SYAMEL

Ini adalah rentetan kisah benar.

Hai, saya Ain. Kisah ni berlaku sekitar tahun 2010 semasa Ain baru melanjutkan pelajaran ke sebuah IPTA di utara tanah air.

***

Syamel. Dia adalah senior Ain dan juga satu-satunya facilitator yang tak garang masa minggu orientasi. Dia sangat menjaga junior-junior dia masa tu, wajah dia tak pernah lekang dengan senyuman walaupun letih. Ain akui ramai perempuan yang sukakan dia termasuk Ain sendiri.

Hubungan Ain dan Syamel terbatas, hanya sebagai senior dan junior. Kalau terjumpa di kawasan kolej atau jabatan pun kami hanya senyum dan menggunakan bahasa tubuh sekadar untuk bertegur sapa. Setiap hari Ain berharap dapat tengok dia walaupun sekejap, entahlah perasaan apa masa tu sampai macam-macam Ain buat untuk stalk life dia.

Hari yang paling Ain tak boleh lupa bila kali pertama dia tegur Ain. Masa tu kitaorang dekat koperasi dan hanya sebab sebungkus Maggi lah kitaorang mula bercakap dan bersembang dan selepas tu lah dia dah berani dah tegur Ain kalau kitaorang jumpa dekat mana-mana.

***

Ain ingat lagi masa tu hari Khamis, lepas ja habis kelas Ain terus keluar kolej sebab Ain nak balik Penang. Masa tengah tunggu teksi untuk ke stesen bas, dia lalu dan pelawa untuk tumpangkan Ain ke stesen bas. Masa tu rasa Ain rasa takut, rasa serba salah sebab Ain baru kenal dia, nak menolak tak sampai hati dan dalam masa yang sama Ain risau terlepas bas. Ain terima ja pelawaan dia memandangkan dia bersungguh nak tumpangkan Ain.

Perjalanan ke stesen bas yang memakan masa lebih 30 minit tak membuatkan Ain rasa janggal sebab dia tiba-tiba jadi seorang yang banyak bercakap, bercerita dengan Ain, tanya itu ini. Tak seperti selalu, bercakap bila perlu. Ain rasa selesa sangat dengan dia…
…………………………………………………………………………………………………………….
Bila Ain buka mata, Ain nampak dia kat tepi Ain. Tersenyum. Tapi Ain rasa asing, tempat nie bukan tempat yang Ain kenal. Badan Ain rasa sakit, kepala Ain rasa berat.

Ain : Kita kat mana nie awak?

Dia : Kita kat hospital. (Dia masih tersenyum dengan mata yang agak sayu). Kita accident tadi.

Ain : Ye ke… Awak okey?

Dia : Saya okey. Ain ja yang cedera. Saya minta maaf sebab tak dapat jaga Ain.

Ain : Hmm takpa, saya okey la.

Dia : Ain rehat la dulu, saya pun tak boleh lama dekat sini. Family Ain dah tahu, diaorang dah otw ke sini. Ain jaga diri baik-baik ya.

Ain : Okey. Awak pun.

Ain tengok dia berlalu keluar sehingga kelibat dia hilang dari pandangan mata Ain..

Keesokkannya Ain sedar, Ain dikelilingi oleh ibu, ayah dan abang. Dia? Tiada di situ. Mungkin dia segan dengan family Ain.

Ain akan dipindahkan ke hospital Penang, senang nak berulang alik kata ayah. Hampir dua minggu juga Ain diberi cuti rehat.

……………………………………………………..

Hari nie hari pertama Ain ke kelas selepas accident hari tu. Yang pastinya dia la yang Ain cari terlebih dulu. Setiap hari Ain cari kelibat dia, di jabatan, kafe, koperasi tapi tetap tak jumpa. Ain tanya kawan-kawan Ain pun semua mendiamkan diri, tak tahu, kata mereka. Mungkin dia sibuk kot. Seminggu juga la Ain tercari-cari.

Ain mula sibukkan diri, nak ‘catch up’ balik semua subjek, assigment yang Ain dah tertinggal. Ain stay kat library untuk cari maklumat untuk assignment, dan tiba-tiba dia munculkan diri. Ain happy sangat dapat tengok dia lepas accident tu, at least Ain tahu dia okey. Dia minta maaf sebab tak melawat Ain, sibuk katanya. Nak telefon? Sebenarnya kami terlupa nak ambil nombor telefon masing-masing. Bodoh kan?

Dan semenjak dua menjak nie, dia selalu muncul secara mengejut. Di library, di kafe, dewan kuliah. Perkara yang dia selalu cakap ‘Saya minta maaf sebab tak jaga Ain, buat Ain accident’, mungkin dia rasa bersalah sebab dia yang nak sangat tumpangkan Ain hari tu. Kadang bila Ain dengan kawan-kawan, Ain perasan dia akan tengok Ain dari jauh sambil tersenyum.

……………………………………………………..

“Ain, kau nie angau eh. Asyik tersenyum sorang-sorang”. tegur Ida kepada Ain. “Ha’a memang tengah angau pun, hehehe,” balas Ain.

“Entah kau nie Ain, macam orang gila dah aku tengok. Takkan rindu pakwe sampai macam tu… tapi bagus la kau dah move on, tak payah nak ingat Syamel lagi,” sampuk Mira pula.

“Kenapa Ain nak kena move on? Kenapa dengan Syamel?” Ida dan Mira berpandangan sesama sendiri, seolah-olah ada sesuatu yang mereka sembunyikan.

Mira : Ain… (sambil menggenggam kemas tangan aku). Sebenarnya aku dah terlepas cakap. Kami dah janji dengan family kau masa diorang hantar kau balik sini hari tu.Lecturer pun semua dah tahu masalah kau.

Ain : Apa benda nie. Aku tak faham la. Tadi pasal move on, lepas tu Syamel.Sekarang masalah aku pula? Aku takda masalah apa pun.

Ida : Kami betul-betul ingat kau dah move on sebab masa kau balik hari tu, sekali ja kau tanya kami pasal Syamel.Bila kami cakap tak tahu,kau pun tak pernah tanya dah.

Ain : Memang la aku dah tak tanya sebab aku dah jumpa dia..

Ida : Kau…kau..jummm…paa.. diaa..?

Mira : Ka..att maa…maa..naa..??

Ain : Laa kadang kita kat library ada ja terjumpa dia..Kadang terjumpa dekat kafe. Cuma kalau hampa ada ja dia tak datang tegur aku depan-depan, dia tengok ja dari jauh.Dia kan pemalu sikit, segan dengan hampa la tu..

Lepas tu Ain cakap macam tu, Ain perasan raut muka Ida dan Mira berubah. Ain rasa tak sedap hati. Ain paksa Ida dan Mira bagitahu benda apa yang sebenarnya jadi nie. Ida dan Mira teragak-agak untuk cerita pada mulanya. Tapi Ain terus mendesak.Ida dan Mira minta Ain bertenang dulu dan janji Ain akan okey lepas dengar semuanya.

Ida : Ain… Sebenarnya…Hmm sebenarnyaa… Syamel dah takk…daa. Dia meninggal masa kemalangan dengan Ain tu. Ada kereta rempuh korang dari depan. Dia meninggal dekat situ juga. Aku tak tahu siapa sebenarnya yang kau jumpa nie.

Ain : Hampa tipu la. Saja nak prank aku la tu. Jangan main-main tau bab mati nie, tak baik tau. Syamel tu elok ja aku jumpa.

Mira : Ain, percaya la. Kami tak main-main. Kami tak berterus terang sebelum nie sebab family kau yang suruh kami rahsiakan buat sementara. Emosi kau belum stabil.

Ida : Betul Ain. Abg kau cakap sepanjang kau sakit, setiap malam kau akan meracau sebut nama Syamel,kau akan menangis. Bila kau kata kau dah okey,nak balik sini family kau risau. Diorang minta kami jaga kau, tengok-tengokkan kau.

Mira : Kami tahu kami tak boleh simpan benda nie lama-lama, lecturer kita semua pun sedih dengan kehilangan Syamel dan dalam masa yang sama kena simpan rahsia nie sampai kau betul-betul okey. Semua risaukan kau tau.

……………………………………………………..

Ain hanya mampu menangis sepanjang malam. Masih tak percaya dengan apa yang berlaku. Kalau betul Syamel meninggal kat tempat kejadian, siapa yang kat hospital malam tu? Dengan siapa Ain jumpa, bersembang? Siapa yang selalu tengok Ain dari jauh sambil tersenyum?

Malam tu kali terakhir Ain tengok Syamel. Dia datang kat Ain sambil tersenyum. Dalam mimpi. Mimpi Ain yang paling indah.
……………………………………………………..
Keesokkan harinya, Mira dan Ida serahkan 1 beg kertas kat Ain. Diaorang cakap dah tiba masanya untuk bagi dekat Ain. Beg tu dari roomate Syamel, dia cakap Syamel memang nak bagi kat Ain nanti..

Telekung dan sekeping gambar ‘candid’ kami berdua masa minggu orientasi dulu.Pemberian pertama dan terakhir dari Syamel untuk Ain. Dan Ain hanya mampu membalas dengan doa semoga Syamel tenang di sana.

Al-fatihah

Syamel Iman bin Tajuddin

49 thoughts on “SYAMEL”

  1. In stead of rasa itu jin yang menyerupai Syamel, saya lagi rasa itu perasaan Ain yang susah nak terima pemergian Syamel. Apa pun, salam takziah and get well soon.

    Reply
  2. sabarlah ain…tabahlah menghadapinya…yg pergi tu sesaat oun x lambat and sesaat pun x cepat…semuanya sudah ketentuan…contoh mcm BR1M…ikut ketentuan dpdNya…xkn awal msk dlm acc and xkn lewat klu dah betul2 ditakdirkan dapat…tabah ye ain

    Reply
    • iya cerita betul. Ada rasanya masuk suratkhabar tapi berita kecil, Ain tahu sebab kwn Ain yang cakap. Ain sendiri tak tengok berita tu.

      Reply
  3. Ain insan terpilih mengalami peristiwa aneh mcm ni.. ending kisah Ain ttg Syamel mmg sedih.. lagi sedih bila kita dpt tau dari mulut org lain yg insan tersayang sbnrnya dh pergi buat selamanya.. apa pun rasanya dh 8 tahun kisah ni kan.. rasanya Ain pun dh move on.. cuma kdg² kerinduan tu dtg bertandang tanpa diundang.. mmg betul la org kata “rindu yg paling sakit, adalah merindui org yg telah tiada”.. alfatihah utk arwah Syamel Iman b. Tajuddin..

    Reply
    • Semua yang awak cakap tu betul. Masa Ain dapat tau, Ain memang sedih even kami kenal tak lama pun. Memang ambik masa juga untuk Ain move on. Alhamdulillah sekarang Ain dah okey, rindu dan doa Ain sentiasa ada untuk arwah. Al-fatihah

      Reply

Leave a Comment