#Stella – Penjaga rumah tok wan

Assalam warga FS sekalian. Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku sewaktu menginap di kampung kawan aku, Nadia kat Kedah. Cerita ni dah lama. Sekitar tahun 2005 macam tu. Kampung dia ni ada kawasan bendang yang luas dan cantik. Masa tu takde fenomena selfie lagi. Phone aku pun takde kamera depan. Jenuhlah nak bajet sendiri bila flip phone tu. Bukan kecantikan kampung tu yang aku nak cerita. Tapi horror yang ada di sebalik sawah menghijau tu.

Malam tu lepas makan dengan family Nadia, kami berdua pun masuk bilik nak unpack. Dari sampai pagi tadi duk berjalan je kerjanya. Tengah keluarkan baju tu, tiba-tiba aku rasa lantai bergegar. Macam gempa bumi. Aku panik sekejap. Pandang si Nadia ni, dia buat muka selamba je. Macam takde apa-apa berlaku.

“Nad, tak rasa ke earthquake tadi?”, tanya aku. Nadia tersenyum misteri kat aku.

“Kat sini selalu earthquake, Stel”, balas dia.

“Ye ke? Tak pernah masuk berita pun”, kata aku pulak. Tak pernah pun dengar ada earthquake apa-apa kat Kedah ni. Kalau selalu, mesti famous dah kampung ni.

“Nanti lepas kemas ni, kau pergi sendiri tanya kat tok wan aku,” Nadia jawab.

Aku terus tak jadi kemas. Cepat-cepat aku pujuk dia supaya bawa aku pergi jumpa tok wan. Baru je nak melangkah keluar dari bilik, sekali lagi lantai tempat aku berpijak tu bergegar. Nak tertumbang aku. Nasib baik sempat berpaut dekat bingkai pintu. Barang-barang yang ada atas meja solek Nadia tadi dah menyembah lantai. Lantaklah, misteri gempa bumi ni lagi penting untuk diselesaikan.
Kami jumpa tok wan Nadia tengah melepak dekat anjung rumah sambil menghisap rokok. Tok wan Nadia ni lelaki. Dah tua tapi masih nampak sihat macam orang muda. Mungkin sebab minum Pamoga kot. Bila nampak kami mendekati dia, dia tersengih sedikit. Nampaklah sebatang dua gigi yang masih tertinggal. Takpe, yang penting senyuman manis.

“Kawan Nadia ni takut ke?”, tanya tok wan. Belum sempat menjawab, bergegar sekali lagi rumah tu. Kali ni lebih terasa sebab anjung tu hampir keseluruhannya diperbuat daripada kayu berbanding dalam rumah yang berlantaikan simen. Aku cuba mengimbangkan badan kat lantai kayu tu.

“Tak delah takut Tok Wan. Cuma rasa nak tau je. Sebab tak pernah lagi keluar berita kata ada gempa bumi kat kawasan ni,” terang aku. Nadia dah mengambil tempat duduk kat sebelah tok wan dia.

“Rasa nak tau tu bahaya. Kalau dah tau, jangan takut pulak,” pesan tok wan sambil tersenyum penuh rahsia. Bergegar sekali lagi tanah. Kali ni kuat sikit sampai aku terpaksa cari tiang kayu untuk berpaut.

“Dah dah la tu panglima. Budak ni baru je sampai. Kamu dah sakat dia,” kata tok wan. Rumah tersebut bergegar lagi. Seolah-olah macam memberi respons kepada kata-kata tok wan. Tok wan dan Nadia berbalas pandangan sambil tersenyum.

“Panglima ni penjaga rumah ni. Dah lama dah. Sejak zaman moyang tok wan lagi. Biasalah bila waktu bulan mengambang macam malam ni, dia datanglah melawat cucu-cucu dia,” kata tok wan. Gungg! Bergegar lagi rumah. Ish, panglima ni. Bagilah tok wan habis cerita dulu. P****g mood lah. Tapi dalam hati je lah aku mampu berkata-kata. Tu pun dah semakin kecut sebab takut.

“Kalau ada majlis ke apa-apa kat rumah ni, mesti ade bergegar at least sekali. Macam nak bagitau yang dia ada memerhati,” balas Nadia pulak. Nadia sebut je perkataan memerhati, aku terus pandang sekeliling. Rasa berdiri bulu roma tiba-tiba.

“Sebab tulah, jaga adab dekat sini. Sebab panglima ni bukan orang bandar. Dia klasik sikit,” tambah tok wan. Tiba-tiba bergegar lagi sekali rumah tu. Tok wan tergelak sebelum berkata, ”Jangan marah. Aku usik jaa.”

“Orang lain tak rasa ke gegaran ni? Rumah tok wan je ke?”, tanya aku curious.

“Cuma anak cucu tok wan ja yang boleh rasa. Kamu ni kira bertuahlah. Selalunya tetamu lain tak rasa pun. Dia berkenan kat kamu kot,” usik tok wan. Haih, nakal pulak tok wan ni. Tak mau aku. Entah apa rupa si panglima tu kalau dah wujud sejak zaman moyang tok wan lagi.

“Takkanlah Stella nak si panglima tu, tok wan. Lagipun dia kan dah terikat dengan keluarga kita,” lain sikit nada Nadia bila berkata. Macam tak puas hati bila tok wan dia duk kenenkan aku dengan panglima.

‘Aku tak hingin la panglima keluarga kau ni!’ balas aku dalam hati.

Tok wan dia diamkan diri je. Sementara aku pulak tak tau nak reply apa. Takut salah cakap karang tersinggung pulak hati tok wan ataupun Nadia. Dahlah aku ni menumpang je kat sini. Tapi nasib baik lepas tu Nadia kembali okay bila kita orang duk layan movie sama-sama sebelum tidur. Malam tu, aku tidur tapi tak berapa nak lena. Sebab baru je nak hanyut, lantai bergegar-gegar. Macam tak bagi aku tidur. Risau aku kalau rumah ni tiba-tiba roboh pulak.

Aku tengok Nadia kat sebelah aku dah selamat dibuai mimpi. Mungkin dah terbiasa kot. Aku merenung ke atas siling. Nak kira sheep tak boleh pulak. Baca ayat-ayat suci pun still tak nak pejam jugak mata. Tengah aku leka tengok siling dalam gelap tu, tiba-tiba aku rasa macam di awang-awangan. Macam mana nak describe eh? Aku bukan kena tindih. Dan fizikal aku still lagi atas katil tu tapi aku rasa macam melayang je. Lama aku macam tu sampai aku tertidur sendiri.

Pagi esoknya, aku dengar suara panik Nadia. Aku rasa bahu aku digoncang-goncang. Berpisat-pisat aku buka mata. Tengok muka Nadia tengah cemas semacam. Aku pelik dan pelik tu jadi berganda-ganda bila aku tengok sekeliling. Aku bukan kat bilik Nadia tapi dekat tengah-tengah sawah bendang. Sekeliling aku sawah padi menghijau. Matahari masih belum terbit lagi. Baju tidur aku ada kotoran tanah di sekeliling. Aku memandang Nadia cuba mencari jawapan.

“Aku bangun pagi tadi kau dah takde. Aku cari kau merata kat rumah tak jumpa. Tok wan suruh aku tengok kat bendang pulak. Jom balik,” kata dia sambil memimpin aku yang tengah mamai ni. Bila dah selesai Subuh, aku join family Nadia untuk breakfast. Masa aku duduk, tok wan duk pandang aku tak berhenti sampai aku naik takut pulak. Mungkin tengok muka aku dah berubah tak selesa, tok wan kembali menyambung makan. Nenek Nadia menghidangkan aku sepinggan nasi lemak. Terbaik. Aku nak suggest dalam Jalan – Jalan Cari Makan nanti.

“Tok wan dah marah panglima tadi. Dia bawa kamu jalan-jalan kampung je semalam,” kata Tok Wan perlahan. Tersedak aku dengar. Cepat-cepat aku capai Kopi O panas kat sebelah pinggan. Belum sempat aku nak menjawab, nenek Nadia terlebih dahulu membalas.

“Awak pesan kat panglima awak tu. Jangan kacau anak cucu aku. Budak-budak jadi takut nak balik sebab dia,” tegas nenek Nadia. Tok wan membisu je. Aku rasa lebih aku mendiamkan diri. Bukan apa, nak cakap lebih-lebih pun, aku bukannya ingat apa-apa. Entah betul ke tak panglima yang bawa aku. Entah-entah aku sleepwalking je. Petang tu, nenek Nadia tak bagi aku tidur situ. Katanya dia risau keselamatan aku. Dia hantar Nadia dan aku ke rumah mak saudara Nadia yang tinggal kat pekan. Sebelum beredar tu, aku sempat pandang rumah tok wan buat kali terakhir.

Bila sampai rumah mak saudara Nadia, nenek dia terus tarik aku bila semua orang agak sibuk menyiapkan juadah minum petang. Kami pergi ke belakang rumah yang agak privacy dan jauh sikit daripada crowd yang ramai. Aku nampak muka orang tua tu macam serabut dan resah semacam. Kesian pulak rasa.

“Kenapa ni nek? Tak sihat ke?”, tanyaku.

“Stella tak ingat apa-apa ke semalam?”, tanya nenek Nadia.

“Pasal Stella tidur kat bendang tu ke? Stella rasa Stella mengigau kot,” balas aku. Rasa bersalah pulak sebab dah risaukan orang tua tu.

“Sebenarnya tengah malam tadi nenek bangun untuk pergi tandas. Nak pergi tandas kan kena lalu bilik kamu dan Nadia. Nenek nampak…”

“Nampak apa nek?”, curious pulak aku.

“Kamu tengah sikat rambut sambil pandang cermin. Bila kamu perasan nenek pandang kamu. Kamu jelling nenek macam marah sangat.”

“Tapi nek, saya tidur malam tadi. Takde pulak terbangun semata-mata nak sikat rambut.”

“Nenek tau. Sebab bila nenek tegur kamu, kamu jawab dengan kasar. ‘Jangan ganggu aku. Aku ada temujanji. Masa tu, nenek tau dah yang itu bukan kamu. Nenek halau benda tu keluar. Kamu tiba-tiba bangun dan pergi baring balik ke tempat tidur. Terus terlena macam dah lama tidur.”

Bulu roma aku meremang mendengar cerita nenek. Aku sumpah tak ingat kalau aku betul pernah buat perkara-perkara yang disebutkan tadi. Mungkin perasan riak wajah aku yang sudah risau, nenek memegang bahu aku.

“Jangan takut Stella. Pagarkan diri dengan ayat-ayat Allah. Dia sebaik-baik pelindung,” pujuk nenek.
Tapi aku still tak dapat hilangkan rasa takut. “Nenek sejak berkahwin dengan tok wan, dah lama minta dia supaya dia buangkan si penjaga tu. Tapi dia tak nak. Dia nak benda tu m**i bersama dia nanti. Tapi kita manalah tau jangka hayat benda tu. Sekarang ni nenek dah risau sangat.”

“Risau apa nek?”, tanyaku.

“Nadia macam berminat nak sambung legasi keluarga ni. Nak jadi pewaris si penjaga. Dia tanya macam-macam pasal si penjaga kat tok wan. Cara bagi nak makanlah. Hari tu nenek terdengar mereka bersembang pasal ni, nenek mengamuk betul.”

“Tak sangka pulak Nadia macam tu,” balasku.

“Stella, boleh tak nasihatkan Nadia? Jauhi perkara syirik semua tu. Nenek nak pujuk lagi tok wan supaya buang penjaga tu.”

Aku terdiam sekejap tapi tak sempat membalas bila mak cik Nadia panggil kami masuk untuk menikmati minum petang yang sudah siap. Nenek mengajak aku masuk sambil aku pimpin tangan dia. Dalam kepala aku serabut fikir macam mana nak mulakan bicara dengan Nadia tentang perkara tu.

“Stella, pergi panggil Nadia kat bilik. Tadi katanya ambik barang. Lama betul,” arah mak cik Nadia. Aku pun memanjat tangga melangkah ke arah bilik yang telah dikhaskan untuk aku dan Nadia di tingkat atas. Tapi langkah kaki aku terhenti dekat depan pintu bilik. Nadia tengah leka menyisir rambut sambil tersenyum seorang-seorang depan cermin. Bila dia perasan aku berdiri kat muka pintu, dia menoleh pandang aku sambil perlahan-lahan bibir dia mengukir senyuman. Sumpah creepy gila. Dia tak macam Nadia yang aku kenal.

“Panglima takkan kacau kau dah. Dia setia dekat tuan dia je sekarang,” kata Nadia.

“Siapa tuan dia? Kau ke?”, tanya aku. Tapi Nadia tak menjawab. Dia cuma tersenyum misteri je. Aku berkira-kira nak cakap apa yang dah diamanahkan nenek Nadia.

“Tak baik kau buat benda-benda syirik ni Nad,” kata aku. Hilang senyuman Nadia. Mata dia tajam memandang aku.

“Jangan campur urusan keluarga aku, Stella,” balas Nadia tegas. Dia berjalan keluar dari bilik meninggalkan aku. Sejak peristiwa tu, Nadia dah tak mesra dengan aku. Even bila kita orang dah balik KL, dia jarang contact aku padahal kami agak rapat sebelum ni.

Kenapa aku cerita kisah ni? Sebab baru-baru ni (tahun 2017), aku terserempak dengan Nadia dekat hospital. Dia dah kahwin rupanya tapi tak jemput aku pun. Sentap betul aku tapi tak salahkan dia lah sebab lepas phone aku hilang, aku tukar nombor baru. Nadia bagitau aku nenek dan tok wan dia dah meninggal. Innalillah, semoga mereka ditempatkan di kalangan mereka yang dirahmati. Aku takkan lupa sampai bila-bila nasi lemak nenek dia yang sedap tu.

“Stella, kau ingat tak penjaga rumah tok wan aku dulu?”, tanya Nadia. Seram sejuk aku bila dia tiba-tiba sebut pasal tu.

“Panglima something kan?”, balas aku.

“Aku dah cuba buang Stel. Tapi tak boleh,” kata Nadia. Ada genangan air mata pada wajah dia.

“Suami kau tau ke pasal ni?”, tanya aku. Nadia mengangguk sambil menceritakan kisah dia dan suaminya dan juga panglima. Tapi cerita dia agak panjang dan perlukan satu episod yang khas. Nanti bila ada masa, aku akan taipkan kisah dia dan suaminya.

“Sekarang ni aku pregnant. Tapi aku takut untuk lahirkan baby ni. Macam mana kalau baby ni kena teruskan legasi keluarga kami untuk menerima penjaga?”.

“Nadia, aku nak ulang balik apa pesanan nenek kau pada aku dulu. Allah adalah sebaik-baik pelindung. Jadi berlindunglah dengan Dia daripada segala kejahatan kat dunia ni,” kata aku. Nadia menangis dan peluk aku seerat-eratnya.

Sekarang Nadia dengan suaminya masih lagi gigih berubat untuk singkirkan panglima daripada hidup mereka. Aku harap sangat supaya dia berjaya. Tambahan lagi bila minggu lepas dia ada send gambar anak dia yang baru kat aku. Aku tak nak baby kecik yang comel dan tak bersalah tu jadi pewaris kepada benda syirik turun temurun keluarga dia.

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]
Stella

14 thoughts on “#Stella – Penjaga rumah tok wan”

  1. Sehat sebab minum pamoga? hahahhaha
    Ok tak sabar nk tunggu kisah Nadia khas tu, cepat2 upload tau Stella.
    Hope Nadia n Baby selamat.
    Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara.

    Reply
  2. Ingatkan makan Qu Puteh Millenia tadi, Pamoga ghupenyer heheheheheh…
    Alhamdulillah…mujur ade Pamoga…

    Uiissshhhh…
    Gilor seram sampai ke bendang…
    Buatnye dihurung pacat x ke naye weeeiiii…
    Alahai Nadia…
    Napeler berkenan bebenor ngan Panglima tu…
    X pepasal dah jadik tuan xleh nk buang…
    Semoga Allah mudahkan urusan rawatan Nadia…
    Aamiin…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.