Assalamualaikum dan terima kasih kepada pihak Shasha fiksyen kerana sudi menyiarkan cerita aku. Nama aku Sha dan aku menulis untuk menceritakan pengalaman misteri yang dialami aku. Kisah ini mempunyai maksud tersembunyi yang mahu aku kongsikan pada pembaca semua.
Syurga dunia
Di satu tempat di Setia Alam
Aku mengalami satu pengalaman yang mengerikan kerana tersesat dengan alam yang aku sangkakan perjalanan menuju ke syurga. Pengalaman misteri ini berlaku pada aku di satu tempat di Setia Alam. Aku tersedar dan bertanyakan kemana jalan untuk menuju ke syurga dengan meronta ingin menaiki kereta. Apabila aku menaiki kereta tersebut aku bertanya mana jalan menuju ke syurga. Sebelum itu dirumah aku telah mengalami pengalaman seakan bumi berakhir. Terus aku meluru ke kereta merasakan dunia telah tamat dan ingin menuju ke syurga.
Begitu pelik yang aku rasakan, kerana aku nampak bayangan cahaya yang ada dari dua arah kanan dan kiri. Dan kereta putih menegaskan aku ke syurga dan kereta merah ke neraka. Semasa dalam tidak sedar aku seakan memakan makanan dari syurga iaitu sebenarnya makanan segera. Aku begitu takut kerana begitu asing dalam alam yang biasa ini. Begitulah keadaan aku ibarat tersesat dalam dimensi yang berlainan. Peliknya, ia berlaku berulang-ulang dan menakutkan aku sendiri kerana sangkakan tersesat di alam lain.
Apa yang aku nampak pintu neraka dalam bayangan aku dan orang yang aku kenali menjadi penjaga neraka. Aku dihalang untuk menuju ke syurga oleh orang yang aku kenali. Sehingga aku berulang kali bangun dan bangun kerana tak terjaga dalam mimpi realiti yang panjang. Aku dalam keadaan ketakutan kerana umpama kisah misteri menyelubungi aku. Seperti ada cerita dalam cerita dan peliknya aku tak mengenali keluarga sendiri.
Aku hanya berusaha untuk keluar dalam alam misteri ini namun tak berjaya.
Ada kalanya aku dirumah yang berbeza jadi pengalaman yang aku alami juga berbeza. Seakan ada alam yang berbeza membelenggu antara rumah ke rumah yang aku pergi. Ada rumah yang aku pergi seakan di alam bunian. Pelbagai pengalaman yang aku rasakan selama dirumah tersebut. Ada rumah yang aku pergi berbeza-beza pengalaman. Pengalaman di bilik kadang membawa aku pada kisah tersendiri dibenak fikiran aku.Apa yang pelik aku tak mampu keluar dari misteri penceritaan tersebut.
Aku sendiri masih mencari sebab dan mengapa pengalaman ini aku alami dan adakah akibat dari hal-hal mistik. Aku sendiri tak mampu bangun dari mimpi aku sendiri dan hal ini amat menakutkan aku.
Apa yang orang sekeliling lakukan amat bertentangan denga apa yang aku rasakan. Melupakan orang yang berada disekeliling merupakan misteri yang tak terungkai oleh mata kasar.
Kebanyakan pengalaman aku alami seaakan mimpi yang terjaga yang tak boleh diungkap dengan kata-kata.
Aku telah pergi berubat secara tradisional namun masih sama. Begitulah aku terbawa dalam kedaan sedar kealam yang aku tak tahu dimana hujungnya. Sehingga pengamal perubatan aku sangkakan bidadara syurga. Aku diberi rawatan mandian perubatan islam masih sama. Aku merasakan sedang mandi mandian syurga. Begitulah misterinya keadaan yang aku alami.
Sehingga kini ia masih menghantui aku. Namun, bila aku sedar aku dapat bezakan antara realiti dan fantasi. Tapi jika tidak ia akan menjeremus dalam keadaan tanpa sedar.
Aku berharap cerita aku kongsikan memberi manafaat kepada pembaca. Cerita ini adalah kisah benar yang aku alami sendiri. Sehingga kini aku berharap aku bebas dari gangguan misteri ini. Aku masih berusaha untuk tidak tersesat di alam yang aku tak tahu dimana hujungnya. Aku masih berusaha membaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik kerana aku masih belum menjumpai jalan ke syurga.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Apabila iblis bersenda, putih dan merah adalah sama hanya sekadar warna. Kiri dan kanan menuju destinasi yg sama kerana hidup tidak ubah seperti roda.
Yg pasti jasad akan dipulang ketanah. Darjat yg baik akan diangkat naik ke langit tujuh, manakala yg kotor akan terus kekal terbenam dimamah masa menunggu hari kebangkitan untuk ditimbang semua amal baik dan buruk untuk menerima ganjarannya.
.
Hdup s’akan antara 2 alam..ujian utk kamu ble berubat pown s’akan sme.. kna bangkit sndr bkuat, atasi rse lemah takut dr tlampau sedih @ marah.. kuatkn rohani kna rajin bgun mlm solat taubat n hajat bzikir minta kuatkan hati n selamat dr ape2 gangguan & minta Allah ttupkn hijab..minta jgk ustaz ayat pdinding n amalkn..Dr terawang2 nk hdup normal pown payah..smoge dpermudahkn urusan & keluarge
Dik kalau amik barang jgn bercerita dik.
cuba jumpa dr psychiatarist. Tengok movie “Beautiful Mind”.