Tangisan Bayi Tengah Malam

Assalamulaikum. Disebabkan baru-baru ni aku ada hobi baru iaitu membaca blog Fiksyen Shasha sebelum tidur aku terpanggil untuk menulis kisah yang aku sendiri alami. Aku tak tahu sejauh mana tahap keseraman cerita aku ni tapi cukup buat aku demam selama seminggu lama nya.

Pada tahun 2009, waktu tu umur aku baru je 16 tahun, jadi lepas PMR of course lah mohon mana-mana Sekolah Teknik. Aku mohon sekolah Teknik lepas PMR dan nak dijadikan cerita memang aku bertuah sebab dapat tawaran masuk ke salah sebuah Teknik yang terletak di salah sebuah daerah di Pahang. First time aku berjauhan dengan family, hati aku memang nak belajar kat Sekolah Menengah Teknik, tapi tak sangka pula aku dapat kat satu daerah terpencil di Pahang, so redha je lah dapat kat situ. Ayah aku pun galakkan untuk aku pindah dari Sekolah Menengah Perdana ke Sekolah Menengah Teknik. Dekat Sekolah Teknik banyak kelebihan katanya, sebab ayah aku ni alumni sekolah Menengah Teknik so dia memang sokong aku 100%.

Febuari 2009, aku daftar kat sekolah tu. Masa first time aku sampai sekolah tu, MasyaAllah tempat apa lah ni, boleh ke aku hidup kat sini ? Yelah aku membesar di kawasan bandar tiba-tiba dapat sekolah kat situ aku rasa macam entah tak tahu nak describe macam mana perasaan aku masa tu. Sekolah aku ni terletak betul-betul kat tengah hutan tau, kiri kanan depan belakang semuanya hutan. Rumah warden pun dalam kawasan sekolah tu jugak. Kalau tengok dari luar sekolah aku tu je yang wujud kat kawasan tu. Ada juga perumahan taman kat situ tapi jauh dari sekolah aku. Pekan dia pun aku tgk tak macam pekan. Sunyi je. Tapi tu dulu lah masa tahu 2009, sekarang ni aku tak tahu tempat tu macam mana. Dah lama tak ke sana.

Dah nama pun Sekolah Teknik kan? Mesti lah kena tinggal asrama kan. Selesai aku daftar sekolah aku pergi daftar asrama pulak. Kira tahun tu batch aku ni untung lah sebab asrama untuk pelajar perempuan tingkatan 4 masa tu dekat dengan dewan makan dan asrama lelaki, blok asrama perempuan hanya terpisah oleh dewan makan, manakala blok asrama pelajar perempuan tingkatan 5 pulak terletak di belakang sekali. Dekat kawasan asrama aku pun dah rasa macam seram bila tiba waktu malam, apatah lagi kat kawasan asrama pelajar perempuan tingkatan 5 dekat belakang tu kan. Tapi aku salute lah dekat akak-akak senior tu sebab hati diaorang kental duduk kat blok belakang tu.

Masa aku masuk tu pengambilan pertama so yang daftar pun tak ramai adalah 100 orang pelajar perempuan, lebih kurang macam tu lah. So hanya 4 dorm sahaja dibuka untuk pengambilan pertama ni. Kesemua pelajar ni di tempatkan di tingkat 1 asrama dan setiap satu bilik seramai 20 orang ahli. First masuk mesti ada sesi suaikenal atau orentasi kan ? Tu perkara biasa untuk setiap pelajar yang baru masuk sekolah berasrama. So seminggu kami di minggu suai kenal tu, memang tiap hari balik dorm pukul 12 lebih malam. Redha je lah. Seminggu je pun bukan lama.

Cerita seram bermula bila hari ke-3 orentasi. Masa tu balik dorm pukul 12 lebih, masing-masing dah letih, mengantuk dan penat. Tapi sebab esok nak pakai tudung warna putih, tudung tu semua dah kotor dan berbau sebab pakai lebih dari 12 jam kan, pulak tu ada yang tak bawak tudung warna putih lain so terpaksa lah basuh tudung tu malam tu. Bila balik dorm masing-masing berebut bilik air nak mandi nak cuci muka dan sebagainya, sampai penuh macam pasar malam bilik air tu. Tengok bilik air tingkat 1 tu penuh, so 2 orang budak dorm aku ni decide untuk guna bilik air tingkat atas. Sebab dah terdesak diaorang buang rasa takut tu.

Diaorang naik tingkat atas, sorang cuci tudung dan sorang cuci muka dan ambil wudhuk. Tengah kawan aku ni, Nabila cuci tudung dia tiba-tiba dia dengan macam ada suara tegur dia. Yang si Nabila ni spontan toleh kat Siti, kawan aku yang teman dia tu. Masing-masing dah cuak tapi Nabila sedapkan hati Siti. Nabila bagi isyarat geleng kepala tanda tak ada apa-apa dan dia teruskan membasuh tudung dia. Oleh sebab Nabila buat tak tahu je, Siti pun teruskan cuci muka dia. Untuk kali kedua diaorang dengar suara perempuan seolah-olah menegur mereka dan kali ni agak sedikit panjang dan lebih kuat dari yang pertama tadi. Dah dengar macam tu apa lagi, tanpa berlengah diaorang pun berlari turun ke tingkat bawah. Masa tu aku baru je nak join diaorang guna bilik air kat tingkat atas.

Tengok diaorang berlari tak cukup tanah, aku membatalkan niat sebab aku dah agak dah mesti diaorang jumpa atau kena kacau dengan benda tu. Biasa lah, sekolah kan cuti 2 bulan bangunan tu kosong takde orang tinggal mesti puak-puak ‘H’ duduk bertapa kat situ kan. Pulak tu sekolah aku ni memang jenis tengah hutan memang ada lah benda tu. Semua orang tanya kenapa diaorang berlari turun tangga masa tu. Malam tu, Nabila ajak aku tidur sekatil dengan dia. Mungkin sebab dia rasa takut kot. Aku pun takut sebab katil aku kat tingkat atas (double decker). Esoknya masa subuh tu baru Nabila buka cerita. Nasib baik masa tu dia tak tunjuk rupa kalau tak pengsan Nabila. Budak tu dah lah jenis lemah semangat.

Lepas beberapa minggu tu tingkat atas masih kosong. Aku ni jenis malas nak tunggu turn bilik air kan so kalau bilik air penuh subuh tu aku akan naik tingkat atas untuk mandi. Nak takut apa kan dah lepas subuh. Tapi satu hari tu, aku perasan keadaan salah satu dorm tingkat atas tu berubah. Semalamnya, aku perasan pintu masih tertutup separuh dan sejadah terletak elok atas tilam kosong tu. Tapi hari ni aku tengok dorm tingkat atas ni terbuka luas pintunya, dan sejadah yang terletak kat atas tilam tu dah jatuh ke bawah dalam keadaan terabur macam ada orang buang.

Nak sedapkan hati aku anggap ada lah orang atau warden yang buka pintu bilik tu buat pemeriksaan so aku biarkan je walaupun masa tu hati aku dah ada rasa takut. Selalu aku mandi 10-15 minit, tapi haritu takut punya pasal aku mandi 5 minit je. Lepas tu nak keluar bilik air, aku rasa takut, kang tetiba muncul dia depan aku tak ke haru aku dibuatnya. Tapi nasib baik masa tu tak ada apa-apa penampakkan. Alhamdulillah.

Lepas sebulan tingkat atas tu kosong, baru ada penghuni sebab ada pengambilan kedua. Kami yang sesi pengambilan pertama ni rasa lega sangat sebab tingkat atas dah ada penghuni, rasa macam selamat sikit, sebab selama sebulan tingkat atas tu kosong hampir tiap-tiap malam kami akan dengar bunyi orang main guli, turun naik tangga dan paling ketara bunyi macam ada yang tarik katil. Seram weh tapi sebab kami dah lali kami biar je. Lama-kelamaan kami dah biasa dengan suasana tu.

Lepas bulan ke bulan, alhamdulillah tiada gangguan yang teruk berlaku kat blok aku. Untuk pengetahuan semua selama aku kat asrama tu dan sejak peristiwa masa minggu orentasi tu, aku dengan Nabila masih lagi tidur sekatil. Sehingga satu malam tu, aku diganggu, tiba-tiba aku terjaga sebab malam tu aku terdengar bunyi bayi menangis,kuat sangat macam bayi tu menangis kat sebelah telinga aku je. Aku pun dengan mamai-mamai masa tu pergi sound dengan sesedap rasa je. Aku cakap,

“hish anak siapa lah memekak tengah-tengah malam ni. Esok sekolah lah! Ngantuk nanti aku dalam kelas tak cukup tidur!”.

Baru je aku nak pejam mata, aku baru teringat sebelah dorm aku ni hutan dan takde rumah orang so macam mana aku boleh dengar suara bayi menangis?? Nak kata anak warden yang menangis pun warden aku belum kahwin masa tu, so anak siapa yang menangis ni??? Hati aku masa tu hanya Allah je yang tahu, takut sangat sampai tak berani nak buka mata. Serius masa ni aku lupa pesan mak aku pasal jaga mulut dan jangan celupar sangat. Lama aku paksa mata aku untuk tidur tapi tak berkesan. Lepas aku tegur tu, suara bayi menangis tu terus senyap. Takde langsung bunyi. Yang dengar cuma bunyi cenggerik je.

Sebab dah sakit kepala paksa mata aku untuk pejam, aku beranikan diri buka mata. Aku buka je mata, aku nampak macam susuk tubuh perempuan betul-betul berdiri dekat dengan pintu dorm aku. Aku tak sure tu halusinasi aku atau memang dia nak tunjuk diri dia kat aku malam tu. Aku takut terus pejam mata sambil mulut aku terkumat kamit baca ayat kursi, memang tunggang langang ayat kursi aku sebab dah takut sangat. Masa tu aku cuma berharap adzan subuh cepat berkumandang. Serius seram sejuk badan aku malam tu.

Aku tak sure masa tu pukul berapa sebab aku tak ada jam masa tu. Mungkin dalam pukul 2@3 pagi kot. Sebaik je aku dengar adzan subuh, aku tarik nafas lega. Nasib baiklah dia tak pergi kat katil aku sepanjang nak tunggu adzan subuh tu. Kalau dia datang pengsan aku kat situ. Letih aku haritu sebab kurang tidur. Sehari selepas tu aku demam, teruk punya demam sampai suhu badan aku cecah 40ºC. Aku pun tak tahu sebab apa aku tiba-tiba demam.

Cikgu call parents aku suruh ambil bawak balik sebab teruk sangat demam aku ni. Parents aku datang ambil aku. Mak aku pelik lah sebab tak pernah aku demam teruk sampai macam ni sekali, so mak aku decide nak bawak aku pergi urut lepas bincang dengan ayah aku. Bawak je pergi rumah Cik Eton (tukang urut tu) Cik Eton tanya aku ada tak aku buat sesuatu yang bukan-bukan, aku jawab tak ada pula. Lepas tu Cik Eton urut satu badan aku, Cik Eton cakap aku bukan demam urat, dia cakap aku demam tertegur, benda tu marah sebab aku tegur anak dia menangis. Serius aku seram dengar Cik Eton cakap masa tu. Cik Eton ada bagi aku air untuk minum pulihkan semangat aku. Lepas tu aku terus baik demam.

Dekat seminggu juga aku demam masa tu. Balik dari rumah Cik Eton, mak aku membebel bising kat aku. Mana lah aku tahu nak jadi macam tu sebab masa tu kan aku dalam separuh sedar. Tapi disebabkan benda ni jadi kat aku lah sampai bila-bila aku ingat pesan mak aku. Alhamdulillah sekarang aku dah jadi lebih berani dan kuat semangat. Kena ingat setiap pesanan orang tu ada guna nya ya. Terima kasih sudi baca kisah aku walaupun aku tahu kisah aku ni tak seram mana pun. In Syaa Allah, Kalau ada masa nanti aku tulis cerita aku masa aku menuntut kat salah satu IPTA kat utara pula ye.

Cute Monster
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

8 comments

  1. Cerita ?????? . Anyone ada yang tahu blog cerita seram yang lain tak? Sebab sementara tunggu cerita baru kat fiksyen shasha ni kot2 lah boleh singgah blog lain . Sebab cerita dalam fiksyen shasha ni saya dah khatam semua dah ?

  2. Kau pun mulut kemain laser. Tapi aku paham biasela penat kan.. Ingat pesan org2 tua tu.. Usahlah di tegur.. kau marah macam mana pon diam je atau pun cakap benda yang baik2 je. Sebab mulut badan binasa.

  3. Ko ni dik.. kalau kat tmpt yg kita biasa singgah pun kita kena jaga prbuatan n mulut, apatah lagi la kat tmpt org… tmbh2 plk org yg ko tkleh nk nmpk.. tmbh2 plk lg tmpt org yg ko tkleh nk nmpk tu dlm hutan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.