Namaku Endi berasal dari utara tanah air tercinta bumi Malaysia. Tidaklah aku pandai sangat menulis tapi hanya sekadar perkongsian cerita dalam FS buat hiburanpara horror fans.
Melanjutkan pelajaran era 90an di IPT bumiputera Shah Alam. Sudah ada yang perasan kok? Ceritanya zaman gila-gila remaja di zaman RXK dan RXZ, Suzuki Panther Jerung dan Gama menjadi idola. Baiklah, aku ditempatkan di salah satu blok A diatas puncak bukit bersama semua pemuda manakala pemudi di tempatkan di bawah lereng bukit.
Buat pengetahuan semua, ketika itu sudah hampir menjelang lebaran Aidli Adha, mungkin dalam seminggu lagi rasanya.Aku tidak ingat kerana sudah 25 tahun lebih. Penuntut semuanya sedang sibuk, ada yang berkemas, ada yang keluar dating, ada yang siapkan FYP dan ada yang tidak sibuk. Itu lah aku bersama rakan-rakanku yang terdiri daripada pelajar sebelah Utara dan Sabah Sarawak yang tidak mampu pulang menyambut lebaran Aidil Adha.
Aku tidak bercampur dalam keseronokkan hidup di kolej kerana aku suka bersendiri sama ada mengulangkaji atau mengikuti tabligh bersama pelajar Sabah Sarawak. Pada malam lebaran, aku keseorangan di bilik namun aku tidaklah takut kerana aku sedar masih tinggal rakan-rakanku sama ada di tingkat atas atau bawah kolej.
Sekitar 1 pagi, aku terlalu bosan. Aku menutup buku lalu keluar di hadapan bilik. Masih ada cahaya lampu bilik di tingkat atas dan bawah dan itu maknanya masih ada rakan kolej yang belum tidur. Aku menyarung selipar dan menuruni anak tangga.
Lalu, aku melihat seorang abang senior duduk dibangku hadapan bilik berhampiran pohon belimbing. Aku menyapa tanda menghormati pelajar yang lebih tua daripada umurku. Kami bercerita dan berkongsi pengalaman di kampung halaman sehinggalah sekitar jam 2 pagi. Seniorku ini menjemput aku ke bilik lalu berkenalan dengan rakannya.
Dia memberitahu aku, hanya mereka bertiga didalam bilik itu dan ada lagi seorang kawan baiknya sudah balik kampung yang mana namanya mirip pengajar aku. Aku tidak berasa kekok, biasalah dalam Malaysia banyak nama yang serupa. Tetapi apa yang buat aku terasa janggal ialah perbualan mereka berkisar hujung 80an. Tentang perancangan kolej menukar kipas baru, katil tidur kepada yang besi, ampaian baju, lampu di kaki lima dan padahal memang sewaktu aku masuk kolej semua peralatan sudah siap baru.
Aku cuba menyebut beberapa nama super seniorku yang repeaters namun mereka menyebut budak baru. Pelik, malah bilik itupun aku rasa pelik, hanya ada kipas dinding, beberapa hanger kayu kemeja petak, katil single kayu, reket kayu dan kain cadar ala tentera kehijauan. Aku cuba untuk mengundur diri kerana hendak ke bilik rakanku di tingkat atas mencari sedikit kudapan malam.
Mereka tersenyum dan memberitahu rakanku belum tidur lagi dan bolehlah pergi dan kalau ada kelapangan datanglah melawat dan mereka sentiasa ada. Jangan lupa tegur kalau bertembung dan kalau boleh janganlah ke lereng bukit dekat situ ada hantu. Aku hanya ketawa dengan gurauan mereka.
Langsung aku ke bilik Meor di tingkat atas dan mendapati Meor hampir tidur. Dia memarahi aku kerana datang mengetuk pintu bilik lewat malam. Aku hanya ketawa.
Perlahan-lahan aku membuat teh o suam dan hulurkan kepada Meor dan rakannya. Aku menceritakan kepada mereka yang aku baru berjumpa senior di bilik tingkat bawah namun mereka tidak tertarik dengan perbualan aku dan mengajak aku tidur dibilik mereka. Keesokan pagi sewaktu aku dan Meor hendak keluar mencari sarapan pagi.
Aku tunjukkan Meor bilik senior yang aku bualkan semalam dari jauh. Meor diam. Sehinggalah tiba di gerai baru, Meor membuka cerita bahawa bilik yang aku tunjukkan itu sudah lama tak berpenghuni. Aku terkejut, malah senior-senior yang turut bersarapan memberitahuku hal yang sama. Bilik itu siap di pangkah dengan kayu bagi mengelakkan penghuni menceroboh masuk.
Aku tidak percaya lalu bergegas pulang ke kolej dan benar sekali, aku dapati memang bilik itu sudah disendal kayu, malah tombolnya turut dipatahkan. Aku tergamam. Terkedu. Aku berisgtifar beberapa kali. Menurut Meor, bilik disebelah bilik senior itu pun tak berpenghuni kerana penghuninya tidak tahan mendengar orang berbual dari dalam bilik berkenaan lalu menyewa luar kolej. Malah ada yang menambah, kadang-kadang terdengan bunyi kipas berpusing dan lampu menyala sendiri.
Setahun berlalu, aku sudah hampir melupakan pengalaman seramku dan aku sendiri pernah bertanya kepada pengajarku sewaktu aku berborak dengannya berkenaan bilik usang dibawah kolej. Beliau tidak pun mununjukkan reaksi terkejut.
Malahan aku yang terkejut kerana dia memberitahuku, bahawa itulah bilik dia sewaktu menjadi menjadi pelajar. Perlahan-lahan dia membuka cerita sedih mengenai sahabat-sahabatnya yang meninggal dilanggar kenderaan berat sewaktu melintas jalan.
Ketika itu saya sedang bercuti di kampung. Mereka berdua orang baik dan bijak. Banyak cerita saya dengar namun saya hanya berdiam. Kadang-kala saya pun berborak dengan mereka dan minta mereka jangan ganggu pelajar lain. Semoga semuanya baik-baik belaka.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Menarik cerita ni. Macam mana penulis boleh tahu yang duduk depan pokok belimbing tu senior?
sedihnya, semoga roh mereka dicucuri rahmat…
Macam cerita gantung dalam novel fixi tu. Hantu tu tak boleh move on
haah sambil baca cerita ni dalam hati cakap ‘mcm cerita gantung hantu x boleh move on’
Pemudi tu perempuan ke? Sorryla jarang dengo
Yaa.. mcm lagu p.ramlee. Di pesta muda mudi
Seram / Tak (2 marks) = 1
Gaya bahasa (2 marks) = 2
Penyampaian (2 marks) = 2
Real / Fake (2 marks) = 1
Whole story (2 marks) = 1
7/10. Cerita tak habis, dan macam ditokok tambah untuk menyedapkan cerita
pndainy cik mennilai..mcm periksa lah ad markah2 ni
Atas bukit, perindu ke :).
Saya pernah duduk Di salah satu asrama bawah bukit tu. Banyak kisah nya. Pengalaman sendiri pun ada