Sorry Angah

#mrmystery
Sorry Angah
Assalammualaikum dan salam sejahtera para pembaca FS. Ni first time aku tulis cerita sendiri kat laman ni. Selama ni, aku cuma jadi peminat setia page ni, tp lama2 terasa jugak nak kongsi kisah seram aku sendiri. Seingat aku, banyyk jugaklah pengalaman seram sepanjang 18 tahun aku membesar. Kebanyakannya, aku lebih kepada seorang saksi je pasal aku jenis jarang kena benda ni.
Ok, so untuk short pengenalan, nama aku Achik (nama timangan), jantina perempuan. Hehe. Buat cerita aku yang pertama, aku rasa lebih selesa nak ceritakan peristiwa yang pernah menimpa kakak kedua aku dalam 3 tahun yang lepas.

Mei 2015, aku, adik bongsu, mak dan ayah ku pergi visit kedua kakakku yang tengah belajar dekat MSU, Shah Alam. Kitorang stay kat hotel dan sebab time tu diorang (Along dan Angah ku) rasanya tengah cuti semester kot, so diorang pun join kami tidur kat hotel. Aku jump terus ke hari semua perkara seram tu start. Kitorang 4 beradik ditemani kawan Alongku, Zack (bukan nama sebenar) nak pegi Icity, to have fun lah kiranya. Parents aku tak ekot.

So, dekat Icity tu, bagi yang pernah pegi, ada satu Haunted House. Aku yang jenis gila horror ni, memang dari dulu nak merasa masuk Haunted House gini. Mula-mula Along tak benarkan tp aku yg degil ni merengek nak pegi. Last2, dia benarkan aku pegi dengan ditemani Angah aku. Yelah, takkan nak bawa adik bongsu aku yang sememangnya lemah semangat. Cun cun, cuma boleh masuk 2 orang. The thing is that, Angah aku ni actually lemah semangat jugak tp taklah seterok Chacha (nama panggilan adik bongsu). Dia ikut jelah masuk House tu walaupun dh kecut sikit rasa nya.

Mula2 jalan dlm House tu, elemen seram nya tak lah extreme sgt, lagipun hantu dia pakai cuma patung2 je. Aku excited la, sengih sengih berjalan dalam rumah tu. Yang takut nya Angah aku lah. Nasib kitorang tak jalan sensorang, ada pakcik dan dua orang cucu dia jalan sekali dengan kitorang. The thing is, aku pun tak tau apa yang seramnya? Bunyi latar yang dipasang dekat speaker ke, kejutan klasik oleh sang patung ke atau tiupan lembut angin air-cond, sebab Angah aku memang takut gila. Kejut sikit je dah jerit. Tangan aku yang sakit digenggam nya erat-erat. Sampai dh keluar House tu pun dia masih pucat. Tapi ni permulaan je. Tunggu eh..

Lepas balik Icity, takdelah ape-ape yang pelik even lepas kitorang (aku, Chacha, mak dan ayah) habis cuti dan balik Kuching, manakala diorang sambung belajar. Sampailah hari Along dan Angah aku balik raya 3 minggu kat Kuching. Haa!! Jeng jeng jeng!! Minggu kedua dekat Kuching, Angah aku dh sakit demam demam. Mulanya ingatkan demam biasa, tp dekat sampai dua minggu tak kebah. Pergi doctor, makan ubat suma tak juga sembuh. Badan pun letih dan berat je Angah aku cakap. Macam nak jalan pun tak larat. Mak aku dah syak, something wrong somewhere. So, dia amek keputusan nak bawak Angah aku berubat cara tradisional dengan nenek cousin aku, Nek Mah (bukan nama sebenar). Nek Mah ni bukan lah bomoh. Ustazah pun bukan. Dia just happen to have ilmu ubat sakit orang, yelah, ubat cara tradisional kan. Menjadi lah cara ubatan dia.

Waktu bawak Angah aku berubat, aku tak ikut skali sebab pegi tuisyen. Yang ekot cuma Along, Chacha dan of course ayah ku. So aku tak tau camne dia ubat, pakai ape. Yang aku tahu, balik balik dari tuisyen, mak aku cakap ada benda lain sebenarnya yang ekot kakak aku pulang. Seriau jugak lh dengar, and, hehe, a bit excited kot? Yelah, orang macam aku ni yang fans benda benda seram belaka, faham-faham lah. Sampai rumah, aku terus meluru mendapatkan Angah aku. Mata dia dah pandang aku semacam. Belum sempat aku tanya, dia sembur aku. “Kau jak tok. Mok gilak pegi Haunted House ariya. (Kau nilah, nak sangat pegi Haunted House aritu)”. Well, dia bukan nak tuduh sepenuhnya, tak juga marah atau berdendam, sekadar merajuk lah kiranya. Aku punya pasal kan. Aku pun rasa bersalah jugak. Mana tak nya, aku yang beriya nak pegi, dia yang kena.

Aku tanya lah, “So, camne dengan hantu ya tek? (So, apa cite hantu tu?).”
“Nek Mah dah buang hantu ya. Nya bagik tok sebagai pendinding.. (Nek Mah dah buang hantu tu dan dia bagi ni sebagai pendinding)” Dia tunjuk paku panjang dalam 3 inci yg dh berkarat sikit. OK, sebelum korang gi label aku dan Angah aku macam2, biar aku jelaskan ek. Aku memang tak percaya benda benda jadi pendinding ni sebab bagi aku, cukup lah Allah s.w.t sebagai pelindung. Yang main paku paku macam ni, dah macam tangkal atau azimat pulak aku tengok. Mulanya, memang aku nak pertikaikan benda tu memang berkesan ke, tapi malas lah. Lagipun mak aku ni dah lama berubat dengan Nek Mah, dan Alhamdullillah, semuanya mujarab tapi yang ni tak tau lah. Maybe dia ada baca something kot, yelah, nak cuba Husnudzon lah kiranya.

Lagi satu, macam yang aku dah cakap sebelum ni, Nek Mah aku bukan nya bomoh atau jauh sekali pawang. Dia takde main bela bela benda karut dan selama aku tengok dia ubat orang pun, dia banyak baca ayat Quran jugak. Pasal ni, hanya Allah yang tahu. Aku Husnudzon je. Berbalik pada citer aku tadi, mak aku suroh Angah simpan paku tu elok-elok. Jangan ditinggal sebarangan dan mesti selalu berada dengan dia. Angah aku tak lah ambik pusing sangat so dia sekadar letak dalam dompet dia.
Alhamdullillah, lepas sehari dua, demam dia kebah dan dia sembuh sepenuhnya. Sebelum Along dan Angah ku fly balik Shah Alam, mak aku pesan, “Along, jaga Angah ya betul-betul. Bila nya dah sekali kenak, senang nya mok kenak kali kedua. Nya dah ada ‘lubang’ ya. (Along, jaga Angah elok-elok. Dia dah kena sekali, besar kemungkinan dia akan kena kali kedua sebab dia dah ‘berbekas’)”.

Along aku mengiyakan aje. Kat Angah mak pesan, jaga solat dan jaga mulut. Jangan celupar main tegur-tegur atau mata jangan curious sangat nak melilau kalau ada rasa semacam. Angah pun angguk je, dan aku pun tak rasa Angah sanggup nak merasa pengalaman tu buat kali kedua. Oh ya, lupa nak cakap. Lepas berubat dan lepas sembuh tu, actually Angah aku ada citer skit kat aku. Dia kata, sebenarnya, time pegi Haunted House hari tu, first dia masuk rumah tu memang dah rasa lain macam. Dia cakap rasa macam ada orang perhatikan. Waktu jalan pun, dia rasa macam ada orang yang ekot and nope bukan pakcik yang aku cakap bawak cucu2 dia sebab pakcik tu jalan depan kitorang.

So kiranya takde orang lain kat belakang kitorang. And sebab Angah aku memang dengar macam ada orang jalan kat belakang, dia pun macam biasa, toleh lah. Pi tengok belakang. Tu yang sampai sekarang aku maseh frust, pasal la dia memandai sangat nak tengok belakang. Dia cakap, curious sangat nak tahu kalau kalau memnag ada orang ekot. Dah sah sah lah takda org. Pasal tu dia kena kot. Macam filem Pierre Andre tu, jangan pandang belakang!

So, sampai sini sajalah cite aku. Kalau ada rezeqi, aku akan share pengalaman lain yang turut terjadi pada keluarga aku. Sorry kalau tak seram sangat, tapi kesian jugaklah dengan Angah aku. Hehe.. Bagi korang pulak, aku nak pesan sikit, kalau ada rasa macam sesuatu tengah perhatikan, kalau tercium apa apa yang pelik, ternampak benda pelik2, atau dengar yang tak sepatutnya, jangan tegur. Jangan takut, jangan lari, itu semua cobaan. Bukan aku nak melawak, tapi memang cobaan. Kira macam uji iman atau keteguhan hati korang lah. Ingat jugak, jangan terlebih takut dengan jin dan syaitan sebab diorang makhluk Allah jugak. Jangan terlebih takut sehingga lupa yang sepatutnya, kita lebih takut dengan Allah. Kepada pembaca yang bukan Islam pulak, korang pun berpegang teguh dengan ajaran dan kepercayaan korang. Ok! Sekian..

.

#mrmystery
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

5 comments

  1. Correction sikit pembaca sekalian, ‘benda’ yang ikut kakak aku pulang tu dia aku simpulkan sebagai hantu raya atau pendamping sebab mak aku cakap, benda tu tertarik kat Angah and nakkan dia macam pendamping lah. And waktu berubat, Nek Mah yang datang rumak kitorang bukannya keluarga aku yang pegi jumpa Nek Mah. Sorry eh, tak berapa ingat. Hehe.. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.