Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera kepada semua peminat laman Fiksyen Syasya. Salam kedamaian dan kasih sayang daripada saya. Cukuplah saya dikenali dengan nama pena saya, Gusti Kandjeng Ratu (GKR).
Setelah sekian lama menjadi pembaca senyap FS, GKR terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua sebuah kisah yang di alami oleh sahabat GKR. Syukur, walaupun cenderung menyukai wadah penceritaan kisah seram, tuan punya badan masih belum pernah teruji dengan sebarang pengalaman mistik dan angker.
Pohon hati GKR, biarlah hijab saya tidak terbuka. GKR tidak bersedia apalagi rela.
Baiklah, berbalik kepada kisah ini, sahabat GKR yang memadailah dinamakan Raden Mas Ayu (RMA) mengizinkan GKR berkongsi pengalaman paranormalnya dengan pembaca. Jadi sebelum kita bermula, GKR dan RMA seikhlasnya memohon maaf jika kisah ini tidak mencapai tahap piawaian keseraman anda. Besar hajat kami jika kisah ini dijadikan sebuah santapan hiburan yang dapat memberi pedoman kepada kita semua. Justeru, ayuh kita mulakan.
Kisah ini bermula pada suatu lewat petang yang biasa-biasa dalam rutin sehari-hari Raden Mas Ayu. RMA menerima panggilan daripada suaminya memaklumkan beliau diminta berkerja lebih masa sehingga dinihari dalam menyelesaikan tugasan yang diperlukan segera.
Suaminya meminta RMA menginap di sebuah hotel di Klang yang mana tidak jauh dari tempat suami RMA bertugas. Biasalah, keluarga kecil yang hanya terdiri daripada RMA, si suami dan anak kecil mereka. Senang untuk suaminya bergegas mendapatkan mereka jika berlakunya apa-apa.
Si RMA yang memang terlalu terbiasa dengan rutin seperti ini, segera menurut. Dipelawanya adik sepupunya, Mbak Dewi (MD); untuk ikut serta. Mereka memilih untuk menginap di sebuah hotel biasa-biasa, bukan seperti hotel mewah bertaraf 5 bintang memadangkan mereka tidak merancang untuk menghabiskan masa di sana terlalu lama.
Di saat mereka melangkah mereka ke perkarangan lobi, suatu perasaan kurang senang dan aneh menyapa RMA; rasa sepi dan bungkam semacam, namun tidak dia endahkan. Hotel ini tiadalah mempunyai banyak perhiasan ataupun dekorasi yang sarat, dan tidaklah terlalu besar, jadi wajarlah jika tidak kelihatan ramai petugas hotel mundar mandir di sana.
Mungkin juga waktu dah malam, dan telah berlaku pertukaran syif, jadi ramai yang telah pulang ke rumah. ‘Ahh biasalah, lagipun hari bekerja, manalah ada sangat orang nak tidur hotel’, telah RMA, bersangka baik.
RMA segera mendaftar ditemani MD. Lekas-lekas mereka naik ke bilik yang diberikan untuk menyegarkan diri dan beristirehat. RMA selanjutnya menyuruh MD mandi dahulu, supaya nanti dapatlah MD memerhatikan anaknya ketika giliran RMA menyelesakan diri.
Strategi ibu-ibu lah katakan. Sambil melayan si anak, sambil itulah RMA memeriksa telefon pintarnya, selajur membalas pesanan Whatsapp si suami dan teman-teman walaupun dengan keadaan Wi-Fi yang putus-putus. Konsentrasi RMA terganggu apabila MD mendatanginya, memaklumkan tuala mandi dan perkakasan mandi tidak disediakan.
Tanpa banyak soal, RMA terus meminta MD menghubungi House Keeping sementara dia membancuh susu anaknya. MD seraya memberitahu RMA yang ‘Hmmm betul-betul banyak kerja Mamat frontdesk tadi, tadi dekat registration, ini dia juga yang uruskan House Keeping.’ Omongan MD disambut gelengan santai RMA.
Seketika kemudian, staf lelaki terbabit datang menghulurkan tuala mandi sesuai keperluan RMA, anaknya serta MD. RMA yang biasa berkecimpung dalam bidang perkhidmatan pelanggan perasan yang tiada sepatah kata maaf apalagi riak ramah mesra pada staf yang berkenaan semenjak daripada proses pendaftaran bilik.
Namun RMA tidak berhajat memanjangkan keadaan kerana dia sedar, harga penginapan yang dibayar suaminya juga tidaklah seberapa, ada kemungkinan menjejaskan tatacara layanan mereka yang kurang lebih. ‘Tak ambil hatilah, esok je pun nak balik,’ gumam RMA ringkas.
RMA sabar menunggu MD selesai, dan matanya menangkap pantulan imej bandar Klang daripada tingkap hotel yang kelihatan lebih suram daripada biasa. Tiada banyak kedengaran hiruk pikuk bunyi hon dan deruman kenderaan juga tiada limpahan lampu neon beraneka corak signatur lanskap bandar Klang seperti lazimnya. Teka RMA, petanda hari nak hujan barangkali dan sepantas kilat dia ke kamar mandi seusai MD melangkah keluar.
MD segera memberitahu RMA, ‘Weh kau mandi air panas kan? Sila bertabahlah ya, water pump nampak macam tak function tau. Aku lainlah, suka air sejukkkkk. Kau tu aku risau beku pulak, apalah aku nak menjawab pada Inche’
Abang Ipar, sudahla soal siasat macam IO police,’ seloroh MD. Apa yang tidak disedari MD ialah riak marah RMA. ‘Apa lagi ni, semua serba tak kena. Kata hotel, patut lagi baik lah daripada Homestay. Ini tidak, menyusahkan tetamu betul, rengus RMA sambil mendail sambungan frontdesk.
Kali ini panggilan RMA disambut baik dah staf yang sama meminta maaf dan memaklumkan yang pekerja rencam akan dihantar untuk memperbaiki kerosakan water pump. Dia juga menambah yang bahawa pekerja rencam tidak akan begitu pantas tiba kerana tidak seperti staf lain yang lebih kerap di hotel, dimana jadual kerja mereka sedikit berbeza, kerana hanya diperlukan apabila berlakunya kerosakan.
Sambil menunggu, RMA dan MD berbual kosong memecah sunyi. RMA menunjukkan MD suasana bandar Klang yang sepi tidak seperti selalunya yang sibuk. Pandangan RMA diiyakan MD dan tanpa menjaga pertuturan, laju mengomel ‘pahal ntah macam ghost town ni. serammm la pulak’.
Pantas lengan MD dicubit RMA, ‘Hisy kau ni kan, mulut memang takda insurans tau. Sesuai sangat kena gelar Kiah Propa,’. RMA tertawa kecil melihat MD yang beria-ia mengaduh kesakitan di katil seraya berlari anak untuk membuka pintu kerana menyangkakan pekerja rencam sudah tiba sebaik mendengar bunyi loceng bilik.
Alangkah leganya RMA kerana akhirnya dapat juga dia membersihkan diri setelah seharian bekejaran ke sini sana. Belengas dan belemoihh tak hingat punya.
‘Sukeww lettew boleh bersiram bak puteri kayangan lepasni. Mengalahkan Usain Bolt berlari chewaahhh..Wangii la dieww pasni’, cebik MD yang sinonim mengusik ceria RMA. Maklumlah membesar mesra bersama.
Bila bergurau memang tiada kompromi. Baik bagi kedua-duanya, cuma bagi RMA; berkahwin dan menjadi ibu, dia kini lebih toleran dan berpada dalam berjenaka dan kebiasannya hanya tertawa dengan ulah MD.
Apabila pintu terbuka, maka terperanjatlah RMA melihat susuk pekerja rencam yang tidak disangka-sangka. Berderau darah RMA melihat wajah pekerja rencam yang terpacul masih menyerupai staf di kaunter frontdesk dan bahagian housekeeping! ‘Ya Allah, macamana boleh jadi macamni? Takkanlah orang yang sama je?! Tak boleh jadi macamni,’ detik laju hati RMA.
Sesungguhnya bingung dan seram untuk RMA menghuraikan ketidakwajaran yang dilihatnya. Maha Suci Allah yang menciptakan dunia fana dan alam ghaib, adalah mana janji Iblis Laknatullah untuk mengganggu gugat Anak Adam adalah benar. Telah tiba saatnya untuk RMA diuji melihat sebahagian kecil dimensi ghaib.
Dimensi yang tidak selalunya terlihat di layar mata kasar atau mampu diperhalusi oleh manusia biasa tanpa tadabbur yang mendalam dengan ilmu-ilmu Allah apatah lagi kita yang bukan dalam golongan yang tidak dikatup rapat ‘hijabnya’ daripada melihat dimensi yang satu lagi itu. RMA terus terkaku dan terpempam di situ, sementelah tidak terduga apa yang kini disaksinya dua anak matanya.
Dikala RMA masih kaget di muka pintu bilik, MD masih giat menyakat RMA. ‘Amboi siap terpesona depan pintu. Jumpa abang manis persis Fattah Amin lettew. Patutlah panggil-panggil tak manyahut. Cuci mata sendirian berhad tak ajak.
Gittewlahh,’ bertambah giat si MD menyakat tanpa menyedari situasi tidak masuk akal yang disaksikan RMA yang tidak pernah terjadi sepanjang hidupnya! Kebisuan RMA yang kini telah menjangkau hampir 5 minit, menimbulkan tanya MD.
Dia bergegas ke muka pintu untuk memeriksa RMA, dan sesampainya di depan muka pintu, MD turut menyaksikan apa yang terlihat oleh RMA. MD yang pada asalnya berperawakan riuh, kini pucat lesi menyaksikan sosok dan wajah pekerja rencam yang sama dilihatnya dengan yang di kaunter frontdesk tadi dan dengan yang menghantar tuali mandi yang disambutnya tadi. Kalau ditoreh wajah kedua-duanya saat ini, masing-masing tidak akan mengeluarkan walau setitik darah pun akibat terlalu terkejut!
RMA yang kini sedar setelah tempoh paralisis, seraya beristighfar panjang dan dengan cepat menutup pintu bilik. MD yang terlalu takut kini teresak-esak menangis sambil terus memasang bacaan ayat-ayat Al-Quran dari YouTube di telefon pintarnya sambil terus terduduk dan teresak.
RMA sedar yang terbang sudah seluruh semangat MD dan kini hanya ada dirinya untuk bertindak pantas untuk keluar dari hotel berkenaan. Tidak sanggup lagi mereka untuk bertahan walaupun semalaman!
RMA cukup bersyukur kerana MD dan dirinya masih belum sempat mengeluarkan seluruh barangan mereka dan pakaian kotor MD telah selamat tersimpan rapi. Keadaan ini membuatkan dia dapat lekas mencapai segalanya dalam kadar segera.
Dengan sepantas kilat bagai lipas kudung RMA mengumpulkan beg-beg pakaian, beg susu, tas tangan dan bakul yang mengandungi anaknya yang sedang lena tidur bersebelahan MD yang masih galau. RMA berusaha sedaya membangkitkan semangat MD dan menyakinkannya untuk membantunya menggalas beg pakaian dan beg susu anaknya.
MD terpujuk dan bingkas bertindak, sementara RMA memikul bakul anak, dan tas tangan milik berdua. RMA juga mula berasa seram apabila keadaan mentol lampu bilik mula malap dan berdengung tanda mahu terpadam, namun RMA sedar berbanding MD, keadaannya emosinya lebih stabil dan adalah menjadi pertanggungjawabannya membawa barangan lebih berharga sekaligus mengepalai proses evakuasi dari hotel berhantu ini.
Sambil dipaut MD yang dalam menangis membaca Surah-Surah Lazim yang dihafalnya, RMA tidak putus-putus berdoa dan berzikir memohon bantuan Allah dalam memelihara keselamatan mereka. Oleh kerana bilik mereka hanya di Tingkat 1, RMA dengah gagahnya menurun tangga tanpa mahu menggunakan lif.
Sepanjang perjalanan dari bilik mereka ke tangga, barulah RMA sedari yang hanya mereka yang berada di lantai itu walaupun seketika tadi terdengar suara gelak ketawa berkumpulan seperti orang berhibur di bilik hadapan bilik malang ini. RMA menyedari hakikat ini apabila terpandang banyak pintu bilik yang terbuka seperti sedang menanti diselia bahagian House Keeping.
RMA tidak berupaya untuk terus menyaksikan keadaan sebegitu dan hanya menancapkan pandangannya ke hadapan untuk fokus. Satu demi satu mentol di setiap lampu di laluan sehinggalah ke tangga mula malap dan mengeluarkan bunyi berdengung tanda nak padam. Nasib mereka baik kerana perjalanan yang harus dilakukan tidak jauh dan tangga yang dituruni adalah tangga lobi bukannya tangga kecemasan yang mana pintu rintangan apinya berisiko tersekat.
Syukur segalanya seperti dipermudahkan dengan izin Allah kerana pada awal tadi, RMA tergerak hati untuk memarkir kereta betul-betul berhadapan pintu lobi. Setelah mencampakkan semua barangan yang dipikulnya dan memakaikan tali pinggang keselamatan merintangi bakul bayi, dengan selaju dayanya RMA mengundurkan keretanya ke perkarangan hotel menghala ke jalan besar.
Dengan semangat dan keberanian yang berbaki, RMA memandang ke cermin pandang belakang dan terpandang sesosok jelmaan frontdesk receptionist, housekeeping personnel dan pekerja rencam yang hanya berdiri kaku, sayu kelihatan berbalam-balam memadang RMA daripada dalam lobi.
RMA memecut laju ke jalan besar membelah malam. Dipandangnya cermin pandang belakang sekali lagi dan hanya keluhan lega yang diluahkannya apabila melihat MD yang semakin pulih semangatnya sedang mandail nombor suami RMA. Kelibat menyeramkan staf hotel tadi kini telah tidak kelihatan di pandangan RMA. RMA mula berasa seperti Bandar Klang yang tadinya seperti sebuah bandar tinggal yang menyeramkan, kini mula menampakkan serinya secara beransur-ansur.
RMA mula berasa jalanraya kini dipenuhi kereta dan orang ramai yang masih rancak makan-makan walaupun jam hampir ke jam 12 malam. RMA terus memandu ke pejabat suaminya dan disambut dengan rangkulan suaminya yang cukup merisaukan keselamatan anak isterinya setelah dikhabarkan oleh MD. One Happy Family not yet at home, but at least with each other.
Disebabkan persekitaran pejabat suami RMA yang tidak kondusif untuk mereka ini malepaskan lelah dengan keadaan selamat, Pegawai Kanan yang merupakan ketua kepada suami RMA menjemput mereka bermalam dirumahnya sementara orang-orang lelaki ini bekerja.
Setelah kejadian malam itu, RMA dan DM diserang demam selama beberapa hari namun mereka menerimanya dengan berlapang dada dan bersyukur kesemuanya telah selamat. Semenjak hari itu, baik RMA dan suaminya berhati-hati dalam urusan menempah bilik hotel.
Mereka belajar untuk mendengar suara hati sekiranya terdetik ilham-ilham yang dirasakan seperti tidak melancarkan rencana asal mereka. Mereka juga, terutamanya MD belajar untuk besederhana dalam segala hal terutamanya besederhana bergurau senda dan dalam menutur percakapan kerana di dunia ini bukan hanya sekadar terdiri daripada manusia, flora dan fauna namun makhluk-makhluk dimensi ghaib yang lainnya, masing-masing berkongsi alam dan sama-sama bersinggah sebelum Hari Kebangkitan seperti yang dijanjikan.
P/S: Sesungguhnya yang baik itu ilham ihsan Allah Taala dan yang buruk itu adalah merupakan kekurangan saya.
Kisah ini adalah berasaskan rujukan longgar daripada kisah sebenar yang dialami oleh sahabat saya. Bilangan individu yang terlibat adalah sama seperti watak-watak bukan nama sebenar yang diterjemahkan sepanjang penceritaan.
Berbanyak terima kasih diucapkan bagi semua yang telah sudi membaca kisah saya. Segala maklumbalas akan diteliti dan diambil kira untuk penambahbaikan di masa hadapan.
Sehingga berjumpa lagi di lain pengkisahan.
#maturnuwun
#gustikandjengratu
#gkr
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ayatnya terlampau puitis ya mbak… Agak bosan untuk dibaca.. :/
sama la sini pun bosan jugak membacanye. sampai ada part tak paham huhu
tak perlu nak berpuitis sangat….ringkaskan jerr senang org nak baca.
setuju membosankan
xpaham.bosan. penceritaan xsampai.
aku baca sampai dia introduce nama kawan dia je. aku terus taip komen.
kenapa aku baca ada slang Indon? keseramanan apakah ini…
k ni kelakar . hhaha
aku pon baca slang indon…adoi…dah rupa mcm tersedut dalam cite seram dari seberang
haha..bosan
aku faham cerita ni.. mungkin sebab dah slalu tgk crita indonesia kot 😛 btw, penceritaan menarik.. terima kasih kerana berkongsi
Matur Nuwun.
Terima kasih di atas komen yang positif. ?
ok la tu…lain dr yg lain….tp nak tau gak..hotel ni benar ujud di Kelang ke atau penulis termasuk ke alam hotel bunian? mungkin pencerita ni orang Indonesia tu sebab gaya bahasanya lain dari biasa….nama2 yg digunakan mmg gah…Gusti Kadjeng Ratu….Raden Mas Ayu…ni nama2 utk golongan bangsawan di Pulau Jawa…
Untungnya dapat baca penulisan dari golongan bangsawan. Ehekk! Santai2 aja, ada part yang aku ngak ngerti. Mohon diperbaiki lagi ya… Wakaka…
Matur Nuwun.
Terima kasih di atas komentar yang positif. ?
nasib baik baca komen dulu..xjadi nak baca
aku tak faham
Baca sampai part nak mandi tuala takde je. Ayat terlampau puitis sangat. Lagi best if guna ayat santai.
aku paham bangat..mungkin darah ku masih bersisa darah java..penulisan yang bagus..tiada sebaris ayat pun yang tidak aku baca..bagus!
Matur Nuwun Kang Mas ?
Terima kasih atas komentar yang positif
Malas aku baca. Gunalah nama senang sebut. Tkyah singkatan. Rma bagai. Dah lah bila baca kita jadi nk sebut satu satu eja. Spoil
Adehh. Aku tak faham..kenapa dgn muka pekerja hotel tu? Menyeramkan ke huduh ke apa sebenarnya
haa…ade jugak same ngn aku..aku tak paham jugak..penulis ni syok seram sdiri kot…pasal dia x detailkan keseraman scene tu..biase lah hotel murah hantar staf same utk kerje yg berbeza..maybe dia tu bhgn teknikal tolong hantar towel..tiba2 guest sentap seram..pehal..???kann….
Pening kepala !!!
Tolong lebih santai. Di sini tak banyak peminat sastera ya. Hilangkan puitis anda.
Straightforward terus !!!
Tak baca, terus scroll. Kecewa dengan cerita ini. Buang masa.
Guna bahasa mudah dan santai. Kalau nak berpuitis berprosa klasik, bukan kat sini. Aku baru baca tak sampai separuh pun dah senak otak.
Aku baca sampai bg towel ja, tak tahan sgt dgn nama annoying jalan cerita nk mcm novel bosan tau tak
aku bc smpai towel je .. pastuu bosan bakhg. p dekat komen .. ramai mcm aku hahha semua kebosanan
bc smpai part towel tu je..pastu xpaham dah..rupa2nya rmai jgak yg xpham.. hahaa
ceq bca tang pekenai Raden Mas ja…twos scroll bca komen..bca komen lg menarik kot…hihihihi
Tahniah kerana cuba jugak menulis. Tapi tulis ajer ayat biasa….sbb yang membaca adalah masyarakat Malaysia yang umum….bukan Indon…..biasa2 saja mbak yaaa…seram kesurupan daku menelaah untuk memahami bahasa mu.
Kalau penulis bkn org seberang, confirm ni peminat RAM. Anyway, walaupun org lain ckp bosan, aku excited baca. Sebab tak ramai dah yg suka sastera aku bangga orang2 mcm ni cuba menulis wpun maybe lah mcm tak masuk je dgn pemahaman org skrg.
Aku baca tang nama hat perenggan pertama aku dah setat boring, adoii misteri btoi
Kurang menarik.. Cuba lagi..
Pening + bosan aku baca.. cuba guna nama pendek yg berkesan instead of guna nama short form panjang tuh.. pening orang baca.. akur asa guna nama mcm Minah Tipah takpon Milah lagi berkesan kot…hahahaha.. #TakSeram
Sorry tak baca habis. Penat nak hadam. Mintak maaf sebab awak dah penat tulis panjang2, tapi saya memang tak faham.
nak tanya sikit… nama sbenar penulis ni Daniel Salleh ke..?
gaya penulisan terlalu puitis tu satu hal… lawak tak menjadi pun satu hal…
maaf ya.. tak menarik
Wahh pandai nyi loro kidul submit cerita ke FS. moden dah alam jin ni.. hahaha.
aku rasa paling win yang stop baca sebab fiksyen ‘syasya’ kat intro …..haha
Kepada sesiapa yg kata kita malas baca sastera — aku bukan malas, tapi tujuan aku baca cerita2 ni untuk hiburan ringan… kalau aku nak baca yg heavy2, baik aku baca ensiklopedia, lagi banyak manfaat.. setakat tulisan konon “sastera” tapi bercampur aduk, caca marba macam ni, tak payah la
penulis dr indon kot… emmm .. baca ja la…pengalaman kan.
Aiyooo…..pusing2..
Kne bnyak perbaiki cara penulisn
Serius bosan…
Ko lebih cerita bende yg xplu cite.. Baik straight to the point je.. Xoyh la tulis lg.. Aku mls approve
kalau takat nak buat cerita yang penulis sorang je fefeeling, tak payah la. cuba tulis tu kena dengan hati pembaca. aih.
dalam byk2 cerita dlm fs. cerita ni cerita yg first aku scroll down lelaju.. byk sgt tgk cita paranormal indo ni.. singo mas layan x?
Kalau kisah seram ni lebih baik guna bahasa santai je utk lebih syok membaca. Kalau guna bahasa sastera macam ini tak sesuai langsung. Berharap lepas ni awak boleh guna bahasa santai ya utk kisah seram seterusnya.