Sukmah Lailah Menuntut Janji

SUKMA LAILAH MENUNTUT JANJI

Watak yang diberikan oleh penulis tidak benar hanyalah sekadar rekaan semata.

Angin menyisir lembut dedaunan di hadapan sebuah rumah kayu. Sebuah rumah yang tidak pernah terfikir keindahan nya. Motif ukirannya pada setiap sudut dan sisi rumah begitu teratur dan tiada tolok bandingnya.

Marina terbungkam dalam relai nya sebuah jiwa. Ya jiwanya telah dihancurkan oleh seorang lelaki. Marina masih ingat lagi kenangan indah bersama bakal suaminya. Hanya tinggal empat purnama sahaja lagi mereka akan menjadi pasangan yang bahagia. Itulah impian Marina. Impian yang akhirnya dihancurkan oleh lelaki yang amat dicintainya….

Marina kini umpamanya tubuh tidak bernyawa. Seperti nya hidup tetapi tiada langsung dia bersuara walau sepatah kata. Sebenarnya hati Marina sering berbicara dan memekik selantang nya dalam kesepian jiwa. Namun tiada seorang manusia pun mendengar melainkan seorang kawan yang sering menemani nya kini.

Marina tinggal bersama kedua ibu bapa nya di rumah ini. Makan minum nya tidak lagi seperti dulu. Kalau sepinggan nasi dihidangkan ibunya maka sepinggan nasi jugalah yang akan dibersihkan…tidur nya jua tidak lagi seperti dulu. Malam berjaga siang nya seharian tidur.

Ibunya hairan dengan sikap yang dilihat pada si dara pagi tadi.. kebiasaan anaknya masih belum dapat membuka mata..matahari terbenam baru lah anaknya akan bangun. Tetapi hari ini berlainan sekali keadaan nya.

Marina dilihat sedang bercakap dengan seseorang begitu bersungguh sungguh dia berbicara. Namun butiran cakap nya tidak pula ibu tua ini dapat mendengarkan.

” kakak rasa saya patut membalas dendam pada si Hairul?” Marina memulakan bicara setelah agak lama perbualan mereka terhenti. “Wahai adik ku perbuatan dia meninggalkan kamu itu perlu dibalas tetapi bukan secara kasar ibarat nya menarik rambut di dalam tepung” kak zubaidah membalas pertanyaan adiknya itu.

“Bagaimana pula tu kak? Adik kurang mengerti maksud kakak” Marina bertanya kepada kak zubaidah yang sedang asyik menyisir rambutnya yang panjang itu. Cemburu melihat kecantikan kak zubaidah. Orang nya lemah lembut, pakaiannya sopan, kulitnya halus putih kuning malahan butir bicara nya jua lunak sekali.

” Dik, ini batu dan minyak kakak hadiahkan kepada kamu. Gunakan untuk mendapatkan keinginan mu sayang”. Tangan kak zubaidah menghulurkan dua hadiah kepada Marina. Marina tidak menyangka akan menerima hadiah yang tidak pernah terfikir oleh fikirannya. Usai memberi hadiah wanita itu berlalu kembali ke tempat asalnya. Tidak terlalu jauh daripada rumah kayu Marina ini.

Marina merenung tajam hadiah yang diberikan oleh kakak nya itu. Kepalanya ligat memikirkan tentang dendam yang belum dibalas. Marina terus berlari masuk ke kamarnya untuk memuja hadiahnya tadi.

” Wahai batu putih sukma….wahai minyak pengasih lailah. Aku mohon agar kau buat hati lelaki jahat yang meninggalkan aku tidak tenang..biar panas tubuhnya biar sinting akalnya. Setiap hari hanya aku yang dia inginkan dan fikir kan”. Selesai sahaja permintaan Marina terjatuh ke lantai bilik tidak sedarkan diri.

“Assalamualaikum, assalamualaikum”. Suara lelaki kedengaran memberi salam di hadapan rumah kayu yang tua berumur lebih seratus tahun. Setahu Marina ini rumah pusaka arwah moyang nya, Mbah Bayu. Mbah Bayu merupakan moyang daripada susur galur keluarga ayahanda nya.

“Mua’laikumsalam, mak ada di belakang ni sekejap ya nak”. Bunyi derapan kaki ibu tua perlahan lahan berjalan ke muka pintu rumah. Sudah rutin si ibu tua pagi sebegini akan sibuk dengan ayam itik belaan. Tidak lengkap rutin jikalau perkara itu tidak disempurnakan oleh ibu tua ini.

Ibu Marina terkejut melihat gerangan anak muda yang berada di hujung tangga rumahnya. Pemuda itu sudah biasa ke rumah ini. Kelihatan seperti keletihan termenung menghadap ke belukar buluh tak jauh dari rumah ini.

“Hairul…ada apa nak datang ke mari? Ibu atau bapak mu sakit kah? Atau ada perkara lain ingin disampaikan pada mak?” Ibu tua itu bertanya langsung kepada pemuda ini bukan kerana tidak kenal namun apa kah urusannya setelah lelaki ini memutuskan pertunangan dengan Marina secara mengejut. Puas dipujuk ibu bapa nya namun anak lelaki mereka tetap dengan keputusan untuk memutuskan hubungan pertunangan dengan kekasih hati nya Marina.

“Mak, ina ada di rumah saya rindu sangat nak berjumpa dengannya mak”. Hairul meluahkan rasa hati yang terpendam beberapa hari ini. Ingatan dia pada bekas tunangan nya itu tidak dapat lah ditahan lagi sehingga dengan tidak sedar dia telah melangkah ke rumah Marina.

“Wahai adikku lihat hasil dari apa yang kau telah usahakan, sekarang terpulang kepada kamu sendiri ingin terus kan dendam mu atau hentikan”. Bicara kak zubaidah seolah olah memujuk hati Marina agar meneruskan dendam nya. Marina mendengar suara lelaki di luar rumahnya itu malahan terlalu lama mengenali suara itu sehingga menjadi sebahagian daripada dirinya. Hatinya berbelah bahagi antara cinta dan dendam. Tetapi apa gunanya cinta kerna ia telah pun hancur. Kini hanya amarah ya!Amarah dan dendam….

Perlahan dia melangkah kaki ke arah anjung rumah. Kelihatan ibu sedang berbual dengan lelaki kejam itu. Apakah ibu telah pun lupa pada kekejaman lelaki itu? Puas dirinya merayu kepada lelaki kesayangan supaya dirinya usah ditinggalkan namun hanya kata kata hina dan cacian sahaja balasan dari bibir.

“Kau aku dah buang jangan harap aku nak kutip sampah busuk macam kau! Herdik Hairul kepada Marina yang menangis tersedu sedan di kaki nya. Hilang sudah kasih sayang dan cinta dek kerana panahan mata pada gadis yang baru berpindah di kampung itu . Hati nya kini milik Fatimah. Kaki Hairul menyepak muka Marina sehingga terpelanting gadis itu. Dia berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah yang tak mungkin ia akan kembali lagi.

“Hairul apakah maksud mu berada di dalam rumah ayah ku ini, lupa kah kau akan siapa diri mu sekarang dengan kami? Keluar!Aku tidak mahu melihat wajahmu di sini! “. Marina menengking lelaki yang tidak tahu malu di hadapannya itu. “Ina, jangan cakap begitu nak, mak tak pernah ajar kau begini. Usah kau turutkan perasaan marah mu.” Lembut sahaja si ibu menegur sikap anaknya yang tidak enak di lihat itu.

“Ina, maafkan abang sayang…terimalah abang semula tolonglah sayang….abang merayu”. Hairul merayu kepada Marina sambil melutut. Marina tersenyum sinis hatinya berkata hebat penangan hadiah kak zubaidah. Marina melihat lelaki itu sambil tersenyum manis lalu melanjutkan kaki nya ke dalam kamarnya. Dibiar kan saja lelaki itu menagih cintanya memang tak layak dia berada di rumah ini.

Hairul sudah tidak siuman di bibirnya hanya nama Marina sahaja disebut sebut. Sudah puas ibu bapanya memujuk namun tidak jua berhasil. Anak lelaki mereka seringkali merayau rayau ke rumah bekas tunangan nya. Kadang kala makan tidur nya juga entah ke mana.

Ibu nya si Hairul akhirnya membawa seorang imam kampung sebelah untuk mengubati anaknya. Kehadiran imam dinanti si anak pun telah pun sedari awal lagi di bawa pulang ke rumah. Selepas Isyak imam sepatutnya telah sampai namun kelibat imam langsung tidak kelihatan. Jam di dinding telah menunjukkan pukul 11.30 malam. ” Assalamualaikum!” Itu pun dah sampai detik hati si ibu.

“Minta maaflah ya saya tak jumpa jalan ke rumah kamu..berpusing pusing saya ke sana ke mari tetapi tak jumpa jalan. Dah jumpa jalan motor saya pula m**i secara tiba tiba. Kuat juga gangguan anak kau ni.” Imam memberi penjelasan kepada ibu bapa Hairul sebab kelewatan nya. ” Mana anak kau?” Tanya imam. Si ibu ke belakang dan membawa anak kesayangan nya keluar.

Elok saja si anak berada di depan imam terus berubah riak wajahnya dan anak itu menengking imam. ” Berani kau bermain api ya, kalau umur setahun jagung nak lawan dengan aku! HAHAHAHAHAHAHA.” Suara Hairul tiba tiba berubah kasar dan ketawa panjang sambil matanya mencerlung memandang lelaki berserban di hadapannya itu.

“Kau tak kenal siapa aku! Aku Lailah…penunggu rumpun buluh. Aku ada ramai lagi saudaraku. Setakat orang tua seperti kau dengan mudah aku dapat kalahkan!” Ketika ini tubuh Hairul terapung sehasta dari lantai. Matanya hitam semua, wajah nya lebam kebiruan. Si ibu menangis melihat ulah si anak teruna ini.

Marina dapat rasakan dirinya serba tak kena. Dibawa nya duduk tidak selesa. Kemudian dia berdiri membuka jendela biliknya membiarkan angin mendinginkan tubuhnya. Peluh menitik ke tangannya. Panas sungguh rumah ini.

Sedang ia mundar mandir di kamar tidur kelibat kak zubaidah muncul tiba tiba di hadapan pintu. “Marina kak perlukan setitik d***h mu..agar saudara saudara ku dapat melawan serangan lelaki tua tak guna itu”. Wajah polos wanita itu kelihatan berubah. Marina menghulurkan tangannya dan kelihatan seperti banyak makhluk bergigi halus meluru masuk ke dalam kamar nya. Wajah makhluk tersebut mengerikan..semuanya berebut menghisap d***h di jari manis Marina. Pandangan nya kelam dan bila tersedar ibu bapa nya berada di sisinya.

Marina kerap kali bermimpi bertemu wanita tua yang mengaku dirinya mbah Bayu akhir akhir ini. Tubuhnya kini semakin pucat dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku terhadap dirinya. Ada kalanya dia melihat ada makhluk yang bertanduk bertaring menggigit dan menghisap jari manisnya. Tetapi dia tidak pasti itu khayalan atau pun realiti.

Kak Zubaidah masih setia menemani nya saat dia ingin berbicara. Sentiasa ada setiap masa. Namun ada kalanya Kak Zubaidah akan hilang untuk tempoh yang lama. Terutama sekali bila masuk waktu solat. Bila ditanya mengenai perkara itu dia hanya tersenyum sahaja.

Ibu dan ayahnya telah mula memikirkan bahawa anak sunti ini bukan kecewa ditinggalkan tunang tetapi ada sesuatu yang lain. Masa kan tidak setiap hari berkurung di kamar bercakap sendirian. Ada kalanya ketawa kadang kadang kedengaran merajuk. Buntu fikiran ibu dan ayah. Mereka mula memikirkan yang tidak tidak pula. Menuduh keluarga bekas tunang anak nya mengirimkan sihir lah…atau ada orang lain…atau mungkin pendamping keturunan keluarga si ayah.

“Hei! Orang tua tak guna. Kenapa kau kacau aku? Kau belum cukup hebat untuk melawan aku lagi”. Tutur si Hairul yang masih dalam kerasukan. Imam tua Haji Mat kelihatan tenang walaupun keadaan sekarang menakutkan. Tiba- tiba sahaja angin kuat menderu deru masuk ke dalam rumah. Pintu dan jendela terbuka sendiri. Atap rumah Pak Leman dan Mak Leha berbunyi seperti ada orang berjalan. Mak dan ayah Hairul terkumat kamit membaca apa sahaja yang terlintas di fikiran. Terketar ketar bibir mak Leha melihat dan mendengar keadaan yang berlaku di rumah ini.

“Keluar kau dari tubuh anak adam ini atau kau akan ku sakiti,” tangan haji mat menarik badan Hairul tetapi dibalas dengan sepakan tepat di dada. Haji Mat membaca ayat al Quran sambil tangannya mengenggam lada hitam. Lantas dibaling ke arah lelaki yang kerasukan itu. Mengelupur tubuh Hairul kepanasan dan akhirnya tersembam juga ke lantai kayu rumah.

” Lekas sapukan muka, tapak tangan dan kaki dengan air zamzam yang aku bawa tadi. Aku dah bacakan tu ayat ayat nya.” Terkocoh kocoh mak Leha mengikut kehendak Haji Mat dalam ketakutan dan kesedihan. Mak Leha menyapu air itu sambil menangis mengenangkan nasib anak teruna satu satunya itu.

“Leman ikut aku azan setiap sudut rumah kau ni. Ambil ni garam yang aku dah bacakan Al fatihah, 3 Qul, ayat Qursi dan ayat tujuh . Aku nak pagar keliling rumah kau di luar selepas kau siap azan nanti. Haji Mat memberi arahan sambil menyiapkan bahan untuk memagar rumah. Tak boleh leka dan lalai. Pagar rumah ini akan hilang sekiranya penghuni rumah melakukan perkara maksiat dan melanggar suruhan Allah.

Mak Anum dan pak Berahim hilang punca melihat anak gadisnya asyik bersendirian menyebut nama sukma laila dan zubaidah. Pak berahim nekad hari ini dia mesti berjumpa dengan ustaz Naz. Biar ustaz ni tolong tengokkan keadaan Marina.

“Assalamualaikum! Assalamualaikum! ” ” Abang itu agaknya Naz cepat buka pintu biar saya jaga anak kita.” Baiklah mak nya aku nak pergi ni, pastikan anak kita tak keluar daripada bilik.” Pak berahim melangkah ke arah anjung rumah menjemput ustaz Naz masuk. Ustaz Naz bukan lah orang lain anak saudara nya juga.

” Pak long apa khabar? “.” Baik Naz cuma adik kau tu yang sakit”. Jawab pak cik nya dengan nada sedih.

Mereka berdua bersama sama berjalan ke arah bilik Marina. Terkejut Naz melihat adik sepupu nya begitu kurus cengkung. Boleh dikatakan tinggal tulang. Lebam dan kusut masai keadaan adiknya itu.

Naz terus meminta izin untuk solat hajat dan taubat. Memohon ampun dan mohon agar dipermudahkan segala urusan. Selesai berdoa Naz meminta segelas air dan dia titipkan ayat ayat Al Quran memohon dengan keberkatan nya akan sembuhlah adiknya. Dia merenjis ke muka dan seluruh tubuh adiknya.

Tiba- tiba mata Marina terbuka merah bibir kebiruan. Merenung ke arah Naz. ” Apa kau cuba lakukan anak muda? Kau pula nak mencuba nasib seperti orang tua si imam kutuk tu ke? Naz tidak mempedulikan kata katanya terus membaca ayat membakar jin di dalam tubuh adik nya.

Menjerit jerit Marina dan akhirnya setelah dua jam selesai jua kerja Naz. Dia terus bangun dan memagar rumah serta keliling rumah pak long nya. Naz minta malam ni pak long dan mak long membakar bata. Itu usaha terakhir…

Keesokan harinya gempar seluruh kampung apabila mendapat tahu Fatimah m**i dengan keadaan yang ngeri. Badan hitam terbakar mata terbeliak seksa.

Marina dan Hairul akhirnya mendapat tahu bahawa selama ini mereka telah dianiayai oleh Fatimah supaya tidak berkahwin. Fatimah itu merupakan cucu kepada nek Sah adik beradik seperguruan dengan Mbah Bayu. Semua nya hanya kerana dendam lama….

Kini Marina dan Hairul disatukan dan bermulalah kehidupan baru buat mereka.

TAMAT

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 comments

  1. wah x sangka fatimah yg jahat.

    sy fikir ending dia fatimah kawin ngn hairul.. si marina terpaksa menanggung akibat sb menyeru syaitan utk mbalas dendam (which is tipikal malay story) pdhal marina ni buat ‘jahat’ sb dia dikecewakan. and hairul-fatimah happy ending (typical malay lagi hehehe).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.