Assalamualaikum peminat FS. Aku Tii (bukan nama sebenar). Aku nak cerita kisah benar melibatkan tanah pusaka sebelah emak aku. Cerita ni mungkin panjang sikit. Aku akan cuba pendekkan. Aku cerita bukan untuk tunjuk aib family aku, tapi untuk pengajaran semua. Tanah pusaka jangan dibuat remeh.
Family aku stay Johor, negeri yg banyak kampung ‘parit’. Tanah pusaka mak aku terletak di salah sebuah kampung ‘parit’ ni.
Mak aku adik bongsu drpd 6 beradik. Dalam adik beradik, mak aku dijodohkan dengan ayah aku, askar. So mak ayah aku merantau. Dekat mana dihantar, dekat situlah berkhidmat. Time ni nyai (nenek@ ibu mak aku) aku hidup lagi. Dia yang duduk rumah atas tanah pusaka. Anak-anak lagi 5 orang duduk area situ. Ada jauh ada dekat. Yang dekat akan tolong tengok-tengokkan. Yela..masing-masing dah ada family sendiri kan. Tapi ada 1 kakak (sulong) yang stay rumah pusaka, tapi kadang-kadang je balik dan 1 abang (no.3) buat rumah atas tanah pusaka, bersebelahan dengan rumah pusaka.
Tahun berapa tak ingat nyai aku meninggal (time ni ayah aku dah pencen). Tapi before meninggal ni nyai aku dihalau dari rumah. So, sebab dia nak duduk atas tanah dia jugak, adik beradik semua pakat minta bantuan untuk buat rumah PPRT. Akhirnya, dia meninggal bukan atas tanah pusaka, tapi rumah anak dia yang lain. So rumah pusaka yang duduk sepenuhnya kakak sulong@ wak J. Time ni memang anak cucu cicit semua diangkut duduk rumah ni.
Wak J ada anak 2 orang. Dah besar dah. Dah kahwin. Satu perempuan satu lelaki. Yang perempuan, Alhamdulillah baik. Yang lelaki kahwin dengan 1 perempuan ni. Lepastu dapat anak 3 orang (cucu Wak J). Memang nampak hirarchy macam okay, tapi ruginya keluarga ni kurang sesuatu, solat. Ada yang solat dan ada yang culas. Nak dijadikan cerita bila anak lelaki Wak J start curang, cerai dan kahwin lain. So bini dia stay lagi rumah pusaka yang sepatutnya dah tak ada kene mengena. Bini dia pula ditangkap basah oleh orang kampung. Lepastu anak diaorang pulak buat hal. Anak lelaki dia mengandungkan anak dara orang. Astaghfirullah…semoga dijauhkan.
Dah jadi macam ni, mak aku mengamuk. “Kenapa dibiarkan orang luar buat taik kat tanah arwah abah, susah payah arwah abah dapatkan tanah, senang-senang je buat onar”. Anak bongsu la katakan, memang cakap straightforward. Yang Wak J ni, aku tak tahu la nak cakap macam mana, tak tegur ke cucu dia, tak tegur ke menantu dia..dibiarkan je diaorang buat maksiat atas tanah mak bapak dia.
Waktu ni memang panas. Semua panas. Adik beradik sampai buat perjumpaan tergempar. Macam mana nak halau menantu dan cucu ‘hantu’ ni. Tapi tu la, setiap masalah pasti ada jalan tapi dengan penunjuk-Nya.
Suatu malam, masa ni Wak J stay sorang dalam rumah pusaka. Dia baru habis solat Isyak. Dia rasa mengantuk yang teramat. Tertidur la Wak J ni atas tikar sejadah. Dia solat menghadap pintu bilik, time dia solat pintu bilik tu dia buka luas. Tiba-tiba dia terbangun sebab terbau sesuatu yang menyengat hidung. Bau busuk sangat-sangat. Dia pandang pintu bilik dia. Dekat muka pintu tu la dia nampak benda tegak berdiri (dalam bilik yang sama dia tertidur) berbungkus, kain putih tapi dah kotor kena lumpur, besar dan lagi tinggi dari pintu bilik. POCONG weyy!!! Time tu dia tergamam. Nak lari tapi tak boleh. Lama. Dia kuatkan jugak kaki dia nak lari dalam keadaan bertelekung tu. Dia lari sambil pegang dinding rumah sambil benda tu berdiri tegak dekat muka pintu. Dia lari pergi rumah adik dia no.3. Lepas malam tu, seminggu dia demam.
Mak aku dengan aku pergi melawat Wak J. Time ni dia stay rumah anak perempuan dia. Kurus bak hang. Pucat. Mak aku suruh pergi berubat kampung.
Wak J pergi jumpa sorang atok ni. Aku pun tak tahu atok ni ustaz ke bomoh ke (Wallahua’alam). Time ni Wak J pergi bertemankan anak perempuan dia. Atok ni cakap “rumah ni banyak maksiat, sebab tu diaorang balik, diaorang marah…dia tak nak ada maksiat atas tanah pusaka”, lebih kurang macam tu la ayat dia (nampak sangat bukan ustaz).
Tanah pusaka tu banyak hasil. Tapi semua kena makan dengan no.3. Tak ada pembahagian adil antara adik beradik. Mak aku cakap mana ada buat kenduri tahlil dekat rumah pusaka tu. Tak pernah. Sekali pun tak pernah. No.3 yang makan duit tu sedap-sedap je besarkan rumah bagai, tapi untuk kenduri tahlil arwah mak bapak dia mana pernah buat. Mak aku pertikaikan benda ni. Mak aku buat tapi dekat rumah kitaorang sendiri.
So hal ehwal tanah pusaka berlarutan sampai la satu tahap, mak aku tak tahan dah..mak aku cakap dengan abg sulong “sampai bila nak biarkan no.3 makan sorang2, adik beradik lain pun nak rasa”. Terus abg sulong pergi pejabat tanah, ukur tanah, bahagi tanah. Semua adik beradik dapat tanah masing-masing. Yang sulong dapat bahagian rumah pusaka, yang no.3 rumah yang dia duduk sekarang dan satu sen pun dah tak diberi duit hasil, dan lagi 4 beradik dapatla hak masing-masing.
Rumah pusaka sekarang Wak J jaga, tapi dia sendiri jarang duduk sebab takut. Dulu rumah pusaka tu seronok sangat. Meriah. Sekarang suram. Aku nak pergi pun dah malas. Tak seronok. Dah tak macam dulu-dulu.
So cerita aku ni jadikan pengajaran ye korang. Tanah pusaka jangan dibuat remeh. Aku nak cerita jugak pasal tanah pusaka sebelah ayah aku. Kalau diberi kesempatan In shaa Allah lain kali aku taip lagi.
-Tii
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Heh? Cite apa nih. Cerita bawang g iium confession nuh.
sebab tu semasa hidup lagi cepat – cepat bahagikan harta.
wlaupun harta tak seberapa.
bukan nak kata gelojoh mentekedarah ke apa tapi itu la yang sebaiknya.
kalau tak jadi macam gini la sesama adik beradik.
ni mak mentua aku kat kampung pun takde bagi lagi adik beradik. dah ada yang meninggal pun. nanti dah sampai ke anak cucu lagi susah.
kita sama – sama kampung kat parit. entah – entah satu kampung. 😉
Mcm teman pulak rumah pusaka kt kampung ms arwah embah wedok @ opah hidup lg mmg dh pernah wasiatkan kt arwah bapak teman…skrg bapak teman pon dh arwah…jd emak temanlah yg dok warisi…ada pulak sorang sepupu teman dok ungkit psl tanah & ru.ah pusaka tu…padahal ms arwah opah teman hidup…msg2 anak dh dpt bhg diorang…cuma arwah bapak teman jer yg x pernah dpt…so tanah tapak rumah pusaka ni lah yg diberikan kt arwah bapak teman sbb dia yg jg arwah opah teman ms arwah hidup lg…
Kenapa nenek kau kena halau. Tu kan rumah dia. Tak kan anak dia halau? Cerita bagi terang sikit. Masalah tanah ni memang, susah nak jumpa yang tak bergaduh.
aku tak paham la… wak J tu nenek sedara ko ke atau makcik sedara ko? bebal sangat ke aku ni cerita sesimple mcm ni pun aku tak paham…
Takpe cik dawsa..kita bebal bersama nampaknya…kekekkee
Agak pening kepala aku baca citer ni….