Suatu Malam Di Asrama

Assalammualaikum dan selamat sejahtera dan selamat tahun baru buat para pembaca FS. Terima kasih kepada para admin FS kerana sudi share kisah aku ini. Nama aku Ira (bukan nama sebenar). Aku nak cerita mengenai pengalaman aku semasa tinggal di asrama sebuah sekolah yang terletak negeri Jelapang Padi.

Sepanjang 5 tahun aku tinggal di asrama, sememangnya terlalu banyak kisah-kisah seram shit yang berlaku. Tapi kali ini aku nak share salah satu kisah seram yang aku dan kawan-kawan alami. Kisah ni berlaku semasa aku berada di Tingkatan 4. Pada tahun tersebut, asrama aku ada buat penambahan bangunan baru iaitu blok asrama perempuan dan dewan makan baru. Oleh itu, mula lah terdapat beberapa kawasan dalam proses pembinaan.

Kisah seram shit ini berlaku pada 1 malam. Selepas selesai solat maghrib di surau, kami beramai-ramai akan beratur dan berjalan pulang ke dewan makan untuk study. Akan tetapi, tiba-tiba salah seorang kawan aku iaitu Cheah sesak nafas. Aku dan kawan-kawan cuba memapah beliau. Tetapi, lebih 10 orang angkat, badan Cheah masa tu amat berat.

Selepas kami berjaya mengusung Cheah ke bilik study, tiba-tiba ada seorang lagi adik senior sesak nafas. Kelam kabut jugak akak-akak pengawas menghubungi warden. Sementara itu, aku dan kawan-kawan form 4 ni masuk ke dewan makan. Apabila kami mula melangkah masuk ke dewan makan, tiba-tiba adik-adik junior berlari ke arah kami sambil menunjuk di bahagian hujung penjuru dewan makan. Salah seorang junior ‘kena’ pulakkk. Dia duduk di atas kerusi. Diam, tapi mata dah bertukar warna merah dan melilau-lilau pandang sekeliling.

Sejam lebih kemudian, warden pun sampai bersama seorang ustaz. Beberapa orang pelajar lelaki ditugaskan untuk melaungkan azan di setiap empat penjuru dorm asrama perempuan. Kawan aku, Cheah dan junior yang sesak nafas tadi dibawa ke hospital tapi mujurlah okay tak ada apa-apa. Yang kena rasuk tadi pun sudah okay selepas ustaz tersebut halau ‘benda’ tu.

Esoknya, waktu pagi pulak jadi perkara yang sama. Beberapa orang pelajar sesi petang kena rasuk di asrama sehingga ambulans terpaksa dipanggil sebab ada beberapa pelajar lain ditendang oleh rakan yang kena rasuk tu. Tengahari tu juga warden keluarkan notis, pelajar perempuan diminta pulang ke rumah dan terpaksa berulang ke sekolah selama seminggu sebab ustaz mahu bersihkan ‘benda’ tu.

Actually kisahnya begini, pembinaan blok asrama baru tu sebenarnya adalah tempat tinggal ‘benda’ tu dengan kaum kerabat dia. So, oleh sebab manusia dah ganggu tempat tinggal dia. Dia pun kacau lah manusia huhuhu. So lepas ustaz tu dah selesaikan cara baik, benda tu dah berpindah ke kawasan padang lain yang kami panggil Taman Rimba. Inilah salah satu kisah seram shit aku di asrama.

Ira

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

19 thoughts on “Suatu Malam Di Asrama”

  1. Penekanan hiperbola yang tak kena gaya,
    Sebab bila tambah ‘shit’ tu aku expect cerita tu seram giler, tapi rupanya nan hado.

    Reply
    • Hah setuju! punyalah standby teh o panas dgn nasi goreng ni ha dpn pc, terpengaruh dengan penekanan hiperbola yg memang tah kemana melilaunya. Ajer tumpo!

      Reply
  2. nape eh?benda ni slalu sangat kacau pompuan.kenapa tak kacau laki?jarang betul laki kena kacau.but its ok laa.cita ni best tapi terlalu singkat.plus seramshit tu nama acc kat twitter kan?and saayaa rasa takpayah actually nak tambah shit tu.aih dah mencaruttt dah akuu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.