Taman Larangan Ghost Story

9 tahun yang lalu aku mula masuk kerja di sini. Masa mula-mula masuk kerja tu aku tak tahu yang aku bakal kerja syif. Ade 3 syif, syif pagi, syif petang dan syif malam. Syif malam tu masuk pukul 10 malam – 7pagi. Tugas kami yang malam ni tak lah teruk mane, aku dan rakan setugas aku kena lah meronda-ronda kawasan asrama dari bilik ke bilik. Tengok budak-budak dah tidur ke belum. Ade yang cuba nak lari ke, hehe.

Syif malam ni selalunya hanya 2 orang je yang bertugas. Seorang akan jaga asrama di atas dan seorang lagi akan jaga asrama di bawah. Masing-masing akan ditemani oleh seorang pengawal swasta (alaa, makcik guard tu). Apabila kerja malam ni tak boleh la tidur, dah namanye pun kerja kan? So kena lah buat sesuatu untuk mengelakkan mengantuk. Macam aku, aku suka berbual-bual dengan sesiapa lah yang pengawal yang kena teman aku kat asrama tu.

Nak dijadikan cerita, 1 malam tu aku kena jaga asrama kat bawah tu. Asrama kat bawah ni penghuni tak ramai masa tu, ada dalam 30 orang je. Pukul 11 malam aku turun ke asrama bawah tu dengan pengawal swasta ni (PKS) ni. Nama dia Dewi, indian. Kami terus lah lepak dalam bilik staff kat asrama bawah tu. Masa tu keadaan dah memang sunyi sepi dah sebab semua penghuni dah pun tido dalam bilik masing-masing. Kami pun duduk la lepak2 atas lantai je, malas nak duduk atas kerusi. Bilik staff tu luas, ade 1 bilik fail yang sentiasa bertutup dan 1 bilik kaunseling.

Aku dan kak Dewi tu pun berbual-bual la untuk elakkan dari mengantuk. Bual-bual kosong jek. Ketika kami sedang rancak berbual-bual, telinga aku ni macam tersengar bunyi loceng. Perlahan je. Macam bunyi loceng gelang tangan tu. Aku bajet kak Dewi ni punye gelang tangan kot. Kami berborak-borak lagi. Kali ni macam kuat pulak bunyi loceng tu. Macam bunyi loceng kaki yang orang india pakai untuk menari tu. Alaaa macam dalam citer hindustan tu, kan bunyi loceng kaki tu kuat. Aku pun terus tanya kak Dewi tu,

“Akak. Akak ade pakai gelang loceng-loceng ke?”.

“Mane ade cik cun..saya tak suka pakai gelang-gelang loceng”, kak Dewi jawab.

“Akak dengar tak tadi bunyi macam loceng kaki menari tu?”. Aku ni dah mule rasa tak sedap hati. Aku mule merapatkan belakang badan aku ke dinding.

“Saya tak dengar ape-ape pun cik Shasha. Jangan main-main tau. Saya tak suka bilik ni seram”, kata kak Dewi.

Tiba-tiba, aku terdengar bunyi hiruk piruk bising macam kat pasar malam tu kat telinga aku. Bunyi macam suara orang ramai tengah bercakap tapi tak tahu hujung pangkalnya. Telinga aku panas macam terkena haba dari mulut ( alaaa, macam kalau ade orang berbisik kat telinga kita, kan telinga kite rase panas. Haba yang keluar dari mulut orang tu). Haaa, macam tu la yang aku rasa. Aku terus tutup telinga. Yang kak Dewi tu dah mule takut bile nampak aku tiba-tiba tutup telinga. Aku tengok mulutnya kumat kamit baca ape entah sambil menyeluk poket bajunya. Rupa-ruoanya kak Dewi bawa sekali patung Tuhan dia datang kerja sebagai tangkal la.

Kemudiannya, kak Dewi menjerit, “Ayoooooooo. Jom la cik Shasha kite naik. Saya punya rambut sudah kena tarik laaaa”.

“Sape tarik? Saya tak tarik pun”, aku jawab dengan penuh kepelikan sebab aku duduk depan dia.

Dia menghadap aku, so takkan lah aku yang tarik rambut dia kan. Lepas tu boleh pulak kami dengar bunyi kerusi ditarik. Kami tengok tak ade pun kerusi kat dalam bilik tu yang bergerak. Kerusi mane satu ni. Pastu dengar lagi sekali. Memang jelas bunyinya macam ada orang tarik kerusi di depan kami tu. Aku dan kak Dewi terus bangun dari lantai.

Aku tengok muka kak Dewi dah macam nak menangis. Jam baru pukul 1 pagi. Nak tak nak kami pun bersiap untuk naik ke asrama atas. Bila kami keluar dari bilik staff tu, aku perasan la ada air menitik-nitik turun dari bumbung. Padahal malam tu bukannya hujan. Apasal pulak ade air menitik-nitik turun ke longkang? Air ape? Kami pun terus bergerak naik tangga menuju ke asrama atas. Masa nak naik tangga tu kak Dewi tu tegur, “Ada bau wangi la kan? Bau itu serupa itu ada bunga jugak”.

Aku dah berdiri bulu roma dah ni. Serammm. Aku pun tercium jugak bau tu tapi aku tak nak lah tegur. Kak Dewi ni boleh pulak tegur bau tu. Sabooo je lah. Bau wangi yang macam bau bunga melur tu follow kami sampai kami masuk dalam asrama atas. Kawan aku yang sama bertugas dengan aku malam tu terkejut kenapa aku naik atas? Aku cakap le sebab dok bawah “tak best” dan nasib baik kawan aku faham maksud aku. Aku terus ke komputer dan membuka surah al-baqarah dan on volume kuat-kuat. Bau wangi tu mulai hilang dan perasaan seram sejuk jugak dah hilang. Alhamdulillah.

Ini merupakan salah satu cerita dari pengalaman aku kerja kat sini. Kalau nak ikutkan masih banyakkkk lagi cerita2 mistik ni sepanjang 9 tahun aku kerja kat sini tapi cerita-cerita tu aku cerita di hari yang lain pulak lah ye hehe. Ok bye.

6 comments

  1. Warden asrama tuk student kolej kot..sbb penah dpt offer jaga rumah bdk kolej dlu..lebih kurang mcm tu la scope keje dia..

  2. Macam pernah baca cerita ni. Pusat Pemulihan Akhlak, perempuan, di utara Malaysia. Ermm…tak sama kot. Takpelah dek non.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *