SPECTRE 2 [18PL]

Warning: 18PL (Politik, Agama: “Strong Religious or Political Elements”) – Story may contain elements which include religious, social or political aspects people may find objectionable.

Aku terbaring lemah di satu ruang bunker yang gelap. Aku sudah tidak berdaya. Badan ini bukan lagi milikku. Aku sudah tidak mampu mengawal jasadku sendiri. Semuanya dikerah oleh syaitan bernama Sardi.

Aku memejamkan mata.

”Amanarrasulubima unzilailaihimirrabbihi walmukminuna kulliamanabillahi wamalaikatihi wakutubihi warusulihi laanufarriqubaina ahadin minrusulihi waqaalu samiqna waatoqna ghufraaka rabbana wailaikalmasir.’’

Aku terdengar suara halus berbisik membacakan ayat-ayat suci ditelinga aku. Aku membuka mataku yang berat dan memandang ke arah suara itu.

Dalam samar-samar aku ternampak kilas badan Zamri dan Adam duduk melutut melihat tubuhku yang lemah ini. Zamri meneruskan bacaan. Terasa semangat aku kian kembali meresap ke dalam jasad.

Bebanan yang selama ini aku tanggung kian menghilang. Sakit di kepala kian pulih. Aku semakin mampu mengawal badan aku. Aku bingkas bangun duduk.

Aku: Zamri…. Adam…. korang masih hidup?
Aku bersuara lemah.

Zamri: Shhhh..perlahankan suara kau Juri. Ya kami masih hidup. Tapi malangnya kami tak sempat selamatkan Victor.

Juri: Apa sudah jadi sebenarnya? Aku terdengar kau orang semua menjerit dan aku fikir kau orang sudah mati? Aku pun sudah mati?

Zamri: Ini semua ilmu pukau..ilmu sihir… Sardi nak kau percaya apa yang kau nampak..kau belum mati Ju.. Aku dan Adam pun terselamat. Kami bersembunyi di dalam bunker ini. Victor yang selamatkan kami. Namun sayangnya, dia korbankan dirinya supaya kami dapat melepaskan diri.

Adam: Dah tiga hari kami cuba dekat dengan kau Juri, namun kau di bawah pemerhatian rapi Sardi. Hanya hari ini kami dapat peluang untuk datang dan pulihkan kau.

Aku: Jadinya, anggota-anggota lain belum mati juga? Mayat-mayat tu semua?

Adam: Yang mati tetap ramai. Namun yang menjadi askar hantu suruhan dia adalah anggota yang masih hidup tetapi disihir dan dirasuk oleh syaitan. Sihir dia kuat Juri..Ada entiti yang membantu dia. Dah..jom kita cari jalan keluar dari sini.

“ Waja’alnamimbainiaidihim saddaunwaminqalfihim saddann faaghshainaahum fahumlaayubsirun”
(Surah Yaasin: ayat 9)

Zamri membaca beberapa kali ayat ini dan dihembus perlahan ke muka aku. Dia juga meminta aku untuk membaca ayat itu berulang-ulang kali di dalam hati. Dengan harapan kami tidak dapat dilihat oleh pihak musuh.

Zamri dan Adam memapah aku keluar dari sel kurungan. Aku hanya mampu berjalan terhincut-hincut kerana kaki aku yang terluka. Aku menahan kesejukan akibat tidak berbaju.

Adam berjalan keluar dari ruang sel tahanan ke ruang tengah bunker, untuk mencari baju aku. Tiba-tiba, Adam memberi isyarat kepada kami untuk pergi ke arahnya. Kami mengikut.

Adam: Korang tengok ni.. Apa yang korang nampak????

Adam menunjukkan jarinya tepat ke ruangan tengah bunker. Ruang tengah bunker yang gelap ini diterangi cahaya dari beberapa ‘flare torch’ yang dibakar di tengah-tengah lukisan logo pentagram yang di lukis dilantai.

Ruang bunker yang besar itu diterangi cahaya merah dari nyalaan itu. Sardi dan berpuluh-puluh askar nya berdiri menghadap nyalaan itu tanpa sebarang reaksi. Seperti menunggu seseorang atau mungin sesuatu??

Tiba-tiba, terdengar derapan tapak kaki kuda berjalan perlahan-lahan dari arah kegelapan menuju ke arah nyalaan flare torch itu.

Dedap dedap dedap dedap dedap
Bunyi tapak kaki kuda memecah kesyunian

Kecerahan cahaya merah menyuluh ke arah dua ekor kuda hitam yang besar dan tinggi yang berjalan masuk ke ruangan bunker. Kuda itu masing-masing ditunggang oleh dua susuk manusia berbadan kurus dan tinggi, berjubah hitam dan berpenutup dikepala. Wajah mereka dilindungi oleh bayang-bayang. Entah dari mana munculnya kuda dan makhluk itu. Perasaan aku menjadi cemas.

Zamri meneka, mereka inilah Jin yang menolong Sardi menyihir semua anggota disini. Zamri juga dapat mengagak yang dua ekor jin itu adalah jin kelas atasan. Aura mereka berdua terlalu kuat dan dapat dirasai olehnya.

Sesampainya dua makhluk berkuda tadi ke tengah-tengah logo pentagram itu, Sardi dan kesemua askar-askar hantu, tunduk sujud ke arah mereka tanda pengabdian diri kepada mahkluk itu.

Sardi bangun dari sujudnya dan perlahan-lahan dan dengan penuh sopan, dia berbicara dengan dua mahkluk itu.

Sardi: Ya Tuanku yang mulia. Aku sujud hanya padamu. Hidup dan matiku hanya untukmu. Izinkan hambamu ini bertanya, apakah tujuan Tuanku hadir kesini hari ini?

Makhluk 1: Wahai hamba pesuruhku…. Kau sudah jalankan banyak perintahku dengan jayanya… Namun ada yang kau masih gagal! Belum selesai!

Suara kasar yang dalam itu bergema keseluruh ruangan bunker itu. Sesiapa sahaja yang mendengar, pasti akan merasa gerun.

Makhluk itu mengeluarkan sebilah pedang berapi dari dalam jubahnya dan dihalakan ke arah Sardi. Bahang pedang itu dapat dirasai dari jauh oleh kami.

Sardi: Ya Tuanku, beri aku sedikit masa lagi. Aku belum mampu mengumpulkan bala tentera yang secukupnya untuk menjalankan perintahMu itu.

Makhluk 1: Aku mahu kunci dari rumah api itu dengan cepat! Masa sudah tidak ada banyak lagi! Al-Masih sudah mahu kembali ke dunia kita.

Sardi: Ya Tuanku, bilakah kedatangan Al-Masih itu? Aku masih belum mengerti Ya Tuanku, untuk apa Tuanku perlukan kunci itu?

Makhluk 1: Baginda akan hadir setelah penaklukan kota suci Baitulmaqdis! HAHAHAHA… Kunci itu perlu untuk membuka kamar emas. Kami perlukan simpanan emas negara ini yang banyak itu, bagi mempersiapkan kedatangan penyelamat kami, penyelamat kamu semua, Al-Masih ya Rabb! Dan juga untuk memerangi tentera panji hitam dari timur, dari tanah yang kamu berpijak ini!

Sardi: Baiklah Tuanku.. Akan ku usahakan sebaik mungkin. Tapi dimana kamar yang menyimpan emas itu berada?

Makhluk 1: Di dasar tempat ibadah terbesar kawasan ini. Kamu tahu dimana.

Adam berbisik bertanya sesuatu kepada Zamri.

Adam: Zam, kau tahu kat mana rumah api di Putrajaya ni?
Zamri: Entah, ada ke rumah api kat sini?
Aku: Ada.. Monumen Alaf Baru. Aku rasa simpanan emas tu ada di bawah Masjid Putrajaya. Kita harus sampaikan mesej ini kepada Commander, kepada pemimpin negara, kepada semua!

Dengan tiba-tiba kuda yang ditunggang oleh (Makhluk 1) itu meronta-ronta dan mendengus kasar.

Makhluk berjubah hitam itu memandang kesekeliling, memerhati, dan seperti sudah dapat mengesan kehadiran kami.

Makhluk 1: Araahzaab! Pergi cari mereka!!!!!
Makhluk 2: Aku sudah tahu!!

Seraya berkata begitu, (Makhluk 2) terus menggerakkan kudanya berlegar-legar mengelilingi kawasan bunker untuk mengesan kami. Sardi kelihatan terpinga-pinga kerana tidak dapat melihat dan mengesan kelibat kami. Mungkin Allah melindungi kami waktu itu.

Kami menguatkan bacaan Ayat dari Surah Yaasin itu didalam hati. Zamri menunjukkan isyarat supaya kami tidak membuat sebarang bunyi dan pergerakan.

Zamri membacakan sesuatu secara berbisik. (Makhluk 2) berjalan menghampiri arah kami. Semakin dekat, semakin dekat. Derapan tapak kaki sudah mendekati telinga. Perasaan waktu itu amatlah mencemaskan. Melihat makhluk aneh yang menunggang seekor kuda bermata merah berapi menghampiri kami. Kami tidak mampu untuk bergerak walaupun seinci.

Jantung berdegup kencang, seperti mahu tercabut dari dada. Peluh mula membasahi dahi. Jarak antara kami dengan makhluk itu hanya terpisah beberapa meter sahaja. Makhluk itu berada begitu dekat sehingga kami dapat bau satu haruman yang aneh dan menusuk hidung yang datang dari mahkluk itu.
Wajah makhluk itu jelas kelihatan, mukanya seperti lelaki tua yang berkedut. Kulitnya kusam berwarna kelabu. Hidungnya yang mereput dan matanya yang tajam, hitam kesemuanya. Apa pun makhluk ini, dia pasti hidup begitu lama. Melihat kepada kedutan dan parut-parut dimukanya. Aku berasa gerun.

Ia memerhati sekeliling. Kudanya diberhentikan betul-betul dihadapan kami. Anehnya dia tidak dapat melihat kami. Aku tahu, Allah mendengar doa hambanya yang lemah ini.

Kami tahu, jika ianya menemui kami pada waktu ini, kami akan mati! Senjata yang digalas ini sudah pasti tidak mampu melawan makhluk se-gah ini.

Kudanya mendengus kuat. Bau bangkai yang busuk keluar dari hembusan kuda itu.

Makhluk 1: Araahzaab!! Sudah! Mari kita pulang.. Hambaku Sardi.. Kamu cari dan hapuskan mereka… Mereka sudah mendengar terlalu banyak! Aku pulang dahulu.

Suara kasar itu memecah kesunyian. Makhluk 2 yang bernama Araahzaab itu kembali memusingkan kudanya ke arah Makhluk 1, yang berlagak seperti tuannya.

Mereka kemudian bergerak dengan laju menuju ke arah sebuah dinding yang kosong, dan kemudiannya hilang dalam kegelapan malam.

Perasaan aku waktu itu tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Hanya mampu bersyukur kepada Tuhan. Kami tahu, dengan ilmu kami yang lemah ini, kami tidak mampu berlawan dengan makhluk-makhluk itu. Hanya tuhan tempat kami berlindung.

Sardi: Sial!!!!!! Mana korang semua haaaa!!! Jangan sampai aku jumpa korang!! Mampus aku kerjakan!!!

Sardi menjerit memberi amaran kepada kami. Dia berlari-lari sekeliling bunker bersama-sama askar-askar hantunya, mencari kelibat kami.

Adam memberi arahan untuk kami berundur. Adam dan Zamri membawa aku ke suatu bilik yang terperosok di sebalik sel tahanan. Bilik ini sedikit tersembunyi dan keadaan bilik juga agak bersih. Mungkin Sardi tidak tahu akan kewujudan bilik ini.

Zamri: Juri, kat sinilah kami bersembunyi. Selama tiga hari kami duduk di dalam bilik ini. Di sini ada sedikit bekalan makanan, dan yang pentingnya, kami jumpa sebiji walkie talkie ni. Tapi di dalam terowong ni, signal low sangat. Tak dapat nak hubungi dunia luar.

Adam: Juri.. Nah minum air sedikit. Kau masih lemah. Pakai baju tu dulu.

Adam menghulurkan botol berisi air dan sehelai t-shirt kotor yang dijumpainya kepada aku. Aku bersyukur kerana masih terselamat dari peristiwa hitam itu. Namun aku tahu, kami perlu keluar secepat mungkin dari tempat yang seperti neraka ini sebelum dijumpai oleh Sardi.

Semangat aku kian pulih. Aku mula bertenaga. Aku menggeledah sebuah kotak yang berisi peralatan-peralatan yang terdapat didalam bilik itu. Aku terjumpa dengan segulung aluminium foil.

Aku: Zam, bagi aku walkie talkie tu…

Zam: Kau nak buat apa? Aku dah cuba guna tak dapat signal….

Aku: Bagi kat aku Zam…

Zamri menyerahkannya kepada aku. Aku membalut antenna walkie talkie itu menggunakan aluminium foil. Tujuannya untuk meningkatkan kualiti signal alat itu. Benda ini tidak diajar di pusat latihan. Aku pernah lakukan di wifi router di rumah aku. Dan ianya berkesan. Aku cuba nasib di walkie talkie.

Selesai membalut, aku menekan butang untuk bercakap. Aku cuba meminta bantuan.

Aku: S.O.S…S.O.S… We need Rescue. Anybody there? Kami perlukan bantuan.

Sepi tanpa balasan. Aku cuba tukar channel dua.

Aku: S.O.S…S.O.S.. We need rescue. Ada sesiapa disana. Minta tolong selamatkan kami..

Sekali lagi aku hampa.. Tanpa jawapan. Adam dan Zamri hanya melihat usaha aku dengan pandangan yang kosong. Mereka tidak mengharapkan apa-apa,

Tiba-tiba. Walkie talkie berbunyi.

“Roger.. Whos there? Siapa sana? Krrrr krrrr krrrrr”

Kami dengar suara itu dari talkie. Perasaan menjadi sedikit gembira da teruja. Akhirnya, kami berjaya hubungi dunia luar. Namun signal nya terlalu lemah. Aku mencuba lagi.

Aku: Kami dari PASKAL…PASKAL.. Unit C217.. Misi xxxxx. Mohon bantuan..mohon bantuan.. Siapa di sana? Siapa di sana? Roger..

Keadaan sunyi sebentar tanpa sebarang jawapan.

Walkie talkie sekali lagi berbunyi setelah beberapa minit.

“ Mesej diterima..krrrrr.krrrrr..hang on..krrrr krrrr… this krrr krrrr.. PASKAU…from KLIA…krrr..krrrr.. try morse…try morse…krrr krrrrr krr”

Mesej yang sama kami terima dua kali dari walkie talkie. Perasaan gembira kerana dapat menghubungi seseorang. Bertambah gembira apabila anggota PASKAU dari KLIA yang terima panggilan kami. Kami tahu bantuan akan sampai tak lama lagi. Adam dan Zamri tersenyum gembira.

Zamri: Ya Allah.. kau dengar doaku ini. Syukur Ya Allah… Selamatkanlah kami.

Adam: Tapi Ju, dia suruh kita guna morse code? Mungkin sebab signal terlalu lemah untuk suara sampai kesini? Tapi macam mana nak guna?

Aku: Aku tahu, kita tekan butang untuk bercakap ni. Dia akan keluar bunyi ‘krrr’. Bunyi itu akan kita jadikan sebagai morse code kita. Kita cuba.

Aku mendapat idea untuk menjadikan bunyi ‘krrr’ dari walkie aklkie itu sebagai Morse code untuk aku berhubung dengan bilik kawalan pasukan PASKAU di KLIA itu.

S.O.S…W.E…A.R.E…P.A.S.K.A.L…U.N.I.T…C.2.1.7…N.E.E.D…R.E.S.C.U.E

Aku menghantar mesej melalui Morse code kepada mereka.

R.O.G.E.R…W.E…W.I.L.L…C.O.N.T.A.C.T…Y.O.U.R…B.A.S.E..

Mesej dibalas. Adam mencatat di sehelai kertas dan mentafsir jawapan mereka.

P.L.E.A.S.E…H.E.L.P…A.S.A.P…

Sekali lagi aku meminta bantuan. Jawapan agak lambat diterima.

W.E…H.A.V.E…C.O.N.T.A.C.T…Y.O.U.R…B.A.S.E
B.A.C.K.U.P….O.T.W…
A.L.L…R.O.U.T.E…B.L.O.C.K.E.D…
F.I.N.D…S.T.A.I.R…3.2…E.S.C.A.P.E…

Muka Adam berkerut setelah mentafsir kod yang dihantar pasukan PASKAU.

Adam: Tangga 32?? Kau perasan tak tangga ni Ju? Kat mana nak cari?
Aku: Aku rasa aku tahu. Dekat laluan LRT sebelum ni ada beberapa tangga yang dilabel dengan nombor. Tangga-tangga ni menuju ke siling terowong.

Zamri: Jadi maknanya kita kena go back to LRT? Berhadapan dengan Sardi dan bala tenteranya?

Aku: Itu satu-satunya jalan kita Zam. Kita tak ada pilihan lain.

Adam: Aku rela mati mencuba, dari mati dalam ni Zam. Jom kita buat persediaan.

Adam menyerahkan selaras senapang M16 yang dikutipnya dari dalam bunker ini kepada aku. Beserta dengan satu beg galas yang penuh berisi peluru dan magazine.

Masing-masing membuat persediaan dan memeriksa senjata.

Aku tengok muka Adam. Adam mengangguk kepada aku. Begitu juga Zamri. Kami bertiga sudah bersedia untuk berlawan. Mati bukan lagi menjadi penghalang buat kami. Misi kami hanyalah untuk menyampaikan informasi yang kami terima tadi dan menyelamatkan diri. Putrajaya akan diserang!

Aku mengetuai skuad kecil aku kali ini. Mereka memberi kepercayaan penuh kepada aku.

Perlahan-lahan kami berjalan keluar dari bilik itu menuju ruang tengah bunker itu. Kelihatan ramai askar-askar hantu hanya berdiri tegak memerhatikan sekeliling. Sardi tidak kelihatan.

Kami berjalan menghampiri pintu belakang yang ditunjukkan Sardi kepada kami sebelum ini. Adam membuka pintu itu. Dan kami keluar berjalan dengan penuh berhati-hati melalui jalan belakang yang kecil itu.

Setelah beberapa minit berjalan, kami terdengar erangan seorang lelaki di hadapan kami.

“Aughhhh..arghhhhh…arghhhh…”

Kami terlihat seorang lelaki terbaring dan meronta-ronta kesakitan di lantai. Berpakaian baju taktikal hitam seperti kami. Senjata kami dihala ke arah lelaki itu.
Mungkin anggota kami yang tercedera.Kami harus selamatkannya.

Aku berjalan ke arah lelaki itu perlahan-lahan. Aku rasa cemas. Senjata dihalakan tepat ke arah kepalanya. Menanti sebarang kemungkinan.

Aku: Siapa kau? Anggota? Kalau bukan, aku tembak! Ini amaran!

Lelaki itu masih merengkotkan badannya. Wajahnya tidak kelihatan.

Lelaki: Aku anggota..aku anggota..turunkan senjata..selamatkan aku.aku sakit…

Aku: Tunjukkan muka kamu. Sekarang! Kalau tidak aku tembak! Now!

Adam dan Zamri juga bersedia untuk sebarang kebarangkalian. Mereka berkawal di belakang aku.

Lelaki: Aughhh…aku sakit..aku….aku sakit!!!!!! Hhaahhahahahahahah!!!

Lelaki itu mengangkat kepalanya, mukanya basah berdarah..matanya merah menyala. Sah, dia adalah askar si Sardi.

Aku: Zam, Adam, jangan tembak. Ini umpan! Kalau kita tembak, ramai lagi geng dia akan datang.

Lelaki: Jadi kamu sudah tahu aku ni umpan? Heee heeee.. Hiyahhh!!

Lelaki tadi bangun dan menerkam aku. Aku menepisnya lalu kepalanya terhantuk di dinding. Aku menghentak kepalanya sekali lagi dengan belakang senapang M16 aku.

Lelaki itu jadi lagi marah. Dengan keadaan kakinya yang patah sebelah, dia berjalan tercapik-capik menuju ke arah aku. Aku mengeluarkan pisau bayonet dari dalam poket dan menikam dadanya berkali-kali. Namun aku pelik, tiada setitis darah pun keluar dari badannya.

Namun lelaki tadi tetap tidak mati walhal tikaman aku tepat kena dijantungnya. Dia terduduk dan hanya tersengih kemudian ketawa mengilai.

HAHAHAHAHHAHHAHAHA

Dia sekali lagi bangun dan cuba untuk mengigit leherku. Aku menahannya dengan tangan yang kosong engan penuh payah. Senapang aku terjatuh ke lantai. Tiba-tiba…

PAMM!!..PAMM!!…PAM.!!.

Adam melepaskan tiga das tembakan tepat mengenai kepala lelaki itu. Dia jatuh dan terdiam. Mati? Aku tidak pasti.

Aku: Adam! What the f***. Kau akan tarik lagi ramai hantu-hantu ni datang kesini!

Adam: Sorry Juri. Aku buat untuk kau. Kau nak mati ke lawan dengan tangan kosong?

Zamri: Rilek..rilek..jom kita blah sekarang. Aku pasti hantu-hantu tu semua dalam perjalanan ke sini. Blah sekarang!

Kami mula berlari-lari kecil menuju kehadapan. Kedengaran derapan-derapan tapak kaki mengekori kami jauh dari belakang.

Aku: Damn! They are all coming our way!! Shoot!! Shoot!!..

Kami menembak-nembak ke arah belakang. Namun gerombolan askar-askar tadi tetap laju mengekori kami dari belakang..

Adam: Run!! Zamri! Juri!! Larii!!!..

Kami terus berlari. Walaupun penat, kami harus selamatkan diri. Tubuh sudah kehilangan semua tenaga. Hanya rembesan adrenaline menjadi bekal untuk situasi ‘flight or fight’ yang kami sedang alami ini. Kaki aku masih sakit akibat tercedera, namun aku tetap lari sekuat hati menuju kehadapan.

Aku: Zam!! Adam! Take your grenade. On 3. Throw at back!! Ready?? 3..2..1.. Fire in the hole!!

Kami melemparkan bom tangan serentak ke arah belakang.

BOOOM..BOOOM..BOOMM..

Bunyi bom meletup membingitkan telinga. Telinga menjadi berdesing. Aku sempat toleh kebelakang. Siling ruang itu runtuh dan menutup laluan. Hantu-hantu yang mengejar kami tadi tersekat di sebalik runtuhan itu. Mereka menjerit-jerit seperti marah. Kami meneruskan larian.

Tiba di sebuah pintu yang ditulis ‘Emergency Exit’, kami mengambil keputusan untuk keluar dari situ.

Adam membuka pintu perlahan-lahan. Dari pintu itu kami dapat lihat ruang terowong utama. LRT juga sudah kelihatan tidak jauh dari lokasi kami.

Kami berlari menuju ke arah gerabak LRT. Tiada kelibat askar hantu kelihatan. Aku perlahan-lahan membuka pintu gerabak LRT. Aku menyuluh ke dalam gerabak yang gelap itu untuk memastikan tiada sesiapa di dalam. Senapang dihalakan ke hadapan. Aku masuk kedalam. Diikuti oleh Adam dan Zamri.

Tiba-tiba, out of nowhere, didalam kegelapan malam itu, muncul satu kelibat seorang lelaki. Berdiri senyap di tengah-tengah gerabak. Seakan-akan menunggu kehadiran kami. Dari bentuk tubuh yang tegap itu, aku tahu itu adalah Sardi!

Aku: Syaitan! Kau memang syaitan Sardi!!! Kau mensyirikkan Allah!

Sardi: Hahahahha… aku tidak bertuhankan dia lagi. Aku ada tuhan lain! hahahahah!

Zamri: Kau bodoh! Kau menyekutukan Allah! Terimalah balasan neraka Sardi!!

Sardi: Aku memang mahu ke sana…tapi sebelum aku kesana..aku nak jadikan tempat ini sebagai neraka kamu semua! Mampos lah kalian!!!hahahahaha.

PAMMMM!! PAMMMM!! PAMMM!!! PAM!!! PAM!!! PAM!!!

Tembakan padu dilepaskan ke arah Sardi bertubi-tubi oleh kami bertiga. Namun hampa, tiada satu peluru pun menembusi bandannya. Bahkan tiada sedikit calar pun.
Dia hanya berdiri tersenyum lebar melihat kami semua. Matanya merah dan buntang. Seperti hantu raya.

Sardi: Kamu semua ingat kamu boleh bunuh aku ya??? Malaikat maut pun takut dengan aku! Hahahah! Aku dalam lindungan Tuanku dan Tuhanku Al-Masih Dajjal! Hahahahahahahh!

Zamri: Adam, Juri, jangan terpengaruh dengan dia. Ini semua ilmu sihir. Ilmu kebal. Tak apa serahkan kepada aku. Akan aku usahakan.

Zamri meletakkan senapangnya ke bawah. Memandangkan senjata api tidak mampu membunuh Sardi, dia harus gunakan ilmu persilatannya untuk mengalahlkan syaitan ini.
Zamri memulakan dengan menadahkan tangannya dan berdoa meminta pertolongan Allah mengalahkan musuhNya.

Mulut Zamri terkumat-kamit membacakan sesuatu. Dia membuka langkah silatnya. Memasang kuda-kuda.

Sardi kelihatan berang. Dia jadi marah. Mungkin terasa panas akibat serangan halus dari Zamri.

Sardi mendengus kuat. Matanya berapi. Hidungnya keluar kepulan-kepulan asap. Dia mungkin dirasuki oleh jin yang memberinya kekuatan luar biasa.

Sardi melayang dan melompat jauh ke arah Zamri. Dia cuba untuk mencekik Zamri.

Zamri menepis tangan Sardi dan dia jatuh tergolek di lantai LRT.
Zamri meneruskan lenggok tarian silatnya. Kaki diangkat, sebelah ke atas. Mata memandang tepat ke arah Sardi. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat-ayat suci.

Sardi bangun sekali lagi. Dia menghayunkan kakinya ke kepala Zamri. Zamri elak, dan membentes sebelah lagi kaki Sardi. Dia jatuh ke lantai. Zamri kemudian menepuk belakang Sardi dengan tapak tangannya dan berganjak menjauhi Sardi.

Sardi terbatuk mengeluarkan darah. Tepukan Zamri memeritkan badannya. Badannya terasa seperti dimasuki bisa-bisa dan racun. Sardi menjerit kemarahan.

Zamri: Adam, Juri, jangan tengok sahaja! Pergi ke arah cocpit LRT. Hidupkan dan pandu! Cari tangga 32! Biar aku uruskan syaitan ni!. Pergi!

Aku dan Adam bergegas menuju ke ruang cockpit melalui pintu belakang. Kami membiarkan Zamri untuk berlawan dengan Sardi. Adam menghidupkan enjin LRT itu dan meneruskan perjalanan. Aku melihat Zamri berlawan dengan Sardi melalui cermin cockpit pemandu.

Setiap serangan Sardi, Zamri akan tangkis da tepis dengan tenang. Sehinggalah sampai satu tahap, Sardi di hentak ke kerusi tempat duduk sampai tercabut kerusi dari lantai.

Keadaan Sardi nampak lemah. Zamri meneruskan bacaan-bacaannya dan meniup dan menempik ke arah Sardi. Sardi jadi lebih marah. Dia membaca satu mantera.

Ya Alshar, ‘aetani alsultatu. ‘aetani qutuk! jaealani ‘ant khadim Ya Maysh! taeziz jasdiin mithil laikk! ruwhi hu faqat balnabait alaik!!!

Sardi mendepakan tangannya, seraya membaca jampinya itu, satu cahaya api menyambar badannya. Dia mula berubah bentuk dan rupa. Kepalanya ditumbuhi dua tanduk. Badannya menjadi besar dan berbulu. Kulitnya menjadi kemerah-merahan. Kakinya menjadi seperti kaki kambing. Taring mula terjengih dari mulut. Kukunya menjadi panjang.

Aku beristifar panjang melihat perkara aneh ini terjadi di depan mata. Aku risaukan Zamri. Mampu kah dia berhadapan dengan makhluk dari neraka ini?

Zamri duduk bersila. Dia menadahkan tangan untuk berdoa. Sardi yang seperti Jin itu meluru ke arah Zamri untuk menyerangnya.

Sardi: Rasakan ini wahai manusia yang lemah!!!

Sardi menghayunkan tangannya yang besar berbulu itu ke arah Zamri. Zamri tenang mengelak. Zamri menendang belakang badan Sardi. Namun tiada apa-apa terjadi.

Sardi hanya tertawa besar terbahak-bahak..

Sardi: Hahahahaha. Kau ingat aku lemah macam manusia tadi? Aku datang dari jauh hanya untuk berdepan denganmu wahai manusia. Badan ini sudah aku kuasai!! Rasailah mautmu harini wahai manusia lemah!!! HAHAHAHAHAHA!!!!

Zamri: Aku tak gentar dengan makhluk seperti kau wahai syaitan! Aku manusia! Khalifah di muka bumi. Aku hanya takut Allah. Bersedialah untuk mati!

Usai berkata demikian, Zamri menghayunkan tangannya seolah-olah dia memegang pedang ghaib ke arah Sardi.

Tangan makhluk itu terputus sebelah kiri. Dia meraung kasar.

“ Wuarrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!! Kau memang BANGSAT!!!

Makhluk yang merasuk Sardi itu melompat ke arah Zamri. Dia mencakar dada Zamri menggunakan kukunya yang tajam seperti mata pisau itu. Zamri terjatuh. Dadanya luka besar. Darah memancut keluar dari dadanya.

Aku: Zamrii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku membuka pintu cockpit bersedia untuk menyelamatkan Zamri. Tetapi Zamri mengangkat tangannya ke arah aku. Dia melarang aku untuk masuk campur.

Zamri duduk bersila kembali seakan-akan sedang bertapa. Dia terkumat-kamit membacakan sesuatu. Aku nampak ada gelembung-gelembung bercahaya seperti buih terbentuk mengelilingi tubuh badan Zamri.

Sardi cuba untuk memukul Zamri lagi. Tapi sebaik sahaja tubuhnya menyentuh gelembung itu, dia akan terpelanting ke belakang. Sardi mengembuskan api yang keluar dari mulutnya ke arah Zamri. Cerah seluruh gerabak LRT itu dari sinaran api makhluk hodoh itu. Perlahan-lahan gelembung cahaya yang mengelilingi Zamri itu kelihatan mengecil.

Zamri memejamkan matanya sambil meneruskan bacaan dalam keadaan bersila.
Tiba-tiba, datang satu cahaya dari luar gerabak, laju menusup masuk ke dalam LRT dan menghampiri Sardi dari belakang. Susuk cahaya itu seperti seorang lelaki muda, bebadan sasa, berjubah putih dan berserban hijau.

Lelaki yang bercahaya itu menarik kepala makhluk hodoh itu. Dan melemparkannya keluar melalui cermin belakang gerabak LRT itu. Pecah berkecai kaca berselerak di dalam tren.

Lelaki bercahaya itu kemudian melompat keluar dari tren dan aku nampak dia menikam-nikam makhluk itu menggunakan sebilah pedang panjang.

Tren LRT yang dipandu Adam jauh berlalu meninggalkan kelibat Sardi dan lelaki bercahaya itu.

Aku bertambah bingung, siapakah lelaki itu? Kenapa dia menolong kami?

Tiba-tiba Zamri jatuh terbaring di lantai. Aku berlari mendapatkan Zamri.

Aku: Zam, kau dah teruk ni. Banyak pendarahan!! Zam kau okay tak ni??? Ya Allah…

Aku menanggalkan t-shirt yang aku pakai dan membalut luka didada Zamri yang dalam akibat dicakar oleh makhluk yang merasuk Sardi itu. Zamri kelihatan lemah. Mukanya pucat. Dia bernafas tercungap-cungap.

Aku mengheret Zamri masuk ke ruang cockpit. Adam terkejut melihat keadaan Zamri.

Aku: Zamri, bertahan sekejap.. kita cari tangga 32. Kau kena kuat Zam..

Adam: We will go through this together. Kau jangan tinggal kami Zam. Sikit lagi ni, Aku dah jumpa tangga 42, 41, 40. Depan lagi pasti jumpa tangga 32!

Zamri: I think I could not make it. Aku hilang banyak darah Ju, Dam.. Korang selamatkan diri korang dulu…

Zamri terbatuk-batuk.
Dia bernafas kencang. Aku menitiskan air mata melihat keadaan Zamri waktu itu
Tiba-tiba Adam bersuara.

Adam: Juri! Askar-askar hantu kat depan! Diorang kat depan kita!

Aku tengok ke cermin hadapan. Dari cahaya lampu tren LRT, dapat dilihat askar-askar hantu bersusun-susun berada di atas trek. Ada berpuluh-puluh, mungkin mencecah ratusan dari mereka. Masing-masing dengan muka yang bengis. Hanya berada kira-kira dua ratus meter di hadapan kami.

Aku: Langgar Adam!! Langgar! Jangan peduli!

Adam memecut tren dengan laju dan melanggar askar-askar hantu itu semua. Kami fikirkan mereka akan mati digilis tren. Namun sangkaan kami meleset. Mereka tidak mati!

Bahkan mereka melekat di dinding tren. Dan memanjat ke atas bumbung. Mereka juga memecahkan cermin tren. Dan berduyun-duyun masuk ke dalam ruangan penumpang di dalam tren. Aku mengambil senapangku dan menembak ke arah mereka. Tapi macam biasa tiada kesan buat mereka.

Zamri: Juri.. angkat aku.. tolong angkat aku.. aku nak lawan dengan diorang.

Aku: Kau nak lawan? Dengan keadaan kau macam ni Zam???

Zamri: Percayalah cakap aku.. Yakin dengan aku. Tolong aku Juri, bangunkan aku.

Aku membangunkan Zamri dari kedudukan dia yang sedang duduk. Zamri berdoa dan membaca-baca sesuatu.

Tiba-tiba, sekali lagi aku terlihat cahaya putih itu terbang melayang manghampiri kami. Lelaki bercahaya itu hanya tersenyum memandang aku. Zamri melihat ke arah lelaki itu dan dia menganggukkan kepalanya.

Lelaki bercahaya itu meresap masuk ke dalam tubuh Zamri.

Zamri: Saudara Juri, selamatkanlah dirimu. Biar hamba dan Zamri menguruskan syaitan-syaitan ini semua. Sesudah selamat, sampaikanlah pesan kepada orang tua Zamri yang dia tak akan lagi dapat berjumpa dengan mereka. Pergilah saudara Juri. Tinggalkan tempat ini.

Aku: Baikk..baik Zamri..aku ingat pesan kau ini.

Sedih mendengar pesanan lelaki bercahaya itu kepada aku. Aku tahu Zamri akan mengorbankan nyawanya demi keselamatan aku dan Adam. Dia akan dibantu oleh lelaki bercahaya itu. Aku tiada pilihan lain. Syaitan-syaitan ini bukannya lawanku lagi.

Aku berlari ke cockpit untuk mendapatkan Adam. Aku menerangkan segalanya kepada Adam. Adam memberhentikan LRT. Kami bergerak keluar dari LRT.

Aku menoleh ke belakang. Aku nampak Zamri ligat melibaskan pedang ke arah askar-askar hantu itu. Aku juga nampak yang sebenarnya, lelaki bercahaya itu yang mengawal badan Zamri. Berselerak bangkai-bangkai askar-askar hantu itu di cincang oleh pedang mereka. Segala-galanya terlihat seperti ‘slow motion’ di mata aku.

Air mata jatuh ke pipi… Besar pengorbananmu wahai sahabatku, Zamri…Semoga Allah merahmatimu..

Aku dan Adam berlari sehingga kami bertemu dengan Tangga 32. Kami memanjat tangga tersebut menuju ke ruangan atas siling terowong.

Di atas tangga itu terdapat satu pintu. Kami membuka pintu besi yang tebal seperti pintu kapal selam itu. Dan kami masuk ke satu ruangan kecil di dalamnya.

Di depan ruangan itu. Ada satu lagi pintu kebal yang sama. Di pintu itu terdapat satu cermin kaca. Di ruangan kaca itu, kami terlihat cahaya dari lampu suluh.

Aku mendekatkan mata di cermin itu. Aku terlihat kelibat muka seorang diver. Berpakaian lengkap seperti anggota PASKAL, lengkap dengan unit SCUBA digalas dibelakang badannya. Sah kami sekarang berada di dalam air!

Aku menjadi sedikit lega. Anggota PASKAL itu memberi isyarat menyuruh aku dan Adam untuk menahan nafas, dia hendak membuka pintu itu dari luar. Sudah pastinya ruangan kecil itu akan dipenuhi dengan air.

Aku dan Adam menahan nafas. Pintu dibuka. Air melimpah masuk memenuhi ruangan itu. Dua orang anggot PASKAL datang berenang ke arah kami sambil membawa unit SCUBA dan dipakaikan kepada kami.

Kami dapat bernafas. Kami dibawa keluar dari ruang itu. Dan dibawa menaiki kapal selam kecil yang diberi nama STIDD Diver Propulsion Vehicle. Kenderaan yang aku pernah guna ketika latihan dahulu.

Dalam fikiran aku, aku akan dikeluarkan dari mana-mana sungai atau laut. Tapi aku salah. Sesampainya aku di permukaan air. Aku terkejut. Aku dihidangkan dengan pemandangan malam di Putrajaya. Aku keluar dari sebuah tasik di Putrajaya. Aku dapat lihat dengan jelas Masjid Putrajaya dihadapanku. Rupanya aku sudah tidak jauh dari bangunan X, tempat yang membawa aku ke terowong itu.

Aku pandang Adam yang membonceng di sebuah STIDD yang lain. Aku menunjukkan isyarat ‘thumbs’ up’ kepadanya. Lega.

Kami kemudian dibawa menaiki sebuah Toyota Alphard Hitam dan dibawa terus ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan. Ramai anggota PASKAL yang hadir untuk mengawal keselamatan kami.

Alhamdulillah. Aku terselamat. Aku sangat bersyukur dengan bantuan dari Tuhan. Namun aku sedih, aku jadi teramat sedih kerana aku tidak mampu menyelamatkan rakan se-misi aku, Zamri dan Victor dan juga anggota-anggota lain yang terperangkap dan menjadi mangsa di dalam terowong itu. Zamri dan Victor menggadai nyawa mereka demi kami dan demi negara tercinta. Begitulah pengorbanan anggota-anggota beruniform seperti kami.

Aku menceritakan segala-galanya yang berlaku kepada Commander kami. Commander kami pula menyampaikan kepada Admiral Tentera Laut dan seterusnya tersebar hingga ke pihak kerajaan.

Pihak kerajaan mengarahkan terowong itu untuk di ‘flood’ kan dengan air. Dan semua access untuk ke terowong itu ditutup atau diletupkan. Maka terkuburlah segala isi dan rahsia misteri terowong itu hingga kini.

Aku dan Adam kini dilantik mengetuai Special Task Force bagi menjaga aset-aset penting di Putrajaya. Namun peristiwa yang kami lalui tidak akan dapat kami lupakan.

Siapakah dua mahkluk berkuda itu??

Aku tidak tahu…

Namun, akan aku carimu sampai dapat selagi nyawa aku tidak dicabut malaikat maut!

FIN


Diclaimer:Cerita di atas adalah fiksyen/rekaan semata-mata dan di adaptasi dari sebuah ‘Urban Legend’. Penulis tiada niat untuk memesongkan akidah pembaca atau menyebarkan ajaran-ajaran yang salah. Jika ada sebarang kemusykilan, sila rujuk kepada ahli agama dan Ulama. Sebarang perkongsian di luar Fiksyen Shasha adalah bukan atas tanggungjawab penulis.

Cerita lain tulisan Juri:
1. Syaitan Camellia
2. Syaitan Camellia Part 2
3. Collateral [18SG]
4. Spectre [P13]
5. Spectre 2 [18PL]
6. ?

Sambungan ini dibuat atas dasar ramai yang komen ending sebelum ni hampeh.haha
Kalau hampeh juga yang aku dapat, aku sambung lagi.

Terima kasih admin. Terima kasih kepada yang menyokong. Maaf jika ada typo atau ayat-ayat yang memeningkan kepala anda.

Ikhlas,

Juri (Ghost)

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

JURIFS 2

i am me. i am you

rate (4.95 / 19)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

34 Comments on "SPECTRE 2 [18PL]"

avatar
Elle
rate :
     

Best…stiap cite juri..mesti best

CikSyer
rate :
     

Ni kalo buat buku kompem aku beli…
👍👍👍

IkanMasin

Tolong la letak jiby dgn kak mah dlm terowong tu…please

CikSyer

Hahahahaa lawak la ko ni…

Nasa
rate :
     

WEh cepatnya ending… tetibe jee lom puas baca. Sambung lagi weh!

Nurhan
rate :
     

Besttt

Timah Man

Bukukan la..best ni..syg kalo idea hebat cmni x dikembangkan..

Mawar
rate :
     

Naiss jurii. Nais. Bakat anda makin terserlah. Waiting ur stori ke-6.

Kampung bunian fans
rate :
     

berdebar tiara baca cerita juri ni

sha
rate :
     

Out of box, awesome!

wpDiscuz