Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan….
Awal pagi Jumaat tersebut, aku memenuhi permintaan bapak untuk mengikutnya menghadiri majlis perkahwinan saudara dekat, Nani dan pasangannya Kamal yang berpangkat dua pupu dengan aku, anak kepada sepupu bapak dari sebelah ibunya.
Majlis akad nikah dilangsungkan dirumah perempuan. Kami perlu bertolak seawal pagi, kerana bapak dijemput secara lisan oleh pakcik Karim, iaitu bapa Kamal sendiri, untuk turut serta dalam upacara akad nikah disebelah pagi.
Disebabkan takde aktiviti menarik yang akan dibuat pada hari ni, aku mintak izin bapak untuk mengajak Uda untuk turut serta, bapak tak keberatan dan memberi keizinan tanpa perlu pertanyaan kali kedua..
Memandangkan Uda pun takde aktiviti menarik pada hari ini, hingga ke hujung minggu, Uda juga bersetuju.. Cantik! Sekurang-kurangnya aku ada geng bila disana, takdelah macam kera sumbang kalau bapak bersembang berdua dengan Pak Seli.
Oh.. Pak Seli pun ada sekali, Pak Seli dijemput oleh bapak. Pertama kali aku nampak Pak Seli berpakaian ‘luar’ dari kebiasaan, nampak janggal pada pandangan aku. Baju batik jawa dipadankan dengan songkok dan seluar ‘slack’ dengan tali pinggang hijau yang besar menutup kain pelikat yang dibuat sampin. Masih kacak dan bergaya. Nampak muda sepuluh tahun.. haha
Upacara dilangsungkan pada pukul sembilan pagi, dan dihadiri saudara mara terdekat kedua-dua belah pengantin.
Kami sampai sedikit awal sebelum majlis bermula, bersalam-salaman dengan tuan rumah dan saudara mara. bersuai kenal dan beramah mesra..
Pengantin lelaki dan perempuan yang masuk ke ruang tamu untuk dinikahkan dihadapan tetamu dan sanak saudara, nampak cantik bagai pinang dibelah dua, sama secocok dan sepadan. Berbusana satin putih yang dibuat baju melayu dan baju kurung untuk majlis akad nikah.
Aku perasan Uda menjeling-jeling mencuri lihat pengapit kepada pengantin perempuan, memang manis dan genit orangnya. Sesekali nampak Uda menelan air liur..
“Baiklah, sebelum kita mulakan majlis, saya nak tanya dulu, adakah sesiapa disini yang ada bantahan atau apa-apa benda yang nak diperkatakan?”
“……”
Suasana senyap..
Semua diam dan mendengar dengan teliti
“Baik, jika tiada apa-apa, sebagai memulakan majlis, marilah sama-sama kita membacakan Ummul kitab.. “
“Al fatihah ila hadratin nabiyi SollaLlahualaihi wassalam, ila hadratin mukminin wal mukminat.. Al fatihah..” kata jurunikah, jelas dan lancar sebutannya sepatah demi sepatah aku dengar dengan tertib.
“Aminn…”
“Amin”
Terdengar beberapa suara menyebut ‘amin’, menandakan bacaan mereka telah tamat..
Aku ruap muka dengan dua tapak tangan dan menanti dengan tenang untuk proses selanjutnya..
Jurunikah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Kamal yang duduk diatas bantal empuk berwarna biru tua berbucu empat, dan disetiap bucu ada ropol-ropol yang berwarna kuning keemasan
“Kamal bin Karim, aku nikah akan dikau dan aku kahwin akan dikau dengan Nina binti Haji Ismet, dengan berwalikan bapanya, dengan mas kahwin sebanyak dua puluh ringgit tunai..” kata jurunikah sambil tangan kanannya yang bersalaman dengan Kamal digoncangkan sedikit menandakan ‘baiah’ yang dimateri dengan ijab dan qabul, perlu disempurnakan dengan membalas kembali pernyataan jurunikah..
“Aku… Terima nikahhhnyaaa…..” suara Kamal tergantung, Kamal dua tiga kali telan air liur..
Suasana hening..
sepuluh saat berlalu, tanpa Kamal habiskan keseluruhan ijab dan qabul..
Kamal nampak gugup dan mengaru-garu dahinya..
“Takpe, takpe, kita cuba sekali lagi, ya?” Kata jurunikah sambil tersenyum..
Kamal mengangguk-angguk kan kepala..
Proses nikah dilakukan semula. Aku nampak ramai hadirin tersenyum-senyum, barangkali pengantin ‘cemas’, maklumlah ‘pertama’ kali.. Lainlah kalau bernikah untuk kali ‘kedua’, ‘ketiga dan keempat’..
Pada pandangan aku, kalau buat untuk kali kedua, mungkin ‘punca’ rasa cemasnya lain.. Mungkin cemas takut tertangkap dengan isteri pertama ke, apa ke… haha
Ijab dan qabul untuk kali kedua juga sangkut. Dan begitulah seterusnya. Berulang-ulang, dan aku hitung satu persatu..
Pada kali ke sepuluh, aku nampak ada beberapa pakcik yang aku kira mungkin sanak saudara dari sebelah perempuan, sudah mula turun kebawah, bosan menunggu..
Pada kali ke lima belas, sesi pernikahan dihentikan seketika..
Kamal diarahkan oleh jurunikah untuk mengangkat semula wuduk, dan bertenang sebentar. Kamal bangun tanpa banyak soal, mungkin dia malu, terkocoh kacah kedapur untuk mengangkat wuduk..
Jurunikah buka ketayap dan mengipas-ngipas badan yang dah naik kepanasan, panas pakai baju berlapis-lapis ni. Lagipun tadi janji nikah pukul sembilan, dah pukul 10.30 masih tak lepas lagi..
Aku nampak Pak Seli berbisik-bisik dengan bapak, yang duduk diantara aku dan Pak Seli..
Aku cuit bapak..
“Kenapa bah?”
“Pak Seli kata, ada benda ‘tak kena’, takpe.. Kita tengokkan dulu..” Balas bapak aku
Uda yang duduk bersila disebelah aku pulak cuit aku..
“Kenapa, Rip?” Tanya Uda berbisik pada aku.
“Pak Seli kata, mata kau jangan asyik nak pandang pengapit je! Kena jentat kepala kau nanti!” Aku kenakan Uda
Berubah riak wajah dia secara tiba-tiba. Naik meruap merah muka. Bila aku cakap macam tu.
“Pak Seli nampak ke?” Bisik Uda
“Nampak lah! Asyik tengok anak dara orang je! Malu aku!” Aku tembak lagi pada Uda yang percaya bulat-bulat je dengan apa yang aku cakap..
“Aduhhh…. Malu siut!” Uda mula menundukkan kepala..
Kahkahkahkahkah..
Aku ketawa dalam hati..
Uda dah mengelupur serba tak keruan, nak pandang depan salah, pandang muka aku segan, pandang tepi salah.. Aku nampak penghujungnya dia pandang ke luar.. hahaha
Kamal datang dari dapur dan duduk kembali diatas bantal biru tua berbucu empat. Sambil tangannya melepaskan lengan baju yang disingkap masa mengangkat wuduk tadi..
“Sudahkah Kamal?” Tanya jurunikah
“Sudah, encik!” Balas Kamal tenang
“Boleh kita mulakan lagi?” Tanya jurunikah kembali
“Boleh encik!” Balas Kamal tersenyum!
Yaaaa… keyakinan begini yang kita mahukan!!! Ayuh Kamal! Tunjukkan kejantanan mu!!
Mereka kembali bersalaman dan proses yang tergendala tadi dimulakan kembali..
Sepuluh kali lagi ijab dan qabul, Kamal masih lagi gagal. Tetamu yang datang, terutama pakcik-pakcik sudah mengeleng-gelengkan kepala..
Dan kali ni masuk ke dua puluh satu kali, masih gagal mengucapkan ‘Aku terima!’ atau ‘Aku setuju!’
Bapak cuit aku untuk keluar dari situ, aku cuit Uda sambil membuatkan gerakan kepala ‘mari kita keluar’. Aku perasan beberapa tetamu yang lain turut bangun dan keluar, mungkin sudah hilang sabar, pada proses yang berulang-ulang.
Uda bangun dan berjalan sebelah aku, kami berjalan dibelakang bapak dan Pak Seli..
“Habislah kau!” aku bisik pada Uda
Muka Uda mencebik macam nak menangis..
kahkahkahkah
Jarang dapat kena kan Uda ni, sesekali dapat kena kan dia, menimbulkan keseronokkan pulak..
Sungguh dia ‘naif’ tak tau apa-apa..
Pak Seli berhenti bawah pokok manggis yang rendang sedang berbuah agak jauh dari kawasan rumah pengantin, melepasi khemah majlis untuk esok yang dah tersedia..
Banyak buah-buah manggis rosak dimakan burung bertaburan ditanah. Bau masam menusuk ke hidung kami..
“Ada orang kena kan sihir pada pengantin ni..” Kata Pak Seli pada kami secara perlahan
‘Arippppppppppppppp!!! Jaga kau!!’
Itu ekspresi wajah yang diberikan Uda, matanya dikecilkan menatap muka aku, kalau boleh macam dia nak cekik dan sembelih batang leher aku.. Bila dia sendiri mendengar apa yang dituturkan Pak Seli..
Aku tersengih-sengih membalas pandangan Uda… Hahaha… ‘Kau yang nakal, tengok anak dara orang! Siapa suruh?’
“Apa perlu kita buat, bang?” Bapak mula bertanya..
“Mahat, kau naik atas, tengok diorang dah berjaya ijab qabul ke belum? Kalau masih belum, tolong panggilkan bapa pengantin perempuan kemari..” Kata Pak Seli..
Bapak meninggalkan kami tanpa banyak soal, naik semula ke rumah, melepasi tetamu terdekat yang duduk diberanda luar rumah..
Sementara Pak Seli, berdiri diam dan bersandar dibawah pokok manggis, mulutnya separuh ternganga, mata dipejam dan tangan dikiam di bawah perut..
Bapak datang kembali bersama bapa pengantin perempuan, berkulit cerah dan sedikit rendah, Haji Ismet namanya..
“Ya, encik cari saya?” kata Haji Ismet
“Maafkan saya, tapi jika bakal menantu Haji masih belum berjaya diijab qabul, lebih baik Haji berpindah tempat ijab dan qabul..” Kata Pak Seli
“Kenapa pulak?” Kata Haji Ismet musykil
“Saya rasa, rumah Haji disihir, supaya majlis akad nikah ni tak berjaya, bawa ahli keluarga terdekat sahaja! Dan jangan beritahu sesiapa yang Haji tukarkan tempat akad nikah..” Balas Pak Seli.
“Macam mana encik tau rumah saya disihir?” Tanya Haji Ismet musykil
“Begini, jarang sekali kita dengar pengantin gagal akad nikah lebih dari sepuluh kali, biasanya jika gugup sekali pun, hanya empat atau lima kali, tapi kali ni sungguh luar biasa, saat saya turun tadi, sudah lebih dari dua puluh satu kali..” Terang Pak Seli panjang lebar.
“Jadi apa perlu saya lakukan?” Balas Haji Ismet
“Pindahkan tempat pernikahan ke tempat lain..” Balas Pak Seli pendek..
“Oh begitu.. Baiklah, saya faham.. Saya usahakan mana yang termampu..” Balas Haji Ismet
Haji Ismet bergegas meninggalkan kami dan kembali naik ke atas rumah, seketika kemudian dia turun kembali bersama Kamal, Nina, jurunikah dan bapa Kamal suami isteri..
Tetamu kelihatan sedikit terkejut bila melihat tindakan Haji Ismet, dan Haji Ismet dengan tenang memaklumkan yang ‘pengantin dibawa berjalan untuk bertenang sebentar’, tak perlu dirisaukan..
Mereka dilihat berjalan mengarah kehujung jalan, aku masih lagi menunggu tindakan lanjut Pak Seli. Kami masih lagi menanti dengan tenang dibawah bahang matahari yang kian naik, dipayungi pokok manggis ranum..
Maaflah gais, charachter limit, esok aku sambung lagi ye…
Sabarlah, bahahahaha… Aku tak lari mana-mana..
Ayuh dapatkan novel aku, bapak dan Pak Seli yang bertajuk ‘Pusaka’ gais.. Raid redemption versi melayu.. Yang berminat boleh PM book mesh.. terima kasih..
xoxo
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Bestπππ
Please cepat sambung. Tak sabar nk thu kisah ni.. btw semua story awk sy suka …. 1000000000 bintang untk awk…huhu
Utk makluman ” Aku terima nikah nya” .
Lafaz ini dah sempurna utk jawab nikah. Tak perlu panjang..
Kenapa jurunikah suruh jawab panjang. Saya pernah tegur jurunikah.