SYIFA

Assamualaikum kalian. Terima Kasih kepada admin jika sudi untuk tolong kongsikan cerita ini bersama yang lain. Pertama sekali, maaf kalau ada kekurangan dalam penulisan ini. Semua yang terjadi dalam cerita ni, aku rasai sendiri dekat kolej.

Nama aku Nizwa. Tapi ramai kawan kawan panggil aku dengan panggilan “Wa”. Pemalas sungguh, dah cukup pendek dah aku rasa nama aku tu. Nak dipendekkan cerita, benda ni jadi dekat aku masa cuti sebelum peperiksaan akhir sem. Aku rasa, hampir semua orang dah lali dengan cerita cerita ghaib yang jadi dekat kolej. Benda biasa kut. Semua kolej ada “mak cik Karipap” yang famous tu, tapi, apa yang aku kena, tak sama macam dengan apa yang orang selalu dengar.

Senang cerita, masa tu, semua pelajar tengah sibuk kemas barang barang diorang yang nak dibawa balik rumah. Almaklumlah, nak dekat ujian akhir sem, maksudnya nak dekat cuti akhir semester. Walau cuti yang diberi hanya seminggu, mesti lah ramai yang bertungkus lumus nak balik rumah, kecuali aku, Syifa dan Tini. Syifa dengan Tini, kawan aku sejak semester satu lagi dan kiteorang memang tak rancang nak balik rumah. Sebabnya, kalau balik rumah, bukan lagi buku yang akan dihadap, tapi café-café hipster dengan anime bersiri dekat siaran astro Animax yang akan dihadap. Lagi-lagi, rumah kiteorang bertiga, jaraknya tak sampai 7km. Senang nak jumpa untuk lepak sama-sama.

Cuti seminggu di kolej pun bermula. Aman suasana asrama masa tu sebab semua pelajar dah balik ke rumah masing-masing. Memang suara aku, Syifa dan Tini je la yang memekak sana sini. Malam pertama dekat asrama tu, macam biasa, Tini dah melekat dekat koridor dengan nota-nota dia. Tak macam aku dengan Syifa, masih bergembira berbual macam baru habis peperiksaan. Tengah leka berbual, Syifa suruh aku tengok kalau Tini masih lagi kat koridor sebabnya, dah pukul 11.25 malam masa tu. Nampak saja kepala aku keluar dari bilik, Tini terus panggil aku suruh duduk dengan dia. Terus dia cakap “Wa, mak aku call tadi. Dia on the way sini. Dia nak pass kan slip exam aku. Aku tertinggal time balik last week. Teman sat turun bawah. Cuak ni.”

“Asal datang malam? Esok ada kan” aku jawab. “Mak ngan Ayah aku on the way sekarang gi Perak, balik rumah moksu aku. Ada kenduri esok. Kena la gerak sekarang sebab esok pagi diorang kena tolong banyak hal before kenduri start. Alang alang, dapat jumpa aku jap.” kata Tini. Macam tak munasabah, tapi memandangkan Tini macam cacing kepanasan sebab tertinggal slip peperiksaan dia, aku ikut je la teman dia. Tini cakap tak payah ajak Syifa sebab bilik kiteorang bertiga di tingkat satu je. Tengah nak turun bawah, Tini terus tarik tangan aku kuat dan dia lari .

Kalau aku ni jenis lemau, mau terkehel patah kaki dah sebab terjatuh. “Ahhhhh sudah….” cakap Tini bila kiteorang sampai kat bawah. Aku yang masih tertunduk bawah untuk tarik nafas.
Lepas tu aku donggak pandang Tini dan aku sendiri mula faham kenapa Tini mengomel seorang diri tadi. Kiteorang masih lagi kat tingkat satu ! Walaupun dah lari turun bawah! Aku dah mula peluk badan. Tini lain, dia punya kuat semangat tak macam aku dengan Syifa. “Wei panggil Syifa,” aku cakap. “Tak payah, kita yang kena, Syifa okay” cakap Tini. Perlahan lahan, kiteorang turun tangga elok elok. Masih lagi di tingkat satu. Muka aku dah makin pucat. Tini masih pandang keliling. Tak tahu la dia cari apa, yang penting, apa apa, aku tak nak tahu apa yang dia jumpa lepas tu. Lagi sekali aku dan Tini turun ke bawah dan kali ni aku kat depan. Masih lagi di tingkat satu. Memang sah la, ada benda tengah kacau.

Aku toleh belakang dan tahu apa terjadi ? Tini tak ada! Aku lari bawah lagi dan kali ni larian aku makin lintang pukang. Darah aku makin laju, sebab kali ni, aku bukan di tingkat satu, tapi di tingkat 4! Celaka! Perasaan aku bercampur baur dengan ketakutan yang amat dan aku hanya harap aku pengsan dengan segera dan terbangun esok pagi. Tiba tiba, aku nampak Tini naik tangga dari bawah sambil memanggil nama aku. Berlari gigih aku dapatkan dia. Tini nampak tenang walau aku tahu dia dah mula rasa takut. Perlahan lahan kiteorang turun ke bawah, dan akhirnya kiteorang sampai di level G. Tuhan je tahu perasaan lega aku masa tu.

Aku lihat jam di dinding yang terlekat di level G menunjukkan pukul 2.15 pagi. Terdiam juga aku memikirkan berapa lama “kejadiaan” tadi berlaku. “Ibu kau sampai lama la ni maksudnya?” aku tanya kepada Tini untuk hilangkan perasaan yang bercampur baur. “Mana ada diorang datang, aku tipu sebab aku nak bela dari sini je tadi.” kata Tini. Baru aku nak tanya kan lagi soalan soalan seterusnya Tini dah mula menjawab seakan dia tahu soalan soalan yang akan ditanya. “Aku acah je bawa nota kat koridor. Aku tunggu kau datang tapi mak ai lama giler kau borak.” Terus aku naik kan suara aku dan cakap “Wei, Syifa kat atas lagi wehh!”

“Syifa kat rumah, dia balik pukul 6 lebih time kau pergi koperasi. Abang dia datang bawa balik sebab dia dah merengek kat aku dia rindu rumah. Sebab tu aku tak join time kau ajak masuk bilik dia tadi.” jawab Tini. Muka aku kembali pucat memikirkan siapa yang aku beria ria berbual lama dalam bilik tadi. Yang pasti, bukan lah Syifa yang aku kenal. Mata aku mula berair dan masa masa macam ni la aku menyesal tak sudah sebab mengada tak nak balik. Terus Tini tarik tangan aku dan kiteorang tidur sama sama hari tu dekat kerusi pelawat level bawah. Nak ikut hati, lagi takut tidur kat bawah, tapi aku lagi rela tidur situ dari naik atas balik.

Dan esok paginya, apa lagi, kiteorang kemas mana yang wajib je untuk bawa balik rumah dan terus cari bus yang masih ada. Nasib baik rumah tak berapa jauh dengan kolej . Syukur di situ. Kalau rumah aku jauh sekalipun, dari duduk bilik tu, aku sanggup balik.

Sekian, sampai sini saja cerita ini. Sebenarnya, cerita ni rekaan semata mata. Maaf kalau banyak salah silap. Tak ada la menarik pun cuma aku nak cerita sebab perkara kat atas ni la benda yang aku paling takut kalau terjadi kat aku.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

14 comments

    1. kenapa nak maki maki sial… Nampak x tajuk blog ni apa?? FIKSYEN bangang.. eh geram plak aku ngn orang yang taksub benor2 ni… Selalu aku sopan..tapi kalau org dh tak sopan SIAL2 bagai..marah rasanya…

      Cerita rekaan atau singkatannya cereka (sebutan: ceréka) atau fiksyen ialah karya sastera penulisan yang dicipta daripada imaginasi penulis. Ia mungkin dalam bentuk novel dan cerita pendek. Istilah ‘cereka’ tercipta dari istilah cerita rekaan.

      Fiksyen, “mungkin” memasukkan atau merujuk kepada fakta atau peristiwa sebenar oleh si penulis sebagai sumber inspirasi.

      Mungkin ko paham tak mungkin….

      Ko jumpa antu betul betul nanti baru ko tau!!!

      Ok saya akan sopan semula..maaf ye.. tekasor bahasa pulak tadi

      1. Bagus! Me loike, sometimes penulis tak boleh puaskan hati seketul seketul manusia yg baca. Respect la writer. Say nothing kalau takde yg elok nak keluar dr mulut tu. Tak susah pun.

  1. Pehhhhhh antara byk2 cite kt fs yg aq baca utk ari ni cite ni ah paling gempak jalan cite nyaa.. So aq nk bagi bintang sikit tpi bukan sekadar bintang dgn tahi bintang aq kasi for bonus sbb gempak sgt sampai terkencit bintang tu.. Huhu btw nice2 :))

  2. Kau akan di banned…fiksyen shaha hanya atas nama jgn jadi lurus bendul ad yg share cerita pegalaman betul itu motif ditubuhkan blog ni..

    Tapi ada sesetengah mangkuk banggang yg buat cerita ikut imaginasi sendiri

    Admin doakan korg yg suka imaginasi tu akan mrngalami apa yg korg tulis tu sendiri..

    Bodoh betul.

    Nasihat admin lainkali sebelum baca tgk ending dulu..kalo rekaan xpyh baca buang masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *