Tanah Peninggalan Jepun

Assalamualaikum beb. Kayong di sini sahabat di sana.

Macam yang kayong janjikan, kali ni kayong nak kongsi pengalaman kayong dan keluarga di kota merudu, kota kinabalu, sabah.

Masa ni kayong dan ijam(adik no2) sekolah di SMK kinarut papar tingkatan 3 dan ijam pula tingkatan 2 , di sebabkan kayong dan ijam sekolah dekat kinarut, kayong dan ijam kena tinggal di rumah(perumahan palm beach) pakcik kayong (abang pada mama kayong) Famly kayong berada di kota merudu sebab ayah kayong di tugaskan di area kota merudu (army so kene pindah pindah lee kan) jadi kalau cuti kayong akan pergi melawat famly. kayong taktahu apa nama kampung tu tapi rumah yang famly kayong duduk tu rumah papan berdepan dengan sekolah rendah (maaf nama sekolah tu pun kayong lupa) tuan punya rumah sewa tu pun dekat je dengan rumah yang famly kayong duduk tu, ada dalam 7-8 langkah jee .

Belakang rumah tempat famly kayong sewa tu ada pokok mangga , batang pokok mangga kalau sorang yang peluk pun tak dapat kena tiga orang dewasa yang peluk batang tu baru jari dengan jari bertemu (faham kan apa kayong cuba sampaikan?) kalau duduk bawah pokok mangga tu sumpah!! jiwa tenang aman damai kan ku bawa kau melayang terbang ke awang awangan(okayy ni melalut da hahahah) tapi betul jiwa akan rasa tenang je. Rumah sewa tu ada bawah kolong , tapi nak masuk bawah kolong tu kena tunduk sikit lah baru dapat (kalau jalan menegak mau tak benjol kepala dahi awak awak yang luas tu hahah)

Rumah sewa ni takda lah besar mana . Biasa biasa alam gittew , ada satu bilik dan dua pintu di ruang tamu (satu pintu belah kiri tu untuk keluar masuk lah ada tangga) yang satu pintu belah kanan tu pulak buat macam jendela je , jadi bila duduk depan pintu yang takda tangga tu nampak lah pokok mangga yang besar tu dan seterusnya dapur lepastu jamban kat hujung (rumah tu tade selok belok pun lurus je macam bentuk “I”) hujung bilik dan hujung jamban (jadi korang faham kan? Heeee harap faham la ye)
Jadi cukup intro kawasan rumah tu moh kite baca seterusnya! Lets begin the story!!

•Tanah peninggalan jepun•

Masa tu kayong balik melawat famly , sampai depan rumah tu kayong terperanjat sikit sebabnya pakcik(abang pada ayah) and famly dia ada . Bila da salam salam semua orang dalam rumah tu kayong duduk sembang dengan sepupu kayong
Kayong : ela korang tinggal sekali ke kat sini dengan famly aku?
Ela : aah… Sebab bapak aku kebetulan dapat kerja dekat sini .
Kayong : ouh okay la tu kan.. Ada jugak kawan adik aku main main dengan adik kau.. Eh btw ayah kau dapat kerja apa kat sini?
Ela : kerja kapal . Nanti kita pergi ramai ramai .
Kayong : kapal??(sumbat coklat dalam mulut) emm boleh jugak tengok keadaan kampung ni…
Jadi satu rumah ada 16 orang (10 orang dewasa dan 6 orang budak kecik)
Satu famly pakcik kayong ni tidur dalam bilik , kayong dengan famly tidur dekat ruang tamu je .

Petang pada pukul 4 macam tu kami main dekat kawasan rumah tu , adik kayong ijam dan sepupu kayong alan , apun dan adun ni pulak pergi dekat belakang rumah , dok kopak ranting pokok mangga buat main kayu lelek(kotakonci) kayong ela dan bobol ni pulak tunggu dekat tangga , lepas da habis main tu . Yang lelaki ni pergi lah balik dekat pokok mangga tu , baling baling buah dia . Kami yang gadis gadis ni naik atas dan mandi semua .
Mula mula tu tiada gangguan cuma si ela ni kerap mimpi . Pada malam tu memang dia mimpi sampai menjerit .
“makkkkkk!!!!! Aleng balik!!! Aleng!!!!” Jerit ela dalam bilik . Dalam samar samar tu kayong nampak ayah kayong bangun on suis lampu tapi tak hidup hidup pun . Kayong duduk gosok gosok mata time tu , lepastu ayah kayong off and on ulang ulang sampai lah ayah kayong marah “eyyyy s#l betul !! Kau jangan main main laa k>{{k betul!!” Jerit ayah kayong , automatik lampu da boleh on .

Kayong dan yang lain bangun tengok ela masih lagi baring menjerit panggil nama adik bongsu dia perempuan(aleng 3tahun) bapak dia dah cuba kejut ela tapi tak berhasil . Memang ela meracau lah malam tu . Lepas tu ayah kayong pergi dekat ela “Allahhuakhbar!!” Jerit ayah kayong sambil tumbuk dinding atas kepala ela , ela terus sedar dari mimpi ngeri dan menangis nangis peluk aleng .
Lepas keadaan da tenang sikit, bapak dia tanya lah dia apa yang si ela ni mimpi
Bapak ela : kau kenapa..?? Apa yang kau mimpi.??? (Sambil usap rambut ela)
Ela : aku mimpi ada nenek tua rambut putih bawak aleng masuk dalam pokok mangga tu. (Menangis lagi)
Kami semua apa lagi pandang satu sama lain lah . Mama kayong ni jenis lemah semangat . Lepas semua da settle mama kayong pun bagi air bacaan ayat kursi dekat si ela ni then kami pun tidur lah balik .

“Mah…….huhuhuhuuu” pukul 3:27 minit bibi adik bongsu(2tahun lebih) kayong nangis(nangis tahap kaw kaw punya) lepastu kayong duduk bersandarkan dinding, bulu roma naik tahap nak tercabut dari kulit, lain macam malam tu seram sejuk . Mama kayong dukung bibi tapi bibi nangis kuat sangat mata pulak bibi pejam rapat . Lepastu mama suru bibi bukak mata mama tanya kenapa. Bibi terus sorokkan muka dekat celah ketiak mama , bibi peluk pinggang mama erat sambil menangis . Ayah kayong time tu da tak boleh tidur da , lepas berapa minit macam tu bibi senyap “aaaaaggggrhhhhhhh!!!” Kedengaran suara ela pula menjerit dalam bilik . Ayah kayong cepat cepat on suis lampu , ayah buat balik macam mula mula dia buat tu baru lah si ela ni sedar , ayah kayong pun tanya “kenapa lagi? Apa kau mimpi?”
Ela : perempuan tua tu merangkak dari dapur masuk bilik ni terus terkam aku pakcik” sambil menangis (kesian da macam fobia akak sepupu kayong ni)

Baru lah kami faham kenapa adik kayong ni menangis tahap terlampau lampau. Rupanya nenek tua tu merangkak dari dapur ke bilik. Adik kayong menangis sebab bibi nampak benda tu.
Ke esokkan paginya kami semua lelah dengan mata sembab tak cukup tidur tapi kami ada rancangan nak pergi melawat kerja bapak si ela dekat hujung kampung petang ni , jadi kayong,ela,bobol,adun,alan,apun dan ijam pun jalan kaki pergi hujung kampung , lepas beberapa minit sampai perjalanan kami tiba di jambatan gantung , kami duduk lepak dekat jambatan gantung tu , bawah tu pula sungai. air sungai berwarna coklat, kayong tengok je budak laki ni gelak gelak , bila kayong berdiri nak pergi tempat diorang rupa rupanya diorang main lawan lawan kencing siapa kencing paling jauh dia menang . “Weyy bongok main kencing merata, elok sangat lah main macam tu kang ada yang bengkak macam kaki gajah kang korang punya tu” bebel kayong , diorang buat tak dengar lepastu pergi mandi dekat sungai tu , dah lah air kotor (budak budak baru nak up kan masa tu hihihikk) kayong dengan bobol tengok je gelagat budak laki ni , si ela ada kat bawah duduk tepi sungai sorang sorang .
“Ijam naik lah weyy ade buaya!!” Jerit kayong sengaja bagi diorang takut. “Best wey dalam!!” Kata ijam sambil terjun ke dalam sungai .

Kayong tengok ela . Kayong nampak ela ni meludah lepas tu kayong dengar ijam jerit “weyyy buaya!!! Naik naik!!!hahahahaha”(acah bagi suspen budak toyol ni) Lepas tu diorang pun menggelopoh naik , “mana ada buaya ijam kau ni mulut busuk betul” kata alan cuba marah ijam sambil naik ke atas . Lepas berehat kami pun meneruskan lagi perjalanan , bila tiba di depan kapal tempat kerja bapak si ela ni .

Kami pun meminta izin untuk masuk meninjau dan mengusha ngusha (mengusha pun boleh.. Haihh ayat ayat) dalam kapal tu . Lepas berpuas hati berehat dan meninjau kawasan kapal tu kami pun berunsur balik ke rumah bersama bapak si ela .
Sampai di rumah hari dah maghrib . Kayong biarkan budak lelaki tu mandi dulu . Lepastu turn si ela pula yang mandi . Kayong , bobol dan adik kayong lia(no3) duduk di meja dapur sambil menulis lirik lagu .

Tengah sedap hafal lagu m2m, “baaammmmmm!!” Pintu jamban di tolak sekuat hati , si ela berlari keluar dengan muka yang pucat… “Aahhhhhhhh!!! Aku taknak!!!! Pakkk!!! Aku tanak!!! Kata ela ketakutan sambil memeluk tubuh . Kayong dan yang lain perhati ela di depan pintu bilik . Bapak ela tanya “kenapa? Apa yang kau tanak?” Terus ela menangis “pak ada orang intai aku mandi…. Huhuhuuuuu aku tanak!!!” Kata ela , ayah kayong yang tengah hisap rokok di luar terus terjun dari kaki lima . Yang lelaki ni pun ikut ayah pergi bawah . Kayong dengan mama depan pintu bilik .
Lepas berapa minit macam tu , ayah kayong naik dan cakap “mana ada sesiapa dekat belakang tu? Mana ada orang boleh intai kau mandi! Sedangkan belayang tu semak samun dengan pokok paya nye . Jangan merepek lah ela! Pakcik tak nampak orang pun tadi” jerit ayah kayong .

Tak lama lepas tu “sarah tolong bacakan ayat kursi dekat air ni, lepastu bagi ela minum” kata bapak si ela sambil menuju ke tempat ayah kayong “edi jum cek lagi sekali dekat bawah tu”. Pinta bapak si ela pada ayah kayong . Lepas mama habis baca , mama pun suruh si ela ni minum lepastu basahkan muka dan bagian dade guna air yang telah di bacakan ayat kursi . Suasana kembali tenang . Jam menunjukkan pukul9 tepat . Mama kayong dan mak si ela tengah buat kuih pau goreng dekat ruang tamu . Budak budak kecik pula asyik tengok tv . Yang lekaki ni pula bersembang di meja dapur . Ayah kayong dan bapak si ela bersembang di luar(kaki lima) sambil hisap rokok . Kayong bobol dan si ela dalam bilik dengar lagu .

Hati kayong berdebar tiba tiba . Kayong berhenti menyanyi , kayong tengok ela . Muka ela pucat mata merah berair dan kayong perasan yang si ela ni balik balik gosok bahagian dade dia . Lepastu tiba tiba kayong teringat dekat perempuan cantik(bunian) kayong pandang si ela ni balik, hati kayong kuat mengatakan yang ela akan kene malam ni.
And yes hati kayong tak salah meneka! Si ela terus menjerit “pakkkkk!!!!! Panassssssss!!!” Kayong pegang bahu si ela tiba tiba si ela rebah , matanya melilau di setiap sudut rumah dan menjerit.
Kayong dan bobol tahan kaki ela . Ayah kayong dan bapak kayong cepat cepat masuk tahan tangan si ela . “Aduiiii!! Ijam alan adun apun!! Tolong tahan kaki dia ni.. Cepat lah!!” Jerit kayong . Tak semena mena kayong tertolak ke belakang dek penangan kaki si ela . Bobol ni pulak menangis dah . “Bol apa yang kau menangis sana ?!!! Kakak kau kena rasuk bukan m**i!!” Ayah kayong marah dekat si bobol ni , terus si bobol ni diam tahan kaki si ela(ye lah ayah ni baran orangnye. Mau tak diam si bobol ni bila kena marah hahaha)

Masih lagi adengan tahan menahan . Kayong bangun dan berdiri di depan pintu bilik(semput kau tahan orang kene rasuk ni) lepastu bapak si ela keluar cari orang pandai mengubat dalam bab rasuk merasuk ni. Mama kayong terus baca ayat kursi dekat air masak yang budak budak ni bagus diam diam je dekat tepi tv . Mak si ela ni pula duduk dekat tepi si ela , ayah pula terkumat kamit mulutnya baca ayat suci alquran .
“Mah,, cepat bagi si ela ni minum air tu” kata ayah sambil menahan kedua belah tangan si ela . Mama melangkah je ke pintu bilik si ela ni tiba tiba diam(pengsankan diri pulak.. Tampo tubi tubi kang) bila mama da dekatkan cawan dekat mulut si ela ni tiba tiba mata si ela terbeliak macam marah pandang mama , mama pun apa lagi menjerit lah lari keluar . Cawan tu mama pas dekat kayong , mama suruh kayong bagi minum dekat si ela air tu . Kayong cepat cepat bagi si ela ni minum walaupun mata dia masih terbeliak pandang kayong dengan wajah yang marah tapi kayong tak hiraukan . Kayong sumbat air tu masuk mulut ela(ganas pulak kayong time tu haihhh sorry beb) apa lagi si ela pun menggelupur lah sembur air tu jerit “panasssssss!!!! Aaaaahhhh panassssss!!”. Air semburan bomba dekat mulut si ela tadi terkena dekat kayong(nasib kau kene rasuk beb kalau tak cawan tu masuk dalam mulut kau sekali) kayong cakap dekat si ela aka mambang dekat dalam badan dia “weyy air ni sejuk lah mana ada panas!!” Sambil tu kayong berdiri balik dekat depan pintu . Ayah kayong time tu suruh si ela ni mengucap banyak banyak dan ingat Allah swt .

“Aasalamualaikum” bapak si ela dan seorang atok(60-70an) datang dan masuk ke bilik .
Sebelum atok tu masuk bilik, atok tu tengok kayong lain macam Tapi kayong tak fikir apa apa pun . Lepastu atok pun baca ayat suci alquran dan duduk bersila di kaki si ela . Sambil atok tu baca ayat kursi , atok tu picit dan tarik sikit ibu jari kaki si ela . “Aaaaarrgghhhhhhhhhh!!!! aaaahhhhhhhhh sakittttt!!!! Sakittt!!!! Aaaahhhh!!” Menjerit jerit puaka dalam badan si ela tu . Lepas atok tu ubat dan halau ‘benda’ dalam badan si ela alhamdulillah si ela pun kembali sedar dan minum air penawar yang telah di bacakan ayat suci alquran oleh atok tu .
Atok tu cakap “biasa lah . Ada yang suka” sambil membetulkan posisinya.
Kami semua terkejut ,
bapak si ela : siapa yang suka tok?!
Atok : ada 3 ‘benda’ dalam badan dia tu . Masih ada lagi bila bila masa saja dia boleh kena rasuk..
Ayah kayong : 3 ? YaAllah benda apa tu tok ?
Atok : ratu buaya putih , nenek tua dan makhluk berbulu. Tapi makhluk berbulu ni dah lama ikut dia dari kampung .
Bapak si ela : ya betul tok . Tapi makhluk berbulu tu kami da buang tok . Macam mana boleh ada balik??
Atok : macam atok cakap tadi Ada yang suka .. Makhluk tu nak jadikan anak kau bini dia..
Bapak si ela : tok tak boleh ke buang sekarang jugak ‘benda’ tu?
Atok : atok boleh buat apa yang mampu saja . Yang lain kita serah dekat allah swt. Usaha.. cari lah yang boleh buang ketiga tiga makhluk dalam badan anak kamu..
Bapak si ela dan ayah kayong angguk tanda faham . Kami semua diam seribu bahasa . Lepastu atok pun da nak balik , atok tu sempat cakap sebelum dia pakai selipar dia dekat tangga . “Cu,, apa yang datang cuba lawan.. Atok tahu kamu banyak kebolehan” kata atok dekat kayong sambil terseyum .

Kayong diam dan kerutkan kening “apa maksud atok tu?” Bisik hati kayong .
Kayong perasan yang lain tengah tengok kayong , kayong pun cakap lah “kenapa ken???” Sambil berjalan menuju ke tempat si ela .
Kayong : ela… Macam mana? Panas lagi tak kau rasa??
Ela : tidak (suara dia timbul tenggelam sebab jerit punya pasal)
Bobol : macam mana kau boleh kena rasuk ela??
Kayong : yaAllah kau pun.. Tak dengar ke atok cakap apa tadi?? Telinga ke batang paip?
Bobol : (ketawa) aku tanya seja .
Ela : tadi hati aku macam kena bakar panas betul..(muka masih pucat)
Kayong : memang lah . Sebab sebelum kau kena kan kau ada minum air yang mama aku baca ayat kursi tu. Setan pun rasa panas lah .
Ela : tadi sebelum aku kena aku nampak ada perempuan tepi kau yong lawa.
Kayong : merepek kau ni.. Stop!! Dah baring lah tidur..
Kayong pun pergi luar tempat mama kayong . Suasana kembali tenang . Time tu da pukul 1lebih tengah malam.
Kami pelik juga , si ela ni punya lah kuat menjerit sampai pita suara pun da trouble tapi tuan rumah tu tak datang dan tanya apa dah jadi. Tuan rumah tu ada anak 2 orang kalau tak silap tapi kami tak pernah bertegur sapa.

Malam tu kami berjaga , yang tidur hanya si ela dan budak kecik 6 orang tu . Kami makan pau goreng sambil tengok tv.
Keesokkan harinya semasa makan tengah hari , kami bising lah sembang itu ini , hal semalam kami da lupa . Lepas makan tu si ela cakap dia penat dan mengantuk , bapak si ela dah pergi kerja .
Ayah : yong cuti sekolah lagi sehari . Ko kene balik rumah pakcik esok.
Mama : aah yong . Ko dengan ijam balik da besok .
Kayong angguk je sambil kunyah kudap kudap .
Lepas kunyah menguyah kayong duduk dekat jendela(pintu yang tidak bertangga tu) kayong usha je pokok mangga ni , usha punya usha amikk kau!!! Kayong tak sedap hati tiba tiba kayong ingat wajah perempuan cantik tu(bunian)
Kayong : mah… Kayong tak sedap hati lah .
Mama : kenapa?
Kayong : entah macam ada yang tak kena .
Mama : apa yang…..
belum sempat mama habiskan ayat terus si ela ni bangun dengan mata tertutup .
Ela : aku nak pergi sana!!
Ayah : ela kenapa ni?!
Kayong : wey ela . Kau ngigau ke ? (Tampar pipi ela)
Ela : aku nak pergi sana.. Pakcik,,,dia panggil aku..(sambil berjalan ke pintu utama)
Ayah : (pegang lengan si ela) siapa yang panggil kau?
Ela : orang tu.. Dekat jambatan gantung!

Haa masa tu kayong da telan air liur da sambil pegang baju si ela ni . Yang lain hanya perhatikan kami(takut katanya)
Nak tau tak? Kayong dapat bayangan siapa yang panggil si ela ni. Dia perempuan muka pucat dia macam pakai pakaian diraja tapi tak jelas , susah kayong nak explain . Perempuan tu tengah lambai lambai seru nama si ela ni suruh si ela pergi jambatan gantung tu.
Kayong : ela jangan layan!! Ingat allah!!
“Buuuummm” tubuh si ela jatuh sembah bumi , ya! Si ela pengsan kayong dan bobol papah si ela baring dekat tilam . Lepastu ayah zikir dan baca ayat suci alquran dekat tepi si ela .
Kayong dan bobol duduk dekat depan pintu bilik . Mama dan yang lain depan tv baca alquran .

“Pakcikkk!!!!!” Jerit ela . Ayah terkejut dan tanya kenapa dekat si ela ni . Lepastu si ela cakap “dia nak tindih aku..” Sambil mata terbeliak ketakutan .
Ayah : aikk pacik tengah baca alquran dekat tepi kau ni.. Berani lagi benda tu datang.. Bangun lah tak payah tidur , pergi ikut baca alquran dengan macik kau . Kami pun baca alquran petang tu ramai ramai . Kayong masih lagi tidak sedap hati , kayong baring tepi jendela dan terlelap sekejap . Lepas tu kayong tersentak dek kerana mimpi. Mama kayong tanya “asal ? Mimpi jatuh bangunan ke”?
Mak si ela : (ketawa) tu la tidur lagi petang petang.
Kayong : mah.. Malam ni baca alquran lagi eah lepas solat maghrib.
Mama : kenapa?
Kayong : takde pape…. Kayong pun pergi jamban basuh muka .

Bila da malam selesai semua kayong pun kemas barang barang sebab kayong nak balik da esok . Settle kemas barang kami pun baca alquran ramai ramai . Tiba tiba angin bertiup kencang dah macam ribut , hujan lebat turun dengan lebat selebatnya . Tapi nak tau tak apa yang pelik???
Rumah sewa kayong je hujan dan ribut . Kayong intai dekat tingkap , sah memang sah rumah ni je kene . Ayah tibarkan sejadah dan laungkan azan di tengah tengah ruang tamu . Kami semua diam , habis je ayah azan serta merta hujan dan ribut berhenti(macam penipu jee hujan dan ribut ni) alaa macam tiada apa apa yang terjadi sekejap tadi . Kayong cuba intai dekat tingkap lagi , angin sepoi sepoi pun takda , jalan raya pun tak basah . Apa lagi kami pun teruskan baca alquran ramai ramai malam tu . Kayong tengok ayah lain macam , ayah baring dekat depan pintu sambil berselubung satu badan , mama pelik tengok ayah “yah ? Kenapa?” Tanya mama sambil pegang bahu ayah . “Teruskan baca jangan berhenti” jawab ayah sambil menggigil .

Kayong dapat rasa ada sesuatu yang tak kena , kayong dekatkan diri dengan ayah serta merta bulu roma naik terpacak macam mowhuck!! (Betuk ke ejaan tu?) ayah pun duduk dan cakap “sejuknyaa yaAllah”. Sambil peluk tubuh .
Kayong tengok muka ayah dah berubah, Mata merah dan berair , duduk tak tegak tapi bongkok , di situ juga kayong dapat bayangan perempuan tua sedang bertenggek di belakang ayah!!
Kayong berdiri serentak dengan ayah berdiri “weyyy si** keluar kau kalau kau berani(tumbuk pintu sampai berlubang pintu kayu tu)”
Kami semua terkejut terus senyap . Ayah pergi ke dapur pegang kerusi plastik “keluar kau!!!! Si** punya setan!!!” Kata ayah sambil campak kerusi . Lepastu ayah pun okay balik . Baru lah ayah cerita dekat kami yang bahu ayah tiba tiba berat , ‘benda’ tu cuba rasuk ayah tapi ayah lawan.
Dan petang tu kayong mimpi perempuan cantik(bunian) tu datang dan bagi tahu “berhati hati lah kamu wahai si manis. Rumah ini ada penghuni lain” kayong tengok rumah tu buruk macam pondok usang tanah bawah kolong tu berasap tiba tiba kayong dengar suara perempuan menjerit “pergiiiiiii!!” Terus kayong tersentak dan bangun dari mimpi ngeri tu.

Ke esokkan harinya kayong dan ijam tak jadi balik rumah pakcik, ayah tak boleh hantar kayong dan ijam di sebabkan ayah dan bapak si ela sibuk cari ustadz yang pandai untuk membuang ‘benda’ dalam badan si ela tu . Kayong dan ijam terpaksa cuti selama seminggu lagi.
Waktu tengah hari kami semua happy macam bebas nak kesana kemari, bila waktu senja kami jadi gusar, takut dan was was . Kami diam buat hal masing masing , masing masing ambil tempat duduk di satu sudut ke satu sudut, hujan renyai di luar membuatkan hati kami lagi semakin takut berdebar debar .
“Mah kenapa senja ni kita macam takut?” Tanya kayong pada mama sambil duduk memeluk lulut.
Mama : entah mama pun tak tahu .(sambil peluk 3 orang adik kayong)
Kami makan pun tak macam dulu ramai ramai .

Jam menunjukkan pukul 8:10minit , kedengaran kereta ayah parking di depan rumah “assalamualaikum” ayah memberi salam, ijam bingkas bangun dari tempat duduk dan menguak daun pintu , kayong tengok ayah dengan bapak si ela datang dengan seorang lelaki lingkungan 40-50an tinggi badan berisi . Dia perkenalkan dirinya sebagai “wak”(nama tak ingat)
Wak tu menyuruh si ela ni duduk dekat dengan wak , si ela pun duduk bersila(nampak jugak muka si ela time tu cuak gila) lepastu wak pun mulakan dengan meruqyah dari umbun kepala si ela selesai meruqyah si ela ni diam je tapi mata si ela ni start dah melilau di setiap sudut rumah, wak tu kata kat kami “kalau ada dengar apa apa jangan bising . Diam ja” kami semua angguk tanda faham .
Time tu kayong bengang dekat si bobol ni sebab tak habis habis tarik baju kayong suruh duduk dekat dengan dia , tapi kayong buat lek je focus tengok wak tu .

Wak tu pun senyap sambil tutup mata begitu juga dengan si ela . Tapi di setiap luar rumah kedengaran ada yang berdengus marah macam dengusan kucing bergaduh, cakar cakar dinding rumah dari atap sampai ke bawah kolong.
Kami pun berhimpit himpit la duduk, pintu pula di biarkan terbuka luas time tu juga kayong mengerlingkan mata ke luar rumah jelas terpampang wajah becahaya perempuan cantik(bunian) tu senyum tengok kayong. Kayong senyum kat dia balik lepastu cahaya tu pun slow slow hilang dari pandangan kayong.
Kedengaran suara wak tu sebut “Allahhuakhbar” kayong pun terus focus balik tengok wak tu.
Wak tu senyum dan kata “alhamdulillah nasib baik senang di bawa berunding”
Kami semua pelik . Berunding?
Bapak si ela : macam mana wak?
Wak : ya. Memang ada 3 benda dalam badan budak ni. (Mata wak tu pandang si ela, si ela ni pula masih duduk terpacak pejam mata)
Bapak si ela : jadi macam mana wak?
Wak : (tengok wajah kayong,ijam,bobol,adun,apun dan alan) budak budak ni ada kacau tempat dia. Benda tu marah sangat dekat budak ni(pandang si ela) dan budak lelaki tu(pandang pada ijam,alan,apun dan adun)
Ayah kayong : kenapa dia marah ? Apa benda tu? Siapa yang marah?
Wak : macam ni. Budak budak ni ada pergi ke jambatan gantung, budak ni(pandang si ela) meludah dan terkena pada badan ratu buaya putih di tepi sungai tu. Budak lelaki tu pula jirus air kencing di atas makanan ratu buaya putih dan puak puaknya. Budak budak ni telah membuat kacau.
Bapak si ela : yaAllah, betul ke apa wak ni cakap? Alan??!!!
Kami angguk jee weyy!! Wak tu boleh tahu benda yang kami tak cerita pun Apakkk aa..

Bapak si ela ni duduk dekat sikit dekat dengan wak tu dan tanya “wak selesaikan lah benda ni cepat cepat wak”
Wak : boleh. Kamu kena sediakan pulut kuning , telur 4 biji dan ayam jantan kampung warna hitam.. Diorang mintak ganti makanan yang budak budak ni jirus air kencing . Dan sediakan kain warna merah kuning dan hitam buat lap ludah pada badan ratu buaya putih tu. Esok malam kita hantar pergi sungai tu.
Bapak si ela : baik wak. (Tolehkan kepala pandang mak si ela) ni esok kau dengan sarah pergi beli barang barang yang wak cakap ni tadi. Aku dengan si edi pergi cari ayam kampung hitam…
Mak si ela cuma angguk tanda faham sambil menyusukan anak bongsunya si aleng .
Wak : kamu bernasib baik . Kalau kamu lambat ratu buaya putih tu akan ambil budak ni(pandang si ela)
Bapak si ela : apa maksudnya wak?
Wak : budak ni akan m**i.

Kami semua apa lagi terkejut tahap terlampau lampau lah. Lepas wak da bagi tahu apa yang perlu kami buat , wak tu cakap dekat si ela aka ratu buaya putih tu “pergi lah. Esok kami ke sana bawa apa yang kau minta kami ganti . Jangan kacau budak ni lagi. Sekiranya kau mungkir janji . Dengan nama Allah . Kau akan ku tanam! hari pembalasan iaitu hari kiamat baru kau boleh bebas”.. Serta merta si ela rebah.
Bapak si ela cuba kejut si ela tapi wak tu halang . Biarkan si ela tidur dan rehat sebab dia 40% jee yang guna badan dia yang lain jembalang tu yang guna dan kontrol.

Ke esokkan harinya kami bertungkus lumus mempersiapkan barang barang yang di minta ratu buaya putih tu. Ayah, wak dan bapak si ela ni awal pagi lagi keluar cari ayam kampung hitam tu . Petang baru diorang sampai . Wak tu kata lepas maghrib baru boleh pergi sana . Da nak masuk waktu maghrib , atok pun datang (atok yang ubat si ela masa mula mula tu)
Ayah , bapak si ela , atok dan wak solat di ruang tamu , kami yang lain ni dekat dalam bilik . Lepas solat tu wak,atok,ayah dan bapak si ela pun siap sedia nak pergi sungai jambatan gantung. Kami tinggal di rumah . Nasib baik gangguan tiada time diorang pergi sungai tu sebab rumah atok tu da pagar siap siap.
Pukul11 macam tu diorang pun sampai , ayah kayong bagitau dekat mama , “tadi belum sampai betul betul depan sungai tu, ayam da berkokok kena tarik” lepastu mama buat muka dekat ayah. Ayah faham mama takut.

Mula sesi perubatan kedua pula.
Kami yang perempuan ni duduk dalam bilik,kayong macam biasa lah duduk dekat tepi pintu bilik. Lelaki pula di ruang tamu, pintu di biarkan terbuka luas . Datang kawan bapak si ela ni dalam 3-4 orang lepastu si ela ni pula baring di tengah tengah ruang tamu. Wak ni duduk bersila di tepi si ela .
Wak tu bagi tahu diam je kalau dengar apa apa. Then wak tu cakap dia akan panggil perempuan tua tu masuk dalam badan wak dan minta penjelasan kenapa dia ganggu si ela ni. Sekiranya perempuan tua tu da masuk nanti , wak tu minta ayah dan bapak si ela ni tanya kat perempuan tua tu. Dan kalau perempuan tua tu mengamuk , wak tu pesan jangan takut sebab ada wali dari atas akan membatu. Wak tu pun mulakan dengan “bismillah” lepas tu suara tak dengar mulut je terkumat kamit.
Tiba tiba dinding rumah di cakar(bunyi tu dengan angin yang kuat, macam ada ranting ranting yang bergesel dengan dinding rumah) padahal pokok pokok jauh dari rumah yang kami sewa tu.
Di atas bumbung rumah pula seperti kanak kanak berlari. Kayong dengar dan diam . Yang lain berhimpit himpit.

Lepastu wak tu goyangkan badan dia kekiri dan kekanan, di ikuti dengan rumah bergoyang macam gempa bumi tu, memang terasa habis gegaran rumah tu. Kayong pegang daun pintu “ishhh biar betul wak ni!! Takkan dia goyang macam tu pun rumah ni goyang sekali.. Jangan rumah ni rubuh sudah!! Alaaamakkk” getus hati kayong.
“Haa haa haa hihihihiii assalamualaikum”wak tu pejam mata sambil memeluk tubuh. Kami semua menyahut salam.
Ayah : ni siapa?
Wak aka wali : saya wali yang di panggil ke sini.
Ayah : kami ingin bercakap pada seorang nenek tua.
Wak aka wali : ya. Saya tahu! Dia ada di pokok mangga sedang menyaksikan kita. Sebentar lagi dia akan masuk ke tubuh ini . Usah takut padanya.(wak tu goyangkan semula badan kekiri dan kekanan. Rumah pun terasa goyangannya)

Wak aka siti sarah : hihihihhihihi (pejam mata sambil peluk tubuh)
Ayah : assalamualaikum..
Wak aka siti sarah : (diam) hmmm
Okayy da tahu dia bukan islam .
Bapak si ela : saya ingin bertanya . Kenapa kamu mengganggu anak anak saya?
Wak aka siti sarah : bukan aku yang menganggu!! Tapi anak mu!!!! (Sleng orang dulu dulu)
Ayah : siapa nama mu? Apa agama mu?
Wak aka siti sarah : namaku siti serah. Aku tiada agama!!
Ayah : aikk nama islam tu..(garu kepala)
Bapak si ela : apa yang anak saya ganggu ?
Wak aka siti sarah : anak mu membaling anak ku!!! Huhuhuhuhuuu (menangis)
Bapak si ela : baling apa ? Di mana anak mu?
Wak aka siti sarah : aku hidup di zaman jepun. Tanah rumah ini adalah tempat ku! Aku banyak dosa.. Aku tidak tenang di alam sana..
Ayah : dosa apa ? Dan apa kena mengena dosa kau dengan anak buah saya buat pula?
Wak aka siti sarah : dulu aku hidup bertukar tukar lelaki. Aku di sahkan hamil. Aku tidak tahu siapa bapak anakku, huhuhuhuu(menangis) anakku m**i dan ku tanam di bawah pokok mangga itu dan aku m**i b***h diri!! Kuburku di bawah tempat tidur isteri mu!!
Ayah : (terkejut dan pandang mama) jadi ?

Korang! Masa tu mama kayong da cuak gila gila lah .
Wak aka siti sarah : anak anak kamu membaling buah mangga terkena pada dahan pokok mangga. Aku terasa sakitnya!! huhuhuhuuh(menangis) anakku juga turut terasa sakit.. Kamu membakar daun kering di bawah pokok mangga. Aku dan anakku terasa panassss! Huhuhuhuuu(menangis) ranting pokok mangga juga turut di patah patahkan!!!
Bapak si ela : kami minta maaf. Kami tidak tahu ini tempatmu . Jangan lah kau ganggu anak anak kami lepas ni.
Wak aka siti sarah : (pandang si aleng adik bongsu si ela dengan mata masih tertutup rapat) itu anak mu?
Bapak si ela : (pandang si aleng) ya!!
Wak aka siti sarah : anakku suka bermain dengan anakmu.
Bapak si ela : jangan ganggu lagi keluarga kami!!
Wak aka siti sarah : aku tidak tenang di alam sana hhuhuuhuhuuu(menangis)
Ayah : peluk islam . Insyaallah kau akan tenang di alam sana.
Wak aka siti sarah : tolong ajar aku bagaimana cara hendak memeluk islam.
Ayah : (mendekati tubuh wak) ikut saya mengucap.
Wak aka siti sarah : baik lah
Ayah : ashhaduallah ilahaillallah waashhaduanna muhammadarrasullullah( di ikuti dengan siti sarah)
Wak aka siti sarah : terima kasih .. Apa artinya?
Ayah : aku bersaksi tiada tuhan di sembah melainkan Allah dan aku bersaksi nabi muhammad itu persuruh Allah. Alhamdulillah (mengundur kebelakang)
Wak aka siti sarah : ouh . Alhamdulillah terima kasih terima kasih huhuhuhuhuu (menangis)
Ayah : apa kau rasa sekarang?
Wak aka siti sarah : aku rasa sejuk dan tenang sekali.

Kayong pula sedekahkan dia Alfatihah manakala yang lain diam seribu bahasa , ayah dan bapak si ela saja yang bersuara.
Semasa “dia” nak kembali ke tempat asalnya ‘dia’ sempat berpesan “jikalau anak anakmu ingin makan buah mangga, silakan tapi ku mohon jangan di baling. Kasian pada anakku . Huhuhuhuhuu(menangis) dia akan kesakitan”
Kami pun angguk je tanda faham. Lepastu ‘dia’ pun pergi dari badan wak .
Wak pun tersedar kembali “Allahhuakhbar.. Astaghfirullah hal’azim..” Wak cuba bangun, muka wak jelas terpampang wajah yang kesakitan dan penat. “Alhamdulillah selesai” kata wak sambil betulkan songkok.
Time tu kayong nampak cahaya putih terbang di luar pintu sambil melambai lambai . Wak pun cakap “tu dia. Melambai kita” . Yang lain menoleh kearah pintu yang terbuka luas . Ayah dan abak si ela saja nampak dan melambai balik cahaya putih tu. Yang lain tak nampak .

Lepas tu si ela pun sedar dan duduk di dalam bilik dengan kami. Semasa wak tu berdiri , wak tu pandang kayong dan cakap “orang terpilih saja yang boleh nampak apa yang orang lain tak nampak . Dan orang terpilih saja ada keistimewaan . Gunakan lah kebolehan itu sebaik mungkin jangan silap guna. Buruk padahnya” sambil senyum dan bersalam salaman dengan para lelaki .
Kayong?? Kayong pelik lah time tu apa lagi? Mama pulak tanya kayong “kebolehan apa?” Kayong angkat bahu je. Ye lah mana kayong tahu.
Lepastu atok tu bersuara “sekarang kamu mentah lagi nak tahu. Takpa nanti meningkat dewasa insyaallah kamu tahu sendiri”. Kayong cuba fahamkan apa yang wak dan atok tu sampaikan Tapi tak sampai sampai.

Selepas wak dan kawan bapak si ela tu balik , ayah minta atok tu tidur di rumah . Atok tu ikut saja . Bagi kayong okay la kan ada yang lebih arif pasal benda ni tidur di rumah atleast ada teman, lagipun si ela baru nak sembuh mesti ada jembalang jembalang yang akan dekat dengan si ela tu. Sediakan payung sebelum hujan jadi kalau ada apa apa atok tu ada boleh membantu.
Dalam pukul 3pagi kayong tersedar lagi dari mimpi . Dalam mimpi tu kayong nampak ‘benda’ hitam berbulu masuk ke dapur . Masa kayong tersedar dari tidur tu para lelaki ni bising bising kat luar . Kayong dengan si bobol ni keluar lah tengok. Rupa rupanya paip sinki terbuka sendiri , atok pun pulas lah kepala paip tu supaya air berhenti mengalir dan kami kembali ke ruang tamu. Kayong dan bobol tak dapat tidur , lepak depan pintu bilik je. Tengah kayong dengan bobol rancak bersembang kedengaran air dekat sinki mengalir lagi. Atok pun bangun dan tutup balik paip tu, “sekali lagi kau bukak siap kau!” Kata atok sambil duduk dan bersandar pada dinding bilik.

Bobol : yong… Kau rasa sapa yang bukak air kat dapur??
Kayong : tah aku mana tahu. Napa ?
Bobol : kau rasa penunggu rumah ni ka?
Kayong : aikk tak tahu la plak . Cuba call tanya dia. (Muka menyampah)
Bobol : kau ni yong.. (Merangkak ke katil)

Masa si bobol ni da ada kat atas katil , kayong masih lagi duduk depan pintu bilik tu sampai azan subuh kedengaran dekat dalam fon ayah.
‘Benda’ tu pun takde main bukak bukak air dah(tahu takut hoho).
Tengah hari tu cuaca panas panas redup , bapak si ela ni bagi tahu dekat ayah rumah sewa da ada kawan dia tolong carikan . Jadi lepas makan tengah hari tu kami kemas barang barang apa yang patut untuk di bawa ke sana dulu.
Sementara barang yang lain di angkut kedalam lori milik bos bapak si ela ni , mama suruh kayong pergi dapur ambil botol susu atas meja .

Kayong pun tak banyak bunyi terus melangkah masuk ke ruang tamu seterusnya ke dapur . Ada kerusi plastik di hadapan berhampiran pintu masuk ke dapur, kayong malas nak angkat kerusi tu susun elok elok jadi kayong biar bersepah macam tu je. Kayong pun ambil botol susu dekat atas meja membelakangi kerusi tu , bila kayong toleh nak keluar dari dapur tu kayong tercari cari mana kerusi tadi tu pergi? Kayong pun toleh ke belakang, OMK!!!!! Kerusi tadi da tersusun di tingkap berhampiran pintu jamban “eh!!! Biar berul??!! Sapa pulak alihkan kerusi tu tanpa ada sebarang bunyi?!!” Bisik hati kayong sambil berjalan mendapatkan mama.

Kayong bagi botol susu tu kat mama lepastu kayong tolong angkat barang masuk lori(barang ringan je beb kayong boleh tolong angkat hahahaha)
Bila da settle mama pun peluk adik kayong yang kecik 3 orang tu , dan mama panggil balik semangat adik adik kayong lepastu kami pun naik kerera ayah. Petang tu juga kami semua pindah!
Si ela pula wak tu tak bagi pijak tahan selama 3 hari(yang ni kayong taktahu sebab apa) jadi pabak dia lag dukung dia pun masuk kereta .
Pergi rumah sewa baru tu amik masa dalam 40 minit je. Bila da sampai alhamdulillah lah keadaan semua baik dan terkawal tiada lagi gangguan cuma si ela ni je fobia masuk jamban sorang sorang dah jadi bila dia nak pergi jamban si bobol ni lah yang temankan(kalau kayong dapat duduk memang duduk sudah pun hahaha)

Begitu lah kisah seram dari kayong. Banyak pengajaran yang kayong pelajari dari berlakunya benda macam tu.
Tuan rumah tu pula tak bagitahu sejarah rumah sewa yang famly kayong duduk tu, tuan rumah tu memang buat hal depa masing masing jaa padahal kami berjiran kot. Bagi kayong tak apa lah yang penting semua famly kayong selamat.

Lagi satu ‘benda’ dalam badan si ela tu memang da buang tapi masih ikut lagi sampai ke KK . Punca ‘benda’ suka dekat si ela ni sebabnya masa di kampung , kami memang suka lepak lepak jeti dan mandi dekat sungai tapi si ela ni silap . Kat sini kayong nak nasihatkan pada kaum hawa . Kalau pergi jeti, pantai sungai atau bakau jangan pakai perfume, wangi wangian atau berdandan seolah olah berjalan atas karpet merah(catwalk) ‘benda’ tu tak mustahil terpikat dekat awak awak semua . Ingat ya

Seminggu di rumah sewa baru kayong dan ijam pun balik ke kinarut rumah pakcik , mama ada bagi tahu, rupa rupanya kami sekeluarga je yang duduk lama dekat rumah peninggalan jepun tu. Orang sebelum famly kayong duduk rumah tu pun cuma bertahan 3-4 hari je kami 2 bulan lebih . YaAllah kalau kayong ingat ingat balik memang seram . Bila dapat tahu je rumah tu ada penunggu kami memang tak berani nak masuk jamban sorang sorang . Pergi dapur pun kena ramai ramai. Patutlah penunggu rumah tu rasa macam di seru seru , sebab nya nama ‘dia’ siti sarah . Nama mama kayong sarah dan nama si ela siti faizah = siti sarah!!

Pengajarannya : kalau pergi tempat orang mulut jangan cabul, Jaga adap, barang bukan hak kita jangan gatal tangan nak ambil, kencing ke meludah ke berak ke tengok tempat dulu dan mintak izin .
Diorang macam kita juga . Kita masuk tempat diorang tanpa salam perkenalan memang mengamuk lah si kawan tu .
Macam kita lah . Ada orang yang kita tak kenal datang rumah , masuk rumah pakai kasut, korang panas tak? Korang marah tak? Kalau kayong memang kene shoot tubi tubi lah . memang bikin panas tahap melampau lampau dah kan? Kalau korang pulak??
Haa macam tu la juga dengan diorang. Kita sama je cuma lain alam . Jadi beringat lah kita.

Di akhir cerita ini maaf sekiranya penulisan kayong tidak lah menepati selera pembaca . Kayong sekadar ingin berkongsi pengalaman paling manis ni je . Kayong bukan penulis novel , cuma apa yang kayong alami sebelum ni kayong cuba menulis mengikut cita rasa kayong sendiri supaya pembaca dapat merasai keseramannya itu sahaja. Pada yang suka alhamdulillah terima kasih. Pada yang tak suka skip saja tiada paksaan untuk para pembaca.

Salam sayang dari kayong(tangan di pipi kenyit mata) insyaallah kayong akan kongsi lagi cerita seterusnya di next entry.
#peacenowar

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Kayong
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

76 comments

  1. Sedihnya part hantu nama serah tu. Tak dapat bayangkan keseraman mama kayong bila hantu tu cakap kubur dia kat bawah tempat tidur mama kayong. So mama kayong dapat tahu tu terus tidur kat mana malam tu? Hahaha.

      1. Eh bukan2 hehe. Lah awat salah pahamnya? Baca jelah best lah jalan cerita dia seram seram kelakar jugak bila baca but depends lah kepada setiap pembaca untuk menilai pada Faz okay dan menarik 🙂

  2. Yg lembaga hitam tu datang dr mana?
    Sebab apa?

    Budak2…
    Biasalaa nakalnya lain macam, xde nak terpikir bnda2 mistik ni…
    Teringat plak mse kecik2 dulu…

      1. entahla kayong.. hari ni hari bi%# mami kot kayong.. semua benda mami tak faham.. nnt tggu mami okay mami pahamkan balik..

          1. okay kayong kak mami da baca balik.. dah faham dahh.. hehe.. pelan2 kak mami baca takut tak paham lagi

      1. Sama2 Kembali Kayong?
        Memang x suka antu merangkak ala Ju On tu…
        Tp kann, org tua2 ada pesan,
        Pokok mangga nie tempat ksukaan ‘bendalah’ nie bertengek sbb merimbun…
        Kita suka buah mangga,
        Wlpn tau pokok mangga nie ksukaan ‘bendalah’ tu

        1. Aah betul laa tu nor.. Pokok mangga ni seram sikit tpi bila buahnya bnyak berjuntai tu seram banyak hahaha rase nak baling jee

          1. Hahaha,
            Tau xpe Kayong…
            Tu yg kita suka bergayut kat pokok pauh/mangga nie,berjam2 duk atas tu xpe…
            Kalo malam minta maaf ler,
            Serun!!!
            ???

  3. Cerita best.tapi otak akak kena proses dulu..baru dapat tgkap maksud keseluruhan. Ap2 pun best! Nah akak bg rate siap2..5 star!

  4. siok cerita ni….bnyk pengajaran…untuk siti serah tu, nama mcm nama islam tp dia xda agama…kalo d sabah, orang selalu panggil pagan=xda agama…biasa yg xda agama ni, nama dorg mmg kbnyknnya mcm nama orang islam…kalau sy silap, tolong perbetulkan…

    Btw, kota marudu d mana sana tmpt kayong ni?…hoho

  5. Seramm!! Lagi2 part yg merangkak tuu hahaha bole bayangkn…. Buat lgi citee yg bestt kayong…. Nak bacaa tak sabar nk tgkkk kayong nye citee seram.. Salam dari Kuala Lumpur – Iman . 💜💜

  6. Hahaha … Sekarang umur kayong bape?? Ni mase form 3 kann? Lepas ni buat lgii cite kayong.. Bestt gilee tk bosan tgk… Salam sayang dari saya hahahahaha💜💜💜😆

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.