Sup Ekor

Seminggu dua ni, aku tengok wajah Amad sugul. Tak bercakap banyak. Balik kerja terus memerap dalam bilik. Pagi baru keluar. Hujung minggu pun tak kemana-mana. Terperuk dalam bilik. Aku cuba ajak berborak, tapi macam tu lah. Dah jadi macam aku berbual dengan dinding. Aku yang tanya. Aku sendiri yang jawab. Biarlah. Ada masalah tu.

Dah masuk minggu ketiga. Amad masih tak berubah. Aku nampak badan Amad semakin mencengkung. Rambut yang biasa kemas tersikat, jadi serabai. Mata pula sudah membengkak lebam. Sakit ke Amad?. Perlu aku biarkan atau masuk campur. Relaks dulu. Mungkin Amad perlukan masa untuk tenangkan diri. Mungkin masalah besar kot.

Tapi yang paling ketara, semenjak Amad berubah perangai. Dia dah kurang bergayut. Dulu tiap-tiap malam Amad akan call girlfirend. Habis kredit phone sendiri, phone aku Amad pakai. Aku ok je. Kadan-kadang girlfriend Amad pun ada call aku nak bertanyakan Amad. Amad pun tak kisah.

Sampai satu malam, aku dengar Amad menangis teresak-esak dalam bilik. Aku lekapkan telinga dekat pintu bilik. Ada aku dengar Amad sebut-sebut nama girlfriend dia. Bunyi macam marah-marah. Lepas tu boleh pulak tergelak. Dah gila ke Amad. Aku ketuk pintu bilik Amad. Aku tanya Amad, okay ke tak. Terus senyap.

Sah. Ni mesti ada kaitan dengan girlfriend. Kalau ikut standard cerita melayu, kes macam ni confirm putus cinta. Teruk betul penangan break up. Tak sampai hati aku tengok keadaan Amad. Tapi, bab cerita cinta orang lain ni, aku takut masuk campur. Nanti dituduh menyibuk. Sibuk jaga tepi kain orang. Walaupun aku dengan Amad ni dah lama berkawan. Kami sekampung kot.

Fikir punya fikir. Aku kena buat sesuatu. Tak sampai hati aku nak biar kawan baik aku terus macam ni. Sebelum Amad jadi tak waras, dan pilih jalan yng bukan-bukan. Aku kena buat sesuatu. Amad mesti aku tolong.

Tadi balik dari kerja. Aku singgah dekat Warung Pak Mal. Warung ni, kalau korang nak tau, sup ekor dia paling power seantero Shah Alam. Selalu juga aku dan Amad layan sup ekor dekat sini. Biasa, masa gaji dah masuk la. Aku mintak sup ekor untuk dua orang. Bungkus. Nasi putih pun dua. Malas aku balik nak masak nasi.

Sampai rumah. Aku tengok motor Amad dah ada. Rumah sunyi. Aku buka semua lampu. Siapkan sup dan nasi tadi. Aku hidang atas meja. Pintu bilik Amad aku ketuk. Aku bagitahu, ada sup ekor Warung Pak Mal atas meja. Aku suruh Amad makan dulu. Aku nak mandi kemudian baru makan.

Lepas mandi aku keluar bilik. Amad dah siap duduk dekat meja makan. Berjaya jugak aku pujuk Amad dengan sup ekor. Aku rasa ini masa terbaik untuk slow talk dengan Amad. Kerusi sebelah Amad aku tarik. Amad tersenyum tengok aku. Dia hulurkan satu mangkuk sup ekor dekat aku.

Memang sedap makan lepas mandi. Aku pun mula la hirup sup ekor. Amad senyum sahaja tengok aku. Gembira aku tengok Amad dah boleh senyum. Dah dekat separuh sup ekor aku bedal. Tapi kali ni rasa macam pedas dan masam lain sikit. Tak macam biasa. Badan aku mula berpeluh. Wow. Betul power sup ekor ni. Tekak aku entah macam mana jadi kering. Terasa betul-betul haus. Aku mintak Amad ambilkan air. Amad senyum lagi macam tadi.

Lain macam penangan sup ekor malam ni. Aku bangun cuba nak ambil air. Badan panas berpeluh. Tekak terasa kering. Nafas aku rasa tersekat-sekat. Satu badan aku rasa macam terbakar. Aku rasa organ-organ dalam badan aku terbakar. Kepala aku dah tak boleh nak fikir. Aku terus jatuh terbaring atas lantai. Ada buih-buih putih keluar dari mulut aku. Mata pula menjadi semakin kabur. Yang aku nampak Amad datang dekat aku. Amad letak kaki atas dada aku yang berombak cuba menarik nafas. Aku minta nyawa dengan Amad.

##############################################################################################

Macam mana rasa sekarang? Mesti badan kau rasa terbakar kan. Aku harap kau dapat rasa yang hati dan jantung kau ditikam-tikam. Itu balasan untuk orang yang macam kau. Tak ada hati dan perasaan. Hati aku seribu kali sakit berbanding sakit yang kau tanggung sekarang. Sampai hati kau rampas kekasih aku. Kawan baik konon. Kawan makan kawan. Ini makanan untuk kawan yang berhati busuk macam kau.

Baki sup ekor yang telah Amad campurkan dengan racun tikus tadi, Amad sumbatkan dalam mulut Wan. Kawan baik sama-sama sekampung.

Gembira Amad tengok mulut Wan berbuih-buih. Mata, hidung dan telinga berdarah. Urat muka bertukar biru. Kawan makan kawan. Itu haiwan. Amad terus tersenyum. Hati Amad dah tak sakit lagi.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

muhammad asri
Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 3.2]

30 comments

  1. cerita tergantung… lagipun tdi dalam cerita ni ada kata yang wan rampas gf amad… tetapi kenapa si wan tu nak tlong amad slow talk berbaik….

  2. Cuba cerita sepenuhnya . Apa yg wan buat ? Kalau dia rampas kenapa dia nak slowtalk bagai? Ini mcm tulis diari je . Tkpe penulis . Keep it up . Harap ada bahagian 2 yg ceritakan sepenuhnya

  3. Nice cerita ni.. Kalo rajin bole translate to English n post kt reddit.. Under subreddit /nosleep.. Gaya penulisan ko ni sama cm kt situ..

  4. Bagus citer ko ni.. memang bersesuaian dgn citarasa aku.. plot yg twist2 mcm ni la best.. mngkin ada sesetengah reader yg tk fhm genre citer yang mcm ni.. takper, jgn slhkan diorang.. mngkin diorang suka citer yg typical n senang nk fhm.. anyway.. keep it up bro..

  5. What?????!!
    At least ending dia citer la mcm mana kawan dia ade hubungan dgn girlfriend si Amad ni,.. And, mcm mana Amad boleh tahu. Adoyyyyy…. Stress btl.

  6. “Sah. Ni mesti ada kaitan dengan girlfriend. Kalau ikut standard cerita melayu, kes macam ni confirm putus cinta. Teruk betul penangan break up. Tak sampai hati aku tengok keadaan Amad. Tapi, bab cerita cinta orang lain ni, aku takut masuk campur. Nanti dituduh menyibuk. Sibuk jaga tepi kain orang. Walaupun aku dengan Amad ni dah lama berkawan. Kami sekampung kot.” – dalam perenggan ni kita dah tahu watak ‘aku’ tu tak rampas gf Amad..
    Apa kes ni..?

  7. awal2 cter tak mcm “aku” ni tahu pun girlfriend dia ialah awek si Amad..

    adoiii..

    pahtu habis mcm tu je?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.