Aku sudah lama bekerja sebagai pak guard. Macam-macam perkara mistik dan yang pelik pernah berlaku ketika saya bertugas. Namun pengalaman kali ini memang sentiasa bermain-main dalam fikiran.
Untuk pengetahuan pembaca, kali ini pasukan kami telah dihantar ke selatan tanah air untuk menjaga sebuah bangunan yang agak jauh berada di dalam pelusuk ladang. Dalam hati ku mengatakan, sudah pasti ini milik orang berbangsa Cina kerana mereka sahaja yang menjaga aset, lebih-lebih lagi aset ini nun jauh dalam ladang.
Dipendekkan cerita seusai kami dihantar untuk menginap dan bertugas untuk beberapa tempoh di selatan tanah air, kami di-briefing terlebih dahulu berkenaan tatacara menjaga bangunan ini. Bangunannya kelihatan sangat besar dan usang. Tekaan saya mungkin gudang atau rumah burung.
Setelah beberapa minit berlaku, datanglah seorang pak cik berbangsa Cina untuk memberitahu kami berkenaan bangunan ini. Berdasarkan cerita pak cik ini, kami tak ada la syak apa-apa yang menyeramkan kerana kami diberitahu bahawa bangunan ini aset syarikat milik nya dan pernah digunakan untuk penyimpanan dan pemunggahan.
Jam menunjukkan pukul 6:50 pm dan aku segera bersiap untuk memulakan shift pada pukul 7 petang nanti. Ketika bertukar shift, rakan sekerja shift pagi itu sempat berseloroh dengan kami shift petang, “Jaga-jaga, dekat ladang ini semangat dia lain sikit. Jangan kau lari sudah lah”. Aku dan 2 rakan lain hanya senyum dan ketawa sahaja. Kerana kami tahu ini bukan kali pertama kami hadapai situasi menyeramkan.
Jam menunjukkan pukul 11:00 pm, tiada apa-apa perkara mistik berlaku hinggalah salah seorang daripada rakan ku berkata. “Aku penat la, teman aku hisap rokok kejap dekat belakang bangunan ini”. Rakan ku setuju dan menemaninya untuk berborak. Aku hanya tunggu dan jaga sahaja di pondok pak guard ini.
Selang beberapa jam, 2 rakan aku ini pun sampai. Salah seorang daripada mereka berkata “Beraninya kau masuk dalam bangunan ini. Kemain kami jerit suruh keluar.” Aku terkedu, kerana aku daripada tadi hanya berada di sini mendengar lagu. Bagi mengelakkan dari rakan-rakan ku hilang semangat, aku hanya berkata “Aku pun bosan juga. Saja mahu lihat keadaan dalam bangunan.” Mereka hanya ketawa dan sambung melakukan kerja.
Hari pertama bertugas berakhir begitu sahaja. Hari kedua cuti dan aku memanfaatkan cuti ini dengan melihat suasana ladang ketika orang bekerja. Sungguh kuat dan peramah pekerja di situ. Disebabkan pekerjanya adalah orang tempatan, maka mudahlah untuk aku berkomunikasi.
Aku tertarik untuk beramah mesra dengan seorang pak cik lingkungan 50-an. Walau tua namun semangat dia lakukan kerja.
“Assalamualaikum pak cik” ujar aku,
“Waalaikumusalam nak. Ha ada apa sini?” kata pak cik,
“Oh tak ada lah pak cik, saya Ramli. Saja la datang sini tengok pekerja-pekerja. Saya security guard je kat gudang depan tu” kata aku,
“Panggil Pak Man je. Kamu orang baru ya? Memang kerap tukar orang dekat situ.” kata Pak Man,
Aku tesentak dan ingin tahu dengan lebih lanjut,
“Kerap tukar? Ramai lari yang lari ke Pak Man?” soal aku,
“Sebab kontrak tak lama.” Pam Man gelak tanda dia bergurau,
Aku pun ikut gelak. Sambil bergelak sakan dan bertukar cerita, akhirnya sudah tiba masa untuk aku pulang ke rumah sewa kerana hari semakin panas. Sebelum pulang, Pak Man sempat menegurku,
“Kamu kena ingat, kamu orang baru. Kamu menjaga tempat tu, bukan menganggu tempat tu. Apa-apa cari je Pak Man” pesan Pak Man.
Aku mengangguk dan bersalam dengan Pak Man. Berdasarkan cerita yang diberitahu oleh Pak Man. Bangunan itu merupakan gudang penyimpanan. Disebabkan hasil yang kurang memberangsangkan, apek Cina itu hari memfokuskan perniagaan baru. Tempat ini menjadi suram dan ramai juga peladang yang mengusahakan ladang sendiri.
Pak Man antara orang yang pernah berkhidmat dengan apek itu. Katanya sekarang, bangunan itu dah lama terbengkalai, dan kadang-kadang bangunan itu dijadikan oleh orang lain sebagai tempat penyembahan, ritual, judi dan sebagainya. Itu pasal apek Cina itu upah kami jaga bangunan itu.
Pesan Pak Man, bangunan itu agak keras sikit sebab macam-macam aktiviti haram pernah berlaku dekat situ. Katanya jangan sesekali masuk dan usik peninggalan-peninggalan ritual di situ kalau tak ada ilmu.
Kesilapan besar aku adalah aku memberitahu cerita ini pada rakan sekerja aku pada hari keesokannya kami bekerja. Rakan kerja aku Mapley dan Meor. Meor pada awalnya faham penceritaanku dan hormat pada kawasan ini bagi mengelakkan sebarang tragedi buruk berlaku ketika bertugas. Tetapi tidak untuk Mapley, dia sangat berani dan cuba untuk tinjau dalam bangunan.
Aku dan Meor melarang sekerasnya tindakan Mapley. Mapley hanya beritahu kami “Aku gurau je la”. Entah perlu ke tidak untuk aku percaya gurauan itu. Mapley ini walaupun kecil, tetapi sangat berani berhadapan dengan makhluk mistik kerana dia pandai dalam merawat orang histeria.
Jam menunjukkan pukul 1:30 am, agak panjang topik perbualan kami. Kami memulakan operasi meronda kawasan bangunan dan berjumpa semula di pondok pak guard.
Route aku clear, route Mapley clear, route Meor kurang clear. Apabila ditanya kenapa, Meor hanya pandang kami. Aku dan Mapley pandang sesama sendiri dan mengangguk tanda faham.
“Kau jumpa ‘benda’ tu dekat mana?” soal Mapley,
“Mulut kau !” sergah aku,
Mapley tersengih sahaja. Kami bertiga masuk ke dalam pondok untuk menulis laporan dan berehat.
Selang beberapa minit, Meor pun bercerita. Menurut Meor, dia telah meronda ke kawasan bangunan. Ketika sedang menyuluh, Meor tidak sengaja telah menyuluh ke dalam bangunan.
Meor nampak pantulan sosok di dalam bagunan. Meor sangka pantulan itu merupakan pantulan dirinya di cermin, tetapi pantulan itu semakin membesar. Maksudnya pantulan sosok itu semakin menghampiri ke tingkap. Meor tidak duduk diam, terus angkat kaki.
“Biar aku pergi tengok” ujar Mapley,
Aku mengangguk. Selang beberapa minit, aku sedar tindakan aku membenarkan Mapley pergi meninjau adalah keputusan salah. Aku segera mencapai lampu suluh dan pergi mencari Mapley di belakang bangunan. Manakal Meor hanya tunggu dan jaga di pondok.
Sampai sahaja aku di belakang bangunan, tingkap telah dikuak seolah-olah Mapley sudah masuk ke dalam. “B*****g betul mamat sekor ni” kata aku dalam hati. Aku tanpa berfikir panjang masuk ke dalam mengikut tingkap untuk mencari Mapley.
Keadaan dalam bagunan ini sama seperti keadaan-keadaan bangunan terbiar. Berhabuk, pecah-pecah, penuh contengan dan barang-barang luar seperti botol arak, lilin-lilin, kayu kayan dan sebagainya. Perlahan-lahan aku mengorak langkah, tiba-tiba aku dengar bunyi tapak kaki di tingkat atas. Aku segera ke atas untuk mengejar Mapley.
Tingkat atas pula penuh dengan contengan yang sah seakan-akan ritual penyembahan. “Mapley mana kau!” jerit aku.
“Sini ~ ~” kedengaran suara perempuan halus di telinga ku.
Bulu roma aku meremang dan aku segera toleh di sekeliling aku. Tiada apa-apa. Aku segera turun dan keluar dari bangunan itu. Niat aku untuk mencari Mapley terbatal. Aku anggap Mapley telah lari keluar.
Ketika sampai di tingkat bawah, aku cepat-cepat berlari ke arah tingkap di mana aku masuk. Tiba-tiba aku tersadung seolah-olah ada kaki yang membentes aku.
Aku terjatuh dan toleh ke belakang. Aku sangka aku terlanggar sesuatu, tetapi rupanya aku terlanggar sosok perempuan berambut panjang yang sedang mencangkung. Sosok itu perlahan-lahan toleh ke arah aku dan berkata, “Lain kali masuk sini jaga adab.” Mata sosok itu merah, giginya rosak dan kulit mukanya seperti melecur. Pandangan aku mula kabur hinggalah menjadi gelap.
Setelah aku sedar, aku dikelilingi Mapley, Meor dan Pak Man.
“Bangun! Wey yang kau berani masuk kenapa? Aku pun tak berani” ujar Mapley,
Aku dengan termengah-mengah bertanyakan apa yang telah terjadi.
Berdasarkan penceritaan Meor, ketika aku keluar untuk mencari Mapley, selang beberapa minit Mapley telah kembali ke pondok. Kata Mapley, dia pergi ke tandas setelah meninjau keadaan belakang bangunan. Meor dan Mapley pun menunggu kehadiran aku semula di pondok. Setelah lama menunggu, mereka berdua pergi ke belakang bangunan untuk mencari aku. Namun aku tidak kelihatan di situ. Malah tingkap yang terkuak itu pun tertutup rapi. Mereka sangka aku ke rumah Pak Man untuk mendapatkan bantuan.
Mereka bergegas ke rumah Pak Man, tetapi aku tidak ada di situ. Maka Meor, Mapley dan Pak Man ke bangunan itu semula untuk mencari aku. Mereka pun mencari aku di sekitar kawasan bangunan. Meor menyuluh lampu ke dalam bangunan, kata Meor dia nampak aku sedang berdiri tegak seolah-olah sedang dirasuk. Meor cuba untuk memanggil Pak Man dan Mapley melalui walkie talkie. Sedang Meor memerhatikan aku agar aku tidak hilang, tiba-tiba sosok wanita menyergah Meor melalui tingkap. Meor pun tersentak sampai jatuh ke tanah.
Setelah Pak Man dan Mapley sampai di checkpoint Meor, kelihatan Meor sedang meniarap ketakutan. Mapley yang ada memulihkan semangat Meor dengan bacaan ayat al-Quran. Pak Man segera memecah masuk untuk mendapatkan aku dan bawa aku ke pondok guard.
Habis sahaja cerita Meor, aku mula tertanya. Siapa yang buka tingkap? Kenapa harus aku yang menjadi mangsa?
Aku memandang Mapley, dia hanya mengangkat bahu. Aku memandang Meor, dia hanya diam. Aku memandang Pak Man, dia berkata “Sudah ku bilang.”.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Pakman dah nasihat kan. padan muka