Assalamualaikum semua pembaca fiksyen shasha. Aku nak cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri. Maaf kalau cerita ni tak seram macam cerita lain. Tapi aku ceritakan kisah ini sebagai pengajaran untuk kita semua.
Aku nak ceritakan tentang sihir pengasih yang terjadi dekat diri aku sendiri. Aku namakan diri aku Amira. Aku merupakan pelajar lepasan diploma dalam course civil engineering. Cerita ni baru berlaku pada bulan disember 2018.
Aku menjalankan latihan industri di tapak pembinaan sekolah sains yang berhampiran dengan rumah aku. Di tempat latihan industri tersebut, aku melakukan kerja-kerja yang banyak berkaitan dengan pekerja bangla dan indonesia di tapak pembinaan tersebut.
Perkara ni berlaku dalam pertengahan tempoh semasa aku praktikal di situ. Terdapat seorang pekerja indonesia yang sangat berkenan dan suka kepada aku . Sehinggakan dia menulis nama aku di merata tempat di tapak tersebut.
Setiap hari, dia akan cuba berada dekat dengan aku apabila aku turun ke tapak bina dan dia akan sentiasa mencari alasan untuk bercakap dengan aku. Hari demi hari, dia semakin dekat dengan aku sehinggakan dia pernah bersentuhan kulit dengan aku.
Tanpa aku sedar, perasaan benci aku kepada dia mula berubah menjadi suka, sayang dan cinta. Setiap hari aku tidak tahan untuk berjumpa dengan dia. Makan tidak lalu. Tidur kerap terjaga di waktu malam. Setiap masa aku akan berfikir sehinggakan aku sentiasa stalk facebook dan gambar-gambar lelaki itu.
Aku bagaikan dalam duniaku sendiri. Aku tidak banyak bercakap. Sekiranya sehari aku tidak melihatnya walaupun dari jauh, hatiku sudah tak keruan. Aku menjadi gelisah dan menangis. Aku terpaksa menanggung rindu yang berat sekali. Bagaikan hilang sesuatu yang paling berharga dalam hidup. Setiap hari aku akan turun ke tapak bina untuk berada dekat dengan dia.
Hari demi hari, keadaan aku semakin teruk. Aku mula berani untuk pegang tangan dia, aku mula sentuh dan main rambut dia, aku mula mengusik lelaki tu ketika dia buat kerja dan langsung tak hiraukan pandangan orang sekeliling terhadap aku.
Aku jadi orang yang gila bayang kerana lelaki indon tersebut langsung tidak hiraukan aku. Dia menjadi seperti orang yang jual mahal kerana aku mahukan dia. Dia langsung tak hiraukan aku. Perasaan aku menjadi teruk sehingga aku rasa hendak lari dan mengikut laki tersebut. Aku juga terbayang yang aku melakukan hubungan intim dengan dia.
Aku langsung tidak hiraukan keluarga dan kawan2. Ketika aku berseorangan, aku juga kerap rasa sesuatu yang hadir seperti bayangan orang dan lintasan. Aku juga selalu merasa kebas badan ketika waktu asar. Aku juga berasa sangat berat untuk solat. Apabila aku melihat mata lelaki tersebut, aku bagaikan tidak sedarkan diri dan berada dalam khayalan. Setiap hari aku akan teringatkan mata dia sehingga la sekarang. Sangat indah.
Alhamdulillah, keluarga aku sedar dengan perubahan aku. Mereka memaksa aku untuk berubat dengan ustaz tapi aku menolak semahu mahunya. Sehari sebelum aku dibawa berubat, aku bergaduh dengan adik aku pada waktu maghrib dan tanpa fikir panjang, aku terus keluar rumah dan pergi semula ke tapak bina hanya kerana mahu berjumpa dengan lelaki tersebut kerana aku berasa sangat tenang dan bahagia untuk berjumpanya.
Aku memberi banyak alasan kepada pengawal di situ untuk benarkan aku masuk ke tapak selepas waktu kerja. Perasaan aku waktu itu adalah aku sangat rindu kepada lelaki itu sehinggakan aku rasa hendak berjumpa dan memeluk dia. Nasib baik abang aku mencari dan memaksa aku untuk balik ke rumah dan hasrat aku untuk berjumpa dengan lelaki tersebut terbatal. Aku pasrah, hampa, sedih dan sangat kecewa.
Esoknya pula, keluarga aku memaksa dan membawa aku untuk berubat. Ketika ditanya sama ada aku suka atau tidak kepada lelaki itu, aku hanya ketawa dan memberitahu tidak mempunyai apa-apa perasaan. Aku nak beritahu yang aku suka dekat lelaki itu tapi mulut aku bagai terkunci. Aku langsung tidak boleh bercakap jujur dan pergerakan aku bagaikan dikawal .Tapi hakikatnya, dalam hati aku merayu sangat2 agar ada orang yang boleh bantu aku.
Ketika proses rawatan, pada mulanya aku hanya ketawa dan menangis ketika dipaksa berselawat, kemudian ketika ustaz tersebut mula untuk berubat, aku menjerit, menangis, ketawa dan merintih untuk dilepaskan. Aku memanggil-manggil nama lelaki itu untuk meminta tolong. Aku berasa sedih dan sakit sangat nak berpisah dengan ‘benda’ tu. Bagaikan aku hilang perasaan kasih sayang di dunia ni.
Sakitnya tak tertanggung. Aku bagaikan mempunyai kekuatan seorang lelaki ketika meronta-ronta untuk dilepaskan. Selepas selesai proses berubat, barulah ustaz tersebut menceritakan serba sedikit ysng berlaku dekat aku. Dia menceritakan yang aku terkena sihir pengasih melalui angin seperti lelaki tersebut membaca ayat pengasih kepada aku.
Dia melakukan perkara itu ketika waktu selepas asar dan sebab itulah setiap hari selepas waktu zohor hingga ke maghrib, aku menjadi tak keruan kerana rindu pada lelaki itu. Dia juga harus tidak menghiraukan aku selepas dia membuat sihir tersebut kerana itu bagaikan salah satu syarat bagi lelaki itu. Aku sangat bertuah sebab berlaku pada peringkat awal dan cepat berubat.
Selepas berubat, aku ambil masa hampir dua bulan untuk lupakan perasaan aku pada lelaki itu dan ada pantang larang yang aku kena patuhi seperti tidak boleh bertindih bayang- bayang antara aku dan lelaki itu. Aku ceritakan pengalaman aku agar gadis di luar sana boleh jadikan peringatan . Jangan mudah untuk percaya orang luar dan sentiasa baca ayat suci Al-Quran untuk melindung diri.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
mcm mna mksd “tidak bertindih bayang- bayang antara aku dan lelaki itu.” ???
mksud dia tu mcm kau xleh ade depan dia atau belakang dia ketika matahari memancarkan sinar cahaya… cmtulah. nantikan keluar byg2 ko ngn dia bergabung
crita sis mcm sy..sy trkena myk dagu ..derita n sengsara .Puas berubat akhirnya Allah perkenaankan utk mgurangkan derita saya.Lma mderita 7 thun sbb tolk cinta ssorg jer..Alhmdullah wlaupun msih ada saki baki sy msh brubat gak wlaupun bnda ni dh jd drh dging sbb dh lma.Yang penting amalan zikir dan doa jgn tinggalkan ..
Yg tu kebanyakannya buruh dr Lombok mmg ada memakai ilmu pengasih…nasib cpt diubati…kalo terlambat mmg sah2 kn bwk lari blk ke kg diorang…yg ni mmg dlm pengetahuan teman ….sbb pernah bercampur dgn golongan ini…hati2 komer
Ingat tu idola gadis gadis ..Jago diri hehe
Tq sharing
Uiisshhh bahayanyeee…
Nekad sungguh tu siap antar ilmu bagai…
Alhamdulillah dpt detect awal…
ye betul. kes my kezen pun dah sampai branak pinak baru tersedar kena minyak pengasih selepas ex hb dia outstation. rupa2nya benda tu ada pantang iaitu x boleh berjauhan ng tuan dia yg mana ada halangan lautan. maybe ada mandrem2 tertentu kot.
no wonder dia ikut sgt ckp ex hb sampai duit gaji bagi abis semua kat ex dia n kayakan anak beranak belah sana. anak2 nk makan pakai pun xde terpaksa meminjam mak ayah.. kami sedara mara pun dia x kisah.. dari lawa2 jadi serabai gila
now shes happy selepas diceraikan n better than b4
Almost terkena dgn org gila isim masa praktikal. Apa yg di khabarkan lah. Dia menuntut ilmu salah pastu jadi tak betul. Dia ada zikir2 dia yang pelik dgn gelang biji tasbih kayu. Sampai satu tahap beria ajak kawin. 1 1/2 bulan lebih kurang macam tu, praktikal sambil berlari merata sampai bos tak bagi masuk pejabat. Jejak je kaki kat pejabat, walaupun dia x nampak kelibat atau dgr suara aku, tapi dia tahu aku ada kat pejabat. Dan dia akan jadi x betul sampai mengintai2 bilik bos. Kalau dtg pejabat, aku kena escort dgn bos nak keluar masuk. Kesimpulannya, bos tak bagi masuk pejabat. Sampai harini, terjumpa org yg sekilas persis macam dia, menggigil satu badan, otak jadi blur. Dan suatu cerita yang aku x tahu lah sahih ke tak, salah sorg bos aku cakap something wrong dgn aku. Dia bawak aku berubat dgn kawannya, katanya aku kena sihir dgn seorang hamba Allah tu supaya tutup pintu hati aku. Sihir tu dah lama dan dari orang yang aku kenal. Sihir yang berasal dari tempat aku jugak. kesan sihir tu menjadikan tarikan diri aku ni pada org gila sahaja. Tapi keluarga aku tak percaya tentang sihir tu. Aku kena marah pergi berubat tanpa pengetahuan keluarga. Sbb takut pergi ke orang yang salah. Dan aku sendiri pun tak tahu la betul ke tak tentang sihir tu. Dari kecik aku boleh nampak dan rasa kehadiran entiti. Entahlah… Aku buntu