Tangki Air Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera, nama aku katak ungu. Asal katak? Sebab aku rasa katak tu comel dan rakan sebaya aku cakap aku boleh buat muka katak…hum (tak ada orang nak tanya pon nama kau) aku harap admin publish kan lah cerita aku kali ni, sebab aku ada hantar cerita aku haritu tentang sekolah aku jugak tapi admin tak publish pun sedih hati ini luluh bergeding air mata macho aku, letih aku taip panjang-panjang. Sorry kalau cerita aku ni tak memenuhi citarasa seram anda-anda semua sebab ni cerita seratus peratus benar, tiada yang benar dari yang benar (mungkin akan ditambah perasa sikit untuk meyeramkan sikit cerita ni) Dah merapu kita mula kan cerita. MAAF KALAU PANJANG SANGAT!!

Aku nak cerita dulu serba sedikit pasal sekolah aku nanti hampa semua tak paham pasaipa jadi lagu tu. Sekolah aku ni boleh tahan famous la kalau sebut nama sekolah ni kiranya seluruh negeri tahu la (acah hotstuff lak sekolah dia) Sekolah aku merupakan sekolah lama yang dibina pada tahun 1920-an dulu sekolah aku ni menumpang je kat bangunan lain dan telah berpindah di bangunan kini, yakni kawasan sekolah aku yang kini dalam sekitar tahun 1940-an. Tak la lama sangat , sekolah ku terletak betul-betul dipesisiran pantai yang agak famous. Sekolah aku masa waktu aku sekolah (sekarang dia dah berubah banyak) ada dua part, kita orang panggil blok. Satu blok tu ada bangunan kelas 3 tingkat yang ada dua portion dan satu kantin blok ni berdekatan dengan padang sekolah, ini blok untuk budak-budak menengah rendah dari form 1-3. Lepas tu satu blok lagi ada banyak bangunan kelas, kantin, dewan sekolah, surau sekolah, pejabat utama sekolah dan lain-lain kemudahan. Kiranya semua kemudahan lain sekolah terletak kat blok menengah atas yang diduduki pelajar form 4 hingga form 6 atas. Reka bentuk bangunan sekolah blok menengah atas ni agak klasik laa berbanding blok menengah rendah dan yang memisahkan antara dua blok ini adalah bangunan asrama sekolah yang 2 tahun tidak diduduki besebelahan padang sekolah (masa waktu aku sekolah dulu sekarang dah jadi kelas dah) dan disitu la terletaknye tangki air yang tinggi hampit 3 tingkat bangunan dan dapat dilihat dari setiap sudut sekolah bersebelahan surau sekolah dan menyeramkan… satu lagi dewan sekolah berhampiran dengan surau sekolah dalam 20 meter je.

Dah habis terangkan bagaimana situasi sekolah aku, ceritanya terjadi ketika aku terbuka hati untuk menyertai perkhemahan perdana sekolah ( sebenarnye kena paksa) time aku form 5 untuk meningkatkan jati diri (konon) dan majlis qiam untuk pelajar form 5 dan form 6 atas. Aku ni sepanjang hidup tak pernah pergi berkhemah sebab asyik dok dengar cerita akak aku yang lemah semangat dia selalu pergi berkhemah selalu nampak nenek laa panggil dia ape la so aku jadi anti berkhemah. Perkhemahan tersebut diakan di padang sekolah yang betul menghadap pantai yang indah di siang hari seram di malam hari. Aku ni jenis agak penakut tapi yang paling berani dalam geng aku (firasat aku yang cakap lah dan sebab kawan aku cakap aku masuk silat so berani dari dia orang hotak hang aku pon penakut laa bengong) masa hari pertama tak ada yang pelik-pelik lagi yang berlaku semua rilek-rilek lu. Pada hari kedua aku dan geng-geng aku enam orang ketika itu ditugaskan untuk memasak dinner untuk hari tersebut dan malam tu akan diadakan malam kebudayaan memandangkan kami tidak menyertai persembahan terpaksa laa.

Lepas solat asar kami pun mulakan tugas kami manakala pelajar-pelajar yang lain sibuk membuat persiapan akhir untuk malamnya, ada yang dah pergi mandi dan ada yang masih bertenggek di atas pagar tepi track. Selepas selesai menyediakan makanan untuk 38 orang (kelas paling ramai pelajar) waktu ketika itu dah hampir senja kami pun cepat-cepat kemas simpan elok-elok makanan tu sebab nak makan lepas persembahan lalu berlari ke tandas untuk membersihkan diri. Semua peserta perkhemahan dibenarkan mengunakan tandas asrama lama tu untuk mandi tapi tidak dibenarkan mengunakan tandas yang terletak tingkat kedua yang betul-betul sebelah tangki air tu. setelah pecut 50 meter berganti-ganti kami pun sampailah di tandas yang penuh dengan pelajar yang berasak-asak nak mandi lalu aku pun memberi idea “kita mandi esok pagi jelah tak pun time orang buat persembahan nanti nak?” semua merenung tajam kat aku lalu jerung (bukan nama sebenar) memberi idea “kita mandi kat atas jom, gerenti tak ada orang” memandang kan jerung ni ada pengalaman tinggal di asrama ni ketika form 1-2 yang lain pun bersetuju kami pon mendaki tangga ke tandas tingkat dua sampai je kat atas tu aku dah rasa tak sedap hati sebab aku tengok kat koridor yang suram dek kerana lampu tidak dibuka tu macam ada orang tengok kami tapi aku buang perasaan tu jauh-jauh lalu aku perpaling kearah tangki air tu, perasaan ketika itu aku tak buang jauh tapi benda lain pulak yang nak terbuang terus aku berlari kejar rakan sebaya ku yang lain. Sampai je tandas tengok ada seorang akak form 6 tengah menghadap cermin kami pun masuk dia tengok kami sambil senyum kami pun senyum balik lalu arnab a.k.a budak tersangat mesra alam pun menegur dia “sorang je kak?” dia angguk tapi diam je aku tak nak ambik porti pun cepat-cepat masuk tandas sebab dah nak maghrib biar je arnab dengan kembung duk sembang ngan akak tu sambil cuci muka, tengah-tengah pakai baju azan maghrib pun berkumandang ape lagi macam lipas kudung la berlari kami ni.

Sesampai je dekat khemah kami tu terlihat beberapa orang luar (bukan budak sekolah kami) yang baru habis bermain bola sepak duduk di tepi padang tengah-tengah tengok (cuci mata sebenarnye) jerung tegu raku “weh tengok budak tu” sambil tunjuk kat aku budak dalam 4 atau 5 tahun dok tengok je kat tangka air tu sambil muka marah aku pusing ka jerung “pasal weh budak tu” jerung angkat bahu “woi cepatla nanti kena marah dengan ustaz” kami pun mengejar arnab dan yang lain. Setelah solat maghrib semua pelajar diminta ke dewan untuk malam kebudayaan tu. Kami ambil tempat di berhampiran dinding dewan terbuka row yang ke 5 dari depan satu kelas duduk situ (perempuan je lah lelaki seberang dewan sana).

Tengah-tengah syok tengok perembahan ada part lawak kami gelak laa pastu terdengar suara pelik gelak sekali. Pastu kami diam dia pun diam, pastu gelak lagi satu dewan gelak pastu bile diam suara tu gelak lagi dengan bunyi yang seperti menangis pastu diam sampai part last tu tak lawak pun tapi ada yang gelak lama pulak tu pastu budak belakang aku mengesot ke depan langgar aku , kami pun belakang tengok orang dah membuat bulatan mengelilingi dua pelajar form 6 seorang tengah menangis manakala rakannya duduk berhadapan dengan nya pegang tangan dia kat bahagian tapak tangan sambil dua-dua tangan mereka keudara (faham tak susah nak describe) sambil rakannya tu gelak-gelak kuat gile. Kire akak yang gelak tu membelakangi aku la, tengah dok bising tu kawan aku yang kecik molek yun peluk lengan aku tersentap aku tadi dia duduk nun sebelah sane tetiba ade sebelah aku. Aku tengok dia terketar-ketar “yun okay dak?” dia angguk je ustaz jerit mintak semua pelajar ke surau aku pun bangkit sambil tolong yun berdiri baru je nak keluar dewan tangan aku sebelah lagi di rangkul oleh nemon “katak takot” minah ni kelas lain tapi bff aku laa tetiba je dok sebelah aku maka mereka berdua berjalan sambil memeluk lengan aku, lenguh bai.

Si nemon ni boleh nampak benda tapi kadang-kadang je tengah kami jalan nak langkah ke kawasan surau ada seorang pelajar lelaki terjatuh tersepak batu terlentang kawan dia tolong angkat pastu dia mengelumpur kat atas tanah terjekut beruk aku ape lagi cepat-cepat aku bawak dua budak cinonet tu masuk surau aku dengar suara garau dari arah pelajar tu bunyi tapi tak paham ape dia cakap. si yun dah nak nangis aku tengok tapi di tahan nya. Nemon tu sampai je surau berlari dia masuk dapatkan kawan kelas dia dasar kacang lupakan kulit.

Sampai surau dah ramai kat belakang so aku terpaksa la duduk kat depan sikit dengan yun yang tak lepas-lepas peluk aku, aku bagi dia sebab ustaz suruh semua baca Yassin tengah-tengah baca ustazah dengan dua pelajar lelaki bawak akak form 6 yang gelak tadi tu masuk surau aku Nampak kawan dia dok kat luar dengan cikgu lain sambil nangis tangan dia berdarah-darah kena cakar. Aku tengok akak yang gelak tu yang dimana sekarang ni dah tak gelak tapi mengamuk dia diletakkan betul-betul depan aku mampuih terkejut aku, tak Nampak lagi muka dia sebab tudung cover as soon tudung dia dibuka mampuih nak terberak aku, akak yang kami jumpa kat tandas tadi dia tengok aku mata dia merah berurat. Si yun pi tengok jugak dia dah tersedu-sedu “weh tutup mata yun tutup mata” aku angkat yasin tu kat muka dia tak nak bagi dia nampak akak tu, aku sambung bace balik yasin sambil tengok ustaz ubatkan akak tu pastu dengar orang jerit dari luar surau kat tempat ambil wuduk.

Memandangkan aku duduk agak kedalam so aku tak nampak tapi kawan aku yang duduk hujung pintu belakang tu cerita. ‘ tengah dok baca Yassin aku ada lagi pelajar yang tengah ambil wuduk padahal ustazah dah marah jangan ke situ sebab kat tempat wuduk tu kat pili paling hujung gelap bersebelahan toilet yang tak diguna, tengah dia orang ambil wuduk ada pelajar jerit pastu lari ke pintu depan kawan nya yang kena tu dating kea rah surau semua yang ambil wuduk berlari masuk surau aku dengar depa dok cakap “nim jerit tadi aku tangkap dia pastu dia tunjuk toilet tu dia cakap ada nenek pastu dia tolak aku berlari laa aku” ‘ back to aku katak. Lepas dengar jeritan tu aku pon nampak seorang lagi pelajar perempuan diangkat naik surau tapi dok luar maybe takot depa dua yang kena ni gadoh kot. Tetiba akak yang kat depan aku jerit “tak nak b***” ‘aku pun tak nak kau b***’ marah aku time tu dalam hati hihihi aku terkejut tengok ustaz dok pegang ibu jari kaki dia pastu kena front kick tergolek jugakla budak laki yng pegang dia naseb la bekas-bekas juara angkat berat “dia aku punya la bonggok” dia marah ustaz tu dahla hensem kena marah lak pastu akak tu gelak kuat gile aku dah tak sanggup tengok terus bace Yassin dengan bersungguhnya kan dia tenung aku ,aku pulak nangis kan.

Dekat sejam jugak akak tu mengamuk tak henti-henti, lepas tu mak ayah dia datang terus ayah dia datang peluk anak dia tu bisik ape tak tahu lepas tu akak tu tenang sikit tapi still muka bengis. Mak ayah dia bawak dia balik masa nak jalan keluar aku tengok akak tu dia senyum sama cam kami jumpa dia dekat tandas tadi semua bulu aku menegak sedia nak nyanyi lagu negaraku. Yang budak laki tu sebab dok kat bahagian lelaki aku tak tahu jadi ape kat dia, dari cerita kawan aku yang lelaki dia salah seorag yang kejar budak tu cakap lepas dia jatuh tu dia bangun dia berlari kearah tangka air tu laju gila rupa-rupanya budak tu abang form 6 yang wakil sekolah acara 400 meter, yang kejar pulak bakal-bakal imam muda tapi nasib baik dia dapat ditangkap sebelum sampai kat tangka air tu sebab tangka tu duduk kat dalam pagar asrama jadi tengah dia panjat pagar asrama tu dia dapat ditangkap dan dibawa ke dalam surau masa kawan aku bawak dia tu dia duk jerit “aku duduk sana la bodoh lepas lah aku nak balik rumah” sambil meronta-ronta nasib la imam-imam muda ni baca sikit-sikit ayat kat dia so dia tak lah mampu lawan sangat. Sampai je kat surau budak tu nak terkam budak lelaki yang duduk baca Yassin nasib baik ustaz ada, budak tu kena kejap je lepas ustaz baca ayat al-quran dan sapu muka dengan air dia dan sedar pastu tertido penat sangat pecut tadi.

Lepas semua dah selesai kami semua di minta untuk ke khemah balik, masa keluar tu dengan yun yang masih setia disisi ku lalu depan budak yang kena sampuk kat tempat wuduk tu tengok dia nangis lagi tapi dia dah okay. Dia tak kena ape cuma terkejut je. Tu lah degil tak dengar cakap cikgu. Kami pulang ke khemah dan terlihat beberapa pelajar sudah ada di tapak perkhemahan. Kami ke tempat makanan kami ada dua tiga ketul budak laki kelas aku tengah syok makan, kami yang perempuan ni tak berapa berani nak makan makanan tu takut jadi apa-apa kan tengok jela depa makan, pastu masok tidor. Khemah yang sepatutnya 5 orang jadi sepuluh orang tetiba semua mari berimpit duduk satu khemah stress aku. Tidur la kami sampai pagi tu, keesokkan nya kami buang nasi dengan ayam goreng yang tidak dapat disentuh semalam sedih aku tengok dah basi cepat je basi biasanya nasi goring sehari pun tak basi lagi tapi ni basi nya macam 3 hari dah tinggal dalam kuali tu.

Lepas sedikit briefing semua dibenarkan pulang. Okay setakat itulah cerita yang aku alami tapi setelah kami kembali ke sekolah ahad tu jerung yang tinggal di asrama membuka cerita, biasa lah budak asrama lepak-lepak sembang la.

Lepas sekolah bermula tu nemon datang citer kat aku sambil muka senyum kambing nya tu,masa dekat surau yang dia berlari masuk surau tinggal aku ngan yun tu sebab dia nampak ada nenek bertenggek kat pokok sebelah surau dekat ngan tandas, tu dia terkejut terus ke dalam dasar nemon cinonet. Nasib baik nenek tu tunduk je masa dia terpandang tu cuma dia nampak nenek tu senyum.

Cerita dari jerung
Masa petang hari kami masak tu ramai yang datang kat padang tengok game bola yang diadakan di padang sekolah kami, seorang junior kami datang lah rumah dia pun tak jauh dari sekolah tengok bola tengah on the way nak ke padang memang akan lalu depan tangka air tu dia Nampak ada perempuan atas tu rambut panjang terurai hingga ke pinggang duk hayun-hayun tengok ke arah tapak perkhemahan nak balik dekat maghrib tu pun dia ada lagi kat tangki tu. Maksudnya time kami mandi tu makhluk ada kat situ seram bai nasib dia tak datang mandi sekali. Maybe sebab tu lepas kami mandi ada budak kecik yang tenung tengok tangki tu.
Kawan akak yang kena rasuk tu budak asrama jugak dia diberikan rehat selama seminggu lepas kes malam tu dia dibenarkan balik rumah tak perlu balik asrama tapi dia berdegil jugak tidak pulang ke rumah jadi jerung ni korek la rahsia dari dia. Sebenarnya yang rasuk akak tu saka atuk dia sebab tu ustaz tak boleh nak pilihkan dia, masa ayah dia datang tu pun tak tahu apa jampi yang dia baca sampai akak tu tenang dengan cepatnya padahal ustaz dok ubatkan dia berejam tak jadi apa.

Budak form 6 mula kecoh ceritanya yang budak lelaki yang kena tu sebenarnya dari petang tu lagi kena kacau oleh benda yang kat atas tangki tu. Dia cerita petang tu dia Nampak kawan dia im duduk diri depan khemah dia, im tu tubuh besar gedabak dengan tinggi susuk tubuh nya. Dia tegur laa walaupun mereka bukan dari satu kelas “im buat ape sini, asal tak ikut budak lain ambil prop? Kau tak join ke malam ni?” tapi im ni diam je dia senyum je pastu mamat tu nak blah, im tu bersuara sambil senyum sinis “malam ni aku join korang, aku ikut kau nanti ye” mamat tu pelik dia pun blah ke khemah kelas dia, dia citer kat kawan dia masa dalam khemah im nampak pelik muka pucat pastu kawan dia cakap “memangla puca kan dia demam panas pagi tadi balik cikgu hantar” mamat tu terkejut “tapi aku baru nampak dia depan khemah dia” kawan dia tak percaya. Malam tu mamat tu masuk jugak berlakon masa dia tengah dok bersiap kat belakang dewan tu dia ada nampak ada perempuan kat koridor bangunan form 4 bersebelahan dewan yang dipisahkan oleh dataran perhimpunan, perempuan tu tengok je kat dia pastu giliran kelas dia. Masa stage dia orang la bermula segalanya.

Mintak ampun mintak maaf kalau tak best ke tak paham ke panjang sangat…. Sekolah aku ni memang seram sikit kalau lepas asar korang akan rasa keseramnya dan tapak asrama sekolah yang baru ni dikatakan laluan hantu dari laut ke darat. Masa form 6 lagi laa kena disiang hari lagi, kalau dapat respon yang okay Insha Allah aku akan cerita pulak time aku form 6.
#akubukanorangkedahpenangmahupunperlis #akuorangpantaitimur #katakungu

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

83 thoughts on “Tangki Air Sekolah”

  1. aku bca separuh sebab tak boleh capture. tkde noktah karangan ni. mgkin isi kandungan seram tapi apakan daya… huhu

    Reply
  2. jalan penceritaan agak berterabur dan banyak typo. pening nak baca. pape pun best. boleh buat penambahbaikan. sambung lagi story.

    Reply
  3. Patutla admin x share sbb ko karang tak de noktah dik nun. Lepas tu typo. Pening hakak baca. Tapi hakak gagahkan baca sampai habis. Sakit kepala hakak ni. Sepatutnya seram tapi x jadi nak seram. Maaf dik. Cerita ada isi tapi tiada noktah. Akan datang sila letak noktah yer.

    Reply
  4. Aku baca sampai habis. Menarik gak. Harap boleh letak koma dan noktah di tempat yang sepatutnya lain kali. Aku tak dapat beza pun jerung katak semua ni aku cuma cuba untuk fahami isi cerita saja :’)

    Reply
  5. Cerita ok . Sebenarnya mau seram2 sudah . Cuma banyak typo , teda noktah . Memang kamu panggil tangka ka untuk tangki ? Saja tanya . Pembaca agak pening sikit kat situ . Tanpa boleh diperbaiki lagi .

    Dan nama tu , jangan bah letak nama haiwan . Aku tebayang muka haiwan da tym tu . Hilang seram .

    Apa pun next time buat yang terbaik . Jangan down dengan komen2 ni . Ambil mana yang positif . Gambatte💪

    Reply
  6. Nd tau kenapa, tp sy rasa x seram. sy rasa lucu, dgn tiada noktahnya, komanya, semuanya tak tahu kemana, tapi sis bca sampai habih tau, haha. biarpun sis x bpa nk faham sangat nah, hehe. Tapi, goodjob. Hehe.

    Reply
  7. lain kali tulis dgn tenang dik. jangan kelam-kabut. pendekkan ayat2 tu dengan noktah, koma dan perenggan. jgn teruss je menulis mengkhinzir-buta. berdenyut kepala baca karangan kau ni

    cuba lagi menulis tapi bawak2 bertenang

    Reply
  8. xfaham…tanda baca berterabur..jadi serabut pale hotak ni…ceritaa dh ad..tpi perbaiki cara penyampaian..bny syok sendiri aku tgk…but boleh lah…kalau star aku bgi 2/5..keep it up dlm kisah akn dtg..

    Reply
  9. Dik..break mne dik?adik cite punya la pjg noktah koma pun hakak xnpk.Cite pun bersimpang siur mcm ular kena palu..pening r baca.Jgn mara ya..sekadar beri pendapat.

    Reply
    • Mmg lh bkn nk exam. Dr situ blh judge penulis seorg yg sambil lewa, cincai. Kami yg baca nk juga kepuasan membaca. Klu dia buat buku, org beli blh menyumpah. Xk halal duit aku baca buku sampah ini. Jgn ambil ringan dgn maki hamun, sumpah org. Apa saja kata2 termasuk sumpahan blh jd doa lbh2 lg dituturkan waktu2 afdhal doa.

      Perbaiki penulisan kamu dek. Ambil setiap komen2 ini sebagai pembakar semangat. Semoga 1 hari nanti jd penulis terkenal. Aamin.

      Reply
  10. Best dan seram pengalaman adik.next story adik letaklah koma kat ayat ye.akak faham adik tulis ikut macam lajunya otak adik cuma mengingat peristiwa itu takut trtinggal aksi dalam kisah tu kan.apa pun jangan putus asa.teruskan menulis.

    Reply
  11. nama watak bersepah2, arnab la, jerung la. bg yg proper la, sng nk faham. tanda noktah, koma semua hilang ke mana. letih membaca xde titik noktah. sy pun bc separuh je

    Reply
  12. sorry,akk baca paragraph pertama je.. sbb masuk paragraph yg ke 2 nampak sangat ko poyo dik.. ajet ajet je

    Reply
    • Hello, thank you for your interest. My name is Samantha. I am your operator today. Your name?

      Reply
  13. • Penulisan yang sangat teruk
    • Penyampaian cerita yang berserabut
    • Watak-watak dalam penceritaan tidak jelas/keliru
    • Penceritaan yang terlalu bersahaja/sambil lewa

    *Terlalu banyak untuk diperbaiki
    p/s: Semak penulisan dulu sebelum menghantarnya.

    Reply
  14. Hang mkn pa x sat?hang type ni masa tgh sakit perut ka pa?kelam kelibut ja..
    x abih aku baca aihhhh..Semak tau dak cara hang tulih..dok kejaq pa pn xtau..
    laju2 nk p mana??maaf la naa..

    Reply
  15. Terlalu excited sangat bercerita tu penulisan agak kelam kabut. Rasanya lah :D. Kalau penulisan ok confirm menarik cerita ni 🙂

    Reply
  16. aku baca stengah then aku scrolled down skip smua dn malas nk tahu ending. SEBAB AKU TAK PAHAM LANGSUNG ENGKO CITER APA

    Reply
  17. Perghhh!! Lepas aq bacaa cite ko dik..trus aq mkn panadol..pening bak hang pala aq!! Btw improve lg dik cara ko menulis tu..

    Reply
  18. Kenapa la teruk sgt cara kau menulis.. Kesian kau taip panjang2 tapi xde org phm pun apa yg kau nk sampaikan. Aku try baca tpi give up nk teruskan. Leh muntah sbb pening dgn penceritaan kau yg tunggang langgang. Melilau lilau je pe yg kau tulis. Kau xde centre dlm penulisan kau. Perbaiki la cara kau bercerita. Tu jela nasihat…

    Reply
  19. cerita boleh tahan laa seram cumanye perenggan tu xde, jln citer tu boleh thn memandangkan pengalaman sndiri. mungkin sbb tu bnyk watak kot tu pening nak membaca nye. tp bile bace slow2 boleh laa hadam sikit2 tp part last tu best ;D part kawan kau cerita yg nenek tu. lenkali letak noktah bnyk sikit baru ngak susah dipahami dong ni tulis kayak bikin ribut.

    Reply
  20. cerita mcm ok tp kalut sgt penceritaannya.. dgn ayat tunggang langgang, typo merata turn-off gila nk baca.. lain kali proof-read la dulu baru submit.. tak kira la 100% benar ke 16.5324% je ke.. yg penting penceritaan tu haa bagi proper..

    Reply
  21. Aku tak rate sebab aku tak jadi nak baca bila aku nampak :

    * Perenggan tu tebal sangat. Boleh dipecah-pecahkan lagi.
    * Struktur ayat agak berterabur. Boleh diperbaiki lagi.
    * Banyakkan membaca ye dik.
    ** Kipidap!

    Reply
  22. baca tak sempat habis tengok takde noktah. so dah terbantut dah rasa nak membaca tu. noktah tu penting ye. kakak penat nak baca senapas je dikkk

    Reply
  23. Byk typo. Pedih mata aku doe. Berpinar2 biji mata
    Selirat otak aku nk hadam. Citer kau sebenarnya dh ok cuma kau kna double check pasal typo tu. Btw, aku org pntai timur jgk.

    Reply
  24. astaga….. alhamdulillah aku time membaca crita ni, pernafasan aku sangat ‘normal’. crita SUPER DUPER best tpi stiap satu prenggan trlalu bnyak isi,noktah pon terbang ntah ke mana and bila baca,ayat jadi tunggang langgang. pape pon kipidap~ <3

    Reply
  25. adoiyai… semangat mula2 nk baca. last2 penat dik oi nk kena baca senafas. letak la koma ke, noktah ke. readers naik koma x cukup oksigen dik..

    Reply

Leave a Comment