Tabahlah ibu

Maaf sekiranya cerita aku agak panjang. Banyak yg aku pendekkan. Cerita aku ni tak seram. Sekiranya ada mendatangkan sensitivity kepada awak semua. Aku mintak maaf. Terima kasih admin sekiranya cerita aku dipublish.

Aku perkenalkan diri nama aku bobo (bukan nama sebenar), aku ada 4 orang abang, dan aku sorang je perempuan. Ibu aku ada kedai makan dekat perak. Kawasan ibu aku meniaga tu, ada 4orang lagi yang ada dekat situ, sebelah kiri jual lauk sama macam ibu, sebelah kanan adik tu jual goreng pisang dan satu lagi tu jual nasi lemak sebelah petang. Kedai ibu aku ni agak famous jugaklah dekat kawasan situ. Tapi biasalah orang kita ni kan. Pantang nampak orang maju sikit. Mulalah nak menjahanam kan orang.

Ibu aku hampir 5tahun menanggung sakit. Masa ni aku sekolah lagi. Tangan ibu aku habis jadi mengelupas keluar macam air lendir. Satu haritu, abang chik aku, dia bawak kawan perempuan dia jumpa ibu. Bila masuk je rumah kami dan tengok ibu. Dia cakap ada something tak kena. Kawan abang aku ni kira pandai ubat orang jugaklah. Dia tolong buang sikit sikit apa yg ada. Sebab dia kata tak mampu nak buat sorang. Lepas seminggu macam tu, dia bawak ayah dia datang rumah. Masa tu kak ipar aku yang no 3 tu dalam pantang lagi. Bila diorang ubatkan ibu, ibu jadi macam lemas, aku dengan abah dah mula resah. Dalam keadaan ibu tak sedar tu, badan ibu timbul kesan macam kena libas dengan daun. Lama jugak ibu tak sedar, dalam 30 minit ada. Abah azan barulah ibu sedar.

Ibu cerita dekat kami, lepas ayah kawan abang aku tadi tu baca surah dan hembus dekat dia. Dia terus ada dekat tempat lain. Macam dalam hutan, ada pokok² apa aku lupa nama dia. Lepastu ibu cakap ada benda kejar dia. Dia lari, tiba tiba dia terpijak lumpur, kaki dia tak boleh gerak. Itu yang kami nampak ibu macam lemas. Lepas abah azan, ibu kata ibu nampak cahaya dan dengar orang azan baru dia jumpa jalan balik dan tersedar. Bila ibu dh sedar,
kawan abang aku tu muntah muntah, dia cakap ibu dah teruk.

Lepas beberapa hari macam tu, ibu aku jumpa abg dia dekat sungai. M, ibu aku jumpa abang dia ni dekat kedai kopi je. Masa ibu turun tu, ada sorang paman (panggilan untuk pakcik) datang terus dekat ibu, dia cakap dia nak tolong ibu. Masa berubat dengan dia, dia ada jugak bawak jumpa dengan ayah angkat dia, aku panggil tok abah. Kami berubat ke taiping, alhamdulillah nampak perubahan dekat ibu, ibu dah kurang meracau dan cakap bukan bukan. Hampir 2tahun ibu berubat dekat paman dan tok abah. Dengan izin Allah ibu kembali pulih dan meniaga macam biasa.

Kedai ibu makin ramai orang dan catering ibu jugak makin dikenali. Tapi kesihatan yg dipinjamkan oleh Allah dekat ibu tak lama. Tahun 2016 tangan ibu jadi balik. Muka dan kaki ibu pun jadi sama macam dekat tangan. Bila pergi klinik doktor jadi pelik. Sebab, kalau allergic, takkan sikit je, dekat tangan macam pakai sarung tangan dekat muka bulat ikut bentuk tudung tu, dan dekat kaki macam sarung kaki.

Ibu cakap kalini tak sakit, tapi gatal, macam kena miang rebung. Tidur pun beralaskan daun pisang. Kesian aku tengok ibu. Dalam beberapa bulan, ibu makin sihat dgn izin Allah dan juga semangat yang ada dalam diri ibu. Abah tak putus putus bagi semangat dekat ibu, kadang-kadang abah tak tidur kerana bawak ibu pergi berubat, jaga ibu smpai pagi. Besar pengorbanan abah.

Kedai kami semakin hari semakin kurang orang, ramai kawan-kawan aku dan bekas cikgu aku, wasap dan call aku bertanya kenapa kedai ibu sentiasa tutup. Aku terkejut dengan apa yang diorang smpai kan. Sedangkan kedai ibu hari-hari buka. Sampaikan ada seorang student uitm ni tanya dekat pekerja ibu, “baru lagi ke bukak? Sebelum ni tak nmpak pun ada kedai dekat sini”, pekerja ibu cakap la dah lama bukak. Hampir 20tahun meniaga kat sini. Budak tu terkejut. Dia cakap selama dia datang makan kat kawasan ni, dia tak pernah nampak pun ada kedai ni.

Sejak tu kami tahu apa punca gerai kami tidak seramai dlu. Ibu berubat lagi. Macam macam diorang tanam di kedai ibu. Ada satu masa tu, lauk yg ibu baru masak. Dalam pukul 12 dah berbuih. Hati mana yang tak sedih dgn keadaan yang macam ni. Bukan dikedai sahaja diorang tanam, dekat rumah aku pun dia hantar benda untuk kacau kami sekeluarga. Niat dia untuk abah aku dan ibu aku bercerai berai.

Kiranya dia nk bagi kucar kacir. Selepas beberapa bulan berubat, keadaan ibu makin teruk. Paman cakap orang tu gunakan sihir orang asli (maaf sekiranya ada pihak yg tersinggung) dia menggunakan patung dan salai patung tu atas api supaya ibu aku panas dan tak tenteram. Sebab tu badan ibu mengelupas dan berlendir.

2017 ni ibu makin teruk, abang ibu (pakwa) tolong kami berubat dekat seorang pakcik dekat kawasan kampung pulak. Kawan pakwa ni nama dia cik mat gurka, dia duduk sorang je dalam dusun. Tenang. Itu jawapan dia bila aku tanya kenapa duduk sini.

Berbalik pada kisah ibu. Dia bagitai kami, orang yang buat ibu ni takkan berhenti selagi ibu tak tutup kedai. Tiada niat lain. Cuma dia nak ibu tak meniaga lagi. Dia sanggup berhabis duit, untuk sihir ibu. Pakcik ni jugak bagitau kami siapa orangnya. Bukan tujuan apa, cuma suruh kami berhati-hati. Bila tahu siapa yg buat. Hati aku mula panas. Tapi aku fikir, dengan cara kasar, aku tak dapat apa apa pun. Aku cuma doakan ibu sihat. Ibu makin lemah. Aku cuti sem sebulan, aku yang tolong tengokkan kedai ibu, hantar nasi dekat orang bendang, semua aku yang uruskan.

Sekarang 3 orang yang sanggup tolong ibu. Aku nampak perubahan ibu, selepas orang yang ketiga tu ubatkan. Ibu nampak ceria, muka ibu yang tadinya hitam kini nampak cerah. Alhamdulillah. Tapi selepas dua hari, ibu tumbang lagi. Puasa yang pertama. Ibu tumbang. Gatal, sakit semua dia cakap. Meracau dah lali ditelinga kami. Abah dan pakwa mencari alternatif lain lagi. Abah bawak ibu ke kg D, berubat disana. Tapi keadaan ibu tetap sama.

Aku cuma mengharap ibu pulih seperti biasa. Aku doakan keluarga aku dilindungi. Sekiranya korang ada tempat yg boleh menolong ibu aku. Boleh nyatakan. Tidak mampu lagi aku tengok ibu aku meracau kesakitan. Menangis tahan pedih. Sekiranya ada sesiapa yg dapat membantu, boleh inform ye. Terima kasih admin!

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Bobo

20 thoughts on “Tabahlah ibu”

  1. ade dkt kelantan , kampung gaal, pasir puteh , kami panggil dia pak ngah sebab ayah kami dgn adik dia kawan rapat masa belajar dkt aceh dulu. atok saya ade saka pastu pegi pegi jumpa pak ngah , alhamdullilah sekarang dh xde

    Reply
    • biasalah MG ….bila hati sudah hitam….mak n kakak saya pun dah pernah kene mcm ni…selagi tak tgk kami berhenti selagi tu dia akan buat…abg ipar sampai meninggal dunia…

      Reply
    • 0109500328. cuba la dgn hamba ALLAH ni. Dia ni x la pandai, cuma dia berdoa dgn ALLAH SWT. kelebihan yg dia ada utk diri dan org trdkt yg dia knl je. Jenis dia ni plk klu ubatkn org die x pnh kenakn ape2 byrn pun tp bg pihak pesakit tu hulur la seikhlas yg mampu sb dia pun klu buatkn air dia buat 1 mlm x tdo bacakn beberapa surah masukkn dlm air utk pesakit minum dan mandi. cuba la mane tau doa die ALLAH makbulkan sb sakit dan sembuh semua tu dr ALLAH jua. klu x dpt tpn cuba tgglkn msg. wasap die x lyn. abg ni tggl kat KL. nama dia en wan

      Reply
  2. Setahu saya laa..kalu kite dah tahu sape yg buat, bukan kite boleh hntar balik ke kat org yg buat kite..satu nk bgi pengajaran satu lgi nk bgi tahu yg kite sbnrnya dah tahu kerje terkutuk dia tu..kalu xbuang balik kat tuan dia tu memg smpai bila2 dia akn anta.. org mcm ni kalu x rasa seksa mcm mn dy buat kat org selagi tu dy x serik…dia x rasa so kita bgi rasa..baru dia tahu seksa x seksa maen2 dgn syaitonirrajim ni..

    Reply
  3. Cari ustaz norazman albanjari kat paka terengganu.in shaa allah boleh sembuh dgn izin allah.tgk fb die ad contact number..usaha lah

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.