Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca FS yang setia. First of all saya nak ucap terima kasih kepada admin kerana menerbitkan karya saya ni. Sebelum apa² saya nak perkenalkan diri saya dulu lah ea…
Nama aku Mawar .Aku orang Penang.Aku nak cerita pengalaman aku sendiri sewaktu tingkatan 4 cerita ni 100% dari pengalaman aku yang betul.
Ceritanya begini…..Aku dulu budak hostel.
Nak dijadikan cerita tu ada satu haritu aku bangun awal . Time tu pukul 4 pagi. Aku gerak Sya lepas jam loceng yang aku setkan menjalankan kerjanya dengan penuh dedikasi..dia suruh aku kejut dia bila aku nak iron baju…time ni memang takde sapa pun bangun lagi semua masih tidur mati selagi tak pukul 5 pagi.
Aku : Sya…sya….bangun sya. Malam tadi kata nak iron.
Sya : Hmmm….mamai
Aku : Bangun la. Satgi aku tinggai kut baru hang tau.
Sya : Ha….aku bangun lah ni baru bangun tido
Lepas aku menggerakkan Sya aku pergi ambik baju sekolah aku n then capai tuala kat hujung katil dan terus lilit tuala tu kat kepala. Aku tunggu Sya kat luar dorm lepas pakai selipar. Bila nampak Sya dah keluar dorm siap dengan baju n lilit kepala dia dengan tuala aku jalan dulu. Aku dengan Sya turun tingkat 2 sebab bilik iron hanya ada kat tingkat 2 ja.
Pagi tu, suasana dia sunyi ja tapi aku tak ambik port pun sebab dah biasa bangun awal camni. Bila dah on lampu bilik iron aku iron baju sekolah aku kat iron board yang hujung yang dekat dengan tingkap. Sya pulak ambik port yang dekat ngan pintu. Habis ja aku iron aku duduk kat iron board kat belakang.
Sya ni jenis iron baju lambat gila. Time aku tengah tunggu dia iron tu, tiba-tiba aku dengar ‘bunyi’ macam siren. ‘Bunyi’ tu kuat jugak la. Aku terkejut gila. Dalam hati duk pikir ‘tak kan depa buat fire drill pagi² camni kut?’.
Sekali dengar memang macam siren.Bunyi tu mendatar je. Tak terlalu kuat tak terlalu slow. Sya pulak berhenti iron dan pandang aku dengan pandangan cuak tapi masih boleh control lagi. Aku pun pandang dia.
Sya : Mawaq. Hang dengaq x apa yang aku dengaq?
Aku : Hah?? ( aku buat² tak paham)
Sya : Hang mai sini jap (dia suruh pergi kat iron board yang dia tengah duk guna tu)
Aku pun pi je la kat iron board tu dengan hati yang tertanya². Bila aku pi kat dia, ‘bunyi’ tu lagi kuat ( yela…dah dia gunq iron board yang dekat pintu…memang kuat la ‘bunyi’ tu). Bunyi tu lain gila bila dengar lama². Tak macam bunyi siren. Arah punca bunyi tu tak tau kat mana. Kejap² macam kat level kami duk iron tu. Kejap² macam bunyi tu datang dari Dewan Makan Aspuri. Kejap² macam dari kuaters cikgu. Bunyi tu bergema dari semua arah tempat sampai aku tak tau nak agak dari mana punca.
Aku pi la beranikan diri jenguk kat luar. Aku husya tingkat 2, aku husya Dewan Makan. Kebetulan aku ada nampak burung hantu tengah terbang pi kat kuaters cikgu tu. So aku cakap kat Sya yang bunyi tu bunyi burung hantu kut. Dia pun iya kan aje n dia sambung iron sambil ditemani aku disebelah.
Tengah dia iron tiba-tiba kami dengar orang menjerit. Bukan satu. Bukan dua. Kalau tak silap aku tiga atau empat orang macam tula. Aku pandang Sya n at the same time Sya pun pandang aku. Dalam hati aku , ‘Hah! Sudah! Tak kan ada orang kena sampuk kut?’. Aku agak diorang tu pun dengar jugak la kut ‘bunyi’ tu. Kalau tak dengar tak kan diorang jerit kut pagi² tu. . Kalau tak silap aku time tu dah pukul 4.30 pagi camtu. Aku tak pi tengok pun sapa yang jerit tu. Aku buat tak tau ja. Sya pun sama. Dia sambung iron sampai habis.
Kami pun keluar la dari bilik iron tu sambil sebelah tangan jinjing toiletries dan sebelah tangan lagi pegang baju yang iron tadi. Aku sengaja pilih untuk jalan terus ke depan (kat level 2) sebab tangga depan tu kalau naik akan terus nampak dorm kami. Time jalan tu aku nampak kat tapak row-call . ada mak cik guard keluar dari pondok guard n jalan kat tapak row-call maybe nak cari punca bunyi tu kut.
Waktu kami jalan kat depan dorm besar kat tingkat 2 tu aku pelik, barang² macam toiletries n tuala bersepah² kat koridor dorm tu. Aku pandang Sya sekejap dengan dahi berkerut n then aku pandang balik barang tu. Time tu baru la aku terpikir tentang jeritan histeria tadi. Sekarang baru la masuk akal. Aku dengan Sya buat tak tau je kat barang² yang bersepah tu. Takde inisiatif langsung nak tolong ambil ke tolong kemaskan ke.. Kami biarkan je macam tu. Kami jalan sampai lah depan dorm paling depan. Aku nampak dorm tu dah buka lampu. Aku dengan Sya apa lagi, kami terus masuk dorm tu n nampak dalam tiga/empat orang duk berpelukan. Sorang atau dua orang lagi duk nangis. Aku tanya kat kawan aku Aida sebab dia ketua dorm tu.
Aku : Kenapa ni?
Aida : Adalah…
Aku : Hangpa dengaq jugak pa?
Lin : Kami nak pi mandi tadi…..tetiba dengaq ‘bunyi’….
Aku : Owh..tu bukan bunyi apa pun. Burung hantu je tu. Tak payah pikiaq sangat. Tadi kami nampak ada dua tiga ekoq burung hantu terbang kat kuaters. Bunyi depa lah kut. Ni hangpa jangan pi mandi lagi. Tunggu sampai orang ramai baru pi mandi. Aida, ni aku ngan Sya naik dulu tau.
Aida : Ha…. Angguk
Kami pun naik la dorm kami n terus tido lepas letak baju yang kami iron tadi kat tempat sangkut baju dorm. Lampu tak tutup bila aku dengan Sya nak tido tu. Maklumlah. Hati tengah duk dup dap…dup dap lagi.
Esok tu kecoh fasal bunyi tu. Aku apa lagi, jadi famous la kejap sebab aku, Sya dan budak² dorm Aida tu je yang dengar bunyi tu. Yang lain, yang bangun lepas dari pukul 4 memang tak dengar dah bunyi tu sebab bunyi tu stop bila aku ngan Sya duk panjat tangga naik dorm kami.
Rupanya ‘bunyi’ yang aku dengar tu bunyi benda tu mengilai (aku duk agak dah) atau lebih tepat menangis pilu (ada orang kata puncanya ‘benda’ tu nangis sebab rumah dia kena tebas).
Rumah yang ‘dia’ maksudkan tu pokok pelam lama yang kat belakang Dewan Makan Aspuri!! Memang patut la dengar dia ‘nangis’ .
Pokok tu pihak sekolah tebang sebab nak bagi cerah kawasan belakang Dewan Makan. Bila dipikir²kan balik baru perasan yang bunyi tu memang dengar macam tangisan tapi bukan macam bunyi tangisan yang korang dengar kat dalam tv ke movie hantu ke yang part hantu nangis tu. Bunyi tu tak taula aku nak describe macam mana. Pelik sangat. Seumur hidup aku ni belum pernah aku dengar bunyi tu!
-Cerita Mak Cik Guard-
M. C Guard : Mak cik pun dengar bunyi tu. Mak cik pun cari la punca bunyi tu. Jalan punya jalan, bunyi tu rupa²nya datang dari Dewan makan. Macam mana mak cik tau? Bila makcik jenguk² kat dalam dalam , makcik nampak ada ‘benda’ hitam tinggi sampai syilling kat bahagian depan dekat sebelah pentas! Mula tu makcik ingat kerusi lah kut hangpa susun tinggi² tapi bila makcik pikir balik tak kan hangpa nak susun sampai syilling kut? Pastu makcik kata la “Oooo….hang rupanya”.
Aiseyhhh makcik. Berani gile pi tegur ‘benda’ tu. Tak takut ke? Tabik a!
Ok… Takat tu je. Camne? Apa pendapat korang? Seram x? Bagi yang tak rasa apa² tu kena ‘terkena’ dulu baru boleh judge.
Sekian. Akhir sekali, yang baik itu dari Allah, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
” Ok… Takat tu je. Camne? Apa pendapat korang? Seram x? Bagi yang tak rasa apa² tu kena ‘terkena’ dulu baru boleh judge.”tak sangka masih ada yg tulis ayat macam ni ahahahahhaha
Haa.. Tu la pasai mawaq, kami tak dapek nk dengaq bunyik tu. Camno nk rasa seriau nye neh.. Hurmm…. 😅😅😅
Seram mawaq… I tak dengaq bunyi siren tu..tapi i memang tahu tu bunyi ‘kakak’..sebab dah ada pengalaman.
Untung awak dengaq macam bunyi siren, i dengaq ‘kakak’ tu merintih mendayu2 uuu…. nye ntah berapa harakat…
blh plk nk srh org kene dlu bru tau. mcm ni pnye org pn ade. pd hal dgr bunyi je kot smpi nk ckp mcm tu. poyo lah
baca tak seram sgt, tp klu dgr sendiri dalam kol 4 pagi mmg sgt menyeramkan…
teruskan kongsi pengalaman seram lagi ya…
Klu yg bunyi mcm siren ni selalunya hantu galah. Kt kg dlu, klu time maghrib tu mula la dia nk mai, pnya la kuat dia pnya bunyi, mengalahkan siren bomba😂
Aku dengar bunyi benda tu mcm bunyi kucing mengeow.cuma dia bkn meow.dia mengilai
belum baca cerita, tapi nk comment dulu~
teringat ngan game werewolf xD
poyo penulis ni hahahaha Ok… Takat tu je. Camne? Apa pendapat korang? Seram x? Bagi yang tak rasa apa² tu kena ‘terkena’ dulu baru boleh judge. hahahaha
Ckp pasal bunyi ‘siren’ tetiba teringat masa bermalam kat gold coast morib dulu, dengar bunyi ‘siren’ pukul 2-3 pagi. Lama jugak dlm stengah jam nonstop, tp fikir positif je maybe bunyi angin je sbb dh cuak masa tu. Menahan takut sampai tertidur kikikiki
Gaya penulisan perlu diperkemaskan skit. 😅 Cita dh seram cuma kna perelokkn skit cara penceritaan.