lelagi klu blom bekpes, mcm tenggiling lapor kekdahnye…
Hahahahahha…
Tunggu sambungan..x sabar mau tau ending nya..?
Best..best..sambung ye..
manusia.. kalau nafsu ditadah dengan syaitan, tak dikawal dengan akal.. gitulah..
yang sdihnya bukan bgsa lain yg prangai gini.. tp bgsa sendiri, melayu.. 🙁
Eh jangan macam tu..
Tu lah, dtg2 terus nak mencarut. Cuba mel siku sikit kepala budak ni. Haiihh ??♂️
best lh..sambung lg pleasee ~
Perghhh tgok suami sakit depan mata tpi x boleh sentuh!!! Itu adalah lebih sakit dari tuan punya badannn
smbung la cepat sis..
baca lambat pun still kne tunggu smbung.. waaaa
Tengah marathon cerita ni..
Pelik betul manusia jenis dengki ni.. Kalau dah kena reject, berlapang dada lah.. Kenapa biarkan setan menguasai sampai nak syirik bagai.. ish ish
?
nie kali ke due cik peah bace kisah nie..mmg best
Best..