Assalamualaikum kepada admin FS dan para pembaca. Terima kasih sebab sudi lagi publish dan baca kisah yang aku share daripada sebuah blog. Aku juga sering mengikut perkembangan story aku melalui Facebook aku sendiri hahaha, tapi bukan dengan nama Cik Nana.
Sebelum ni aku pernah share lagenda Puteri Saadong dengan Mahsuri jadi kali ni aku nak share kisah lagenda lagi. Harap pembaca tak bosan lah ye. Seperti biasa, yang tak minat sejarah, aku syorkan jangan baca haha. Kepada pembaca, anda juga boleh request cerita apa yang korang nak tahu. Insya-allah aku akan cuba tunaikan. So let’s begin the story.
Lanun bermaharajalela! Dari arah Sedili Besar hingga ke kepulauan Riau dan Pulau Penyegat, seluruh perairan Johor di kuasai oleh lanun. Kapal-kapal perdagangan begitu gusar untuk memasuki pelabuhan Johor kerana bimbang diserang mereka. Tak kurang juga penduduk-penduduk setempat yang tinggal disepanjang pantai kawasan tersebut. Sudah berapa lama nelayan bimbang untuk keluar ke laut. Keadaan terlalu menakutkan…Tapi tidak di Kota Tinggi. Pusat kerajaan Johor Lama. Terlalu gagah pertahanannya, dibawah kawalan Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan Temenggung. Dan perlindungan yang begitu rapi ini membuatkan Sultannya yang masih muda berasa sangat selamat-Sultan Mahmud Syah II.
Pahlawannya pula sangat berwibawa dan bersedia untuk mengorbankan diri demi Sultannya pada bila-bila masa. Antaranya Laksamana Megat Seri Rama, laksamana muda yang datang ke Kota Tinggi dari sebuah wilayah jauh di selatan Kerajaan Johor, Pulau Bentan. Dan juga kerana tempat asalnya itu, beliau digelar Laksamana Bentan. Laksamana Bentan mendapat tempat yang istimewa di mata Sultan Mahmud kerana jasa-jasanya mempertahankan negeri dari ancaman musuh. Kerana itu Laksamana muda itu begitu cepat mencapai kedudukannya sekarang. Namun, sudah menjadi adat dalam masyarakat melayu, kadang-kadang kejayaan seseorang itu, selain dari memberi kegembiraan dan kebanggaan, turut mengundang hasad dengki kepada orang lain. Orang itu adalah Tun Bija Ali!
Sudah terlalu lama Tun Bija Ali berkhidmat kepada Kerajaan Johor, sejak dari zaman Almarhum ayahanda Sultan Mahmud hinggalah sekarang, masih belum mendapat perhatian dari Sultan. Tambahan kehadiran Laksamana baru itu, kini, Baginda Sultan seakan endah tak endah akan dirinya. Hati siapa tidakkan sakit?
Sakit hatinya bertambah-tambah lagi apabila Laksamana Bentan itu berjaya memiliki seorang dara yang juga ingin dimilikinya, Wan Anum. Gadis itu memang digilainya sejak kali pertama gadis itu menjejakkan kaki ke Kota Tinggi, setelah kematian ibu dan ayahnya d*****h lanun di Mersing. Dia diselamatkan oleh Laksamana Megat Seri Rama dari tangkapan lanun tersebut sedikit masa dahulu dan dibawa ke Kota Tinggi untuk tinggal bersama datuk dan neneknya, Pak Mahad di Kota Tinggi.
Sejak itu Wan Anum berkenan dengan Laksamana yang muda itu, dan ternyata, dia tidak bertepuk sebelah tangan. Dan Laksamana Megat Seri Rama mengambil keputusan untuk mengambilnya sebagai isteri, memandangkan Wan Anum seorang yatim piatu dan tambahan pula gadis itu amat luar biasa, lemah lembut dan cantik pula. Berkahwinlah mereka berdua dan tidak lama lagi pasangan muda itu bakal menimang cahaya mata. Wan Anum kini sedang berbadan dua dan hanya selang sebulan dua untuk menimang cahaya mata sulung.
Namun keadaan tidak selalunya seperti diharapkan. Harapan Wan Anum untuk bersama suami tercinta apabila dia melahirkan anaknya nanti tidak kesampaian.
Baginda Sultan telah mengeluarkan perintah yang bahawa Laksamana Megat Seri Rama perlu mengetuai angkatan tentera Johor menentang lanun sekali lagi. Keadaan ancaman lanun lebih hebat kali ini dan ini memaksa Laksamana tidak lagi dapat menangguhkan lagi perintah baginda, walau bagaimana sekalipun beliau bimbangkan keadaan isteri tercinta. Dan Wan Anum perlu memahami keadaan tugas suaminya dan itu janji pada dirinya sejak dari hari pertama dia menerima lamaran Laksamana muda itu. Demi negara, dia rela, dan ini pun demi keselamatan dirinya juga. Dengan berat hati Wan Anum melepaskan Laksamana Megat Seri Rama pergi menjalankan tugas dilautan.
Sepeninggalannya, Laksamana Megat Seri Rama mengamanahkan sahabat baiknya Tun Aman dan kakaknya Tun Khatijah menjaga isterinya Wan Anum.
Namun seseorang sedang memerhatikan peluang ini sebagai peluang yang amat menguntungkan. Keadaan Wan anum yang seorang diri tanpa suami disisi, akan dipergunakan sebaiknya, paling tidak untuk merasai wanita yang dulu pernah terlepas dari genggaman itu. Pada suatu malam, Tun Bija Ali menyusup masuk ke rumah Laksamana yang pada waktu itu Wan Anum sedang keseorangan. Wan Anum yang terperanjat tapi tidak mudah melatah. sekalipun berbadan dua, dia mencuba sedaya upaya menentang akan pencerobohan biadap Tun Bija Ali itu. Dan kegagalan itu membuatkan Tun Bija Ali tidak senang duduk. Bagaimana jika rahsia itu pecah dan sampai ke pengetahuan Laksamana? Pastinya Laksamana akan mengambil tindakan dan membunuhnya….jadi sebelum Laksamana bertindak keatasnya, biar dia bertindak dahulu.
Sudah hampir 2 bulan Laksamana pergi dan Wan Anum hanya mampu berdoa kepada doa demi keselamatan suami tercinta. Kandungannya semakin sarat. Tapi ada satu perkara yang membuatkan dia gelisah. Terlalu sukar hendak mendapatkan nangka kerana sekarang bukanlah musimnya berbuah, tapi itulah yang amat diidam-idamkan. Kecur tekaknya apabila mengenangkan ulas nangka yang manis tapi dimana hendak dicari? Awang, budak khadamnya itu sudah penat mencari, dari Kampung Bendahara ke Kampung Tembioh, dan seluruh Kampung Kelantan tempat tinggalnya itu masih tidak berjumpa. Setiap batang pokok nangka dibelek, usahkan buah, putik pun tiada.
Namun seakan harapan mula berputik bila terlihat Penghulu sedang mengusung sesuatu di bahu melintasi rumahnya. Dan ternyata ianya sebiji nangka yang sedang masak ranum dan luar biasa pula besarnya dalam perjalanan untuk dipersembahkan kepada Sultan. Wan Anum merayu untuk menjamah sedikit dari buah tersebut, seulas pun jadilah. Semata-mata untuk melepaskan rasa mengidam yang meluap-luap. Rasa simpati mencurah lalu diberikan seulas dari seluruh buah nangka tersebut. Tapi janji dibuat antara mereka berdua, jangan dibiarkan sesiapa yang lain tahu kelak badan binasa.
Malangnya Sultan Mahmud mencurigai akan buah nangka tersebut apabila terlihat akan kesan tebukan kecil pada kulitnya dan getah yang mengalir. Dan apabila dinyatakan angkara siapa, lalu Tun Bija Ali yang kebetulan berada bersama Sultan ketika itu sedar akan peluang ini tidak boleh dilepaskan. Dendam harus dilunas. Lalu dibisikkan kata hasutan, bahawa tindakan Wan Anum yang merasai nangka tersebut sebelum baginda ternyata membawa aib dan ternyata derhaka kepada baginda. Baginda Sultan yang termakan hasutan ternyata amat murka dan segera menitahkan Wan Anum mengadap. Wan Anum yang sedar keadaannya dirinya sedang terancam merayu kepada baginda bahawa tindakannya semata-mata kerana beliau sedang mengidam dan buah nangka yang dimakannya adalah kerana kehendak anak didalam kandungannya. Ternyata kata-katanya membawa padah! Sultan Mahmud menitahkan agar perut Wan Anum dibelah semata-mata untuk membuktikan dakwaannya! Tun Bija Ali amat gembira menerima titah tersebut, rahsianya akan terus berkubur, Wan Anum akan menerima padah dan dirinya akan terselamat.
Alangkah malang dan terseksa nasib Wan Anum, sembah rayu tidak dipandang oleh baginda….dan Wan Anum akhirnya terkulai, dengan kandungannya yang terburai. Tapi kuasa Allah Yang Maha Besar. Dakwaan Wan Anum ternyata benar, apabila terlihat oleh baginda dan Tun Bija Ali, terdapat cebisan nangka di mulut janin Wan Anum! Namun itu tidak membawa apa-apa kesan kepada Sultan Mahmud dan Tun Bija Ali, malah diperintahkan seluruh isi istana merahsiakan apa yang telah berlaku terutamanya dari pengetahuan Laksamana Megat Seri Rama.
Angkatan tentera Johor menang besar dengan berjaya mengalahkan lanun dan Laksamana Megat Seri Rama sudah tidak sabar benar hendak pulang ke Kota Tinggi untuk bertemu anak isteri yang pada jangkaannya tentu Wan Anum telah pun melahirkan zuriat mereka. Namun khabar mengatakan Wan Anum meninggal dunia semasa melahirkan anak mereka meluluhkan jiwa laksamana tersebut. Terlalu kecewa dan pedih dihatinya. Pada suatu hari, sewaktu berjalan pulang dari kubur, hujan renyai turun memaksa laksamana itu mencari tempat perlindungan dan dia singgah berteduh dibawah bumbung sebuah rumah pekerja istana. terdengar olehnya akan perbualan suami isteri didalam rumah tersebut mengenai penganiayaan dan dilakukan oleh Sultan Mahmud keatas Wan Anum. Rasa amarah meluap-luap dan membara, membakar rasa dendam yang teramat sangat. Tambahan pula, Tun Aman sahabat baiknya membuka rahsia, yang semua ini angkara dari Tun Bija Ali! Lalu sebuah pakatan dibuat untuk menyelesaikan kedua binatang bedebah tersebut.
Tun Bija Ali seorang yang kaki perempuan, walaupun telah beristeri empat tapi masih menggilai perempuan lain, antaranya Tun Khatijah, kekanda Tun Aman. Dan peluang ini digunakan oleh Tun Aman untuk memerangkap Tun Bija Ali dan hasilnya, Tun Bija Ali berkubur ditengah hutan tanpa diketahui sesiapa! Tersenyum puas Laksamana Bentan kerana orang yang menjadi onar telah pun menerima akibatnya namun itu belum cukup…
Pada suatu malam Jumaat, diperasap diasam keris panjang dan keris pendua. Esok, bumi Kota Tinggi bakal menjadi bertuah, dimana ditanahnya akan melimpah d***h seorang Raja. Menjelang tengahari, sewaktu penduduk Kota Tinggi berpusu-pusu menuju ke Masjid Besar untuk menunaikan solat Jumaat, hujan renyai panas membasahi bumi. Sultan Mahmud Syah sedang dijulang pengiring-pengiringnya dari atas tandu ke tangga istana. Dan tiba-tiba Laksamana Megat Seri Rama muncul, menghalang laluan baginda. Diatas julangan tersebut, baginda ditikam dirusuk kiri membuat baginda dan orang-orangnya terpana, terkejut dengan apa yang berlaku. Tetapi dalam keadaan nazak, Baginda mencabut keris kerajaan yang tersisip dipinggangnya, lalu dilontar ke kaki Laksamana, lantas memaku Laksamana itu kebumi, sambil melafazkan kalimah
“Jika benar beta Raja berdaulat, beta haramkan sebarang anak Bentan dan seluruh keturunannya memijak bumi Kota Tinggi, jika diingkar beta sumpah muntah d***h hingga putuslah nyawa!”
Dan tak semena-mena, Laksamana yang sedang cuba mencabut keris dikakinya, memuntahkan d***h yang membuak-buak lalu rebah dikaki tangga masjid. Sementara Sultan Mahmud Syah mangkat diatas julangan pengiringnya.
Sejak dari peristiwa itu baginda yang merupakan keturunan Kesultanan Melaka yang terakhir, digelar orang Marhum Mangkat Dijulang dan tidak meninggalkan sebarang pewaris.
Tamat.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Yay!
yeay pulak dya haha peminat sejarah ke acane?
sebenaunye ayat tak habis..yay first! gitteww..hahah
Best cik Nana! Suka baca sejarah..tengok cerita pasal sejarah..cerita pasal Dayang Bunting lak pasni…hehe..nahhhh bintang2 kejora yuntukmuuuu…
Kalo aku sejarah ni aku buat bedtime story…
Asal sejarah je tido, asal tido je time sejarah… Hmm.. Huhuhuu
hahahahah…sabor jele…so baca ni terus tido ke camne..hahah
Naseb baik story ni x panjang mcm buku teks… Tu pun mata layu aje.. Kakakaka
hahahahahahhaha aku pun sama. hahahahahahha
aku dan sejarah berpisah tiada..
time sejarah tu tok menghayati sangat.. sampai tak sedar yg tok da hilang jauh dr realiti..
mungkin lepas ni ko hanyalah sejarah kingkong…
kiranye kena pencen jd tukang komen betul2 la ni.. haha
Atas ni real singkong ke?
knpa?
haha. takde pape. saje tanye. ignore2
tak real tu. saya real..kenapa ye mawar?
ni mesti cik bunga.. haha ke tak?
aku singkong yg free gift..
hahahaha sama laa.. paling tak best belajar sejarah.
ikut drorg dulu2.. masih ada keturunan laksaman ni yang jadi polis… dia cuba mengelak dr lalu kawasan tu tapi satu hari dia ikut rombongan khursus bila lalu kawasan tu dia muntah d***h sampai la keluar dr daerah tu barulah muntahnya terhenti..
apapun good share ai suka baca..
nk request cerita cik siti wan kembang skli… hihihi…
tak pun puteri santubong and puteri sejinjang…
Aku pernah pg kem kt sini. Pergh kiri kanan depan blkg kubor weyh kt telok sengat kota tinggi (johor lama) nk pg kantin pn kubur. Tp srsly bestt !! Tmbh skit ilmu aku sbb aritu time dierg stry psl sejarah johor lama aku x puas hati.
Story ???. Cik nana naty buatla story pasal puteri lindungan bulan pulak. Cik siti wan kembang ke
sedapnya nama mawar 🙂
sedap lagi name pheerero . rase nak kunyah2 je. hehhe.. tetibe lapar pulak
ahh jangan.. ingat mawar tak boleh buat air ke? buat mandi bunga. habislah awak hihihihi
awak jngan macam2 _. pupus nanti keturunan saya. sume awak nak petik. tpi name awk tu tknak tmbah rocherr ke kat belakang. macam lagi sedap je. hehe
belum bersedia lagi nak tambah, kena kahwin dulu dengan mr. rocher dulu kot hahaha
Emm ekceli, nama penuh i Rochermyy, Just call me Rocher for short. Apakah ini satu kebetulan yang tidak disengajakan? Petanda apakah ini? Jantung makin berdebar, serba tidak kena dibuatnya. Emm
ehem ehemmmmm
ya? nak belon ke? nahh ?
hahaha. boleh2. bak sini. tengok belon teringat cite ‘it’.
So lepasni u akan ingat kat i pulak bila tengok belon. Awwww so sweettt ?
Uwekkk
9/10
Cik nana laksamana sunan cik nana. Aku malas nk cari. Nk tunggu yg ko juga cik nana
Cik nana… Nak request cite tok janggut pulak…
Kannn…siapa cakap sejarah membosankan. Apabila kena dgn gayanya, memang siap boleh imagine aksi-aksi dan scenery waktu dulu.
Yg membuat kita bosan dgn sejarah ialah guru2 sekolah yg mengajar takde ‘nurrr’, semata2 teks untuk dihafal
ceq setuju betui dgn ang kadiaq oi. masuk kelaih sejarah tudia, nala punya mengantuk. kelaih sains segaq pulak lagi2 yg form 3 chapter 4 – human reproductive system. emmm
siap ingat chapter tuhhhhhhhhhhhhhhhhh..nampak sangat…kah
tu chapter favorite ke acane?
takdelah, kawan yg bgtahu chapter tu best. emmm
takyah sebut la…. mmg peberet aku jugak.. ekekekekeke
betul tu kandiaq.. dekat sekolah cikgu buka buku teks dan bercakap dekat depan… yg duduk belakang ni memang dah kebulan rasanya…
yg kat belakang dah jadi roket saintis 😀
arwah nenek saya dr keturunan Megat Seri Rama. katanya mmg x pernah jejakkan kaki ke Kota Tinggi… kakaknya dulu pernah simpan Lembing Awang Pulang ke Dayang. just share info
jadi bermakna awak juga adalah dari keturunan yang sama lah kan? best kalau kita tahu susur galur salasilah keturunan ni.
Best gak baca cerita legenda negeri korang ?????
lagi best kalau baca cerita tentang kita berdua ?
Haippp ada je ko at memana ni miee
hahaha aku tengah tunggu hujan berhenti ni kak. begitu syahdu terasa di dalam diri ?
Jom cerita tentang kita ?
malu lah. hikhikhik ????
Alaa malu lh pulak ahahahaha
org tak minat sejarah, tapi semua cerita awak org baca, jadi menarik pula bila jadi cerita.. kongsi laa cerita lain lagi
itulah, cinta itu buta.
tetibe lak ahahahaha
dan juga boleh membutakan
lalalala~
jenis sis mmg xboleh hadam cerita sejarah ni .. tapi cara penyampaian cik nana ni elok pulak sis hadam dengan jayanya .. bestt !
Hmmm, adakah langsung tiada sisi kebaikan di dalam diri Al-Marhum Sultan Mahmud ini? Aku musykil kalau macamni punya kejam takkan takda rakyat yang memberontak?
aku pun tak berapa minat sejarah. tapi ada satu sejarah yang aku suka. sejarah mungkin berulang – new boyz
HAHAHAHAHAHAHAHHAHAH
Berpanas hujan berembunnnn~
tak pernah ku hiraukannnnnn
krekkkk krekkkk ppsssttttt sshhiikkkkkk
Alaaaa~ terus rosak lepas ko nyanyi. hm.
Cisss..ko tak dengar lagiiiiiii…
sore teran
hahahahah weh delustar kaki sotong~ aku nak tanya ko something ni. huhu
soklan ape ko nak tanya..silakan..semalam pon si bambam nak tanya ..sampai kesudah takde soklannye…cepatle satu soklan lime posen..
aku nak tanya.. ko ni lelaki ke perempuan? huhu. tu je.
hermmm…ko ghaseeeeeeeee~ hehehe
hm. kalau aku dapat rasa, aku tak tanya kau lah. huhu
nak jawab ke tak ni??
let it be mystery for now…trust your instinct…
KEHKEH
hm yelahhhh. huhu
ajar aku buat tulisan tu wehhhh
haha
nasib baik aku buat menjadi..aku pakai belasah jek tadi..hahah ..boleh ajaaa…tapi pengeresnye dulukkk…
kehkeh
asal aku x menjadi ni? huhu.
nah ambik air teh ni.
haha
haha
haha
haha
ape ko letak dalam teh ni…tersembur haku minum…
baiklah..
tekan # 6 kali sebelum ayat dan 6 kali # selepas ayat
ko paham ke idoooooookkk
test
test
test
test
~ test ~
sedap tak? muehehehehehe
amboi banyak betul nak di tekan. hm
pahammmmmmm
edit balik komen ko. nanti org tahu hahahahaha
sempat baca
delete̶h̶a̶h̶a̶h̶a̶a̶h̶h̶a̶h̶a̶h̶a̶h̶a̶n̶a̶t̶t̶t̶t̶t̶
yg atas ni ajau aku lak oi…ala takleh nak delete ..kahkah
FF ngan Delustar ade pape ke… Kakakaka
######sepai cikbam######
Alaa apesal x jadi… Emm..
test
hoi diamlahhhhhhhhhhh
delustar org melaka rupanya
kahkah..bukan leeee…den orang key elll…
yang ni ko pergi mintak ajar juri.. susah sikit ni wehhh. banyak coding hahahahahahah
test
test
ajar le betul2 woi
test
test
test
test
test
test
suke le tuuuuuuu
Ajar!!!!!
ajar apa syg?
menempel ajeeeeeeeeee
aku suruh ko ajar semalam ko taknak??? alahhhhh~
sebab aku dah bagi dia minum teh aku beb. hahahahahahha
makin laris teh ko skang. huhu
dah terkenal sangat dah ni. hm. tak larat dah aku ngek. hahahhaha
ko patut cuti sebulan wei, pegi zimmbabwe ke? haha
aku rasa aku nak pencen awal lah. hm. nanti dapat lah nak makan duit epf awal. haha
*****haihai juju*****
koo kakkk, tak hai aku pon, huhu
semalam haku lupe la wehhhh…
janganle maraaaa
strikethroughhhhh tu ajarle woi
suka cara writer ni susun ayat. 5 bintang!
Salam…sy ada soalan…minta pencerahan kpd pembaca2 fs yg budiman…
Kenapa raja walaupun seorang yg kejam, sebagai contoh di sini adalah Sultan Mahmud Syah II, tetap berdaulat?Apa yg dimaksudkan dengan daulat?Mana mungkin seorang yg kejam mempunyai kuasa untuk menyumpah seseorang beserta keturunannya dengan sumpahan yg dahsyat?Lagi2 orang yg disumpah adalah mangsa Sultan sendiri.
Dan sy ada terbaca di satu rencana di sebuah blog yg mengatakan daulat sebenarnya adalah saka. Jadi, sy minta pencerahan dan pendapat dr pembaca2 sekalian. Terima kasih.
f.. pnh jugak tertnya2.. hrp ada pnjlsn..
sebagai orang kota tinggi, sejarah sultan Mahmud mangkat dijulang ni memang satu sejarah yang sohor dan sebati bagi kami. maklum keturunan laksamana bentan memang tak boleh jejak kaki ke kota tinggi kerana sumpahan seorang sultan. banyak lagi kisah sejarah menarik dan punya unsur mistik di kota tinggi. makam sultan Mahmud masih ada di kampong Kelantan, kota tinggi Johor. kota tinggi adalah pusat pemerintahan satu masa dahulu. kalau pergi ke kota Johor lama, dikatakan terdapat sebuah binaan yang mirip binaan di kota Melaka. tetapi ianya sudah tinggal sedikit binaan berbaki. bagi yang bernasib baik, mereka mungkin akan dapat melihat agamnya binaan tersebut. penggemar sejarah lama dan kisah mistik, jemput dating ke kota tinggi.
Best!sila buat lagi cerita sejarah
9/10
Tahniah Nana. Cerita yang menarik.
Roommate maira berdarah keturunan bentan. Memang dia mengaku yg dia tak boleh jejak ke Kota Tinggi. Tulah sumpahan masih bersisa pada dia. Tapi tak seteruk tuk & ayah dia la.
kalau jejak jadi apa? tak pernah dengar lagi kisah ni.
maap saya tak berapa boleh fokus kalau baca sejarah.
banyak nau karakter nak kena imejin.
kalau ikut sumpahan.. orang berdarah keturunan bentan akan muntah d***h bila jejak kaki ke KT..
tapi macam kes kawan maira. Dia dah lebih dari 7 keturunan dah masuk keturunan ke9. Jadi kalau jejak KT dia akan sakit. Pening, pitam kadang2 sampai lemah badan. Kalau ayah dia, masih muntah2 tapi tak seteruk atuk dia la.
mengarut
kurapat
maira pun tak pasti abg Juri… sebab roommate maira tu ckp macam tu.. kalau dy tipu maknanya maira tipu semua orang. Kah!
cer siapa2 pembaca sepi tolong mengaku kalau pernah alami mcm ni.
kalau yg tak tau keturunan tu cemana la agaknya ek.
saka ni boleh detect DNA ke?
Cerita – cerita sejarah yang menarik. saya berminat untuk baca tetapi kalau boleh, nak ada sedikit kesan dari cerita -cerita sejarah itu. contohnya, kalau cerita ini, hasil daripada sejarah ini negeri johor menjadi apa… kalau boleh kesan itu agak dekat dengan zaman ini. Sebab saya lihat setiap negeri di Malaysia punya tradisi dan adat yang berbeza juga dialek yang berbeza… Berminat juga nak tau sejarahnya… sekadar pandangan sahaja. Apa2 pun terima kasih kerana berkongsi cerita.
Harith. maksudnya awak nak tahu kesan dari sejarah? Contoh pasal Sultan Mahmud ni & kesan yg terhasil dari sejarah ni pada negeri Johor?
Yup… lebih kurang mcm tu la. Kalau boleh utk next story klu ada kesan2 dr sejarah, saya rasa mgkn lg menarik.
saya ade soalan . siapa boleh jawab soalan sayaa?? ..
apa yang saya tahu 7 keturunan laksama bentan tak boleh jejak kaki ke kota tinggi , akibatnya akan muntah d***h … bukankah laksamana bentan tak mempunyai anak ? daripada mana datangnya keturunan bentan ?
Ikut lafaz sumpah sultan, ANAK BENTAN x boleh jejak ke kota tinggi maksudnya semua orang berasal dari kepulauan Bentan dan tidak terhad kepada keturunan megat sri rama shj.
Gambar atas tu gambar Wan Anum ke?
kenapa dia pakai setoken.haha
##CikNana tolong buat pasal Raja Jembal pulak##
kahkah..tajam mate ko ni juriah…terus aku tengok gambau….kahkahkah
aurat
Kain batik dia senteng.. Tu yg dia pakai stokin… Wakaka
kenapa setokin dia sama dengan setokin sekolah anak saya????
Ok paham dah. Baru aku tau kenapa dipanggil Mangkat Dijulang.
Kalau tak payah aku nak hadam gelaran nama tu.
Mcm tade gelaran lain nak bagi. hehehee
Ok..
min o min. mana pegi ko nye page HOME? tak nampak dah nak senarai cerita nak baca.
ada lah melorr cuba tengok semula
the best.. cerita lagi pasal sejarah plisss
Assalamualaikum, saya org baru kat sini, ape kabar semua
Terasa nak mengkomen pulak
Waalaikumsalam MH.. silalah drop komen sesuka hati.. haha
Owh silalah komen
Best.mohon buat cerita sejarah lg
Request cita puteri gunung ledang asal usulnya.
Sejarah mungkin berulanggggggg~~
Nice story . I like . Pasni buat banyak2 lagi ea . Macehh .
kisah ni ada di filemkan .nordin ahmad yang melakonkan watak laksamana.sedih tau cerita ni.sampai hati dibelah perut.ms tonton filem ni kecik lagi.sekolah rendah..hjg thn 80an…
berebut permpuan cantik..berebut buah nangka dgn org mengandung..adeh…err ade x kisah sejarah yg rajanye bijak2 pulak..maklumlah result sejarah aku ke laut
Takde hati perut betul kat orang mengandung…huuuu
Cik Nana, saya nak minta cerita tentang riwayat hidup Laksamana Hang Tuah boleh?
Apa pun cerita ni memang best
kalau semuanya m**i..jadi mana dtgnya yg mengaku keturunan laksamana bentan? konpius sy
Honest talk, nenek aku ada kaitan/pertaliam d***h dgn sultan mahmud mangkat dijulang nie
aku dapat B sejarah SPM.