Aku listkan nama duluu supaya korang tahu wataknya dan tak pening nanti. Hehe
Pelacur – Nur (sebab terjebak dengan drama)
Suami pelacur – Kamal
Pengubatan islam – Ustazah/Ustaz
Okay. Nur ni seorang pelacur di kuala lumpur. Cantik, tinggi dan nampak sopan. Tapi dia bukan pelacur biasa biasa. Class atasan tauu. Dia layan vvip je. Bukan jenis lorong. Disebabkan dia pelacur vvip. Jadi dia kena lah jaga saham. Bermula lah kisah gila duit. Dia nak buat orang gilakan dia. Jadi dia boleh dapat apa yang dia nak. Dia pun pergi siam dan ambil susuk di sana. Bukan susuk cantik saja wehh. Segala jenis susuk. Yang mana tak tahu. Susuk banyak jenis. Dia amik :
1) Cantik
2) Nafsu
3) Pengasih
4) Dan lain lain
Selepas tu kehidupan dia berubah. Dia makin ramai pelanggan. Semua vvip nak. Dia boleh layan lebih 5 orang dalam satu harii tanpa rehat dan rasa penat. Dia dapat semua yang dia nak. Dia puas , dia enjoy. Semua bila tengok dia akan cair bak lilin gais. Apa je yang dia cakap dan minta semua dapat. Mmang boss jaga elok. Sampai ada yg tergila gila. Ajak kawin. Tunggu depan bilik Nur sebab takleh lupakan Nur.Tapi Nur tak perduli. Dia suka jadi macam tuu. Sampai satu masa, Nur jumpa Kamal. Kamal pernah jadi pelanggan Nur, dan kamal pun tergila gila kan Nur.
Tapi .. Kalini Nur pun ada perasaan pada Kamal. Jadi dia lebihkan Kamal daripada vvip yang lain. Sampai kamal ajak Nur kawin dan tinggalkan kerja tuu. Mula mula nur taknak.. Tapi sebab dah jatuh cinta dengan kamal Nur setuju untuk berhenti dan kawin dengan kamal. Dorang kawin gais. Takde siapa boleh halang Nur berhenti padahal dia antara yang ramai customer. Tapi boss setuju je dia nak blah.. Dia tak pernah cerita dekat Kamal yang dia pakai susuk tu semua. Sebab Nur takut Kamal tak boleh terima dia. Tapi benda ni terbongkar sebab setiap kali dorang “bersama”… Nur punya tenaga lain macam. Sampai kamal tak terlayan. Yelah, Nur selalunya sehari lebih 5orang. Ni kamal sorang. Jadi Nur kesiankan Kamal.
Dia ceritakan semua. Kamal terkejut tapi dia tak marah wehh. Dia ajak nur pergi buang susuk tu. So dorang pun jumpa dengan sepasang suami isteri yg buat perubatan islam. Start lahh babak kedua.. Proses dorang nak buang semua susuk tuu. Susuk tu nur pakai di seluruh badan diaa. Ustazah tu tanya. ‘kamu pakai dibahagian mana je?’ kau tahu nur jawab apa ? .’saya pakai seluruh badan ustazah. Cuma yg bezanya berapa banyak disetiap bahagian dan isi susuk tuu.’
Ustazah tu terdiam wehh. Kau gilaa ke nak buang 1 pun susah. Ni seluruh badan. Ustazah tanya lagii ‘ antara yg paling banyak dimana dan apa isinya?’ Nur jawab ‘ dimuka seluruh muka untuk cantik dan buat org tergoda bila tengok saya.’ ‘Di kemaluan untuk buat saya jadi kuat dan bertenaga dari biasa,’ dan ‘disetiap nafsu saya.’ hmm. So bila ustazah scan. Tak silap aku lebih 100 susuk. Bukan jarum je, ada dari berlian, emas ,tembaga dan banyak lagii. Tapi tu tak semua boleh nampak. Ada beberapa org ke nampak masa ustazah tu keluarkan. Kau bayangkan. Nur dan Kamal tidur rumah ustazah tu sebulan gais. Dari sebelum puasa sampai seminggu sebelum raya. Baru dia balik. Betapa lamanya proses tuu. Jadi setiap kali berubat. Nur tak akan sedar sebab dah dirasuk. Bila keluarkan susuk cantik, nur berubah jadi orang lain. Dia jadi perempuan siam. Dan banyak watak. Banyak sangattt. Ustazah tanya ‘apa kau buat dalam badan dia?’
Watak 1 : ‘ aku buat dia nampak cantik dan buat semua lelaki tergoda dengan aku. Hahaha.’
(sambil berdiri depan cermin)
Watak 2 : dia bisu, cuma diri depan cermin dan sikat rambut.
Watak 3 : ‘aku akan goda semuanya’.
Yang ke-3 tu power wehh. Dia siap nak bukak baju tapi pembantu ustazah tahan. Dia goda ustaz ustaz yg ada kat situu. Mmang seram kalau korang boleh tengok sendiri. Hmm settle yang cantik.
Bab nafsu ni aku takleh blah. Susuk nafsu ni bukan biasa biasa. Nur kata dia amik yang paling kuat dan paling mahal sekali. Tapi semua susuk tuu susuk dari darah binatang wehh. Tu namanya nafsu binatang. Setiap satu susuk. Setiap tu Nur akan dirasuk dan menyerupai binatang tuu. Nur bertukar jadi ular. Babi. Monyet. Harimau dan banyak lagiii. Time jadi babi tu lawak weh, sebab ustaz semua lari sebab takut kena samak. Haha. Nur muntah darah. Dia lembik tak bermaya. Tapi Nur ni dia ada waktu nafsu dia ON. Kau bayang, orang tngah rehat rehat. Nak tunggu sahur. Nur bangun lompat kat Kamal ajak “bersama” time time tu jugak. Dia mcm takleh control tauu. Kesian pun ada. Hmm. Tapi kita tahu tu bukan dia.
Jadi sambung lah berubat. Banyak dia bertukar jadi binatang.Jadi tak banyak cakap , yelah binatang nak cakap apa. Tapi bila Nur sedar, dia akan menangis sb menyesal. Dia akan mintak maaf kat Kamal sebab dia kata dia teruk. Hmm. Kamal kata. Kamal pun teruk, ni dugaan seabb kita lalai duluu. Aku sayang kau Nur. Kita buang semua ni. Lepas tu kita mula hidup baru. Hmm nasib Kamal baik wehh. Dan yang paling last sekali. Dia pakai susuk ratu ular wehh. Susuk paling mahal dalam banyak banyak tuu. Dan paling susah nak keluarkan. Sebab ada nenek kebayan yang jaga ular tuu. Kau bayang, aku nampak Nur duduk bersimpul macam ular. Muka buruk macam nenek kebayan tuu dan rambut putih panjang sampai kaki. Dia gelak ‘Hahaha. Kalau nak aku keluar. Bunuh akuuu!!’. Tapi kesian lah tengok nur masa ni. Dia baru sedar, baru nak minum air mesti kena balikk. Nenek tu macam main main kan ustazah tu semua.
Tapi alhamdulillah dorang berjaya bunuh nenek tuu. Masa nenek tu kena tikam.. Nur menangis wehh. Dia kata dia sedih sebab berpisah dengan nenek tuu. Bertahun tahun dia buat macam macam untuk benda tuu. Kalau nak susuk tu segar. Nur memang kena bersama tiap hari. Kalau dia period dia still kena buat apa apa untuk naikan nafsu dia.. Hmm. Lepas susuk dah dikeluarkan. Baru lah nampak Nur yang sebenar. Dia cantik tapi taklahh cantik sampai orang terus tarik ajak kawin. Tapi lepas dia balik rumah. Still kena gangu jugak cuma tak teruk. Dia kena sebab dia tak boleh control nafsu dia sendiri. Sorry kalau korang tak faham sangat. Tapi ni apa yang aku nampak depan mata. Jadi jangan lah main susuk susuk ni. Semuanya akan buat hidup kau huru hara jee.
Lepas tu, alhamdulillah dia bahagia dengan Kamal. Sampai sekarang , dah beranak pinak dahh. But still. Dia kena kuatkan iman. Mengaji, pergi class agama. Busy kan diri dengan benda baik. Sebab kadang kadang benda tu datang. Kamal kata dia boleh bogel dalam rumah sebab tak tahan sangat. Sampai macam tu sekali weh.
Sekian sampai disini saja cerita yang aku kongsikan….InsyaAllah ada masa aku akan kongsikan cerita lagi..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Kenapa macam pernah baca cerita ni somewhere? Copy paste ka? Tapi bukan kat sini.
Mcm dah penah bace je cite nih.. Ummm
betul .. aku pun macam dah pernah baca cerita nihh ..
Dan di dalam cerita ini penulis ialah?
Bukan dh pernah post ker?
sorry to say.. saya dah pernah baca cerita ni kat forum… adakah anda penulis asal cerita ni?
cerita bagus…tapi boleh tak kurangkan perkataan wehh wehh tu akan dtg..boleh ye.