Sihir Pemisah – Dengan Izin Allah (Part 5-akhir)

Hai warga FS. #ceritaNASA sambungan part 5 – part last! Yeah!!! Lepas aku balik dari rumah bomoh sihir tu, aku jumpa Kamal tapi aku tak ketuk dia, aku ugut je, tak sampai hati aku nak buat macam tu, aku cakap dengan dia apa dia buat tu salah dan sesungguhnya bertaubatlah di atas kesilapan yang dia dah buat. Dia? Mestilah tak terima, bagi aku… dosa aku dah lepas. Lantak dialah nak ikut ke idok.

Tahun 2016
Setelah seminggu aku balik dari rumah pak cik sihir tu, Aku tenung je buluh perindu tu sambil mengenangkan nasib aku yang malang, sudah jatuh ditimpa tangga, tergolek dilanggar kereta, penyek ditimpa taik. Itulah yang aku rasa sekarang. lantaklah peribahasa apa pun aku nak guna. Aku hembus nafas lagi. Aku pegang buluh tu. Yusuf bila tahu aku buat benda syirik tu, dia apalagi, nasihat sebakul, dia cakap aku jumpa bomoh tu nak sihirkan dia pula ke supaya dia tak pandang orang lain? Sedihnya hati aku dia cakap macam tu, mana tidak nya, dia dah serik kena benda-benda alah ni. Tiba-tiba wife dia pergi jumpa pak cik sihir pula. Aku cakap dengan dia, Kamal ni yang ajak jumpa pakcik sihir tu.

Oh ya! Perempuan tu mesti korang tertanya-tanya kan. Dah jumpaaaa siapa orangnya. Bila aku beri gambar tu pada Yusuf by wassap je, terus dia send kat anggota dia suruh cari budak tu, akhirnya jumpa budak tu yang kerja di kedai makan, laki aku tak pergi, nak buat apa tunjuk muka lagi kan? Budak tu umur 20an. Memang betul pun wujud. Tapi dia tak tahu pun yang budak tu bukan islam, sebab orang sabah semua muka sama kan macam chinese look. Putih, jadi ingatkan dia tu islam. Dan masa soal siasat tak adalah tanya detail begitu, nama pun macam nama melayu. Dan Yusuf akui memang dia ada berbual dengan budak tu, tapi sekadar tanya tentang keluarga suspek, yelah budak tu ada kenal dengan suspek tahanan, jadi jumpa tu sekadar tanya soalan biasa, perbualan tu adalah beberapa kali bersama beberapa anggota dan Yusuf serta anggotanya pernah makan di situ. Kira kenal gitu-gitu sahaja. Selepas selesai kes yang laki aku siasat tu, dah tak ada lagi lah perbualan antara mereka, tapi Yusuf pernah hantar kad kahwin pada majikan budak tu sebab Yusuf dah kenal dah dengan majikan dia, majikan dia tu islam lah, budak tu je kerja situ. yelah dah kadang-kadang makan dekat situ kan? Tak tahulah pula perempuan tu nak buat dajal dengan laki aku. Dia pergi ambiknya kad kahwin tu, ambil nama mak Yusuf, ambil nama Yusuf, lepas tu buat onar. Aiyoooo. Itu Ceritanya rupanya…. sebab tu aku kata macam tak logik pula apa yang pakcik sihir tu cakap, pasal tu je??? cinta pandang pertama ke apa? ataupun cinta di awal perkenalan. Tapi aku terima jelah.

Alhamdulillah setelah tiga bulan, dan dalam waktu aku balik ke Sabah atau pun Yusuf balik ke semenanjung, memang dah tak ada lagi sakit tu. Yes!! Memang pulih sepenuhnya. Pulih sehingga sekarang. Yusuf tak mengalami sakit sihir tu lagi. Dan pakcik tu memang buang sihir yang orang tu hantar pada aku. Cuma effect dari sihir tu Yusuf ada gastrik sekarang ni. Pantang makan lambat, dia akan sakit perut, cuma tak teruklahhhh. Alhamdulillah… bagi aku itu kuasa Allah. Allah mengizinkan sihir itu berlaku dan Allah juga mengizinkan sihir itu tidak berlaku, cuma cara sihir itu dibuang dilakukan dengan cara yang salah. yelahhh aku bukan sengaja pun nak berjumpa pakcik sihir tu.

Setiap kali solat aku bermohon agar Allah ampunkan aku. itu yang pertama dan itu yang terakhir aku pernah kenal pakcik tu. Bagi aku, Allah menggerakkan hati aku ke sana walaupun aku cukup waras berfikir untuk menerima atau menolak. Dan dengan izinNya juga sihir itu hilang. Hilangnya melalui Pak cik tu… bukan kerana kuasa pakcik tu sendiri. Aku dengar, kalau orang kena sihir, ubatnya sihir juga. Tpi islam melarang keras kita mendapatkan pengubatan secara sihir melainkan berdoa dan bertawakal. Kata Ustaz Azhar Idrus, sihir memang akan hilang, cuma mengambil masa yang sangat lama, maka bersabar adalah yang terbaik. Apa yang aku dapat itu dengan izin Allah. Apapun tetap juga salah perlakuan aku, Alhamdulillah… alhamdulillahhh… Memang aku dan Yusuf sembuh sepenuhnya dari sakit itu. Tidak ada lagi sakit macam tu selepas itu dan aku tak dengar lagi suara orang suruh aku terjun bangunan ke apa ke. Aku betul-betul gembira sihir tu hilang.

Satu hari, Yusuf ambil cuti balik semenanjung untuk beberapa minggu. Masa dia balik ni aku suka lah, gila ko tak suka? Tapi aku pelik, selalu aku minta dia balik, punyalah susah, tapi sekali aku call, aku suruh dia balik, dia terus tak banyak soal, beli tiket balik! Aku teringat pasal buluh perindu tu. Aku memang tak sedap hati, tapi nantilah aku akan beritahu Yusuf hal ini. Memang tujuan aku suruh dia balik nak berbincang dengan dia pasal ni pun. Jadi masa Yusuf balik tu aku perasan ada kelainan pada sikap dia.

Kelainan apa? ok… yang pertama setiap kali dia nampak aku, dia buat muka lelaki gatal, bagi aku mestilah aku suka, tapi sebagai isteri aku tahu dia macam mana, perubahan mendadak tu menakutkan aku. Yang kedua, cara dia lain. Dan ketika ‘bersama’… aku tak rasa itu dia. Aku rasa itu orang lain. Beb!! Memang aku rasa macam bukan Yusuf. Aku risau sangat masa tu. Sampaikan Yusuf pelik kenapa aku tak happy sedangkan dia dah baik tak sakit lagi. setiap kali dia nak dekat aku tak sedap hati. Dulu aku yang nak sangat dia seperti sekarang, tapi kalau dia bukan diri dia, aku pun takut. Laki aku tak tahu tau aku ada simpan buluh perindu ni. Aku cuma cakap aku jumpa pakcik sihir ni je.

Esoknya pula, dia masih berperilaku yang sama. Aku tak boleh tahan tengok muka miang dia. Rasa nak tendang je. Bukan apa beb. Pelik ah! Aku takut sangat nak cerita kat sesapa pasal buluh perindu ni, aku rasa macam biar aku sorang je yang tanggung semua, tapi nanti dengan siapa lagi aku nak minta tolong pula. Yusuf ni layan aku macam puteri dah, dengan suara lunak dia, dengan jelingan manja dia. Maaf kalau aku cakap agak keterlaluan di sini, Yusuf minta aku melakukan ‘hubungan’ secara kerap. Aku minta maaf sekali lagi kalau bahasa tu agak lucah, tapi aku perlu juga cerita sebab aku nak korang nampak apa itu pendamping dalam rumah tangga. Kot-kot lepasni isteri atau suami korang lain macam, silalah pergi tengok-tengok ye. Masa ni aku terpaksa tolak sebab aku rasa itu bukan Yusuf. Berdesup aku terus mesej kawan aku dekat melaka untuk tanya tempat berubat. Berubat lagi…. letih!!!

Jadi selepas buat appointment untuk berjumpa aku pun tunggu tarikh yang sesuai untuk pergi, masa ni suami aku tak tahu pasal ni lagi. Dia dah masam muka kenapa aku layan dia macam tu. Mana tidaknya, dia minta, aku tolak, tapi dia tetap duduk dengan aku 24jam, tak lepas, mana aku ada, situ dia ada, dulu tak macam ni pun. macam saka dah aku tengok. Rimas pun ye. Sekejap-sekejap nak pegang-pegang, lepastu yang aku perasan, dia ni suka buatkan aku air, sepatutnya aku lah yang buatkan dia air. lepastu dia siap hidangkan aku makanan, terkejut aku, tak payah suruh pun dia buat.

“Abang nak jadi suami yang baik untuk Nas….” Dia tengah cedok lauk dalam pinggan aku. “Nas suka tak abang dah sihat?.” Katanya. Eeeee meremang bulu roma aku siak. Cara cakap dia and cara dia pandang aku tu lain macam, sebab tu aku takut. Mahu tak nya kalau dah setiap kata-kata aku dia ikut, tidak membantah.

“Sayang nak air apa? Abang buatkan.”

Aku malas nak layan aku bangun ambil air sendiri. Tapi dia suruh aku duduk katanya dia akan buatkan aku air dan dia kata itu tugas dia sebagai suami. Apak ah! Habis aku ni ujud untuk apa? Lepas makan dia tak kasi aku basuh pinggan, dia buat semua. Pantang aku panggil nama dia, berdesup laju je dia sebelah aku. Kalau aku sedih dia akan turut sedih, kalau aku gembira dia pun gembira. Aku rasa dia ni macam orang bodoh pun ada. Kerja dia tengok akuuuu je…. melayan akuuuuu je. Mak ayah dia dah tak peduli. Padahal sebelum ni dia akan bagi masa untuk mak dia dan aku. Tapi kali ni tidak. Semua untuk aku sampaikan aku suruh dia balik jumpa mak dia pun dia tak nak.

“Biarlah abang nak habiskan masa dengan sayang. Abang rindu sayang.”

“Kan kita ni dah jumpa selalu. Pergilah dekat mak.”

“Abang tak nak.” Yusuf tenung muka aku. Masa ni aku rasa macam nak pakai topeng je. Dengan tangan dia yang suka merayap. Mak aih!! Cepatlah tarikh appointment tu oi! Tapi aku tetap buat kerje lain agar aku tak ingat pasal ni, tapi setiap kali aku buat kerja rumah ke apa ke, masa tu lah Yusuf menyibuk nak menyapu bagai, eh eh! Menempel dekat aku je kerjanya.

“Assalamualaikum sayang!!!.” Sergah Yusuf satu pagi. Nak tercabut jantung aku bro tiba-tiba laki aku cakap macam tu. Aku dah lah baru bangun tido.

“Abang dah belikan sarapan dekat atas meja, nanti kita makan sama-sama, abang dah buat air panas sekali.” Kata Yusuf sambil tersenyum menggoda. Aku senyum jelah. Aku pula yang ganti tempat dia, kalau dia tanya aku angguk dan senyum dan geleng, dia pula yang banyak cakap.

“Sayang ni comel lah…. untung abang dapat sayang. Abang rasa abang lelaki bertuah.” Kata dia eksaited. Beb! Apa kejadahnya nak puji aku macam tu masa aku tengah bangun tidur? dengan air liur basi taik mata kat pipi? Korang pun boleh fikirlah… Kan aku kata Yusuf ni tak banyak cakap, dia pemalu, memang mustahil lah dia nak puji aku macam tu, memang tak akan punyalah nak buat macam tu.

“Abang suka tengok sayang. Mata bulat….” Dia pegang-pegang mata aku. Mata aku sepet bro… bukan bulat… dari awal lahir memang mata aku tak bulat. masa dia kenal aku pun memang mata aku dah sepet, bukan baru-baru ni nak sepettt….

“Bibir sayang pun halus je… kecik je…” Kata dia sambil belai rambut aku. Ni lagi satu, semalam bibir aku gatal, aku garu jadi bengkak dekat muncung. So memang taklah aku nak nampak comel. Aku rasa memang laki aku ni ada yang tak kena. Dia tengok aku macam bidadari agaknya pada pandangan mata dia. Jadi nak tak nak aku terpaksa berterus terang dengan suami aku pasal buluh perindu tu, habis kalau dah dasyat betul cara dia tengok aku. Petang tu juga aku bawa dia pergi jumpa dengan buluh perindu aku tu.

“Sayang buat apa ni?.” Kata dia masa nampak buluh tu. “Apa benda yang sayang pakai ni?.”

“Bukan pakai, sayang memang tak sengaja bang….” Aku pertahankan diri aku, dalam hal ni aku tak salahkan Yusuf kalau nak marah aku, yelah memang salah aku pun. Yusuf tunduk je masa ni, muka dia memang muram gila. Aku tanya kenapa… dia tak jawab, tapi dia memang muram. Aku pujuk dia supaya dia tak marah, aku jadi risau bila dia tiba-tiba tak happy. Lepastu dia dongak.

“Sayang nak sihirkan abang pula ke? Supaya abang tak bersikap macam dulu?.” Kata Yusuf masih lagi bermuram. Astagfirullah… tak terfikir pula dekat fikiran aku ni pasal nak sihirkan suami sendiri. Aku terus terang pada dia, tidak ada sekelumit rasa pun untuk buat macam tu pada dia.

“Abang tak ada perempuan lain sayang…. abang sayang kat Nas sorang je… abang janji….” Masa laki aku cakap macam ni, aku terus peluk dia. Memang aku kecik hati lah sebab dia sanggup tuduh aku sihir dia untuk rumah tangga kami. Padahalnya aku tidak langsung terfikir untuk ke situ.

“Sayang tolonglah… jangan lah buat abang macam ni, jangan lah sihir abang lagi….” Beb!!! Sampainya hati Yusuf ni anggap aku macam tu?? Jadi untuk menunjukkan pada dia yang aku tak salah, aku cakap dengan dia yang aku dah buat appointment untuk berjumpa dengan seorang lelaki yang tahu nak buang pendamping. Tapi Yusuf tak bagi respond apa pun, dia angguk je, agaknya sebab dia dah teruk kena sebelum ni, pasal tu dia jadi fobia kot. Lagi-lagi dia tahu yang dia berubah sikap sebab buluh perindu tu. Lepas aku beritahu tu, dia terus berubah, tidak lagi bersikap macam sebelum ni.

Aku rasalah kan… aku rasalah… ini pada firasat aku. Kalau seseorang tu disihir dia memang tidak sedar, tapi bila kita beritahu apa perubahan yang dia lalui dan berkemungkinan dia berubah sebab ‘sesuatu’, dia mungkin akan perasan, dari situ kita boleh selamatkan keadaan. Ini pada firasat aku lah…

Jadi masa yang ditunggu tiba, pertama kali aku pergi ustaz tu, ditemani oleh kawan aku yang rekemenkan. Aku pergi dengan laki aku sekali. kami pergi tu memang berdebar jugalah rasa. Hidup aku ni memang nak kene jumpa ustaz je memanjang agaknya. Kita oraang duduk mengadap kakak dan pakcik tu, dia suruh sapu minyak apa entah dekat kening, hidung, belakang telinga, ubun-ubun dan akhir sekali nadi. Katanya , biasanya orang yang ada pendamping ni akan menggelupur. Aku tengok Yusuf, Yusuf tengok aku. Ahaks! Masing-masing cuak.
Aku serahkan buluh perindu tu pada pakcik tu, dia tengok dan dia kata itu bukan buluh perindu. itu adalah pendamping. Aku ditipu. Kah! Aku dah tak pedulik dah, sekarang ni aku tak nak ada apa-apa pendamping dengan aku. jadi selepas baca alfatehah dan beberapa surah, masih tidak ada apa berlaku pada aku mahupun Yusuf. Jadi diaorang ni mulakan pengubatan. Memang tak ada apa pun berlaku. tak adalah aku bersilat ke, mengepak ke atau kena rasuk. Tapi ustaz ni asyik tengok aku je. Dia kata ada yang tak kena dengan aku. Aku malas nak ambik tahu aku suruh lah ustaz ni settlekan cepat.

“Nas… buluh ni bukan buluh perindu, ini namanya pendamping. Pendamping ada pelbagai jenis, tapi yang ni diberi kepada kamu agar orang lain mengikut apa sahaja yang kamu mahu, termasuk pelaris untuk perniagaan kamu.”

“Owhhhh ok… pakcik tolong buangkan ye.” Aku panggil pakcik je sebab dia tak suka aku panggil di ustaz. Then pakcik tu senyum je…. ha!!! nama pakcik tu pakcik nambri. Dia tinggal di Melaka. Bagus pakcik ni. Aku panggil pakcik Nam je. Tapi dia bukan macam kak Nam ke apa ke ya. Dia baik je. Pak cik tu pun mulakan pengubatan. Dia suruh Yusuf pegang aku, katanya takut aku pengsan. Aku pun ok je. Duduk melunjur kaki dan bersedia untuk diubati. Hurmmm kesian aku dekat diri sendiri. Tapi aku tak pengsan pun.

“Nas tak rasa apa ke?.”

“Rasa apa?.” Aku tanya pakcik tu balik.

“Pelik….” Lepastu pakcik tu pun tterus mulakan pengubatan. Dia bacalah segala surah semua. Terkumat kamit dia baca. Dia tak guna apa-apa benda pun yang salah selain doa, ayat alquran dan minyak sapu. Minyak apa entah aku pun tak tanya. Tapi aku percaya dia sebab dia tak adalah guna colok bagai macam pakcik sihir tu.

“Nas rasa apa-apa tak?.” Tanya dia lagi. aku geleng je sebab memang aku tak rasa apa-apa.

“Dah berapa lama Nas ambil buluh ni?.”

“Dalam dua minggu pak cik.” Jawab aku berhemah. Kemudian dia pun mulakan lagi bacaan al-fatehah, ayat kursi, selawat dan al ikhlas, kembali kepada Alfatehah semula.

“Nas… pendamping kamu pada buluh ni, tapi pak cik tak boleh lah keluarkan dari buluh ni sebabnya dia bukan ada ibu jari kaki. ”

“Ok… jadi pakcik nak sambung ibu jari kaki sapa kat buluh ni?.” Tanya aku. Memang bebal pula otak aku boleh tanya soalan tu. Kan aku cakap, aku ni kadang lurus bendol!

“Bukan macam tu…” Ketawa pakcik tu. “Pak cik keluarkan melalui kamu. Pakcik panggil dia keluar, dan biarkan dia masuk dalam badan kamu… lepas tu dari tubuh kamu, pak cik keluarkan ‘benda’ tu.”

“Pak cik ni…. biar betul… kalau tak boleh keluar macam mana?.”

“InsyaAllah boleh… kamu nak keluarkan ke tidak?.”

Aku angguk je, yelah laki aku masa ni pun ye tak ye juga tengok pak cik tu nak buat macam tu.. biar betul kan? Tapi pakcik tu buat juga. Aku pegang buluh tu, aku genggam. pakcik tu pun mulakan bacaan ayat suci alquran, aku tak berani nak tulis bacaan tu, nanti salah… berdosa pula. Tapi dia selalu mulakan dengan alfatehah dan ayatul kursi. Aku tahu dua surah tu power gila khasiatnya. Lepas tu tak lama dia kata dah, aku buka mata. Pakcik tu senyum.

“Awak tak rasa apa-apa ke?.”

Aku geleng kepala. “Benda tu dah ada dalam badan saya ke?.”

“Haah… kamu rasa apa sekarang?.”

“Owhhhh… dia buat apa je nanti dalam badan saya?.” Jawab aku ikhlas tak ikhlas, Pakcik Nam tu tanya aku takut tak? aku jawablah tak takut. memang aku tak takut sebabnya aku tak rasa benda tu wujud. lepastu pakcik tu ulang balik cara yang sama, suruh aku sapu minyak pada kening, hidung, nadi dan belakang telinga, dia suruh tunggu beberapa minit, biasanya orang yang ada pendamping ni akan menggelupur lepastu mulalah tukar suara bagai. jadi pakcik tu tunggulah kot-kot aku nak jadi macam tu, senang dia nak buang benda tu. tapi aku tetap biasa, pakcik tu tengokk je muka aku. aku tanya dia lepas ni nak buat apa? aku tak sabar nak berambus ni.

“Keras juga kamu ni ye Nas…” Kata pakcik tu duduk bersila. “Tak lut benda tu dekat kamu.”

“Haah! dia memang degil, keras kepala, kepala batu.” Eh! Tiba-tiba laki aku menyampuk. Tadi dia diammm je. Aku dengan pakcik ni pandang dia, kami tak cakap apa-apa sebab. cuma aku jeling je dia.

“Sepatutnya kamu dah pengsan masa saya bacakan surah tu, tapi kamu tak pengsan, benda-benda halus ni, atau hantu ni, kalau kita bacakan surah tertentu dia akan cepat je tunjuk diri dia, dalam situasi tadi sepatutnya kamu dah pengsan atau bertukar perwatakan. Tapi kamu tak macam tu, baguslah… kamu jenis kuat semangat, tak mudah benda tu nak kontrol kamu” Sambung pakcik tu.

“Owh ye ke… ” Aku terkejut dengar dia cakap macam tu.

“Haah! Kadang-kadang perangai dia macam hantu pakcik, hantu pun tak macam dia.” Eh! Menyampuk lagi si Yusuf ni! Geram betul aku. Tapi pakcik tu pun senyum je, dia pun teruskan pengubatan untuk buang segala perkara yang ada dalam badan aku. Aku baring, dia bacakan ayat suci, lepastu dari kepala satu incin keatas dia meraup sampai ke hujung ibu jari kaki, terus tarik sekuatnya. Terasa angin keluar dari badan aku. Tiga kali buat, tiga kali aku rasa ada angin keluar dari ibu jari kaki, Yusuf pun dia buat benda yang sama. ulang tiga kali. then dia kata tak ada apa lagi. semua ok, tak ada dah benda-benda halus ni. cuma dia kata, bila badan dah kosong, ada rongga yang masih terbuka, jadi rajinlah solat dan baca alquran agar susah untuk dimasuki benda makhlus halus lain.

Dalam dunia yang ditumpangi oleh pelbagai ciptaan, jin salah satu yang suka mendampingi manusia, cerita pakcik tu. Saka atau pendamping boleh didapati bukan dari keturunan, tapi di mana-mana kawasan, apabila kita sewaktu atau sama je dengan dia, dia suka untuk dekat, jadi jangan ingat saka tu dari keluarga atau keturunan sahaja, salah tu katanya. Pendamping, boleh kita dapati kalau kita memuja dan mempercayai selain dari Allah, mempercayai sesuatu itu mempunyai kuasa untuk memberi kesembuhan ataupun memberi kesenangan adalah dosa besar. Aku dan Yusuf dengar dengan teliti. Kami faham dan kami sama-sama sedar akan kesilapan kami. Tapi manusia mana tak buat silap kan.bak kata Yusuf, biasanya manusia tak akan buat kesilapan yang sama dua kali.

Pak cik tu cakap buluh perindu itu memang ada pendampingnya, dan pakcik sihir tu memang seseorang yang boleh menyihir. Kata pakcik Nam lagi, walaupun aku tahu pakcik sihir itu salah dalam perlakuannya, aku tak boleh sound direct macam tu, sebab orang-orang macam tu tak suka kita pertikaikan kerjanya. Bila dia mensyirikkan Allah, maka dia tidak akan terima jika kita rasa perbuatan dia salah. Sepatutnya ada cara dakwah yang betul untuk orang-orang macam tu, tapi pak cik Nam tak kasi aku pergi sana lagi,

“Berubatlah dengan orang yang betul Nas, yang tidak menggunakan perantaraan dan tidak menyekutukan Allah.” Lepastu pak cik Nam tu cakap, lepas ni kalau pakcik sihir tu tanya adakah aku dah sihat? Pakcik Nam tu suruh mengiyakan sahaja, jangan sesekali cerita aku dapatkan khidmat dari ustaz atau apa sahaja, orang macam ni akan rasa tercabar. Jadi lebih baik kita diam dan ucapkan terima kasih sahaja. Aku tanya adakah pakcik sihir ni akan tahu aku buang buluh perindu tu?.

“Dia tak akan tahu, sebab dia tak hantar kamu sihir, dia cuma memberi kamu pendamping. Dia tidak ada kaitan dengan pendamping tu lagi selepas ianya diserahkan kepada kamu. Pendamping itu hak kamu maka dia tidak bertanggung jawab lagi. Melainkan kalau pakcik tu hantar pada kamu sejenis sihir. Ya!! Masa ni dia akan tahu sekiranya kamu berubat dan cuba buang sihir yang dihantar.” Kata pakcik tu panjang lebar.

Ohhhhhh baru aku faham… selama ni aku tak tahu pun, selepas apa yang pakcik ni terangkan, barulah aku faham sepenuhnya maksud pendamping, saka, sihir dan sewaktu dengannya.

“Ingat pesan saya, badan kamu berdua kosong. Maksud kosong adalah, tidak ada apa-apa benda halus pun sekarang ni yang dekat dengan kamu. Jadi kamu balik lah awal, kamu banyakkan solat, baca alquran sebagai pendinding. Ingat!! Benda halus ni ada di mana-mana sahaja, dia boleh mengikut kita bila-bila sahaja. Jadi rajinkan pagar diri dengan ayat Allah.”

Pakcik Nam tu beritahu, amalkan sebelum tidur. Istigfar33x bismillah33x doa nabi sulaiman1x (Salamun a’la sulaimaaana fil a’lamin.), mengucap1x, alfatihah1x alikhlas1x, alfalaq1x, surah annas1x, ayat kursi1x, selawat pada nabi sampailah tertidur, boleh digunakan untuk pendinding dan juga untuk waktu harian.

So korang boleh take note tentang hal ini ya semua. Banyak benda aku kongsi hari ni. Free tau! Ahaks! Petang tu selepas berubat aku balik rumah. Dalam kereta kami sama-sama senyap. Lega rasa bila diri dah bersih dari segala anasir luar. Jadi masa nak balik tu dah melepasi maghrib, kami lalu jalan kampung yang orang selalu kata keras sangat. Memang kami kene melalui jalan tu, sebab tu je jalan nak balik rumah mak dia. Dalam beberapa saat aku melepasi kawasan tu aku perasan muka Yusuf macam cuak, tiba-tiba berpeluh dan dia berzikir, aku pun tanya kenapa, tak berselindung, si Yusuf ni cakap dia rasa meremang bulu roma dan dia rasa ada benda ikut.

“Tak apa… kan ustaz tu kata tadi kita kosong… jadi mungkin benda tu nak tumpang je, kita pun lalu tempat dia kan tadi.” Aku maksudkan jalan tadi. Aku tak nak lah jadi takut sangat sampaikan dengan benda tu pun kita taksub. Dan aku rasa benda tu ada je dengan kami dalam kereta tu sebenarnya, tapi aku turut ikut sama berzikri dan berdoa agar tidak ada benda kacau. Lepas melalui kawasan kubur, Tidak lama selepas tu Yusuf senyum. Dia kata dia dah tak rasa takut.

“Mungkin dia dah keluar kot. Dia tumpang je tuuu tadi nak balik rumah.” Aku cakap macam tu lah. Kami sama-sama senyum. Untuk pengetahuan korang lah kan. Benda macam ni dia kadang-kadang boleh tahu siapa kita, adakah kita ni terlalu penakut atau terlalu berani, biarlah sedang-sedang. insyaAllah benda ni tak kacau kalau kita bukan ornag yang lemah semangat. Biasanya kita boleh rasa kehadiran dia kalau tiba-tiba bulu roma kita menegak. Dan kalau korang nak tahu, bulu roma adalah daya pengesan makhluk halus yang terbaik di antara anggota tubuh lain. Lepas sampai rumah mak mentua malam tu kami buat dan amalkan apa yang disuruh oleh Pakcik Nam.

Tahun 2017
Sejak dari aku jumpa pakcik Nam tu dan sehingga lah saat aku menulis part lima ni pada 1oktober 2017, jam 10.15malam, Yusuf tidak lagi kena sebarang perkara yang kami lalui dulu. Dia tak lagi sakit. Hidup kami bahagia dan dia adalah seperti mana dia yang aku kenal dulu. Aku dan dia dah boleh hidup bersama, dia pun dah minta tukar untuk bekerja di sini, dan insyaAllah hujung bulan 12 tahun 2017 ni, dia akan ditukarkan.

Fahmi dan Kak Suri? Dulu Fahmi ada beri aku paswood FB dia, tapi aku tak pernah buka. Paswood dia adalah tarikh lahir dia. Aku tak pernah nak tahu kehidupan dia sampailah awal tahun ni aku teringin sangat nak tahu apa cerita keluarga mereka, sebab aku tak pernah jumpa Kak Suri dan Fahmi lagi. dan Kak Suri pun aku tak tahu lah dia maafkan aku atau tidak. Jadi aku pun masukkan paswood dan email yang Fahmi beri dulu. Aku tahu email tu sebab email tu juga yang aku gunakan untuk hantar surat pada Kak Suri. Jadi aku tinggal semak balik email dan aku masukkan dekat Fb beserta dengan paswood tarikh lahir tu. Berdebar juga hati aku masa ni, yelah berdosa tau kau buka peribadi orang lain. Huhu.

Aku tengok gambar dia tak banyak dengan keluarga dan tak adalah pula sebarang gambar dia dengan anak-anak. Jadi aku pun buka mesengger. Terus terpampang mesej antara dia dan anak dia Maria. Mesej tu tahun 2016 pertangahan tahun. Yang aku ingat berbunyi macam ni.

“Ayah minta maaf di atas segala salah ayah pada Maria dan ibu. Salah ayah sebab masih sayang kan Nas. Dan setiap manusia ada kekurangannya sendiri. Ayah pernah berjanji untk lupakan hal ni, tapi ayah tak boleh. Maafkan ayah sebab tak jadi ayah yang baik pada Maria. Jangan campur adukkan masalah ayah dan ibu dengan diri Maria, Ayah tetap ayah Maria sampai bila-bila. Kalau boleh undurkan masa, ayah tak nak ulang kesilapan yang sama.” Begitulah lebih kurang ayat dia, aku buka mesej ni masa tahun 2016 dan selepas tu aku tak buka lagi sampai sekarang. Insya Allah aku tak akan buka walaupun aku tahu tarikh lahir dia. Jadi aku buat kesimpulan yang Kak Suri dan Fahmi masih lagi tidak ok, malah hal itu melibatkan anak dia sekali. Apa yang aku boleh buat adalah berdoa supaya Fahmi dn Kak Suri bahagia sampai bila-bila. Walaupun aku tak ada kene mengena, tapi aku pernah jadi sebahagian dari hidup mereka. Dan kesan itu sehinggalah sekarang. Aku berdoa agar Allah bukakan pintu hari mereka untuk jadi seperti dulu.

Joe? Dia tak habis-habis gaduh dengan bini dia, lepas gaduh baik, lepas gaduh baik, macam cerita sembilu kasih lakonan zed zaidi dulu. Aku cuma mampu tersenyum je bila Joe cerita yang bini dia banyak songeh, nak itu ini.

“Dia ingat aku taukeh balak!???.” Marah Joe masa angkat kayu pelamin. Aku cuma boleh gelak je. Aku cakap dengan dia Yusuf akan berpindah sini dan dia dah sihat tak sakit lagi.

“Melepas aku.” Kata Joe

“Joe!!!.” Aku marah dia sambil baling kain pelamin sekali. Dia cuma gelak je. Tapi dia dah jadi pekerja aku yang paling berhemah dan rajin sebab nak cari duit untuk anak dan bini dia. Dia suka tanya aku apa yang perempuan suka sebab dia nak buat suprise pada bini dia, bersungguh dia sayangkan bini dia. Dan aku nampak tu sebab dia tak sudah-sudah buat suprise dekat bini dia, aku ni ha jadi kuli batak dia menghantar suprise dan membalut hadiah dia. Dapat free katanya. Aku doakan dia bahagia sampai bila-bila. Oh ya! Dia panggil mak aku mama walaupun aku larang. Lantaklah!

Bagi aku…. jangan lah kita berburuk sangka pada sesama kita, berburuk sangka adalah penyakit hati paling dasyat. Kadang kala yang kita nampak jahat itu sebenarnya tidak. Tapi sebaliknya. “Apa yang kita nampak tak seperti apa yang kita nampak.” Kenapa aku kisahkan tentang Fahmi dan Kak Suri? Supaya kamu kaum lelaki tahu…. rumah tangga macam mana yang korang nak bina? Hiasan macam mana yang korang nak corakkan? Adakah pengakhiran seperti Fahmi? Korang buatlah pilihan. Menganiaya orang dan membomohkan orang untuk sukakan kita tidak mendatangkan untung melainkan rugi semata-mata.

Perempuan yang menyihir kami? Aku tak tahu cerita, begitu juga Yusuf. Kata laki aku dia dah tak makan dekat kedai tu dan tak jumpa lagi perempuan tu, cuma ada lah awal tahun tu dia pergi sebab nak hantar barang pada majikan kedai makan tu, laki aku kenal majikan tu, tapi dia tak nampak lagi perempuan tu, majikan tu kata perempuan tu dah tak kerja lagi, last sekali dia tak sihat dan lepas tu tak lama tu dia berhenti, atas sebab apa pun majikan tu tak beritahu, dia cuma kata tak tahu dah dekat mana perempuan tu. Aku doakan apapun yang berlaku pada perempuan tu, aku maafkan dia, Yusuf pun sama. dia cakap dia maafkan semua yang dilakukan oleh perempuan tu dan dia berharap kalau orang tu hidup, dia nak orang tu sedar kesilapan dia, tapi kalau perempuan tu mati, itu adalah ajal yang tertulis sejak azali, cuma cara kematian dia bersebab. Itu sahaja. Tidak ada kuasa selain Allah. Soal jodoh dan ajal, tetap urusan tuhan.

Aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah makbulkan doa aku, “Allah tidak akan datang kan kesusahan tanpa ada kesenangan di akhirnya.” Aku percaya itu, aku tahu itu dan setiap yang berlaku hanyalah dengan izin Allah. Dia maha mengetahui, dia maha mengubati, dia penolong pada kami dan semua kamu yang membaca cerita ini, hanya dialah sebaik-baik pelindung. Mintalah pada Allah, sabarlah dalam ujiannya, ko akan dapat yang sebaik-baiknya dalam hujung penantian tu nanti.

Aku? Haha!! Aku masih tak ada zuriat. Bagi aku, itu kerja Allah, tidak ada kuasa selain kuasaNya. Rezeki juga adalah hakNya. Bukan hak sesiapa. Aku dan Yusuf tetap menanti. Bagi aku apa yang berlaku adalah ujian dan bahagian hidup aku. Setiap manusia ditetapkan bahagian masing-masing, begitu juga korang? Cuma ianya berbeza ikut kemampuan. Kan Allah dah cakap dia tidak akan memberi ujian melebihi dari kemampuan manusia itu sendiri? Allah mengenali hambanya jadi janganlah kata ujian itu berat untuk kau dan ringan untuk dia, sebab kau bukan sesiapa pun diatas muka bumi.

Masa aku menulis ni, Yusuf ada tengah main dengan anak sedara dia, tergolek tertonggeng dia punya gaya. Bukan main kuat lagi dia gelak sakan mengagah budak tu. bila aku tengok Yusuf gembira, sihat dan boleh ketawa hari ni, aku rasa berbaloi usaha aku menunggu dalam mempertahankan rumah tangga kami walaupun ada beberapa kali yang tersungkur. Yusuf ni orangnya serius memanjang, jarang berborak, dia pun jarang layan media sosial, hidup dia realiti. Bagi dia fb dan alam maya semua fantasi. Dia memang tak ada kawan sangat. Dia kata kawan dia cuma aku dan keluarga sahaja. Tapi kawan baik dia mestilah aku katanya. Mungkin nampak macam aku ni sedikit gila, tapi dia tak akan tahu betapa dalamnya cinta aku pada dia. Sungguh dari awal aku kenal nama dia tahun 2005, aku target, apapun, aku tetap akan memiliki dia.

Korang semua? Semoga ambil ikhtibar ya, jadikan pengajaran. Yang salah jadikan sempadan. Jodoh adalah urusan tuhan, jodoh aku sampai bila? Biarlah menjadi rahsia Ilahi. Kalau kami berpisah, biarlah kerana mati. Aku doakan korang semua bahagia dengan keluarga tercinta. Aku doakan korang dirahmati Allah. Aku doakan yang baik-baik untk korang. Semoga kita semua selamat dalam perlindungan Ilahi. Cerita aku hanya sebahagian dari beribu kisah benar di luar sana, cuma mungkin mereka tidak tahu untuk mencoretkan luahan yang tersimpan. Apapun yang berlaku ingat!! Semuanya dengan Izin Allah… maka penyembuhan pun dengan Izin Allah…
Doakan aku bahagia selama-lamanya ya. Assalamualaikum. TAMAT.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

67 thoughts on “Sihir Pemisah – Dengan Izin Allah (Part 5-akhir)”

  1. hihi..
    gembira baca keluarga sis dah pulih macam biasa..
    semoga sis cepat dapat zuriat and kekal hingga anak cucu.. amin…
    terus tabah sis…
    #beastrongwomen

    Reply
  2. Nice ending Nas ❤ aku tumpang bahagia kau sekejap , heheheh tapi sedih sikit la sebab aku terpike kau dah tak nak share apa apa dah ke lepas nih? “TAMAT”

    Reply
  3. Alhamdulillah nas & yusuf da sihat..tak sia2 ko pertahankan perkahwinan ko ni..semoga korg bahagia sampai jannah..

    Total rate utk semua setori ko 9.99/10..hahaha

    #tilljannah

    Reply
  4. Alhamdulillah….semoga bahagia till jannah(ayat klise nihhh)… Tp cara penulisan ko mmg best….aku suka. Ada masa tulis lagi…x kisah la citer betul ke fiksyen ke…dh nama pun fik. shasha…ko belek la fail kes si usop tu…mana tau bleh dpt idea… Aku tgu citer ko Nas…..

    Reply
  5. Alhamdulillah selamat semuanya. Moga kak dan suami terus dipermudahkan urusan.. btw kak boleh bg tips tak nak ngorat suami kak dlu? Mcm nak ikut jejak je. Muehehe

    Reply
  6. dulu aku ada kwn sorg, kena sihir, teruk jgk. abis tempat berubat. last sekali dia dah x tahan sgt. dia pg berubat dgn tok sami dlm wat. nak dijadikan cerita sembuh sakit dia..

    Reply
  7. “Maaf kalau aku cakap agak keterlaluan di sini, Yusuf minta aku melakukan ‘hubungan’ secara kerap. Aku minta maaf sekali lagi kalau bahasa tu agak lucah…”

    tak lucah langsung la sistorr. kalau lucah tu kot macam artikel cikgu suraya… eh laaa cakap cam pernah baca pulak kan?

    elok pun sistorr buang buluh perindu a.k.a pendamping tu. nanti kang kalau simpan jenuh lak melayan bang usop tu

    kalau nak ikat bang usop takyah pakai buluh perindu, pakai sabun pink jangan mengata yang maha mulia queen sajat. bukan takat setia, kang silap haribulan dapat lakk sistorrr pasang 2

    Reply
  8. Salam nas..syukur awk da smbuh…smg trus kekal bahagia smpi syurga dan smg Allah kabulkn hjt kalian nk ada zuriat..amin

    Tulis la lg…hehehe

    Reply
  9. alhamduillah nas dan suami sembuh..bole bg kontek ust nambri tu x n kt mana nk jmpe kt melaka tu..bole bg kt sini atau kt email bole g [email protected] juga ada rakan2 laim juga perlukan pertolongan..bole post kt sini

    Reply
    • Boleh… nanti sya bagi di sini je senang so org lain boleh je nak ambik n cari pakcik tu. Kene semak balik call no. Ritu ho format. Nnti nas dtg balik

      Reply
  10. alahamdulillah….semuanya dh baik. good ending,btul2 feel sy baca.! hrap2 nas pon doakn sy ok…target kawin 2018.hehee.

    Reply
  11. Hmmm nape saya rasa nak nangis setiap kali baca cerita akak ni.. Semoga terus bahagia ya kak. Kadang2 Allah menguji kesabaran kita tu bersebab. Terbukti akak tabah n tawakal masa menghadap semua tu. Saya yg baca cerita seram akak ni sentiasa doakan akak dan suami…تَهادُوا الحُبَّ غَيبًا بالدُّعَاءْ

    Reply
  12. Waalaikumussalam pnulis..nice ending..walau pun dugaan d beri tlalu berat dan tempoh masa tu panjang..tp pnulis ttp tabah ptahan kan rumah tangga..? 10/10.1

    Reply
  13. Alhamdulillah!! Lepas abes baca part 3 harap sgt ending cerita ni bahagia and finally! Alhamdulillah.. U and your husband are deserved to be happy wahai writer.

    Reply
  14. Alhamdulillah..awk dh siht..bersyukur…penglmn sy kna ilmu pelalau..tp xpasti btl ke x..sbb org yg bg tu pon dh meninggal.tahun yg kish awk cerita thn yg sama sy kna.mmg org tgk lg 2 mak sy..sy buat mcm musuh.hdp sy bgn pg keje abskn mase dgn laki tu blk umh tido..kat tmpt keje..bos smpai msk campor end up..bos pgl die ckp berubt la…now sy dh bertunang.sy hrp benda cmtu dh xdela..penat.bdn nak tanggong

    Reply
  15. Alhamdulillah..akhirnya sang puteri hidup aman & damai bersama sang putera pujaan hati..aku tumpang gembira..harap lepas ni lebih berhati2..Pesanan utk diri aku jugakla..lebih berhati2 dgn orang sekeliling..kalau dah kena teruk gak nak berubat..

    Reply
  16. Alhamdulillah,
    Happy Ending
    Nas&Suami berbahagia…
    Insya’Allah mendoakan yang baik,
    Akan datang yang baik2 juga…
    ?
    Semoga Nas&Suami mendapat zuriat secepat mungkin…

    Reply
  17. Alhamdulillah..nas dan suami dah sembuh.. nas dikategorikan sgt kuat.. xramai yang boleh hadap jahat syaitan dan iblis ni..

    Reply
  18. syukur alhamdulillah.. byk pengajaran yg sy blaja dr kisah hidup Nas ni.. respect kat Nas sbb berani & super penyabar.. akhirnya bahagia itu milik kamu berdua.. =)

    Reply
  19. Baca kisah ni, membuatkan aku sedar… ak ni pon kuat bersangka buruk~
    ak dh sangka si fahmi yg buat semua keja2 terkutuk ni, tp in the end org lain,… moga hidup kita sentiasa didalam lindungan dan rahmat Allah… allahumma aamiin…

    Reply
  20. Alhamdulillah selepas melalui segala perit getir & kepayahan, akhirnya semua berakhir dgn kegembiraan. Saya doakan perkahwinan sis bahagia hingga ke jannah. Sis memang kuat & tabah. Saya yang baca kisah sis ni pun rasa sedih, risau & marah, apatah lagi sis yang mengalaminya sendiri.
    Ape pun ternyata Allah SWT tidak akan menguji hambaNya kalau hambaNya tidak kuat untuk menghadapinya. Banyak pengajaran dalam kisah sis ni yang bole dijadikan teladan. Tq kerana sudi berkongsi cerita & pengalaman sis kepada kami. Tq juga untuk doa pelindung diri. Semoga sis & husband terus tabah & kuat.

    Reply
  21. Alhamdulillah. Moga nas &yusuf sentiasa dlm lindungan Allah.
    Soal anak tu tkpe…korangkan bru nak berhanimun lagi…insyaAllah ada tu. Sy doakan.
    Sekarang Allah bg masa untuk korang berdua lps apa yg jadi.

    Reply
  22. cerita ni 2017 sekarang baru baca , tu pon trjumpe .. mogaaa jodoh akak dengan diaa kekal hingga jannah Allah.. aminnnn !!!

    Reply

Leave a Comment