#KisahSeramKS3
Assalamualaikum. Hi. Nama aku, Mat Piah. Aku member rapat Tuan Syed kerana kami kampung bersebelahan je. Kisah ni mengenai mak sedara aku. Dah arwah orangnya. Tapi aku harap, kisah aku ni korang dapat iktibar.
Aku kenalkan nama mak sedara aku sebagai nama Tijah Lawa. Sebab memang lawa gila walaupun dah berusia 52 tahun. Kalau laa hidup lagi zaman ni, aku rasa dah setanding dan segetah Che Ta.
.
Tijah Lawa merupakan janda paling hot zaman tu. Dia dah kahwin sebanyak 4 kali tapi kesemua suaminya menceraikannya sedangkan mahligai yg dibina tidak sampai setahun jagung.
Dulu aku hairan gak. Asal la mak sedara aku ni asyik kawin pastu cerai. Kawin lagi, pastu cerai. Kalau dengar tiba2 dia bercerai tu, confirm2lah dia dah kawin lain. (Ahh pening laa aku yg menulis ni!)
Umur 52 tahun, tapi rupa macam 18 tahun! Gadis-gadis kampung zaman tu pun tak boleh tandinah dengan mak saudara aku ni. Nama Tijah Lawa memang top dan mampu kalahkan anak2 dara yg lain.
Aku pernah ajak bapak si KS ni lepak rumah aku untuk lihat kecantikan mak sedara aku sebab Tuan Syed ni tak percaya. Mana mungkin makcik umur 52 tahun tp rupa secantik dan setanding anak2 gadis belasan tahun!
Kali pertama Tuan Syed nampak je mak sedara aku, terus dia bisik kat telinga aku.
“Adik kau ke?”
Kan aku dah cakap. Makcik aku cun melecun! Serba salah Tuan Syed nak panggil makcik.
.
Aku pendekkan cerita. Selang 5 tahun, makcik aku nazak. Dan sekali lagi aku jemput Tuan Syed untuk sama2 melihat detik2 terakhir makcik aku.
.
***Aku dalam kisah di bawah merupakan Tuan Syed****
Waktu Mat Piah jemput aku untuk ke rumahnya untuk menyaksikan detik2 terakhir Tijah Lawa, aku terlalu sibuk dengan kerja. Tapi demi persahabatan sejak kecik, aku sanggup amik cuti utk ke kampung dia.
Sampai sahaja di kampung halaman Tijah Lawa, tiba2 aku rasa meremang. Kalau dulu aku suka cakap besar, tapi kali ni aku hanya berdiam diri. Pasti ada sesuatu! Tak kan si Mat ni sanggup jemput aku padahal makcik dia belum meninggal lagi!
Kaki aku menapak di tangga. Bulu2 roma aku semua terpacak. Aku gagahkan juga untuk naik ke atas untuk memberi salam. Sebab aku dengar ramai sangat baca Yassin. Jadi mungkin takde sape dengar kalau aku bagi salam dari bawah.
.
Sampai je kat atas, aku hampir2 tergelincir ke belakang dek kerana terkejut melihat sekujur tubuh terbaring di atas tilam. Tijah Lawa kah itu?
Wajah dia teruk! Bengis. Kurus melidi. Ibarat hanya tulang rangka sahaja di atas tilam. Rambutnya yang dahulu aku lihat hitam berkilat, kini putih kekeringan seperti orang tua kerepot!
Bau busuk sudah membuak2 masuk ke dalam hidung aku. Aku cuba kawal agar menjaga hati dan perasaan tuan rumah. Tapi aku lihat, hampir keseluruhan yg membaca Yassin menutup mulut dan hidung masing2 kerana terlalu loya dgn baunya!
Aku mula menghampiri lebih dekat untuk melihat keadaan Tijah Lawa.
Allahurabbi!
Lubang hidung dan telinganya penuh dengan semut! Ya. Orang panggil itu adalah “semut mayat”! Tapi yang peliknya, Tijah Lawa masih bernyawa walaupun semut2 tu penuh keluar masuk dari lubang hidung dan telinganya. Astaghfirullahalazim… apa dosa Tijah Lawa ni?
Aku lihat disisinya ada seorang gadis yang sabar menyuapkan makanan ke dalam mulut Tijah Lawa tanpa menunjukkan apa2 riak muka geli atau loya dengan keadaan Tijah Lawa.
Orang kata, yang makan tu syaitan. Bukan Tijah Lawa!
Aku mengambil tempat dan membaca Yassin bersama2. Keadaan Tijah Lawa sama sahaja. Seolah2 berat nyawanya ingin keluar dari badannya. Lalu aku mengambil keputusan, untuk lanjutkan cuti aku untuk melihat kesudahan cerita ini. Moga2 apa yg Allah tunjukkan depan mata aku ni mampu memberi aku sedikit iktibar.
.
3 hari berturut2 kami membaca Yassin. Namun, keadaan Tijah Lawa tiada kesudahannya. Makin banyak semut dan ulat mula keluar di wajahnya. Badannya seolah2 terbenam ke dalam empukkan tilam yg dibaring itu.
Mat Piah dah tak sanggup melihat keadaan makciknya lalu dia mengajak aku untuk temankan dia mencari bekas2 suami makciknya untuk tahu apa punca semua ini.
Aku ikut sahaja. Kalau boleh dicepatkan , lagi bagus. Kasihan lihat keadaan Tijah Lawa. Seolah2 terseksa.
.
Lepas Asar, aku dan Mat Piah membonceng motor untuk mencari bekas suami2nya. Alhamdulillah. Allah permudahkan. Mujur mereka masih tinggal di situ.
Mat Piah laju menceritakan kisah Tijah Lawa pada bekas suaminya. Tapi, bekas suaminya hanya diam dan tiada riak terkejut langsung di wajah!
“Padan muka dia!! Siapa suruh jadikan syaitan sebagai pendinding!!” Marah Pak Ngah (bekas suaminya yg ntah ke berapa. Sb yg ni je masih hidup)
“Sabar Pak Ngah. Kami datang untuk meminta penyelesaian. Kasihan Tijah Lawa. Dia dah nazak. Tp nyawanya susah nak keluar! Apa punca semua ini?” Tanya Mat Piah.
Aku cuma menjadi pendengar kerana ini urusan keluarga mereka. Aku cuma orang luar.
“Dia terlalu taksub nak cantik! Sampaikan sanggup cucuk berpuluh jarum emas kat wajah dia gara2 mengikut kata2 syaitan tu.
Setiap malam jumaat, pasti dia lakukan upacara mengasap kemenyan dalam keadaan gelap tanpa sedikit cahaya yg masuk di dalam bilik. Mandi pun kena mandi dengan bunga2 tertentu. Itulah padahnya!”
“Maksud Pak Ngah, Tijah Lawa ni amik susuk ke?” Laju je soalan terpacul dari mulut aku. Aduhh. Kepoh betul la aku ni!
“Betul! Kalau tak silap, di wajahnya ada 27 jarum emas! Banyak pantang larang yang dia kena ikut. Tak boleh makan pisang mas la, tak boleh lalu bawah penyidai la. Dan yg paling dasyat, dulu Pak Ngah pernah ajak dia ke majlis kematian. Tapi dia menolak sekeras2nya. Katanya, itu lagi bahaya yg boleh memudaratkan diri dia! Allahuakbar!! Sebab itulah Pak Ngah ceraikan dia. Mujurlah kami berdua tidak mempunyai zuriat.” Jawab Pak Ngah sambil mengeleng2kan kepalanya.
Tiada sikit pun air mata yg menitis di wajahnya. Mungkin terlalu marah apabila mengenangkan dosa2 Tijah Lawa.
“Jadi, macam mana ni Pak Ngah? Dah lama Tijah Lawa tu terlantar. Lebih kurang 3 bulan dah dia sakit. Tolonglah Pak Ngah. Mana tahu, Pak Ngah tahu serba sedikit cara untuk mengeluarkan benda2 ni.” Mat Piah cuba memujuk.
“Baiklah. Aku pun dah lama maafkan dia. Yang aku tahu, cara terakhir nak keluarkan nyawa dia, kau kena cabut 7 keping atap di atas bumbung dan buka 7 keping papan lantai.
Ambil sebatang pokok pisang dan cantas batangnya. Mungkin, ini saja cara terakhir untuk keluarkan roh jahat dari badannya.”
Aku dan Mat Piah berpandangan. Kalau ini cara terakhir, apa salahnya kami mencuba? Mungkin itu saja cara untuk memutuskan tuntutan ilmu yg dituntut oleh Tijah Lawa. Moga2 roh Tijah Lawa dapat keluar dengan baiknya.
Kelam kabut kami meminta izin untuk pulang ke rumah sebelum hari gelap. Takut rumit pula kerja nak mencabut atap malam2 nanti.
Pak Ngah hanya mengangguk. Sedikit pun tak ingin nak mengikuti kami untuk lihat bekas isterinya.
.
Sampai sahaja di rumah, kelam kabut aku membantu Mat Piah untuk mencabut atap dan lantai rumah. Semua bekerjasama untuk selesaikan hari itu juga. Kerana masing2 seolah2 tidak tahan. Jumlah orang yg membaca Yassin juga makin hari, makin susut.
Selesai sahaja mencabut atap, lantai rumah dan mencantas batang pokok pisang, kami duduk sekeliling Tijah Lawa untuk membacakan Yassin.
Aku tenung wajah Tijah Lawa. Inilah wajah yg dulu aku terkejut kerana kecantikkannya tapi hari ini aku terkejut kerana rupanya yg terlalu buruk dan mengerikan.
Lendir2 mula keluar dari dagunya. Kata orang, dagu itulah kawasan cucuk jarum mas dan beberapa tempat yg lain. Dan kawasan2 itu semua keluar lendir2 yang sangat2 busuk.
Mata Tijah Lawa sudah pandang ke atas di bumbung yg sudah dicabutkan. Dadanya berombak naik ke atas. Kami teruskan membaca Yassin. Moga2 ini kesudahannya.
Tapi tiada siapa yg berani duduk di sampingnya apatah lagi untuk mengajar Tijah Lawa mengucap. Mulutnya ternganga seluas2nya.
Aku hanya beristighfar panjang dalam hati. Inilah akibatnya apabila menyekutukan Allah. Di dunia sahaja Allah sudah balas cash di saat2 kematiannya.
Selang beberapa minit, badan Tijah Lawa jatuh sekuat2nya ke atas tilam kembali dalam keadaan tidak bernyawa. Berangin rumah papan ni. Lubang atap yg dicabut itu pun seolah2 bergegar nak tercabut lagi sebelah.
Alhamdulillah. Selesai upacara pengebumiannya walaupun banyak lagi perkara2 pelik dan menyedihkan berlaku sewaktu menguruskan jenazah Tijah Lawa.
.
Selesai sahaja urusan di kampung Mat Piah, aku terus minta izin untuk pulang. Malas nak tidur lagi semalaman. Sebab aku rasa tak sedap badan kerana menumpang rumah orang terlalu lama.
Sampai sahaja di Melaka, aku terus rebahkan badan dan mengibau kembali detik2 pengalaman aku berhadapan dgn sakaratulmaut begini. Maha suci Allah yang menciptakan hambaNya , maka janganlah sesekali kita menyekutukan Allah SWT dengan amalan2 yang kufur dan syirik. Balasan di dunia sudah diperlihatkan bagi hamba2Nya yang ingin berfikir. Balasan di akhirat, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Aku berdoa agar Allah mengampunkan dosa2 Tijah Lawa sepanjang hayatnya. Sebagai manusia, kita tiada hak untuk menghukum.
Orang yg tonggang tonggeng solat pun tidak dijamin masuk syurga. Ada sirah di mana seorang pelacur dimasukkan ke dalam syurga dengan ‘rahmat Allah SWT’ kerana ihsannya untuk memberi minuman kepada anjing yg kehausan.
Buatlah apa yg diperintahkan Allah SWT dan tinggalkanlah apa yg ditegah. Maka inshaa-Allah kita akan memperoleh rahmat Allah SWT di dunia dan di akhirat. Inshaa-Allah.
Wallahua’alam
Nota kaki : Babe, jomlah melepak kat page aku. Segala komen korang aku terima seadanya. Jangan risaulah. Aku sado baca komen2 padu ni. Aku tunggu k..search Kakak Sado. Ada rahsia terbesar aku nak bongkarkan kat sana.
Yang menceritakan;
#TuanSyed
Yang menulis dengan molek semolek tuannya,
#KakakSado
#KisahRealPunya
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Park.
Best KS. Nak join page tapi apekan daya takde FB. Sokong dr FS.
lambai2
alahahai ko ni. buat jelah satu FB. bukan susah pon.
Aku ade duluuuu.tp deactivate. Wat masa ni aku kena bertenang takleh nak FB bagai. Ado ig jurr.
pulak? asal beb?
kalau gitu. ko add lah ig aku. mmm~ 💅🏻
Apew ig ko? 😻
jejakaidamanmalaya
😌
Hareeeyyy medi
Mesti ko buat samting sampai ko deactivate fb neh… kan kan kan?
Tak lansung..org buat aku adela…huhu..sampai hati ko melorq..aku ni berjiwa suci murni taww..huk
submit kt FS story ko.
Arghhh xbole medi..not for now…
oiii DS.. kau take over kitorang x hengat dunia ea???
Ermm maira…lamaku menunggumu..hehe
sedih statement ni..
Kan tokkk kannn…
lepas baca komen kau ni.. air mata tok masih mengalir sampai skng..
Sedih
Ermm tokkk jangan sedih angat tok..serba salah dibuatnye..tok dah bekpesss? Jumle saya blanje tok..
hmm, tok je ko nak belanja? aku?
Jomlaaaa medi….aum2
Rahsia apa doh ko nak bongkar? Tak cukup besar rahsia tu siap ko. Aku nk g follow ko nih!
dah baca story ko. tak tahu nk komen apa. kakaka
Ok best
jap g nak pi follow
Terima kasih kakak sado!
Aku tak pernah jumpa orang yang pakai susuk depan mata. Terbayang jugak macam mane cantikla agaknya dia.
Moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sbb tu org kata rupa paras xkekal lama. Tp iman yg dipupuk dlm hati nurani mampu bertahan walau jasad dimamah usia.
Nak cntik punya psal sggup ccuk 27 jarum ems…terbaik KS 👍
BEST! 😀
Teruskan berkarya!
KAKAK SADO
Selamat kembali ke ruangan FS,Kakak Sado!Cerita Kakak Sado menarik!Penyampaian dalam kisah yang dikongsikan amat mudah difahami atas penggunaan ayat yang bersahaja dan tersusun rapi.Dalam cerita juga ada diselitkan pengajaran dan nasihat.Tahniah!Kalau ada kelapangan,kongsilah cerita lagi ya?Illalliqa’~ 🙃
Menyukutukan Allah s.w.t itu merupakan di antara dosa dan kezhaliman yang paling besar.Semoga kita semua dijauhkan daripada melakukannya.Ambillah ikhtibar melalui cerita ini.
Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita di FS!😬
Waalaikumussalam
best ii kite sukeee….
okay nice !!
Bestttttt!
nassib baik Diva tak pakai susuk…
Diva pakai pemanis jer…
4 bintanggg!!!!
Baik2 Diva. Kang lagi kena k***t betis pakai pemanis banyak sgt.
best
muka yg pakai susuk nampak cantik…yg ada saka muka nampak seram dan kelam…best cita susuk ni..teladan…
Best..aku ade sorg kawan..die comel cam kucing..die ckp die pakai susuk..erm..xtahu nak caya ke tak..
aku bg KS 9/10..aku da follow page ko tu..tapi x melepak sana la..aku pemalu org nya..
aku ke? aku ke? aku ke? hahaha
jangan cakap kat orang bam pasal susuk tukau kucing gatal ea?
salah! kucing nak mengawan je. hahaha
hahahaha medi si meow-mewo.. kau tukar nama baru la. hahaha
aku cadang mmg nk tukar nama dan gaya penulisan. biar korang tak boleh cari aku. hihi
next year 2018
azam 2018 ea?? hahaha
wait n see
hahaha jauh mana bertukar kau tu.. I’ll wait
hihihihi~ tungguuu~
aku pun nak bertukar jugak la.. hahahaha
Seram gile hihi ko tuuu
Susuk ko terkeluar medi..tu la mkn sate lg
ko kan yg hantar sate malam tu? hehh, ko mmg dengki dgn aku. sobsob~
Aku tahu kelemahan koo..haha
Hahaha..da tercakap plk..aku pun pakai la..pakai kat tahi lalat..😋
hmm hmm, patut manis leting tengok taik lalat ko. Vibrate pulak halkum aku tengok ko bam aihhh~
hahaha..mentang2 baru minum ‘beast master’ terus kelua halkum ko ye..hahaha
Vibrate halkum tu cmne..kahkah
cerita ni ok. yg sebelum ni x berapa suka baca sbb ada lawak2 yg diselitkan sampai rasa rimas dan meleret! aku payung 5 bintang kt kau kak!
Thanks babe atas komen. No hal. Penulisan boleh berubah2 ikut mood. Nanti lepak kat page aku k. Segala komen aku layan
Best kS. Tulis lg kehhh
5🌟🌟🌟🌟🌟
daebak KS.
best
page tu kat fb ke ? ~
Yeahh. Betul
boleh pun karang cerita mcm ni. sebelum ni sebel aku nak baca.
Kau writer eh? Rasa mcm writer.🤔 tp Thanks la sudi baca even takde paksaan pun utk baca.✌ btw, aku tak pernah baca penulisan kau. Nanti aku try baca dan bg support kat kau pulak. 😘
Eh papepun, jemput lepak page aku k. Sini aku malas ar nak balas komen. Kakak Sado tunggu sis Zuri kat sana k. Tau sis.
kisah tentang sahabat dengan syaitan..aku suka ..teruskan berkarya
#insaf
kak sado pnye cter x pnah x best
Nak tanya nih. Batang pisang tuh untuk apa?
5💓💓💖💖 la bole?
Best la citer ni😊