Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Terima kasih pada admin jika cerita aku disiarkan . Aku juga merupakan pembaca setia Fiksyen Shasha . Okay let’s start !
Aku nak ceritakan pasal pengalaman aku di Taman Hutan Gunung Ledang . Okay , masa tuh aku masih seorang pelajar form six di salah satu sekolah menengah di daerah Muar . Disebabkan peperiksaan penting akan datang , jadi semua guru decide nak buat kem motivasi di Gunung Ledang .
Bila dengar berita itu , mestilah kitorang teruja sangat . Ye lah , kem motivasi di luar sekolah , siapa yang tidak terujakan . Lagi-lagi , bila ada kawan aku yang bukan asal dari Johor . So , excited dia tuh mengalahkan orang lain . Hari yang ditunggu telah tiba . Masing-masing berpot-pet pot-pet sana sini . Bingit .
Bila sampai di Gunung Ledang , kami sangka kami akan pergi ke resort Gunung Ledang yang ada kolam renang tuh semua tapi jauh sekali dengan sangkaan kami . Bas kami berhenti di Taman Hutan Gunung Ledang . Tidak fikir apa-apa , kami semua turun daripada bas . Lihat kiri kanan , sunyi sepi . Tak tahu kenapa hati aku mula tak sedap .
” Okay pelajar ! Semua ke sini . ” laung Cikgu Erin ( bukan nama sebenar ) .
Kami semua pun bergegas ke bangunan yang menempatkan satu tempat yang agak besar , cukup untuk 102 orang pelajar . Cikgu Erin kata ini tempat untuk sesi penceramah semua subjek . Aku meliarkan pandangan . Nice , ada aircond . So , tak de lah aku berpanasan di sini . Kami gelarkan tempat itu sebagai dewan .
” Cikgu nak bagi kunci setiap bilik ! Setiap bilik boleh muat 10 orang . Cikgu panggil sorang nama sebagai wakil bilik , awak datang ambil kunci . ” ujar Cikgu Erin .
Setelah ambil kunci bilik itu , semua berpusu pergi ke bangunan yang menempatkan bilik kami semua . Aku lihat dari luar bangunan itu . Bangunan kayu satu tingkat . Agak usang dan bersebelahan dengan hutan . Rasa tidak sedap hati mula mengundang . Mungkin tak de apa-apa kut . Aku cuba sedapkan hati .
Bangunan itu ada enam bilik . Jadi , bilik pertama dan kedua untuk junior aku . Bilik keempat dikunci rapat . Aku tak tahu kenapa . Kami semua pergi ke bilik yang kelima . Selebihnya , pergi ke bilik keenam . Terdapat lima katil double decker . Kawan aku yang bernama Sarah ( bukan nama sebenar ) suruh ambil katil di tepi tingkap . Kawan aku ada lima orang , jadi mereka semua bersetuju kecuali aku . Aku bertegas tidak mahu katil di tepi tingkap . Aku dapat rasakan ada sesuatu yang memerhati di sebalik tingkap itu . Aku tiada kebolehan nampak makhluk halus , tapi aku boleh rasa .
Lepas berkemas apa yang patut , kami turun balik ke dewan untuk sesi penceramah subjek Pengajian Am . Semasa dalam perjalanan ke dewan tuh , aku ternampak ulat bulu yang sangat besar . Badannya sebesar lintah dan panjangnya seperti lipan . Tapi macam dah mati . Sebab badan ulat bulu itu tidak bergerak langsung . Aku berhenti dan panggil kawan aku supaya lihat ulat bulu tuh . Kawan aku semua kagum , aku keluarkan telefon bimbit untuk ambil gambar tapi tidak sempat apabila cikgu jerit panggil nama kami semua . Bergegas kami pergi ke dewan .
Habis saja dengar ceramah subjek Pengajian Am , kami semua menjamah selera di dewan itu juga . Hari pun dah senja . Sebelum berangkat ke bilik , Cikgu Hamid ( bukan nama sebenar ) berpesan sesuatu .
” Lepas nih , kamu semua pergi mandi dan solat maghrib . Yang bagi non muslim , kamu semua boleh duduk di bilik diam-diam . Mulut jangan celopar sangat . Ingat sikit kamu dekat mana . Lagi satu , cikgu nak bagitahu . Di depan sana tuh ada bukit yang agak tinggi . Cikgu dengar dekat situ ada sorang budak lajak meninggal dunia . Baru seminggu lepas , jadi mulut tuh jaga . Kalau mulut tuh celopar sangat , nanti budak tuh kacau kamu semua padan muka . ”
Muka semua sudah cuak . Rata-rata ada yang merungut . ” Ish cikgu nih . Saja nak takutkan kitorang . ” Cikgu Hamid ketawa kecil sebelum berpesan sekali lagi dan semua pergi ke bilik . Semasa hendak ke bilik , aku pergi ke tempat ulat bulu itu tadi . Aku agak terkejut sebab ulat bulu tadi dah tak ada . Mana mungkin ulat bulu yang dah mati boleh tak ada pula . Aku pusing sekeliling mencari ulat bulu itu . Tiba-tiba bulu roma aku naik . Tanpa berfikir panjang , aku terus masuk ke bilik .
Semua berpakat untuk mandi dahulu sementara nak tunggu azan maghrib . Kami semua pergi ke toilet . Ada sorang kawan aku nih namanya Hana ( bukan nama sebenar ) , muka dia agak pucat lepas mandi . Aku tanyalah kenapa dan dia cakap semasa dia mandi dia letakkan cermin mata di satu sudut yang ada tingkap kecil . Bila habis mandi , dia nak ambil cermin mata itu dan dia ternampak dua biji bebola mata yang sedang merenungnya tajam . Terus tangannya menggigil dan keluar dari bilik air itu .
Kami yang mendengar terus rasa cuak . Kemudian semua berpakat basuh muka saja , tidak mahu mandi . Selepas solat maghrib kami diarahkan keluar daripada bilik , sesi ceramah subjek Sejarah akan bermula tidak lama lagi . Aku dan kawan-kawan aku memang tidak ambil subjek sejarah . Jadi , kami pergi ke salah satu bangunan kayu yang agak unik . Di situ , cikgu benarkan buat study group . Tapi tidak boleh dibilik takut ada barang hilang .
Kami pun naik satu persatu anak tangga . Di bahagian beranda , kelas Prau 6 sudah duduk di situ untuk study subjek sastera . Kelas itu juga tidak ambil sejarah . Kami kelas Prau 5 . Cikgu Erin kata di dalam ada satu bilik yang boleh kami study jadi aku terus buka pintu itu . Dan langkah aku berhenti . Suasana bilik itu aku amati . Banyak kerusi diraja berwarna kuning ada dalam itu . Seperti sudah lama ditinggalkan . Dan ada meja besar di tengah-tengahnya . Seakan bilik meeting zaman lama .
Tapi kaki dilangkah juga ke dalam bila kawan aku semua sudah duduk di atas kerusi itu . Kawan aku yang lelaki datang melangkah masuk , tiba-tiba dia marah pada Seri ( bukan nama sebenar ) . Sebelum kawan lelaki aku masuk…
” Wey , kau ada bau something tak ? ” soal Sarah . Semua cuba menghidu .
” Macam bau kemenyan doh . ” ujar Mira ( bukan nama sebenar ) pula .
” Jangan tegur ! ” aku cakap dengan marah . Mulut mereka nih memang tak boleh dijaga . Tiba-tiba…
” Aduh , kau nih ! Sakit lah !! ” marah Fendi ( bukan nama sebenar ) sambil memegang tengkuknya . Semua berpaling mengadap Seri ( bukan nama sebenar )
” Aku tak buat apa-apa lah . Aku tengah main phone mana ada aku pukul kau . ” ujar Seri .
” Tapi aku rasa macam ada orang libas tengkuk aku guna wayar usb doh dari belakang . Ye la , aku kan depan kau , mana la tau kau memainkan aku . ” kata Fendi .
Seri lantas bangun ” Sumpah wey aku tak libas kau . Wayar usb pun aku tak ada . ” masing-masing main mata . Aku pandang semua kawan aku dan buat isyarat supaya keluar dari bilik itu cepat . Sarah dan Mira sudah terkumat kamit baca doa apa yang patut . Kami semua join kelas Prau 6 sementara tunggu ceramah subjek sejarah habis .
Hana tiba-tiba ketawa kuat . Aku terkejut . Ini bukan perangai dia . Dia tak suka ketawa kuat macam tuh . Lepas itu dia tunjuk ke belakang aku , dan aku pusing ke belakang dengan perlahan . Tak ada apa-apa . Kemudian , aku pandang semula ke Hana dan dia ketawa sinis sambil mata pandang ke arah aku .
Aku lihat kiri kanan . Kawan aku semua syok bermain telefon . Mereka seakan tidak sedar dengan perubahan Hana . Ataupun… Aku sorang jek yang nampak ?
Selepas solat isyak , kami semua tak berani nak tidur sorang diri jadi kami rapatkan katil double decker itu dan tidur berhimpit di katil bawah . Nasib baik semua berbadan kecil . Muatlah untuk lima orang .
Masa hendak lelapkan mata , tiba-tiba aku terdengar ada derapan kaki seolah-olah sedang berlari di luar pintu bilik kami sebanyak tiga kali . Bulu roma aku terus naik . Aku hanya diamkan diri . Jangan tegur nanti padah pula . Dalam hati dah baca ayat qursi berulang kali .
” Siapa pula yang dok berlari dekat luar tuh . Bising lah . ” cakap Sarah . Mata yang tertutup tadi terus terbuka . Aku pandang Sarah .
” Ha ? Apa kau merepek nih , mana ada orang berlari dekat luar . ” kata Mira pula . Ha sudah , kan aku dah kata jangan tegur . Aku telan air liur . Aku nampak muka Sarah dah pucat .
” Dah , jangan fikir apa-apa . Baca doa lepastuh tidur . ” arah aku . Dan mereka berdua akur . Aku ingatkan gangguan dah habis . Rupa nya besok lagi dahsyat .
Keesokan paginya , lepas solat subuh kami semua diarahkan bersenam . Jadi , kami keluar dan melakukan senaman ringkas . Mata aku tertacap pada bukit tinggi di depan mata aku .
Kawan aku bercadang mahu naik ke atas bukit yang Cikgu Hamid ceritakan itu . Walaupun hati berat , tapi diikutkan juga . Alhamdulillah , nasib baik tiada apa-apa yang berlaku . Cuma aku terpandang seekor burung berwarna hitam yang besar sedang bertenggek di atas dahan . Burung itu ligat memandang kami semua . Bila aku berpaling ke kawan aku , burung itu dah tiada . Jantung aku terus berdebar .
Selepas naik bukit , kami meneroka taman hutan Gunung Ledang itu . Terdapat banyak rumah tidak berpenghuni . Dan tiba-tiba aku terdengar rumah di sebelah kiri aku berbunyi ketukan sebanyak tiga kali . Keras dan kuat . Mata aku bertembung dengan Suraya ( bukan nama sebenar ) . Dia seakan tahu , dia mengajak kawan aku yang lain pergi dari situ .
Kemudian kami nampak budak Prau 6 sedang bermain air di tempat yang agak tersorok . Kami mendekati . Tidak berniat mahu ikuti jejak mereka jadi kami semua berjalan pergi ke bilik . Sedang kemaskan katil dan beg , tiba-tiba budak Prau 6 bernama Ayu ( bukan nama sebenar ) menjerit kuat seperti histeria . Dia berada di bilik yang keenam . Kami semua bergegas ke bilik dia .
” Aku lapar ! Aku nak makan !! ” jerit Ayu dengan suara yang garau . Jantung aku berdebar . Suraya terus buka ayat alQuran dalam phone nya .
” Jangan biar dia gigit tangan sendiri ! ” Suraya berkata dengan tegas bila dia ternampak Ayu seakan mahu menggigit tangan sendiri . Bila dengar Suraya bersuara , Ayu terus pandang ke arah Suraya . Dengan wajah yang bengis dia mara ke arah Suraya tapi dapat ditahan oleh kawan dia .
” Kau… Jangan nak sibuk . Aku lapar !! Kau jangan kacau aku . ” suara garau itu muncul sekali lagi dari Ayu . Perlahan-lahan aku melangkah ke belakang menghala ke pintu .
” Jangan berdiri di pintu tuh . ” kata Suraya tegas . Langkah aku berhenti . Aku tahu dia nampak sesuatu . Aku terdengar budak junior sudah mula baca yassin . Dan Cikgu Erin pun sudah sampai . Dia baca doa sesekali dia menghembus ke arah Ayu . Ayu menjeri kuat sekali lagi dan dia pengsan . Semua mengeluh lega .
” Sudah , kamu semua kemas beg dan terus turun ke bawah . ” arah Cikgu Erin . Lepas kejadian itu , kami semua lepak dengan budak Prau 6 . Nak tahu kisah pasal Ayu tuh . Dengar cerita , Ayu pandang pokok besar depan bilik mereka dengan lama lepastuh dia terus kena histeria . Bila aku ingatkan balik , pokok itu pun macam lain daripada yang lain . Besar dan dahannya menjalar panjang . Ukiran kayu pun nampak pelik .
Sarah menghampiri Aliah ( bukan nama sebenar ) , dia bertanya ” Wey , time kau angkat tilam pergi bilik tuh kenapa kau tak jawab soalan aku ? ”
Aliah terkejut ” Eh , bila masa kau tanya aku soalan ? ”
” Ada lah . Aku depan kau jek time tuh . Aku tanya kenapa kau angkat tilam . Lepastuh kau senyap jek , tak pandang aku pun . ” kata Sarah lagi .
” Sumpah . Aku tak nampak kau . Apetah lagi dengar suara kau . ”
Semua yang berada di situ terus senyap . Berderau darah bila dengar jawapan Aliah . Habistuh , siapa yang Sarah jumpa ?
” Aku dengar cerita Cikgu Erin dan Cikgu Idah ( bukan nama sebenar ) kena kacau juga . Masa tuh cikgu nak pergi bilik . Dah nak senja juga la time tuh . Tapi jalan punya jalan diorang tak jumpa bilik . Hampir 30 minit juga la wey . Lepas Cikgu Erin baca apa yang patut , baru nampak bilik diorang . ” Mira bercerita .
” Aku nak balik… ” kata Sarah dengan takut .
” Dah dah . Jangan cerita lagi . Kejap lagi kan kita balik . ” aku tegah mereka jangan bercerita selagi belum balik tapi mereka degil .
” Wey , kau nak tau . Lim ( bukan nama sebenar ) , nampak tiga lembaga hitam dekat dewan . Pastuh , dia nampak budak kecil dekat budak Prau 6 main air tuh . ” kata Mira lagi .
Aku diam . Aku tahu semua tuh betul . Sebab aku kenal Lim memang boleh nampak benda halus . Jadi , budak kecil tuh yang meninggal dekat bukit tinggi tuh ke ? Wallahualam…
” Kau tengok Tiha . ” Mira menjuih bibir ke arah Tiha yang sedang duduk di atas satu batu besar yang ada di situ . Semua kalih pandang .
” Lim kan rapat dengan dia . Aku dengar cerita , Lim langsung tak tegur dia dekat sini sebab Lim nampak muka Tiha macam nenek kebayan . ” kata Mira lagi .
” Ish kau nih . Takkan lah . Kan Tiha cantik . ” kata aku lagi . Ye , semua akui yang Tiha nih cantik . Tinggi dan putih melepak .
Mira seakan berbisik , ” Kita memang lah nampak macam tuh , tapi Lim nampak lain . Kau kan tahu , Lim boleh nampak semua benda tuh . ”
Sedang hangat bercerita , tiba-tiba Hana menunjuk satu gambar yang dia ambil masa tengah malam . Dia ambil gambar sebagai kenangan tapi lain pula hasilnya . Ternampak satu bayangan putih berikat ( pocong ) sedang bertenggek di beranda . Nampak kepala dia senget menjengah kamera . Serta merta semua menjerit takut . Berderau darah tengok gambar tuh , aku usap bulu roma ditangan .
Sumpah seram gila . Walaupun tak nampak muka , tapi bila dia jengah kepala di kamera bayangkan lah seramnya macam mana . Aku memang tak boleh lupa doh . Hana selak gambar lain pula . Dia ambil gambar dahan yang menjalar . Tapi ternampak seakan tangan manusia ada di dahan itu . Bentuk dan jari pun sama . Aku tutup handphone Hana dengan tapak tangan .
” Jangan cerita dekat sini . Kau tak tahu dia ada dekat sini ke tak . So , jangan tegur jangan cerita . Kalau nak cerita tunggu besok dekat sekolah . ” aku bagi amaran . Sebab tengkuk aku rasa seram sejuk . Sebelum jadi apa-apa , lebih baik aku cegah awal-awal .
Kemudian , Cikgu Hamid khabarkan bahawa bas yang bawa kami semua ke sini telah rosak . Semua merungut macam mana nak balik kalau bas rosak . So , setiap cikgu offer pelajar naik ke keretanya . Tiada pilihan lain melainkan cikgu sendiri yang hantar . Kami semua dah tak sanggup nak duduk dekat sini lama-lama .
Semasa perjalanan balik , aku ternampak satu kuil india di tepi jalan . Nampak usang . Tapi aku tak pasti sama ada aku sorang saja yang nampak atau kawan aku juga nampak benda yang sama . Yang aku tahu , kuil tuh nampak menakutkan . Dan lagi satu , budak junior rupanya memang dah kena gangguan dulu . Sebab itu , dia mula baca yassin bila dengar ada orang kena histeria . Gangguan apa yang berlaku , aku tak tahu . Mungkin mereka takut nak cerita .
Jadi , sampai sini saja aku ceritakan tentang pengalaman aku . Walaupun tidak menyeramkan tapi bagi aku memang menyeramkan . Kali pertama nampak kawan kena histeria depan mata memang aku tak boleh lupa .
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Seram laa citer ny even tgh puasa skrg ni, meremang bulu roma
I’ts rare to hear such stories.
Best. Thanks sudi share.
Sebuah kisah yang menarik dan best. Gunung Ledang memang terkenal dengan misterinya. Tapi berikut ni adalah untuk admin blog. Lancau la kau min. Perkataan “menyeramkan” tu sungguh menyeramkan. Ianya lebih menyeramkan daripada perkataan “darah”, “potong” dan “mati”. Tukar la ejaan tu kepada simbol (*) min. Biar lagi jelas min punya bingai dan penakut tu.
Saya pun pernah nampak juga pontianak belari saya malam tu.Nampak dekat jambatan yang ada taman periuk kera tu.
Meremang bulu rom a aku baca cite ni pergh! 😖