Sundel Bolong

Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca FS and thanks to admin FS sebab siarkan cerita ni. Sebelum ni adik aku ada hantar cerita kat sini bertajuk ‘Kisah Sesat di Hutan Damai’, so ni pulak pengalaman aku waktu bersekolah di sebuah sekolah teknik.

Waktu tu aku baru seminggu mendaftar di sekolah, sekolah ni asrama penuh, so wajib la duduk asrama. Nak dijadikan cerita, satu malam ni, waktu prep (dlm pkul 8.30 malam macam tu), tiba2 ada budak histeria. Yang kena histeria ni budak senior( budak senior prep di bilik study tingkat 1, junior prep di tingkat 2 n 3). Benda ni jadi kecoh sebab histeria ni melarat sampai 5-6 orang senior kerasukan. So kami yang junior ni diarahkan turun ke bilik study tingkat 2, semua berkumpul di sana.

Tangga untuk turun di asrama ni, ada dua. Satu tangga menghadap jalan masuk asrama, satu lagi tangga menghadap hutan di belakang asrama. Kami guna tangga belakang sebab dekat kalau nak pergi bilik prep tingkat 2. Time semua cepat2 nak turun kat tangga (xda yang bertolak2, still jaga etika hehehe) tiba2 bekas pencil aku terjatuh. Time aku tunduk nak ambil tu, aku ternampak ada kain putih menyeret di tingkat bawah sekali (tangga ni just ada hadang besi je, tingkat 3 boleh nampak sampai bawah). Tapi aku tak hiraukan, sebab nak cepat kan (dalam hati tu, Tuhan je la yang tau).

Waktu dalam bilik prep tu, kami mula la ‘berporet’ dengan senior yang jaga bilik prep kami tu (panggil dia Kak Eyn) nak tau kisah senior yang kerasukan tu. Kak Eyn pun bercerita, orang pertama yang kerasukan ialah Kak Min. Sebelum dia kerasukan tu, dia ada cakap yang dia ternampak ada kelibat perempuan berjalan seperti mengendong bayi di jalan belakang asrama. Dia ternampak sebab dia duduk sebelah tingkap, dan tingkap tu menghadap jalan di belakang asrama. seberang jalan tu pulak hutan(sorry, x pandai nk explain sangat, hehehe).

Tak lama lepas dia tegur tu, tiba2 dia berdiri tegak dalam 2-3 minit macam tu. Then, dia mula bersilat. Mula2, yang lain ingat dia bergurau. Then dia tiba2 dia macam sawan and terus statik dalam posisi yang mengerekot. (Kak Eyn yang cerita, aku pun xpandai nk imagine..haha). Lepas tu ramai pulak yang kena sawan, dan mula tak sedarkan diri, tapi tak ada la menjerit2 (expectation aku kalau yang kena histeria/kerasukan ni, biasanya jerit2 bagai). Mereka yang kerasukan, telah dibawa ke surau dan di ubatkan oleh seorang ustaz dari kampung yang berdekatan.

Kira-kira 3-4 hari selepas kisah senior kerasukan. Suatu petang, kira2 jam 5.30 macam tu, aku dan kawan aku, Val melepak di tangga di tingkat 3, tingkat atas sekali (memandangkan tingkat atas sekali tidak berpenghuni, so terasa aman kalau nk melepak) menghadap hutan di belakang asrama. Tengah syok2 melepak, tiba2 Aku dan Val ternampak dari jauh seperti seorang yang berselubung berpakaian serba krim kecoklet-cokletan mengheret sesuatu di atas jalan. Ah sudah, takkan la ada hantu pulak di siang2 hari macm ni. Kami dan Val terus merenung orang tersebut. Kami mula berfikir bukan2. Mungkin, ada mayat di dalam karung tersebut, sebab karung tu macam berat sangat.

‘Dia’ semakin dekat, dan ketika ‘dia’ lalu di jalan berdepan dengan tempat kami duduk, ‘dia’ tiba2 berhenti dan berdiri tegak. Aku dah mula cuak, aku mula menguis2 Val, memberi isyarat untuk lari. Val seperti memahami mula mengemas makanan dan minuman. Mata kami masih memandang ke arah si ‘dia’. Tiba2, si ‘dia’ melepaskan kantung yang diseretnya. Allahu! Baru aku perasan, kantung yang diseret ialah ‘Pocong’. Aku rasa kaki aku dah mula lemah, peluh sejuk mula keluar. Aku berpaut dengan Val, waktu aku dan Val mula berdiri, untuk lari dari situ. Tiba2 si ‘dia’ mula memusingkan badannya, bukan untuk menghadap kami, tapi membelakangkan kami. Aku terus pitam sehabis dia berpusing, kerana terlampau terkejut melihat belakangnya berlubang!

Aku tersedar ketika merasakan pipiku perit seperti ditampar. Aku melihat, orang ramai sekelilingku. Aku dalam keadaan mamai, memerhati sekeliling, dan aku lihat ada 3-4 orang senior lelaki di dalam bilik tersebut. Aku perasan yang aku bukan berada dalam bilikku, tetapi di dalam bilik solat di dalam aspuri. Aku lihat kawan aku, Nisa dan Ain menangis. Seorang kakak senior, menyuruh aku mengucap dan membaca al-fatihah. Aku still mamai lagi, ikut jer arahan senior tu. Then dia suruh aku ikut dia baca surah bismillah 5.

Sewaktu aku mula nk baca ayat pertama tu, tiba2 aku rasa rahang aku ni kejang. Lidah aku pun kejang. Aku mula mebaca lagi, tapi pelik bunyinya, lidah aku seolah2 beku. Aku mula rasa badan aku ni kebas. Senior lelaki yang ada tadi mula mendekati dan membaca surah2. Kawan aku Nisa dan Ain mula mengurut kaki dan tanganku. Aku seperti kekejangan. Jari tangan dan kaki aku mengerekot. Aku tiba2 rasa sejuk sangat2. Mengigil2 badan aku. Kakak senior yang ada tadi memegang kepala aku sambil membaca surah2. Waktu dia pegang tu, aku rasa sakit sangat2. Kepala aku seolah2 ditekan, sampai sakit leher aku. Aku nk marah kakak senior tu, nak cakap jangan tekan kuat sangat, tapi suara aku tak terkeluar.

Lepas tu, tiba2 aku rasa badan aku ni keras, langsung tak leh gerak, nafas aku sesak. Jantung aku ni toksah cakap, berdebar2, macam nak meletup jer. Aku tiba2 rasa takut yang amat. Then, tiba2 aku dengar seorang lelaki memberi salam di depan pintu. Aku pun toleh kat dia. Aku tak tau kenapa tiba2 aku jadi takut dengan lelaki tersebut. Dia mula menghampiri aku. Aku mula menangis ketakutan. Dia pun tanya aku nama aku, dia tanya kenapa ni. Suara dia lembut jer, dia senyum jer. Tapi aku punya la takut dengan dia ni takyah cakap, sampai berhingus aku menggigil huhu.

Then dia minta izin untuk ruqyahkan aku. Kawan aku yang dua orang tu laju jer jawab ” YA, BOLEH USTAZ”. Aku pulak tiba2 rasa marah dengar diorang cakap mcm tu, terus aku tiba2 rasa kekuatan nak cekik diorang. Nasib baik sempat ditahan oleh abang2 senior di situ. Ustaz tu pun mula bacakan surah2. Macam tadi jugak, aku tiba2 rasa sejuk sangat2, badan aku ni rasa kejang. Then aku mula menangis mendayu2. Aku pun hairan kenapa aku nangis macam tu, macam merdu and sayu semacam jer. Then, aku tiba2 rasa ngantuk sangat2. Lepas tu aku tak sedar lagi.

Sedar je, aku dah ada dekat bilik. Aku tengok sekeliling, hari macam dah siang. Aku tengok Nisa kat sebelah aku, sedang tidur. Aku try nak bangun, tapi kepala aku still rasa berat lagi. So, aku kuis2 la si Nisa ni, nak suruh dia bangun. Tiba2 dia mcm tersampuk ni, bangun jer, terus berdiri di hujung katil. Aku pulak yang seram tengok dia. Then dia tanya aku. “Su, kau ok tak? kau Su kan?”. Aku pun pelik, apahal budak ni, tanya soalan macam ni. Aku pun ambik bantal kecik aku, baling kat dia.Terus dia sengih2, and jawab balik “Ok, Su la ni. Kompom, hehee”.

Lepas tu, aku pun ajak dia mandi. Lepas mandi tu, otw balik bilik, baru aku perasan, asrama sunyi jer. Aku pun teringat, Dem! hari ni hari rabu kan, still sekolah lagi. Tapi why aku and Nisa tak pergi kelas. Aku cepat2 masuk bilik, aku tengok jam dah pukul 10 lebih pagi. Then, Nisa pun macam paham kekeliruan aku. Dia pun explain “Su, malam tadi kau sakit. So, kau diberi kelonggaran untuk cuti rehat hari ni. Aku ditugaskan untuk jaga kau”. Aku pun tanya la, aku sakit apa. Dia mcm teragak2 nak jawab. Lepas aku dah desak, baru dia jawab. “Semalam ada orang dengar budak menjerit kat tangga atas sekali, diorang pun pegi tengok. Diorang tengok Val menjerit sambil menangis2 cuba tarik kau pegi bawah. Kau pulak time tu dah pengsan. Diorang pun pujuk Val, dan tanya kenapa, Val tak dapat cakap, still nangis2 macam orang hilang akal, then warden terus kol parents dia untuk bawa Val ni balik. Kau pulak, time tu dah sedar dari pengsan, cakap tak nak balik. Kau cakap jangan bagitau parents kau. Kau ok jer. Val yang sakit. So kitaorang diam je la”.

Aku pun blur, bila pulak aku cakap macam tu. So, aku pun paksa dia cerita kes yang berlaku sampai aku dibawa ke bilik solat. Dia dengan muka cuak dan terpaksa terus bercerita, setelah didesak. “Malam tadi, waktu prep, kau tak da dalam bilik prep. So, Aku, Ain dan Irah cari kau pusing2 asrama. Then kitaorang dengar macam ada orang nyanyi kat tingkat bawah sekali (Tingkat G). Kitaorang dengar macam suara kau. So, kitaorang pun panggil la budak2 bilik yang lain, pegi teman cari kau kat bawah. Kitaorang jumpa kau dalam toilet yang gelap. Ko tengah nyanyi2. Bila kitaorang bukak lampu, tengok kau tengah mandi. Cedok air dari air jamban. Ko siap sengih2 lagi waktu ko tengok kitaorang dekat pintu jamban tu. Tu yang kitaorang trus tarik ko, bawak pegi bilik mandi and mandikan ko. Time tu ko sengih2 je, mata pandang ke atas. Kitaorang memang cuak giler time tu. Nasib kitaorang ramai huhu. Lepastu kitaorang trus tarik kau masuk balik, kau macam biasa la, sengih2 mata ke atas”.

Nisa sambung lagi, “bongok, seram betul kalau aku ingat balik. Kitaorang terus report dengan ketua pengawas asrama, n dia suruh bawak ko pegi bilik solat. Waktu kitaorang baca yasin tu, ko membebel apa entah, laju betul ko ckap, last2 kakak pengawas tu pegi jumpa waden. Aku and Ain je stay, yang lain warden suruh balik bilik. Warden tu pun suruh kakak tu panggil budak2 Badan kerohanian kat surau. Tu yang abang2 senior and kakak senior yang ubatkan ko malam tadi datang. Diorang tengok ko semalam lain macam, tu yang diorang panggil Ustaz tu.”

Aku ternganga jer denga Nisa ni cerita balik. Nak nangis pun ada. Sampai mandi jamban segala huhu. Terus aku teringat balik kes petang semalam. Tiba2 aku ngeri balik. Then, Nisa ni laju jer sedarkan aku balik. Dia cakap, ” Kau ni lemah semangat. Ustaz tu pesan, suruh bagi ko minum and mandi air daun bidara 3 kali lepas asar, 3 hari berturut. Dan suruh ko amalkan berzikir untuk kuatkan semangat”. Aku pun angguk2 jer. Terus aku tanya dia lagi. Apa benda yang mengena aku semalam. Nisa cakap, dari apa yang dia tahu, benda yang merasuk aku semalam, saka tak bertuan. Benda ni la benda yang sama mengganggu senior2 aku beberapa hari sebelum tu.

Dia cakap, benda tu ‘Sundel Bolong’. Omg, aku terus jawdrop dengar. Selama ni aku ingat benda alah tu dalam movie jer. Terus aku tarik Nisa, and ajak dia berkemas cepat, and pergi ke kantin. Pasal aku dah mula rasa seriau and lapar huhu. Yang aku tahu, Val pulak pergi berubat cara kristian, dia ok, takda kerasukan, just hilang semangat jer. Sekian. Thanks semua coz sudi baca.

12 thoughts on “Sundel Bolong”

  1. memang bestla.. thorbaekk.. sya suka.. senang fhm.. Nora bagi 4 bintang!!! hihi.. nsibla ni real.. klau rekaan, sya rse mcm nk akak jdi director filem seram jer.. double thumbs up!!

    Reply

Leave a Comment