Silat

Assalamualaikum semua pembaca FS yang setia. Saya nak ceritakan satu kejadian yang jadi semasa aku sekolah dulu. Mungkin tak berapa nak seram tapi bagi saya kejadian itu memberikan kesan. Sekiranya cerita saya disiarkan, saya minta maaf sekiranya saya ada menyingung perasaan orang lain. Siapa tahu tentang cerita ni jangan bising ye..

Nama saya Siti dan saya ada kakak kembar nama Dayang. Saya juga ada seorang lagi adik perempuan. Mama saya seorang ibu tungal dan kami berempat tingal di sebuah flat di tengah ibu kota. Nak jadikan cerita, saya dan akak saya belajar main silat dari tingkatan 2 lagi rasanya sebab kami memang minat main silat. Atok sedara kami pon guru silat cuma kami tak dapat nak belajar dengan dia sebab dia jauh nun di negara orang. So kami belajarlah silat di flat kami, dalam masa yang sama kami pon ada jugak belajar silat di sekolah untuk unit beruniform. Belajar silat di sekolah sangat lah lain dengan belajar silat di flat, mungkin sebab jenis silat yang berlainan. Di sekolah jenis silat buah dan gerak geri nya lebih kepada luaran. Maknanya macam lebih kepada cara bertahan dan membalas. Tapi silat di flat ni ada unsur-unsur kebatinan sedikit. Apa yang jadi semua ni ketika kami masih lagi belajar seni silat tu. Kisah ni semuanya dari silat yang kami belajar di flat.

Nama pertubuhan silat itu tak perlulah saya sebut, cukup untuk tahu ianya datang dri tanah seberang. Dari mula belajar silat sebelum mula berlatih kami akan ‘kunci badan’ dengan ayat-ayat Al-Quran dan lepas itu kami berdoa. Tu dah memang basic kebanyakan silat pon, tapi yang ni cuma lain sikit. Dalam doa tu saya hanya boleh beritahu kami ada sebut nama-nama orang yang agak pelik. Rasanya saya ada simpan lagi bacaan tu, nanti saya bagitahu kalau ingat ye. Semasa mula join seni silat ni jugak, kami diperkenalkan salahsilah wujudnya seni silat ni. Yang memelikkan saya adalah ada cerita di mana keluar ya pengasas silat ni dahulu kala dari dalam seekor lembu dan ada beberapa perkara lain yang pelik. Dari situ saya memang dah start pelik, tapi disebabkan akak saya memang minat sangat nak bersilat ni, saya ikutkan saja belajar lah sekali dengan niat nak belajar seni pertahankan diri secara zahir dan tak nak ambik apa-apa kaitan dengan batin.

Itu serba sedikit tentang perkara seni silat yang satu ni, yang memberi masalah pada saya. Nak dijadikan cerita, ada satu hari jumaat masa sesi latihan, kebetulan hari yang sama saya datang bulan tapi dah masuk dua hari. Pantangnya sebelum masuk gelangang, kalau datang bulan seeloknya jangan masuk gelanggang. Tapi saya rasa period saya kali ni tak berapa heavy, saya turun jugak berlatih. Kami start berlatih pukul 8 malam. Seperti biasa kami akan duduk macam duduk dalam solat tu untuk tahiyat awal tetapi tangan lurus digengam ke bawah dan kepala tunguk ke bawah. Macam harimau duduk tu tapi kepala ke bawah (sorry tak reti sangat nak describe) korang bayangkan je la ye. Ok, bila da habis baca doa dan start kunci badan, masa tu saya rasa tak sedap hati. Macam tak best lah nak mulakan latihan haritu. Tak tahu la kenapa, tapi rasa tak seronok. Hari tu yang turun adalah dalam 5 orang rasanya, dan saya seorang sahaja perempuan sebab kakak saya tak turun training sebab dia first day period. So ikut pantang larang la kan. Lagi lah buat saya rasa tak selesa.

Latihan berjalan seperti biasa. Mula dengan bukak langkah, latihan menumbuk, latihan menendang, perkara basic yang belajar dalam silat. Ada satu part tu kami kena buat latihan berguling ke hadapan. Tapi saya tak boleh nka buat, selalunya saya boleh berguling macam biasa. Tapi malam ni saya memang tak boleh, puas lah saya cuba dan cuba tapi tak jadi-jadi. Sampailah cikgu yang mengajar saya marahkan saya. Tiba2 saya start menangis. Menangis macam kena pukul tau. Meraung, mengilai tengah-tangah gelanggang tu. Mungkin cikgu saya rasa saya dah lain. Dia bawak saya ke tepi gelanggang. Saya masih lagi menangis dan mengilai yang sayup2 gitu. Cikgu saya start baca something belakang saya dan dia tepuk belakang saya.

Time tu saya terus jatuh terbaring dekat atas tanah, tapi masih lagi menangis. Saya tak boleh bergerak langsung. Yang boleh hanya mampu menangis je. Orang sekeliling cakap saya dengar tapi tak boleh nak bagi apa-apa reaksi langsung selain menangis. Kawan-kawan yang ada dalam gelanggang cuba untuk angkat saya tapi tak boleh. Akhirnya cikgu saya baca something. Saya tak dengar sangat, nampak mulut je bergerak. Lepas dia habis baca, dia kendong saya macam kendong baby tu. Tapi badan saya keras kejung, kan selalu kalau angkat budak ke mesti badan dia macam melengkung gitu kan.

Tapi ni tak. Badan saya keras macam batang kayu tu, lurus je. Semua yang berlaku saya sedar. Saya rasa tapi tak boleh buat apa. Masa cikgu angkat saya, dia berdiri ke arah luar gelanggang dan baca la apa yang patut. Lepas tu saya rasa badan saya makin kendur gitu. Saya boleh gerakkan kaki tangan. Cikgu saya letakkan saya ke bawah dan lilitkan kain dekat kepala saya. Saya lupa apa nama kain tu dan lilitan tu, tapi memang selalu nampak la mana-mana pesilat pakai kain dekat kepala tu. Cuma kain tu ada sebabnya kenapa dipakai. Bila cikgu saya lilitkan kain tu, saya slow2 rasa ok dan boleh bercakap, tak menangis dah..

Cikgu saya tanya saya kenapa saya menangis. Saya hanya cakap sebab saya tak boleh berguling tu je. Lepas tu saya tak tahu kenapa saya nangis beria gitu. Sampai kejung badan. Cikgu saya cakap sebenarnya masa saya nak masuk dalam kawasan gelanggang, ada seekor pontianak ada ikut saya. Kebetulan masa tu saya tengah period dan saya tidak kunci badan dengan betul masa mula2 tadi. Memang saya hanya buat sambil lewa je masa kunci badan sebab rasa tak sedap hati mula2 tadi. Saya balik kena marah sebab degil nak turun gak berlatih walaupon period dan tak kunci badan betul-betul.

Cikgu saya suruh saya kunci badan lagi sekali tapi buat sungguh-sungguh. Lepas itu saya teruskan latihan macam biasa tetapi ada kain lilit di kepala. Buat pertama kalinya saya pakai kain itu dengan perasaan yang lain. Saya jadi lebih bertenaga dan dapat belajar semua gerak langkah dengan mudah. Sebelum itu pon saya pernah pakai kain lilit tu, tapi tak ada rasa apa-apa. Cuma masa itu sahaja macam ada semangat lain yang masuk bila saya belatih masa tu. Start dari hari tu memang tiap kali datang bulan saya memang takkan turun berlatih sampai lah saya dah habis datang bulan, dan juga saya kunci badan betul-betul setiap kali nak mulakan latihan. Takut juga kena lagi. Saya sendiri seram dengar saya menangis mengilai gitu, huhuhu..

Sampai sini sahaja lah cerita saya, sebenarnya ada lagi cerita yang jadi masa saya masih belajar silat ni. Nanti saya akan ceritakan lagi dalam entri yang lain. Saya belajar sampai tingakatan 5 rasanya. Lepas tu saya stop sebab apa yang saya belajar mengganggu saya sekeluarga. Saya minta maaf cerita yang agak panjang dan mungkin bosan dan tak seram. Saya akan cuba perbaiki apa yang patut nanti. Jika ada typo yang tak disengajakan, saya minta maaf. InsyaAllah berjumpa lagi dalam entri seterusnya.

Assalamualaikum

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

10 comments

  1. best laa baca…x bosan…tapi nak tanya sikit?kenapa silap mesti ada kait mengait dengan benda mistik ni yee?

    1. SEBAB SILAT NI TIPU …FIZIKAL OK…BAB2 KEBATINAN NI KARUT LA.. TU SEMUA KARUTTTTT MAIN JIN KUAT…JUAL ATAS NAMA AGAMA….NI SEDIKIT TIPS, KALAU MASA BUKAK GELANGGANG TU ADA SEBUT NAMA2 SHEIKH TU SHEIKH INI…NAMA PELIK2…AMBIK BERKAT DARI ORG ITU INI..WALI LA APA LA…BAIK KORANG TINGGALKAN LA GELANGGANG TU…JANGAN BAWAK BALIK MAKHLUK HALUS DALAM RUMAH…LEPAS TU SUSAHKAN AHLI KELUARGA…SEKIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.