Stress!!

Assalamualaikum ! First of all, terima kasih banyak-banyak untuk admin sebab sudi publishkan kisah ni *kalau di publishkan la. Story ni based on my own experience. Tak sure ni menyeramkan ke tak tapi pengalaman ni aku betul-betul nak share hahah

Time kecik-kecik dulu takde la pulak rasa benda-benda mistik, aneh macam ni tapi the first ever experience masa aku tingkatan 4. Time tu aku duk hostel. Baru je kot masuk sekolah tu. Budak baru la katakan. Dorm aku ada 16 orang tapi katil douber decker. Katil aku dekat bahagian bawah dan menghadap pintu.

Aku ingat lagi, malam tu aku tengah syok study fizik sebab esok ada exam besar. Aku baring la atas katil dengan buku fizik tu. Tiba-tibe je aku rasa angin lalu tepi katil aku. Yes, memang time tu pintu tak tutup rapat. Then aku marah siapa la yang tak tutup pintu ni sebab aku dah rasa tak sedap hati. Aku betul-betul rasa something lalu tepi katil aku masa tu. Buat-buat tenang tapi mata aku duk tengok sekeliling dan nampak kawan aku sorang ni tengah baring terlentang nama dia Lisa, sorang lagi duk study dekat locker baju, sorang lagi duk iron baju. Yang lain duk atas katil masing-masing.

Tengah syok mata melilau, ada kawan aku sorang ni nama dia Aida turun dari katil ambik Al-quran. Dia ajak yang si baring terlentang tu hafal sama-sama surah Al-Jumu’ah sebab diorang ada test hafazan beberapa hari lagi. Aku yang tengah tak sedap hati ni tengok je la sebab rasa lain macam dah time tu. Bila si Aida ni start baca surah tu, si Lisa terus cakap “Kau baca lah sorang-sorang”. Aida ni dah pelik dah muka dia, tapi dia buat slumber je dan sambung baca lagi ayat seterusnya.

Start je dia baca ayat seterusnya tu, tiba-tiba si Lisa tadi bangun dan jerit, “panassss ! panasslah bodoh”. Aku yang dari tadi tengok diorang terus bangun duduk tepi bucu katil. Time tu yang tengah gosok baju terus tutup iron lari peluk aku. Yang study dekat locker tadi pun bangun laju peluk aku. Aku tak fahamlah, kenapa diorang ni peluk aku sedangkan dalam dorm tu aku lah yang paling lemah semangat. Semua yang duduk atas katil atas turun. Aku masa tu takut yang teramat sangat sebab first time rasa kejadian macam ni.

Si Aida tu teruskan jugak baca. Lisa pulak duk meraung panas.. panas…. Masa tu pukul 11 malam tak silap aku. Aku cakap dekat diorang ni, “jangan tengok mata Lisa, jangan takut, jangan risau sebab nanti kita pulak yang kena”. Cehh, memandai aku bagi nasihat padahal aku pun sama takutnya. Dalam dorm aku ni ada dua orang akak senior. Jadi diorang ni berlari ambik tuala nak turun sebab nak panggil warden yang bertugas. Tinggal lah kami-kami je berpandangan satu sama lain. Akak tu cakap jangan bagi si Lisa ni keluar dorm. Jadi, kitorang kepunglah dia dan jaga pintu.

Tak sampai beberapa minit akak tu berlari nak cari warden, si Lisa ni terus rempuh kitorang dan berdegil jugak nak keluar. Tolak punya tolak berjaya jugak dia keluar. Keluar terus lari dekat tepi koridor dorm. Nak tau tak dia nak buat apa sebenarnya? Nak terjun bangunan weh ! Masa tu macam-macam ayat kitorang baca sambil tarik tangan Lisa. Warden a.k.a ustazah sekolah kitorang datang, dengan selamba je ustazah dapat buat Lisa masuk balik dorm dan tak jadi terjun bangunan.

“Awak ni stress sangat ni, sebab tu benda ni senang nak masuk. Awak sedar tak ni? Sedar tak ni?”, ustazah tu Tanya Lisa sambil tepuk tepuk belakang Lisa. Masa tu mata Lisa pandang tetap dan terus dengan mata aku. Memang nak luruh jantung aku time tu. Dia boleh pulak senyum sinis. Bacaan yassin malam tu kitorang buat dan kitorang pagar terus dorm tu malam tu. Parents Lisa datang nak bawak balik Lisa. Aku pun tak sanggup kalau Lisa ada dalam dorm malam tu.

Yes, betul cakap ustazah tu. Lisa tu stress sangat tu yang senang benda tu masuk. Aku ingat lagi, sebelum si Lisa baring terlentang atas katil, dia ada cakap, “stress weh, stress”. Bukan time tu je dia cakap benda tu, tiap-tiap hari mesti ada perkataan stress tu, naik boring aku dengar. Malam tu aku tak dapat tidur. Aku tumpang katil kawan aku yang lain dan tidur tengah-tengah diorang haha. Penakut punya pasal tak fikir dah. Kaki aku lembik semacam dan aku dapat rasa badan aku tengah berpeluh dan panas. Pukul 3 pagi macam tu, aku tengok semua dah tidur kecuali aku je. Rasa nak menangis pun ada sebab aku dah kira segala jenis binatang, kambing, biri-biri, lembu supaya senang nak tidur. Tapi tak boleh jugak. Tiba-tiba je ada bunyi ketuk pintu bertalu-talu. Macam nak roboh pintu tu aku dengar. Aku apa lagi, aku kejut terus kawan aku kanan dan kiri. Tanya diorang ada dengar tak? Diorang tengah mamai cakap tak dengar apa-apa pun.

Menangis aku time tu sebab bunyi tu tak berhenti. Aku baca semua ayat yang aku ingat sambil menangis haha. Tak percaya aku, kawan aku ni boleh pulak tidur waktu-waktu macam ni? Pukul 5 baru aku dapat tidur. Tu pun aku sumbat telinga aku dengan selimut kawan hahah padan muka. Esok pagi aku demam tapi still lagi aku keluar nak tengok pintu bahagian luar. Tiada kesan kena hentak ke apa. Dan depan pintu tu ada nama-nama ahli dorm kan, dan aku perasan satu benda ni je, nama aku macam ada kesan cakar. Fuhh, masa tu bertambah takut aku. Aku check suis dorm kitorang, semua tak boleh guna. Pelik betul sebab semalam ok je waktu kawan aku iron baju. Rasa banyak betul tanda tanya dalam kepala aku ni.

Hari seterusnya si Lisa dah ok dan datang balik ke asrama. Aku dah rasa macam banyak sangat tanda tanya terus je tanya dia. “Kau ok tak sebenarnya? Apa yang kau stress sangat ni?”. Dia terus balas, masa sebelum kejadian tu, dia ada nampak benda putih dekat siling tandas level dorm kitorang. So dia takut dan terus masuk dorm tapi lupa nak tutup pintu. Aku terus suruh dia stop cakap sebab kan tak pasal-pasal aku takut nak pergi tandas pulak nanti. Start dari hari dia bercerita tu, setiap hari aku akan pastikan pintu dorm tertutup rapat sebelum maghrib haha
.
Aku ada kisah kedua yang ingin dikongsikan..
Kisah ni pun berlaku di asrama ni jugak tapi ni lagi tragis bagi aku hmm. Dan banyak lagi kisah sebenarnya dekat rumah sewa, plkn, dan tempat lain.

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.