Sihir Pengasih

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia FS. Aku mengucapkan terima kasih kepada pihak yang berkenaan telah menyiarkan cerita aku dan aku minta maaf awal-awal kalau cerita aku ni agak berterabur dan tak menyeramkan. Kisah benar yang sentiasa segar dalam ingatan aku.

Nama aku Rose (bukan nama sebenar). Aku ni anak bongsu, ada seorang kakak (Along) dan seorang abang (Abang Wan – bukan nama sebenar) abah aku dah lama meninggal dunia. Adik beradik aku semua dah berkahwin. Along menetap di Pulau Pinang. Abang Wan pula di Kelantan. Mak aku menetap di Melaka. Aku pulak dapat peluang sambung belajar diploma di Politeknik Pantai Timur Malaysia. Haa, nampak rumit kan? Saja aku nak bagi korang faham dulu.

Kisah bermula sekitar tahun 2012. Masa tu aku baru sem 2. Tinggal di kamsis. Malam tu aku macam agak frust menonggeng sikit. Sebabnya aku ada minat sorang abang ni (kenalan lama – family pun memang kenal) Dia jemput untuk majlis kahwin dia. Terkejut aku. Dah laa aku minat kau. Kau boleh nak kahwin pula. Ngomel aku sensorang sambil tangan scroll Facebook.

Tak lama kemudian tu, ada seorang lelaki add Facebook aku. Aku approve. Saja nak meramaikan jemaah. Dah alang alang hati tengah terluka ni. Saja laa kot boleh buat peneman berbual. Lelaki tu perkenalkan diri.

Tengku Adam Bin Tengku Mahyuddin, umur 24 tahun dari Kuala Lumpur.

Waaahh. . . berbunga hati aku, hansome, kaum kerabat Tengku tuu. Lama juga kami berkawan melalui Facebook. Lama kelamaan tu couple. Walaupun tak pernah bersua muka. Aku banyak bercerita pada Along, mengenai si Adam ni. Adam selalu call aku bergayut telefon berjam jam. Sampai la aku sem 3 dan dah mula menyewa rumah sewa dengan member lain. Dalam masa yang sama. Aku selalu mimpi yang berulang dan pelik. Aku mimpi sedang solat di atas pangkin kecil yang berada di tengah lautan. Satu persatu kaki pangkin tu tenggelam ke dasar laut dan membuatkan aku turut tenggelam ke laut. Aku masih tak faham dengan hint yang cuba disampaikan pada aku.

Masa aku cuti sem, plan nak berjumpa dengan Adam. Aku turun ke Pulau Pinang kebetulan memang dah rancang nak bercuti rumah Along. Sebabnya Adam pernah cerita pada aku. Rumah atuk nenek dia kat Kepala Batas. Jadi kami rancang berjumpa. Masa pertama kali jumpa tu, Adam memang yang macam aku kenal. Rambut pendek terkemas rapi, cerah, sepet macam cina sikit, senyum boleh bikin hati tergoda. Adam offer nak temankan aku sampai ke rumah Along.

Jomlah, alang alang boleh saya jumpa dengan Along awak, kata Adam. Sampai rumah Along, memang aku dah bagitau Along, Adam ada follow sekali. Adam tidur rumah Along sehari. Cuma aku pelik Along dengan Abang Long aku macam tak layan Adam dengan baik sebagai tetamu. Sebabnya bila kami nak makan, Along dengan AbangLong memerap dalam bilik. Pelik aku. Apahal diorang ni? Bila Adam sebut nak gerak balik rumah nenek. Abang Long offer untuk hantarkan. Dalam perjalanan hantar Adam. Adam kelihatan macam mengelak untuk kami hantar terus sampai depan rumah nenek. Adam minta hantar separuh jalan je.

Malam tu, Along dengan Abang Long ajak aku makan luar. Tiba tiba mak telefon nak cakap dengan aku. Kedengaran suara sayu mak dan minta aku jaga diri baik baik. Aku macam pelik dan masih layan situasi yang pelik sangat tu. Apa semua ni? Serius. Aku macam blurr. . . Berkerut kerut muka aku. Ada apa apa yang aku tak tau ke?

Balik dari makan. Aku tak pasti Abang Long bawa aku jumpa pakcik (aku tak kenal) rupanya nak ubat kan aku. Ikut kata diorang, aku kena guna guna (sihir) dengan Adam. ??!?# speechless aku. Apa semua ni! bentak aku dalam hati. Aku ikut kan saja apa pakcik tu suruh aku buat. Duduk melunjur kaki ke arahnya. Aku betul kelihatan bingung. Dia pegang ibu jari kaki aku dan dia tarik. Sakit tak?? Of course la sakit gila. Dah kau tarik ibu jari aku. Apahal korang ni? Apa merepek laa Detus hati aku. Balik rumah macam biasa. Sampai je rumah. Abang Long pesan pada aku, jangan berhubung lagi dengan Adam. Aku call Adam dan mengadu segalanya. Adam dengus, marah tak puas hati. Adam tanya banyak kali siapa yang nak kita putus?? Banyak kali Adam tanya. Boleh pulak aku petik nama Along, Tak kan aku nak petik nama Abang Long yang tiada kena mengena darah daging dengan aku.

Esok malam, pergi lagi berubat tempat yang sama. Kaedah yang masih sama. Aku masih lagi menyampah dengan benda karut marut ni. Dalam tengah berubat. Tiba tiba kepala aku pening berpinar pinar. Rasa panas. Berpeluh peluh. Terus gelap pandangan mata. Bila aku buka mata. Aku dah kat rumah Along. Berselimut dan satu keluarga semua ada termasuk mak aku. Semua tidur kat ruang tamu untuk jaga aku bertemankan suara Along mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran. Sempat aku tanya. Mak datang dengan siapa? Dengan Hadi (anak angkat mak) Hadi memang dah lama minatkan aku. Sejurus Hadi dapat tahu keadaan aku. Dia tinggalkan kerja (Kuala Lumpur) start Hilux hitam miliknya terus pickup mak aku kat Melaka. Shot gerak Pulau Pinang, punya lah nak tengok dan risau dengan keadaan aku.

Badan aku bisa bisa, pinggang rasa macam nak tercabut selepas berubat dengan pakcik tu. Tak boleh nak bangun. badan terasa berat, rasa macam ada yang menghempap. Along yang masih alunkan bacaan ayat suci pandang kearah aku, mata aku yang berkaca air mata sempat cakap ‘aku sakit’. Aku tak pasti macamana aku boleh terlelap. Esok pagi, Hadi balik Kuala Lumpur. Mak buat keputusan hantar aku berubat di Kelantan. Berjumpa dengan ustaz yang juga kenalan dengan Abang Wan. Time ni aku memang dah lost contact dengan Adam. AbangLong da patah kan sim dan rampas telefon.

Sampai di Kelantan. Dalam proses berubat. Aku dengar ustaz baca potongan ayat Quran. Tiba tiba Along aku meracau racau. Aikk!? Aku sakit ke kau yang sakit ni long? Rupanya Adam marahkan Along sebab nak putus kan hubungan aku. Dalam meracau jadi nenek tua. Duduk membongkok dan menunduk. Mata pandang lantai. Mengadap dengan ustaz.

Ustaz bersuara, Kenapa engkau kacau keluarga ni. Along aku tunduk ke lantai. Jari menunjuk ke arah aku. Aku dah mula meremang. “Sebab perempuan tuu. . . Perempuan tuu bodoh! Dia tinggalkan tuan aku!” kata Along yang bersuara garau. Dalam masa sama, Along pandang aku. Aku memang betul betul seram tahap nak mamp#s. Ini memang betul betul punya kejadian dan aku memang betul percaya Adam dalang semua nya. Aku punya takut sampai tahap aku pengsan. Aku buka mata. Aku dah ada kat rumah Abang Wan. Ikutkan cerita mak masa aku pengsan. Nenek tu cakap tuan dia sayangkan aku. Dia tak pernah niat nak takutkan aku. Cuma dia nak aku sentiasa ada ikut dia pergi mana mana sampai bila bila. Tapi Adam dah sihirkan Along. Adam letak semua benda sihir kotor dalam setiap bahan masakan beras, gula, garam di ruang dapur rumah Along, dalam bilik air. Disetiap sudut rumah. Dalam beg aku pun ada botol kecik minyak wangi. Memang Adam pernah bagi pada aku. Suruh pakai. Sebenarnya tu minyak pengasih, tapi aku tak sempat guna.

Aku start kena sihir dengan Adam masa kami selalu bergayut berjam jam. Adam hantar sihir melalui gelombang telefon. Patut lah setiap hari berjam jam nak bergayut telefon je. Kalau sehari tak bergayut, Adam akan sedikit marah pada aku.

Terdapat juga botol minyak ditemui pada bilik Along. Dalam botol tu ada kepingan gambar aku. Pasal gambar ni aku percaya. Sebab Adam pernah cuci gambar aku beberapa keping. Dia serahkan pada aku. Tapi aku tengok ada yang gambar aku digunting. Katanya untuk simpanan dalam wallet dia. Mak kata lagi, Adam selalu bagi aku minum air darah monyet. Tersentak aku dengar! Berderau darah. Sama ada aku nak percaya atau tidak. Memang agak pelik sebenarnya sebab bila aku bersama dengan Adam dalam keadaan aku yang kerap dan selalu batuk. Adam memang akan selalu bawa kan air sejuk. Aku pelik. Aku kan batuk, kenapa bagi air sejuk berais. Cuma aku lebih banyak berdiam dari bertanya.

Sambung dari cerita mak. Along menjerit, “Tengku Mahyuddin tuuuuuuu ada kat luarrrr. Dia bawa parang nak bnh akuuuu. . . Dia ada kat luar tu, tengah tunggu aku”. Sambil menangis. Kadang gelak sinis. means??! Dia anak beranak amalkan ilmu sihir ke apa?? Tiba masa Along tunjuk jari pada seorang budak (Rayyan – darjah 5, anak Abanglong) budak ni pergi sekolah, dia tak nak makan bekal dia. Dia buang bekal nasi dia ke tong sampah. Automatik AbangLong jegil mata ke arah anaknya. Rayyan kelihatan mengigil kantoi.

Ustaz sedaya upaya membantu dan memerlu masa untuk pulihkan Along sepenuhnya. Ada ketika Along berkelakuan macam monyet. Betul persis macam monyet. Sekali bunyi. Macam ular , macam harimau. Kalau ikutkan cerita mak. Sampai laa Along macam biasa dan dalam keadaan lemah.

Kadang kadang Along akan seperti kena rasuk balik. Macam tiba tiba Along membongkok dan mengigil seperti nenek kebayan. Along tak boleh rapat dengan aku. Kalau rapat atau duduk bersebelahan. Along akan seperti dirasuk semula. Senyum sinis dan menunduk.

Semua barang barang aku yang Adam pernah sentuh. Along akan tunjuk dan suruh buang terus. Hati aku berdebar. Laju macam nak luruh rasa. Mana Along tahu Adam pernah guna headphone aku ni. Mahal siot aku beli. Dia suruh buang je. Aku ikutkan je kata Along. Sepanjang tempoh aku berubat. Aku dipisahkan dengan Along. Along berubat di Kelantan selama 2 bulan.

Situasi masa mula mula nak pisahkan aku dengan Along. Dengan semua orang Along salam peluk cium. Tapi dengan aku ,AbangLong tarik aku. Sebab Along da mula gelisah. Tanya aku na kemana lepas ni. “Aku na kemana??”. Makin lama suara Along makin kuat dan garau . “Kau na kemana?! Bagitau aku, kau na kemana??!”

Aku atur langkah laju naik bas dengan mak. Dari Kelantan ke Terengganu. Dalam perjalanan, air mata aku mengalir. Tak sangka keadaan makin teruk, semua disebabkan aku. Cuti sem aku hampir habis. Mak banyak temankan aku sepanjang berada di rumah sewa. Aku banyak termenung. Termenung panjang. Member rumah semua risau dengan keadaan aku. Adam masih berusaha cuba mendapatkan aku. Cuba contact member aku yang lain untuk dapatkan nombor terbaru aku. Untuk pengetahuan semua. Hampir sebulan aku hidup tanpa telefon. Termenung. Solat tak tinggal. Setiap malam baca Yassin. Perasaan diburu syaitan lebih takut berbanding diburu manusia. Dengan syaitan kita tak boleh bersembunyi. Cuma banyak kan berzikir dengan kalimah Allah. Dimana mana aku peluk Al Quran. Aku tahu Adam benar benar mencari aku. Rupanya masa mula aku berubat dengan pakcik di Pulau Pinang. Pakcik tu adalah kenalan dengan bapa Adam. Jadi, pakcik tu menambah lagi sihir pada aku supaya lebih terikat dengan Adam. Allahuakbar.

Keadaan Along berubat di Kelantan. Along berpisah sementara dengan AbangLong dan anak anak. Teruk juga nak pulihkan Along, ulang alik berubat di rumah ustaz. Bila masa kena rasuk ketika berubat. Hampir 6 tenaga lelaki pegang Along hampir seratus peratus ketika itu bukanlah Along. Wajah hampir menghodoh dengan mengilai-ngilai.

Di rumah Abang Wan. Masa untuk mandi kan Along dengan air limau kapur barus dan beberapa barang lain, pemberian dari ustaz. Minta bantuan dari wife Abang Wan. Sambil jirus, kak ipar aku baca ayat Kursi. Along aku gelak sinis. “Kau baca Kursi pun tak betul. Ada hati nak halau aku. Bodoh punya manusia”.

“Kau rasa?!” Kuat juga iman kak ipar aku. Proses untuk pulih kan Along benar benar mencabar. Kadang kadang seluar dalam Along penuh dengan cecair hitam. Berminyak minyak. Sihir keluar melalui kemaluan. . . Keluarga mertua Abang Wan turut bantu dalam proses mengubat. Ayat ayat Quran tak lekang dari mulut setiap seisi rumah Abang Wan.

Keadaan rumah Along di Pulau Pinang. AbangLong buat keputusan untuk terus pindah. Penat dengan gangguan gangguan halus. Along pulih sepenuhnya. Adam masih segar di ingatan, aku doakan dia bertaubat dan temui semula dengan jalan Allah. Aku yang sekarang sudah pun berkahwin dengan Hadi miliki dua cahaya mata. Semoga kita semua diberkati dan dilindungi Allah SWT serta sentiasa berada di dalam rahmatnya. Amin. Amin Ya Rabb.

6 thoughts on “Sihir Pengasih”

  1. Nak cerita, cerita aje la. Tak payah la campur monolog dengan diri sendiri tu. Ape jadah tetibe “kau rasa?”.. Kalau macam ni baik ko cerita ngan member kau aje.. Cerita menarik nak tahu, tapi serabut dengan info tak penting, dah jadi berterabur cerita.

    Reply
    • macam kalau ko buat tu perfect sangat nk kata org lain…jenis x cermin diri sendiri pastu nk kata kt org lain.ko ja yg rasa pelik org lain rasa syok…PAHAL!!!

      Reply
  2. Apalah mamat ni nyer bangsat…kalo betul sayang takyah guna sihir2 ni bagai…semua tu sia2…cinta yg agung hanya pd Allah…cinta pd manusia membawa ke syurga…hanya tawakal & ikhtiar shj jln utk kita mendapat cinta pd manusia…seeloknya terus ikat dgn cara yg sah..itu jer…toksahlah main2 ngan sihir ni…dh lah benda tu syirik…boleh rosak aqidah…

    Reply
  3. Aku klu jumpa org sihir ni aku tumbuk je muka dia. Setan btl. Pastu menyusahkan org. Klu aku kene mmg aku return blk je kat tuan dia baru dia ada akal.

    Reply

Leave a Comment