Tangismu Mendayu

Salam semua pembaca fiksyen shasha. Aku bukanlah seorang penulis tapi rasa teringin jugak nak share kisah sewaktu berada di sebuah asrama harian di Parit Buntar. Kisah bermula sewaktu aku di tingkatan 3.

Seminggu sebelum PMR aku dgn 3 orang lagi kawan tarik 2 buah katil keluar ke koridor. Fyi katil ni double decker style. Saja nak ambik feel angin luar sambil study dan memang rancang nak tidur terus je kat luar. Keadaan koridor ni sebenarnya di tingkat 2. Hujung koridor ada toilet tapi kami tak ada lah letak katil depan tandas. Kira keadaan katil tu bukan di hujung koridor la. Dan tak jauh dari koridor ada tapak perhimpunan yang agak luas selalunya tempat berlatih kawad.

Rutin biasa prep sampai 10.30 malam dan selesai je prep masing2 saja keluarkan citer hantu. Masa tu dah pukul 11 malam lebih, lampu koridor pun dah tutup. Bila semua dah sunyi aku pun cuba nak lelapkan mata. Tak sampai pun sepuluh minit, tiba2 aku dengar bunyi perempuan nangis sayup-sayup je. Tangisan dia panjang mendayu-dayu. Meremang bulu roma masa tu. Orang kata kalau sayup-sayup tu dia ada dekat. Aku tunggu je bila dia nak berhenti. Nak buka mata tak berani. Nak kejut kawan takut semua dah lena dibuai mimpi.

Bila dah hampir sepuluh minit tak nak berhenti jugak, aku nekad buka mata tak tengok sekeliling dah. Terus aku buka langkah seribu masuk ke dorm (dorm ramai muat sampai 20 orang dan ada katil kosong ) terkam katil dan terus pejam mata. Nasib la dia tak sambung nangis kat dalam dorm. Ingatkan dah habis…

Dalam pukul 2 ++ pagi aku terjaga sebab dengar bunyi kerusi dari dewan makan. Blok dorm bersebelahan je dengan dewan makan. Kerusi ni jenis plastik dan bunyi yang aku dengar bukan macam bunyi orang susun, tapi seolah-olah bunyi kerusi jatuh. Bukan sekali tapi berulang-ulang. Tiba2 teringat kisah dua orang budak turun ambik air di water cooler kat koridor luar dewan makan, dan ternampak sekujur tubuh berbungkus dari dalam dewan makan yang gelap. Kes aku ni cuma dengar bunyi je jadi aku buat tak layan dan nasib boleh tertidur semula.

Esok pagi time nak pergi mandi ( aku jenis bangun awal ) bila tengok balik katil yang di luar tinggal sorang je lagi kawan tidur kat situ. Yang lagi 2 pun tidur kat dorm. Sampai ke sudah tak tanya diorang alami nasib sama ke tak, ataupun yang dua orang tu cabut sebab nyamuk.

Alang2 dah cerita biar aku masukkan satu lagi tragedi. Ni waktu prep. Blok asrama dengan sekolah lain2. Sekali pun malam kena prep di sekolah. Blok kami prep blok kelas tingkatan 4 bersebelah blok tu blok Kemahiran hidup (KH) dan menghadap padang bola. Kami kalau bosan prep mesti pi belakang blok KH sebab ada pagar belakang tu menghadap satu taman perumahan. Kat situ lah ada satu rumah jual, air burger dan aiskrim.

Malam tu aku ajak lah kawan pi teman pi beli air. Tapi kawan takut nak teman. Bukan takut hantu tapi takut warden round. Makanan kami beli tu tak haram, tapi perbuatan kami beli tu diharamkan di hostel. So malam tu aku selamba je pi sorang. Jarak antara 2 blok ni 100 meter jugak dan jarak padang dengan blok KH pun 100m. Belum sempat nak bagi salam kat pak cik tuan rumah tu , aku terpandang kat sebuah pokok besar di penjuru padang. Terundur aku bila nampak satu bola api berpusing depan pokok tu. Tak jadi aku beli terus lari pergi sambung prep. Ketar lutut dibuatnya.

Apa2 pun suka duka pengalaman tinggal di hostel memang best dan tak akan dilupakan…

S

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *