SuRina

#Riz

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warga FS.

19 April 2017, SuRina.

Balik dari rumah atok, aku pi la jumpa si Su ni sebab aku yakin beno yang Su ni akan mengamuk kalau aku tak pi jumpa dia. Lagipun, aku nak berikan kata putus mengenai hubungan aku dengan SuRina.

Mak Ton: Riz! Masuklah. Dah lama Mak Ton tunggu Riz, Su pun sama sampai berapa kali tampal bedak kat muka dia.

Mak Ton berseloroh, aku hanya senyum kecil. Su keluar dari bilik dia. Waktu ni aku nampak wajah Su seperti di U dulu, bukan lagi wajah Rina, tunang aku. Su pakai baju kebaya biru lembut sambil tersenyum kepadaku. Anggun! Tu je perkataan yang boleh aku describe mengenai Su. Yang ‘real’ aku tak tahu.

“Mak tolong ambik pisang goreng dengan air kopi atas meja tu bawa mari sini. Sian Riz, mesti lapar.” Su beri arahan dan Mak Ton hanya mengikuti tanpa banyak soal.

“Jemputlah makan, Riz. Jangan risau, bukan Su yang buat sebab Su tahu Riz takkan makan jadi Su suruh Mak yang buatkan.” Su berkata sambil bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Senyuman yang cukup membuatkan bulu roma aku terpacak tapi aku still control macho.

“Tak pe. Riz dah makan dah tadi. Masih kenyang.” Aku menolak lembut.

Su tiba-tiba baling pinggan yang berisi pisang goreng tu tadi ke dinding dan hampir terkena Mak Ton. Terkejut aku dengan tindakan drastik si Su ni. Nyaris tak tercabut keluar jantung aku.

“Kau tengok, orang tua! Ni mesti sebab kau buat tak sedap. Aku nak kau masak benda lain.” Su bersuara kasar.

“Sayang teringin nak makan apa? Biar Mak buatkan untuk sayang ya.” Su berkata dengan suara yang dibuat manja. Mak Ton terbongkok-bongkok mengutip serpihan kaca pinggan yang bertaburan.

Aku mengeluh kecil dan bangun dari sofa, aku hampiri Mak Ton. Tangannya yang berdarah aku sapu menggunakan tuala kecil yang sentiasa ada dalam kocek seluarku.

“Biar Riz yang kemaskan. Mak Ton duduk dan rehat.” Aku berkata lembut. Air mata Mak Ton gugur satu persatu.

Bukan aku nak jadi hero korea ke omputeh masa ni, tapi naluri aku sebagai seorang anak tak sanggup lihat seorang wanita tua diperlakukan sekejam tu. Aku yakin korang pun akan bertindak macam aku.

“Biar Su tolong sayang.” Su datang menghampiri aku.

“No! Enough Su! Enough! I’m done with you. Riz boleh cuba terima kekurangan Su tapi tidak bilamana Su sampai tergamak menduakan Allah. Su rasa Su hebat, hebat sebab dapat pertolongan syaitan? Kembalilah ke jalan yang benar. Su sudah jauh tersesat.” Aku berkata sambil memandang tepat ke arah Su. Aku cuba kawal kemarahan aku.

“Hahahaha! Selagi kau tak melutut depan aku, aku takkan mengaku kalah. Kau milik aku, Riz. Milik aku dan selamanya akan jadi milik aku.” Su ketawa mengejek.

“Kalau itulah keputusan Su. Riz dengan rasminya putuskan hubungan kita berdua sama ada dengan Su mahupun dengan Rina.” Aku membuang sepihan pinggan yang pecah ke dalam tong sampah dan berjalan menuju ke Mak Ton. Aku salam Mak Ton yang masih menangis teresak-esak dan keluar rumah menuju ke kereta.

“Aku takkan pernah lepaskan kau, Riz. Aku takkan pernah kalah. Kau selamanya milik aku.” Su menjerit dimuka pintu rumahnya. Macam mana korang tengok dalam drama, macam tu lah yang berlaku pada hidup aku dan aku percaya Su takkan berdiam diri.

#Pesan Atok
Aku usap muka dan satu keluhan kecil aku lepaskan. Kata-kata Atok kembali berlegar dikepalaku.

Atok: “Bukan masanya lagi untuk kamu. Kalau kamu datang awal dan kalau Atok tak pergi ke umrah, InsyaAllah Atok boleh ubatkan kamu. Itulah namanya takdir, Dia dah rancang yang terbaik untuk hambaNya.”

Atok: “Allah bagi kamu ujian ni sebab Dia tahu kamu mampu laluinya. Cuma satu atok pesan, jangan pernah sesekali kamu berputus asa dengan rahmat dan pertolonganNya. Percaya pada janjiNya, siapa yang buat baik akan dapat balasan yang baik, siapa yang buat jahat akan dapat balasan yang jahat.”

Aku redha. Ya! Aku nampak tenang, aku masih ketawa, aku masih bergembira, aku masih tersenyum dan aku masih berjenaka tapi semuanya seumpama kosong. Hati aku tak dapat rasakan apa-apa sampai satu tahap aku tanya diriku sendiri, gilakah aku?

#Kedai Makan
Man: “Astargfirullah! Ni Su, Riz!”
Angah (rampas fon aku dari Man) : “Allahu Akhbar, Riz! Takkan ang tak perasan? Ni memang Su.”

Aku hanya mengeluh.

Din: “Aku pun terkejut masa Riz bagitau mengenai Rina ni tapi waktu tu aku belum pasti lagi, aku tak nak ambil keputusan terburu-buru.”
Angah: “Ya Allah! Tak boleh hadam otak aku sekarang ni. Apa yang ang nampak pada wajah si Rina ni? Tak kan ang tak terbayang langsung wajah Su bila ang tengok si Rina ni?”.
Aku: “Tak.”
Angah: “Ang tengok Su tu macam siapa? Ada iras Wan Maimunah ke? Kalau tak pun, mesti macam Ruminah Sidek?

Din yang sedang leka menghirup kopi panas tersedak kecil manakala Man dan Angah ketawa berdekah. Deme pikir lawok ke? Besor kecik, besor kecik je teman nengok deme berdua, kalau sebut Mira Filzah ke Zara Zya ke okay la juga.

Aku: “Entah la. Aku sendiri tak mampu nak terangkan kat korang apa yang aku nampak pada Rina ni. Yang aku tahu, mata aku ni nampak Su dan Rina adalah orang yang berbeza. Tak ada kaitan langsung.”
Man: “Sorry bro kalau soalan aku ni lukakan hati ang tapi aku nak tahu, ang dengan Su pernah terlanjur ke?”

Din dan Angah memandang aku dengan serius.

Aku: “Aku tak pernah la buat dosa besar macam tu. Nakal-nakal aku, aku tahu halal haram lagi.”
Man: “Bukan pe bro, aku pelik kenapa Su ni taksub sangat dengan ang. Alasan cinta bagi aku macam tak logik.”
Aku: “Sebab Su takkan pernah mengaku kalah. Mula-mula mungkin dia betul sayang aku, tapi lama-lama dia rasa tercabar sebab tak dapat takluk aku dengan menggunakan sihir dia. Mungkin dia rasa dia seperti loser. Tu je yang aku boleh conclude setakat ni.”
Man: “Habis tu macam mana? Ang tak boleh tolong ke Din? Kesian aku tengok si Riz ni.”

Din : “Aku boleh tolong dengan izin Allah tapi tu pun kalau ang sanggup, Riz.”

Aku, Angah dan Man serentak memandang ke arah Din.

Din: “Dengan izin Allah, aku boleh tunjukkan wajah sebenar Su pada ang dan ang takkan tertipu lagi dengan sihir Su tu tapi… hijab ang akan terbuka dan ang faham kan apa yang berlaku kalau hijab seseorang itu terbuka?”

Aku terdiam begitu juga dengan Man. Mungkin Man turut fikir benda yang sama dengan aku.

Angah: “No! No! No! Aku tak setuju.”

Tersentak aku dengar Angah yang menjerit tiba-tiba. Man cepuk kepala Angah, geram barangkali sebab terkejut. Aku pun nyaris-nyaris nak bukak silat dah tadi kalau tak, makan pakai tiub la si Angah ni.

Man: “Ang dah pasai pa? Jerit bukan main kuat sampai nak pecah telinga aku. Si Riz punya masalah yang ang over sangat ni pasai pa? Nak kena penampor?”

Angah menyengih. Ceh! Gigi kale kuning, tak selera teman nak nengok.

Angah: “Uishh.. ate garang bebeno. Aku bukan pe, korang tak ingat ke kes si Riz ni lari macam orang gila kat U dulu? Tu baru nampak benda tu berupa macam ular, kalau hijab dia terbuka mau satu K.L ni dia pusing.”
Aku: “Secara jujurnya, aku pun tak berani.”
Man: “Tak ada cara lain ke Din?”
Din : “Aku percaya sihir Su dalam berubah wajah ni boleh dihapuskan tapi tunggu bila si Su tu dalam keadaan lemah. Sekuat mana pun sihir, Allah lagi Berkuasa cuma sekarang bukan masanya lagi sebab ada yang tolong Su ni.”
Angah: “Bukan aku nak cakaplah bro, ang punya ‘belum tiba masa’ sama dengan Ustaz Badrul tu aku dengar dari zaman U lagi. Bila nak tiba masanya?
Din: -senyap-
Aku: “Okaylah! Aku tunggu ‘masa’ tu tiba dan buat masa ni, aku ikhtiar cara lain dulu but please! quickly tell me if u can do something bout it. Selebihnya, aku pasrah.”

Din mengangguk sambil senyum kecil. Angah dan Man hanya mendiamkan diri.

#Bilik
Aku gulingkan badan aku diatas katil sambil minda aku ligat berfikir. Balik dari rumah Atok, terus aku stay kat rumah mak dan ayah aku sebab aku tak nak duduk dalam kesunyian. Boleh juga aku usik adik aku tu. Sebagai seorang abang yang berwibawa aku perlu menjalankan tugas aku sebagai seorang abang kepada adiknya. Maka, aku pun terjerit, terpekik dan terlolong memanggil nama adik aku. Terkocoh-kocoh adik aku berlari masuk kebilik aku.

Adik: “Nape abang long? Abang long sakit ke? Abang long sakit apa? Kat mana?”

Pucat lesi muka adik aku sambil tangan dia duk belek-belek badan aku cari kecederaan yang mungkin aku alami. Si Hamid diletakkan ditepi. Hamid ni kucing kesayangan opah aku. Seekor kucing jantan dan aku rasa dah nak dekat lima tahun dah umur si Hamid ni. Aku suka juga pada spesis kucing ni tapi lain kes pula dengan si Hamid ni, berlagak nak mampus. Dengan kaum hawa, bukan main lentok sana lentok sini. Dengan spesis adam bukan main mengaum. Adik aku pula setuju nak bela si Hamid ni sepanjang opah aku pi umrah. Adik aku ni jenis sayang gila-gila dan jaga kucing macam anak sendiri atau mungkin lebih dari anak sendiri. Jadi, lagi menonggeklah si Hamid tu. See! Buat tambah dosa aku je mengutuk si Hamid tu.

Aku: “Ada dik.. memang tengah sakit. Sakit sangat. Adik pi kat pintu tu…”

Tanpa banyak soal, cepat-cepat adik aku pergi ke pintu bilik aku.

Aku: “Tengok kat belakang pintu tu..”

Sekali lagi, adik aku patuh tanpa banyak bicara.

Aku:” Nampak tak suis lampu tu? Tolong tutup sat. Thank you so much my sweetheart! One more thing, tolong tutup sekali pintu tu bila anda mahu keluar. Sekian, Terima kasih!”

Aku ukir senyuman lagi manis dari madu kelulut dan satu flying kiss aku tujukan ke arah adik aku. Cair la tu~

Masam mencuka muka adik aku. Dia hampir nak mencarut kat aku sebab aku tengok mulut adik aku tu duk cik cok, cik cok, bebelkan sesuatu. Dia tutup lampu bilik aku dan tangannya menarik tombol pintu. Hamid dikendong disebelah tangannya. Sebelum pintu tertutup, adik aku berhenti dan berkata…

“Abang long jangan happy sangat, masa adik nak masuk bilik abang long tadi, adik nampak ‘opah’ betul-betul duduk kat sebelah abang long and I’m totally serious bout it.”

BAM!!! Pintu bilik aku ditutup.

“Riz…….” satu suara halus seakan-akan berbisik dicuping ditelingaku. Aku mengeluh kecil, tangan aku gapai bantal sebijik dua dan kaki aku dilangkahkan ke arah pintu. Aku tidur kat sofa ruang tamu rumah malam tu. Terima kasih adik! Ikhlas dari Abang Longmu…

#OPAH
“Assalamualaikum warahmatullah” seusai memberi salam, bibir aku menutur zikir memuji Dia Yang Esa dan tangan aku tadahkan meminta kerahmatanNya dan pertolonganNya. Sekali lagi aku berzikir selesai berdoa dan mata aku pejamkan sambil mindaku menghayati makna zikir yang meniti dibibirku.

“Huu~ huu~ huuu~”. Satu esakan sayup-sayup kedengaran. Aku tidak endahkan esakan tersebut.

“Huuu~ huuu~ huuu~”. Sekali lagi esakan itu berbunyi, kali ini sedikit kuat. Aku buka mata.

Kelihatan dihujung katil aku ada satu susuk tubuh seorang wanita yang membelakangi aku. Berbaju putih dan rambutnya yang mengerbang serta kusut.

“Allahu Akhbar!” Aku menutur perlahan.

“Huuu~ Huuu~ Huuu~”

“Kau siapa?” Entah mana datang keberanian aku waktu ni. Waktu ni aku yakin, kelibat didepan aku ni mesti ‘opah’.

“Huuu~ Huuu~ Huuu~”

“Sudahlah Su! Kau nak apa sebenarnya?” Kelibat itu memandang ke arah aku, pandangannya tajam dan berwarna merah. Wajahnya begitu hodoh.

“AKU PENJAGA DIA. DIA TUAN AKU. DIA YANG HANTAR AKU KEPADA KAU.” Suaranya garau dan bergema memenuhi ruang bilik. Aku cuba bertenang dan membaca ayat kursi dan 3 Qul.

“Kau takkan dapat hapuskan aku sebab kau dah jadi milik aku.”

‘Opah’ tu betul-betul berada di sebelah aku waktu ni dan berbisik kat telinga aku. Sejuk-sejuk geli aku rasa. Aku pejam mata dan teruskan membaca ayat kursi dan 3Qul berulang kali.

“Hahahahaha! Kau lemah, kau akan selamanya lemah. Kau takkan mampu hapuskan aku.” Opah tu mengilai kuat. Setelah suara mengilai tu hilang, barulah aku berani nak buka mata. Aku tak tahulah opah tu pi mana, yang penting dia dah tak ada kat tepi aku.

#Pocong
Bos beri aku cuti dua bulan. Mula-mula berat aku terima sebab aku rasa macam aku bakal dibuang kerja je tapi projek semua aku dah settle lebih awal dari tarikh sepatutnya dan bos pun cakap yang gaji aku still on. Dia kata keadaan aku nampak semakin hari semakin teruk sebab tu lah dia bagi aku cuti lama. Katanya, aku perlu rest lepas penat bertungkus lumus siapkan projek besar. Akhirnya aku setuju sebab aku pun dapat rasakan yang badan aku semakin lama semakin lemah.

Aku buka mata apabila katil yang aku baring tu bergegar perlahan. Sejak diberi cuti mengejut ni, aku buka kilang buat taik mata. Income harian juga agak lumayan. Haha. Sekali lagi, katil aku bergegar seperti ada orang yang goncangkan. Aku bangun dalam keadaan duduk diatas katil. Mata aku liarkan ke sekeliling bilik aku.

“Gedung~ gedung~ gedung” bunyi seperti sesuatu bergolek.

“Gedung~ gedung~ gedung~” Sekali lagi ia berbunyi dan kali ni dengan jelas aku nampak sekujur badan berselimut putih~ rebah bersemadi sendiri~ mengharap kasih anak dan isteri~ apa mungkin pahala dikirim~

Betul mekome! Aku nampak pocong tu bergolek keluar dari katil aku ke hujung dinding. Kanan-kiri, kanan-kiri dan berhenti betul-betul sebelah katil aku tapi dalam keadaan tertelengkup. Perlahan-lahan pocong tu bergerak seperti nak menghadap aku. Aku tak cakap banyak dah, aku terjun katil dan berlari keluar bilik. Gila apa nak tunggu dia sengih kat aku baru nak lari, memang idok lerr teman. Aku punya la takut sampai aku TERturun katil kat tempat pocong tu duk sedap baring. Aku TERpijak kepala pocong tu. Aku rasa dia tak kejar aku sebab pening.

#Lintah
Aku rasa seperti ada yang merayap-rayap kat tangan aku. Aku pandang benjolan yang muncul secara tiba-tiba kat tangan aku. Benjolan tu bergerak sedikit demi sedikit. Tiba-tiba muncul pula benjolan kedua, ketiga dan seterusnya. Keadaannya sama. Bergerak-gerak didalam daging tanganku. Benjolan tadi tiba-tiba membuka satu ruang seakan-akan lubang. Keluar seekor lintah dari lubang tersebut. Aku terkedu. Benjolan yang lain turut sama membuka ruang dan seperti benjolan yang pertama, keluar seekor lintah.

“Dua! Tiga! Empat!…….” dan seterusnya beratus-ratus ekor keluar dari lubang-lubang tersebut dengan laju. Aku tepis mana yang sempat dan bergegas berlari keluar bilik sambil menjerit kalimah Allahu Akhbar sebab aku tengok lintah-lintah tu dah penuh atas katil aku.

Aku nampak mak, ayah dan adik aku berada di ruang tamu namun mereka hanya ketawa memandang aku yang dah melalak seperti orang gila.

“Hahahahahahaha”, ketawa mereka semakin lama semakin kuat.

#Din
Aku nampak Din duduk bersandar di sofa ruang tamu rumah aku sambil mengusap dadanya berkali-kali. Adik ada disebelah aku dengan muka risau, badan aku rasa lemah dan sangat sakit, nak keluarkan suara pun aku tak mampu.

“Abang Long rehat dulu, badan abang long masih lemah.” Adik menghalang aku dari bergerak, dan beberapa kali tuala didahiku direndam dalam air panas dan diletakkan kembali kedahiku. Beberapa kali juga aku lihat adik membelakangi aku, aku tahu dia sedang mengelap air matanya. Sungguh, aku bersyukur dikurniakan keluarga yang menyayangi aku. Si Hamid pun tak kurang juga dengan mimik sedihnya.

Din datang menghampiri aku. Sekali sekala aku dengar dia batuk.

“Aku dah ikthiar untuk pujuk Tok aki untuk ubatkan ang dengan izinNya, dia dah setuju. Dalam beberapa hari nanti, kita pergi ke sana.”

“Terima kasih Din, banyak jasa kamu dekat keluarga kami. Dari zaman Riz di U lagi.” Ayah berkata dengan nada tenang.

“Kalau kamu nak tahu, si Din kawan kamu ni banyak dah tolong kita. Tolong ubatkan kamu dari jauh, ika dan mak kamu tu, Din ni lah yang ubatkan.” Aku tercengang. Din ubatkan aku dari jauh? Ika dan mak aku pernah kena kacau ke?

“Ang kena kuat, Riz. Kalau ang mengalah, dia akan semakin kuat. Ang kena yakin dengan Kuasa Allah. Jangan hanya meniti dibibir tapi hati rapuh.” Din berkata dengan wajah tenang. Tangannya masih mengusap dadanya.

“Kuat juga penangan tendangan ang. Rasa nak patah tulang dada aku ni.” Din berkata sambil ketawa kecil.

Adik aku cerita yang aku berlari seperti orang gila di ruang tamu dan tiba-tiba jatuh dan mengeras seperti mayat. Bangun-bangun je terus aku menyerang adik, mak dan ayah. Nyaris adik aku sempat call Din sebab aku betul-betul mengganas. Padanlah aku tengok habis tangan dan beberapa bahagian badan keluarga aku ada calar-calar dan kesan lebam. Mata sebelah kiri ayah lebam, Din pula sebelah kanan. Adik cakap aku sepak siapa yang dekati aku seperti tengah main bola sepak, kadang-kala aku akan tumbuk siapa sahaja seperti tengah berlawan karate. Aku blurr sebab aku tak ingat apa yang berlaku selain lintah yang keluar banyak-banyak tadi.

Aku tak pernah jumpa Tok Aki tapi banyak yang aku dengar pasal dia. Din cakap dia tak mampu nak tangani seorang sebab Din masih kurang ilmu dalam bab-bab ni sebab itulah dia minta tolong kat Tok Aki ni. Tok Aki pula jenis tak nak rawat orang sebab ada peristiwa yang buatkan Tok Aki ni berhenti berubat. Dengar mungkin agak kejam tapi aku percaya Tok Aki ada sebab dia tersendiri dan Alhamdulillah rezeki aku, akhirnya Tok Aki sudi nak rawat aku dengan izinNya. Aku masih menanti hari untuk berjumpa dengan Tok Aki.

Aku baca komen dan pertanyaan korang satu persatu (semalam baru aku baca, haha). Untuk segala pertanyaan, aku tak nak jawab sebab aku sendiri tak tahu jawapannya. Ya! Kenapa aku tak buat macam tu? Kenapa aku tak buat macam ni? Semua tu turut jadi tanda tanya pada aku.

Aku akan update kisah Mak Ton dan SuRina masa kecil. Din bawa aku selami masa lalu mereka. Hebat Ilmu Dia, Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Perkasa, terasa diriku begitu kerdil.

Dalam kisah selajutnya, aku akan masukkan sekali jalan cerita masa aku pi berubat dengan pakar perubatan yang lain sementara aku tunggu Din& Tok Aki rawat aku dengan izinNya. Aku masih lagi berubat. Walaupun kisah aku seperti tiada penghujung, aku percaya semua yang terjadi ada hikmahnya. Aku perlu sabar dan bertawakal.

Allahumma solli ala Muhammad, waala alihi syaidina Muhammad (3x).

Pss.. doakan aku jumpa si dia yang lebih sempurna. -Riz-

39 thoughts on “SuRina”

    • aku bayangkan si hamid tu muke dia jenis yg garang n poyo.. pahtu bila ko panggil dia, dia jeling ko n blah… abg kawasan kan

      Reply
  1. Lama tggu cerita #Riz. Semoga Allah permudahkan semua urusan dan di beri kekuatan. Sungguh bertuah di uji. Allah sayang.

    Reply
  2. “Aku punya la takut sampai aku TERturun katil kat tempat pocong tu duk sedap baring. Aku TERpijak kepala pocong tu. Aku rasa dia tak kejar aku sebab pening.”

    woii lawak bongok ! hahahahaahha

    Reply
  3. dalam bercerita ada jenakanya..
    hahaha, lain kali pijak kuat-kuat iblis laknatullah tu, riz!
    aku kalau dalam keadaan kau ni, takde takut takut dah.. rasa marah tu lagi menguasai!
    huishh, geramm pulak aku dengan setan manusia macam ni!!
    pape pun, syafakallah riz!
    kau kena yakin dengan ALLAH..
    iblis ni dia tahu kita lemah, itu yang kemain dia kacau sana sini..
    kau kena sembuh dulu riz oii, baru boleh pikir pasal cinta-cinta ni..
    selagi tak sembuh, jangan berangan!
    kang orang lain terkena tempiasnyaaa.
    ok, menunggu kisah yang seterusnya.
    eh jap, umur kau berapa riz??

    Reply
  4. Surina…
    Mcm name adik ipar den plak haaa…

    Su ni bkn jer main sihir, tp psycho banget orgnye ekk…
    Ni die punye kasih sayang cinta kat ko tahap dewataraya, hahahaahha…
    Kalau die dpt kawen ngan ko ni Riz, mesti layan ko mcm raja punyelah…
    Makan tdo jer koje ko, semua die kasik settle…

    Reply
    • Untunglah kalau macam tu
      Takut kalau kawen,di jadikan si riz ni hamba abdi..tak ke naya??
      Niat kalau dari mula dah salah,jalan mesti terpesong..
      Dah la psiko..huuuuu
      Serem

      Reply
    • Hahahahha…
      Hamba abdi ekk…

      Kena jd mcm yg cerita terbaru psl BINI BARU AYAH tu lg nayooooo…
      Kesian ayah die jd camtu…

      Reply
  5. Bahaya betul bila bercinta dgn orang ada bela belaan ni……lum nikah dah nak control…kalau kawin gak mau jadi mental si Riz ni berbini orang ada bela bela ni….moga ko akan sembuh dik..

    Reply
  6. Jumpa cerita ni dulu,bru bca yg sebelum ni punya,x sngka ada lgi orng mcm su ni.hmm..Moga cepat sembuh riz.
    Fi hifzillah.

    Reply
  7. Aku musykil macam mana kau boleh tunang dengan rina. Kalau kwn-kwn kau boleh nampak wajah sbnr dia why not your family? Ke satu family dah kene main dengan surina ni? Pastu kalau dari sem 3 kau kena dengan dia, kau agak berapa umur surina ni? The key is, kau cari lah org yang tolong surina ni. Aku doakan masa tu akan tiba untuk kau.

    Reply
  8. i wonder how good looking #Riz could be till dat girl fall in love to death.. 🙂 get well soon Riz.. cpt2 update next story..

    Reply
  9. Riz dah meninggal… Takziah buat keluarga Riz… Somehow… Sy tak jumpa pun sambungan cerita ni… Memang cerita ni terakhir ke nukilan Riz? Teringin nak tahu kisah yg Riz nak cerita… Trima kasih adik Riz, dan takziah atas kehilangan abanglong Riz.

    Reply
    • Innalillahiwainnailaihirojiun.. Betul Riz dah takde. Baru terbaca ‘Pergi Yang Takkan Kembali’ tadi, adik Riz tulis. Dalam kita tertunggu sambungan dari Riz rupanya Riz sedang dalam kesulitan. Nampaknya ni memang nukilan terakhir Riz. Semoga semuanya baik-baik saja. Semoga Riz beroleh tenang disisi Allah Maha Pencipta. Salam takziah..

      Reply
  10. Allahuakhbar…nurkilan dia yg terakhir… Bnyk penderitaan arwah lalui… Tabahnyer kau riz ? semoganyer Arwah ditemptkn diklngn org yg beriman … Amin…Al-Fatihah…

    P/s: tertnya2 jgk ape agknyer citer smbungnnyer….knpa smpai cmtu skli su buat pada arwah…?

    Reply
  11. Allahuakbar. Nukilan terakhir arwah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman. Semoga kita semua dilindungi drpd gangguan sihir. Amin aminn

    Reply
  12. rase sedih bila baca kisah arwah riz segala penderitaan yang dia alami , jodoh ajalmaut ditangan Allah.. moga kamu berjumpa yang sempurna disana Aamiin..
    Alfatihah….
    “Pss.. doakan aku jumpa si dia yang lebih sempurna. -Riz-“

    Reply

Leave a Comment