Assalam warga FS. Sebelum aku mulakan cerita ni, aku nak menjawab beberapa persoalan daripada cerita aku yang lepas-lepas just in case ada cerita aku yang tak dapat dipublish. Yang mana dah baca, skip je terus ke cerita main untuk episod kali ni. Dalam kisah Kembar Ketiga, aku dah confirmkan dengan Ani yang dia memang takde kat rumah sewaktu kejadian tu berlaku even sebelum aku menulis kisah tu. Jadi yang kembar ketiga tu memang bukan Ani ataupun Ana. Berkenaan dengan hal bagitau Ani pasal kejadian sebenar, yang tu aku tak buat sampai sekarang. Sebab aku ni jenis percaya yang some things are better left alone. Lebih baik tak tau daripada tau dan takut sorang-sorang. Satu lagi, untuk yang tanya Meru area mana? Tu pun aku tak boleh bagitau. Sebab aku still tinggal lagi kat situ.
Okay, untuk cerita Bank Usang dan Duit Lama pulak, currency tu aku tak sure pulak. Itu yang Amin katalah, duit lama. Bukan macam yang kita guna sekarang. Untuk readers yang nak tau pasal Amin pulak, alhamdulillah, time aku menulis kisah ni, dia dalam proses nak meminang si Aisha. Petang tu dia sampai rumah Aisha, takde kejadian pelik pun berlaku. Mungkin saja nak duga dia time tu je kot. Oh ye, duit tu tak luak pun dari bank. Bila dia check, still ade lagi. Okay, tutup buku lama. Bukak cerita baru.
***
Thanks admin sudi uploadkan kisah ni. Weekend lepas, aku melepak dengan member aku, seorang cikgu sekolah rendah. Aku panggil dia Cikgu Atan. Nak jumpa dia ni susah sangat. Sebab dia kerja kat sekolah kawasan pedalaman. So, bila dapat jumpa dia, punyalah lama kita orang berborak. Dalam berborak tu, ada satu kisah menakutkan yang dia ceritakan kat aku. Berkenaan dengan salah seorang murid kat sekolah dia, Pian. Okay, selamat membaca pengalaman Cikgu Atan.
Kisah Cikgu Atan
Hari pertama aku kat sekolah tu, aku ada kelas Bahasa Inggeris dengan Kelas 3A. Mula-mula melangkah masuk, aku disambut agak ceria. Almaklumlah budak sekolah rendah. Bersemangat je semua. Aku mulakan kelas dengan ice breaking. Untuk aku kenal sikit-sikit dengan murid-murid aku. Aku tandakan nama mereka setiap kali mereka perkenalkan diri. Sampailah dekat seorang murid ni. Budak lelaki. Bila dia berdiri lepas turn kawan dia, dia tak perkenalkan diri. Sebaliknya dia tanya aku satu soalan.
“Cikgu suka makan apa?”
Aku pun tanpa berfikir panjang terus menjawab kek coklat. Sebab aku tahu itu makanan kegemaran budak-budak. Dan ternyata betul. Ramai murid dalam kelas itu memberi response positif. Suasana jadi riuh sedikit dengan pendapat masing-masing tentang kek coklat. Tapi aku perasan sesuatu yang pelik. Murid yang bertanya tadi, langsung tak senyum ataupun memberi ekpresi macam kawan-kawan dia yang lain. Dia cuma pandang aku tanpa sebarang perasaan. Lepas tu dia perkenalkan diri macam murid-murid lain. Nama dia Pian.
Setelah selesai sesi berkenalan, aku mulakan kelas seperti yang dah aku rancangkan. Alhamdulillah, semua murid di situ agak responsive dan senang untuk diuruskan. Cuma yang aku nampak jarang take part dalam aktiviti kelas yang aku rencanakan adalah Pian. Dia hanya akan join kalau aku sebut nama dia directly. Okay, cukuplah hari pertama. Keesokannya harinya, aku sampai ke bilik guru sedikit lencun sebab hujan. Aku segera menuju ke meja aku untuk check jadual hari ni. Aku terkejut sikit. Kat atas meja aku, ada sepotong kek coklat yang dibungkus kemas, home-made style. Ada nota kecik terselit kat situ.
‘Cikgu suka kek coklat kan? Mak saya masak semalam. Ambiklah – Pian.’
Aku terharu sedikit. Maklumlah, cikgu baru kat sekolah yang jauh dari negeri kelahiran sendiri. Terasa dihargai. Tapi disebabkan dah lambat aku tak menjamah langsung kek tu. Aku pergi kelas macam biasa. Terlupa langsung pasal kek tu. Bila dah tamat waktu sekolah, aku pun kemas-kemas nak balik. Aku baru perasan kek tu kat bawah timbunan kertas. Aku masukkan dalam beg bawa balik. Hajat di hati nak letakkan dalam peti ais. Biar sejuk sikit baru makan. Dah sampai rumah, aku terus bersihkan diri. Setel mandi, aku pergi dapur. Ingat nak rasa sikit kek tu. Tapi haram. Housemate aku, Cikgu Lan tengah bersuka ria menyudu kek coklat aku. Dah licin. Aku nak marah sangat pun tak boleh. Cikgu Lan ni lagi lama dari aku. Tak elok pulak aku yang baru ni me’laser’kan dia. Next time, tak boleh simpan dalam peti ais ni.
Lepas maghrib, aku terus bukak berita. Nak jugaklah tau perkembangan semasa. Tengah duk ralit menengok tv, tiba-tiba aku dengar suara orang menjerit. Macam suara Cikgu Lan. Aku pantas berlari menuju ke bilik Cikgu Lan. Rumah kami ni rumah kampung biasa je. Kayu- kayu macam tu. Pintu bilik Cikgu Lan tertutup. Aku cuba pulas tombol pintu. Tak boleh. Macam terkunci dari dalam. Aku pun ketuk-ketuk, minta Cikgu Lan bukak pintu. Tapi tak berhasil. Dia tetap meraung macam dalam kesakitan yang amat. Aku dah nekad nak pecahkan pintu bila tiba-tiba pintu terbuka. Cikgu Lan tengah terbaring atas lantai sambil tangan dia duk pegang kerongkong dia.
“Lan, kau kenapa ni?” tanyaku agak panik.
“Sakit… Sakit…,” katanya sambil tangan tak lepas kerongkong. Aku tengok kerongkong dah kemerah-merahan sikit. Tak fikir panjang, aku terus bangun dan papah dia keluar dari rumah. Nak pergi rumah ketua kampung. Mungkin dia tau apa yang patut dibuat. Nak cari klinik, dah malam. Aku bukan familiar sangat dengan area sini. Aku dudukkan dia kat tangga rumah sementara aku pergi start motor.
‘Buwekk,’ muntah Cikgu Lan. Aku semakin panik. Lepas start motor, aku pantas pergi ke Cikgu Lan untuk papah dia. ‘Buwekk’, sekali lagi Cikgu Lan muntah. Kali ni macam ada ketul-ketul darah. Aku tak sure sebab dah malam. Aku tepuk-tepuk belakang dia sebelum pimpin dia ke arah motor. Berdua kami meredah kawasan kampung yang gelap gelita sambil ditemani lampu-lampu jalan yang hidup segan mati tak mau.
Terkejut tok ketua bila tengok aku dengan Cikgu Lan kat muka pintu. Aku pun membebel-bebel cerita apa yang jadi sementara kami sama-sama bawa Cikgu Lan masuk ke dalam rumah. Tok ketua arahkan isteri dia, Mak Jah, supaya call beberapa nama. Mungkin orang-orang kampung yang lain kot. Bila Mak Jah dah masuk ke dalam, tok ketua duduk menggeleng kat sebelah Cikgu Lan yang sedang berbaring. Tak meraung lagi dah tapi tangan masih memegang kerongkong.
“Jadi balik semula ni,” bisik tok ketua.
“Jadi apa tok?” pantas aku membalas.
“Takde apelah, cikgu, “ balas tok ketua, “Malam ni cikgu tidur sini jelah. Temankan kawan cikgu ni.”
Belum sempat aku menjawab, terdengar orang bagi salam. Cepat betul orang kampung datang. Ada group whatsapp ke kampung ni? Setau aku line wifi pun xde. Tok ketua menjawab salam tapi mengisyaratkan aku supaya diam. Aku tengok Cikgu Lan dah terlena. Tapi bukan lena yang biasa-biasa. Siap berdengkur lagi. Dengkur dia macam harimau mengaum. Sakit pulak hati aku tengok. Orang dah berpeluh-peluh mengangkat dia tadi. Boleh pulak dia tidur dengan enaknya.
Sekali lagi dengar suara orang bagi salam. Aku nak menyahut tapi cepat ditegah tok ketua. Dia bangun dan berjalan ke muka pintu. Tinggalkan aku seorang-seorang kat sebelah harimau tidur ni. Okay, tiba-tiba ternyanyi sikit lagu Polis Evo pulak. Sambung balik. Tok ketua berdiri kat muka pintu tapi tak pelawa pun si pemberi salam tu masuk.
“Aku dah jawab salam kau. Pergi balik. Aku tak nak tengok kau kat sini.”
“Hihihi,” meremang bulu roma aku bila dengar hilai tawa dari luar tu. “Kau dah jawab tapi cikgu kat dalam tu belum.” Sekali lagi aku dengar giggles dari suara dari luar. Seram sejuk aku time tu. Tak pernah aku alami perkara macam ni sebelum ni.
“Jangan kacau cikgu tu. Dia datang nak mengajar je kat sini,” tegas tok ketua.
“Tapi anak aku suka dia. Anak aku cakap dia baik. Kami nak simpan dia,”balas suara itu. Masa ni, aku dah menggigil ketakutan. Siapa pulak ni?
“Aku tak izinkan! Balik!”, marah tok ketua. Tiba-tiba sekeliling jadi sepi. Cikgu Lan berhenti berdengkur. Tok ketua pandang aku sebelum tutup pintu rumah dia. Cikgu Lan tiba-tiba bangun. Muka dia macam confused.
“Atan, apa kita buat kat sini?”, kata Cikgu Lan sambil menenyeh-nenyeh mata.
“Tadi kau… Tadi kau…”, aku terketar-ketar nak jawab.
“Tadi kau tak makan kan kek yang aku buat?”, tiba-tiba suara Cikgu Lan bertukar garau. Aku gelabah bercampur terkejut. Terus melompat jauh dari Cikgu Lan. Lari menyorok belakang tok ketua. Cikgu Lan dah beralih kedudukan. Dia duduk bersila macam meratib macam tu.
“Kau ada ambik apa-apa ke tadi?”, tanya tok ketua. Aku cepat-cepat menggeleng dan explain pasal kek coklat tu.
“Pian, Pian. Tak pernah nak berubah”, bisik tok ketua. Aku pun memandang orang tua tu hairan sementara tok ketua memandang ke arah Cikgu Lan.
“Pian, cikgu ni datang cuma nak mengajar kau je. Dia bukan pengganti kepada bapak kau”, kata tok ketua lembut.
“Diamlah orang tua. Semua tak boleh. Aku nak cikgu ni. Aku nak cikgu ni”, jerit Cikgu Lan berterusan.
“Pian!”, tengking tok ketua. Cikgu Lan terdiam. Tiba-tiba dia menangis. Atau lebih tepat lagi, Pian menangis.
“Baiklah, aku lepaskan cikgu ni”, rintih sayu suara Cikgu Lan sebelum dia tiba-tiba jatuh pengsan. Aku yang jadi penonton ni menagih jawapan daripada tok ketua.
“Dia takkan ganggu cikgu lagi. Pian ni anak Dukun Malim. Dukun Malim meninggal masa dia umur dua tahun. Isteri Dukun Malim, Miah ni pun pawang jugak. Ada yang kata dia memuja mayat laki dia. Tak taulah tok betul ke tak. Bila pergi melawat dia, takde pun mayat ke apa. Tok nasihatkan cikgu berhati-hatilah. Jangan terima atau makan apa-apa daripada mereka. Orang kampung kat sini dah tau perangai si Miah tu”.
Aku mengangguk lemah. Tak sangka pulak aku jadi perhatian Miah dan Pian. Esoknya, bila aku masuk kelas mengajar (kelas Pian), budak tu langsung tak pandang aku. Macam marah kat aku. Dah tiga empat bulan aku mengajar. Reaksi Pian tetap sama dengan aku. Dingin je.
***
“Habis tu macam mana bro. Kau tak kena kacau lagi ke lepas tu?”.
“Adelah tapi tak teruk pun. Sedikit sebanyak, aku kesian sebenarnya dengan si Pian tu. Aku nak tolong dia tapi tak tahu macam mana. Takkanlah aku nak merelakan diri jadi bapak tiri dia pulak”.
“Tapi kenapa dia overly attached dengan kau bro sampai nak kau jadi daddy dia?”.
“Tak taulah. Aku ni hensem macam Fattah Amin kot”, balas dia selamba. Sempat aku libas dia dengan handbag aku.
“So, ape next step?”, kataku. Air milo ais dah tawar sikit. Leka dengar cerita sangat.
“Aku tengah minta tukar sekolah. Mungkin lepas tu semua akan selesai kot”.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
skolah kt negeri mane tu…huhu..menakutkan…
baek citer ni
perrgghhh xpasal2 cikgu lan kena.. kesian dia.
tula mkn lg kek haha
best cerita ni even pendek je.
Moral value:
Nak makan tu tanye dlu sape empunya tuan pastu bace bismillah yer…
X pepasal udah kena mandrem…
Seb bek muntah2 soo leh detect awal…
Kot letak minyak pengasih dlm kek tu x ke nayooooo…
ada orang kata kak yulie telah kembali ke rahmatullah pada 20.2.2017
ni kali kedua dah konah baca yang kak yulie ni dah ninggal .. ngape nye ?
Ha’ah…
Akk dh kali ketiga bace,heheheeheh…
Ade manusia yg terlalu obses nk ganti Kak Yulie ni…
Satu watak name Dzulkar dah mematikan akk…
Pastu wujud 3watak lain name KAK YULIE, KAWAN JAUH KAK YULIE dgn KAWAN PADA KAK YULIE yg wujud bukan utk komen cerita tapi utk memprovok akak semata…
Sayang bebenooorrr deme ngan akk yer…
terliur pulak tengok gambau kek cokelet tu. erm ermmm
Me too…!!!
Best
Kesian pian…mak n bapak dia yg dukun…ank plk jd mcm tu kn…
Eeee…seram jugak kan…macam kat seberang sabah sarawak jer..hmm
Patah amin tu bknnye hensem pun. Xde org len ke ko nk jadikan contoh9