Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada penggemar pembaca setia gengre seram di Fiksyen Shasha. Macam biasa nama aku ialah Faizal. Berumur 28 tahun. Aku berterima kasih kepada admin kerana sudi publishkan cerita aku sebelum ini yang tidak seram sebagaimana cerita seram penulis lain. Aku ingin ucapkan selamat menyambut bulan puasa di bulan ramadhan yang penuh barakah kali ini. Dan semoga negara kita menjadi keadaan yang sediakala dan sejahtera. Dan terhindar dari sebarang penyakit covid 19 ini. Amiinn.
Kisah kali ini yang ingin dikongsikan sendiri dari pengalaman daripada sahabat baik aku sendiri iaitu Firdaus.
Kisah Pertama
– Bangsal di Belakang Rumah
Kisah ini berlaku pada bulan lepas. Semasa kejadian hanya ada keluarga Firdaus sahaja di Rumah. Pada hari tersebut, mereka mencadangkan untuk buat bakar-bakar ayam kampung dan juga daging bakar untuk dimakan waktu makan malam nanti. Pada petang itu, macam biasa Firdaus akan menangkap ayam kampung yang dibela dan akan disembelih untuk makan nanti.
Semasa dia dan juga adiknya Firash sedang sibuk mencabut bulu ayam kampung untuk direbus nanti supaya dagingnya tak liat dan senang membakarnya (yela korang tahu-tahu jelah ayam kampung ni macam mana, nak tangkap pun susah. Kalau tak dimasak dengan baik mau dengan gigi korang tercabut kalau dagingnya liat) tiba-tiba bekas yang untuk diletakkan bulu-bulu ayam tadi takde. Setahu mereka, mereka dah ambik dari dapur rumah. Dan diletakkan di sebelah sana. Pastuh si Firash ni pun masuk balik dekat dalam rumah. Pastuh dia keluar dan cakap dekat abang dia “abang takde pun bekas yang umi suruh asingkan bulu ayam tuh”. Kami pun terpinga-pinga. Mana pulak perginya bekas tadi. Nak kata ada monyet. Kami tak bela monyet. Hanya ada ayam kampung, burung merak dengan itik je kat kebun dekat dengan bangsal kami ni.
Pastuh, Firdaus ni carilah bekas tuh sampai dekat bangsal. Kang tanya umi, mahu kena berleter. Nak tak nak kena carilah. Sebab ikutkan time tuh memang semua akan buzy dengan tugas masing-masing. So, nak dijadikan cerita si Daus jumpalah bekas ni betul-betul dekat bangsal yang sebelahnya ada busut besar.
So time tuh tak fikir apalah. Cuma dalam fikiran, maybe adik Firdaus ni pelupa kot dia letak kat mana bekas. So dah siap semua tadi. Firdaus dan Firash pun masuk solat asar dahulu. Sebelum, nak pasang arang untuk proses bakar. So, dah siap solat semua. Bermulalah proses bakar membakar. Selesai je bakar. Kami duduk dekat bangsal belakang rumah tadi untuk berehat. Dan abang si Firdaus ni, dia nak letak lampu yang bulat tuh dekat tengah-tengah. Supaya tidak gelap nanti.
Lepas dah pasang lampu tiba-tiba terpadam sebab abang dia terlanggar. Tak lama tuh abang dia pun bukak balik lampu tadi. Pastuh terpadam lagi. Tapi bukan disebabkan sesiapa yang langgar. Memang terpadam sendiri. So umi si Firdaus pun rasa macam lain macam. So, semua masuk rumah sebelum maghrib. Selepas sahaja solat maghrib dan isyak. Mereka pun keluar semula dan mula makan malam dan juga berborak. Yela, masa ini sahaja yang boleh dapat bersama-sama dengan keluarga. Kemudian, lepas je habis makan dan kemas di belakang bangsal tadi. Semua keluarga dia masuk dekat dalam rumah kecuali Firdaus. Sebab dia nak bersihkan dekat bangsal tuh.
Tengah dia sibuk bersihkan bangsal belakang, dia terasa bau yang sangat wangi. Yang datang dari bunga melur. Setahu dia, umi takdelah tanam bunga Melur. Cepat-cepat dia kemas terus lari masuk umah.
Kemudian, Kakak Firdaus dua orang duduk di luar rumah. Sebab nak cari line. Biasalah rumah kampung kalau nak cari line telefon memang susah. Pastuh, umi Firdaus tiba-tiba terkejut sebab tingkap itu tertutup dengan sendiri. Pastuh dari dapur ibunya menjerit “oii siapa yang tutup tingkap tuh” kakak dia yang dua orang ni pun cakaplah. “bukan kita oranglah mak”. Nak dikatakan tiup angin tak juga. Sebab tingkap tuh berat lagi pula dekat dapur belakangnya hutan dengan semak samun. Kalau bukak tingkap je boleh nampak busut tuh tadi. Korang bayangkanlah tingkap berat dan besi. Memang berat.
Malam tuh macam-macamlah bunyi yang datang dari belakang bangsal. Yang paling teruk si adik Firdaus ni nak buang hajat besar. Nak tak nak kenalah pergi tandas luar. Waktu time tuh pukul 3:00 pagi. Masa pergi okey lagi. Baru je nak keluar dari jamban luar. Dia terasa seperti ada orang dekat luar duk lalu lalang. Fikirannya, mungkin abah kot. Pastuh dia buat tak tahu dan teruskan sahaja hajatnya. Tak sampai berapa jam. Dia terdengar bunyi cakaran dari luar. Dan seperti dengar suara orang mengilai. Dia pun apa lagi. Cepat-cepat bersihkan apa yang patut dan terus keluar masuk rumah. Dia pun ambik keputusan tidur di bilik abangnya si Firdaus. Sebab ketakutan.
Kisah 2
– Siapa Yang Mengibas Baju Di Luar Rumah
Selepas kejadian malam itu, sudah tiada apa ngangguan lagi. Sehinggalah dua minggu lepas kejadian itu berulang lagi. Kali ini, Firdaus sendiri yang kena. Ketika itu, dia sedang membuat kertas kerja untuk syarikatnya sambil mendengar lagu di earphone. Sedang dia leka membuat kerja, ada sesuatu yang menyentuh di telinga dia. Dia hiraukan sahaja. Dan, nyalakan anjing yang menyalak membuatkan dia tersentak dan terkejut. “dah kenapa anjing ni tengah-tengah malam menyalak, nampak benda ke apa erk” bebel Firdaus dalam hati.
Kebetulan, masa si Firdaus ni buat kerja di dalam bilik dia. Kakak dia pulak tak dapat tidur. Sebab dari tadi, dia asyik dengar orang baling batu dari arah bangsal belakang. Memang taklah dia bukak. Pastuh, tak lama tuh, dia dengar orang duk mengibas kain di luar rumah. Dia ingatkan ada orang, so kakak dia ni pun jenguk di luar. Sekali, sunyi sepi tiada orang pun. Dengan anjing yang menyalak. Sudah tentu dia nampak benda tuh. Lepas je akak dia jenguk kat luar rumah tuh. Sekali, kelibat orang berpakaian serba putih duk lalu betul-betul tepi dia untuk pergi ke bangsal belakang. Kata Firdaus, kakak dia ni boleh pulak duk tegur benda tuh “Kak nak pergi mana tengah malam buta ni” dan sapaan daripada kakak Firdaus ke manusia yang dianggap manusia berpakaian putih hanya tersenyum dan menunjukkan jarinya (ke arah Bangsal). Kakak Firdaus mampu “ouh”. Pastuh dia pun tutup pintu rumah. Dan menyapa si Firdaus ni baru je selesai buat kerja. Kakak dia pun berceritalah dekat si Firdaus. Apa yang dia nampak tadi.
“Kak Long ni merepek apa, mana ada orang yang sanggup pergi bangsal belakang tuh lagi-lagi berpakaian putih tengah malam gini, hang jangan macam2 kak” bebel si Firdaus ni. Firdaus ni kalau dia bebel habis loghat dia keluar. Ahahhaa. So, kakak dan juga dia terhenti berborak sekejap. Kerana bunyi itu seakan mengiyakan apa yang ada di fikiran mereka. Dan terjawab. Wanita yang tadi akak dia nampak di luar kini berada betul-betul di hadapan mereka iaitu di luar tingkap bilik si Firdaus. Cepat-cepat mereka tutup tirai langsir tadi. Entah macam mana pulak boleh terbukak langsir tadi. Dan suara orang mengilai semakin kuat dan akhirnya. Mereka ambik keputusan tidak tidur di dalam bilik tetapi tidur di ruang tamu. Suara itu semakin mendayu-dayu dari arah bangsal belakang rumah Dan mereka pun tertido dengan tak tahu macam mana boleh tertelap dengan ketakutan yang depa rasa malam tadi.
Esoknya, mereka berdua cerita dekat umi mereka dengan pengalaman yang mereka sendiri rasa. Kata umi, yela. Sini kan. Kampung. Banyak orang kampung membela, tetapi bila mereka sudah meninggal. Banyak benda yang dituntut seperti saka dan juga belaan mereka. Mencari tuan baharu dan merayau. Yang di bangsal belakang memang keras sedikit. Kerana tempat ini dahulu adalah tanah perkuburan lama yang ditanam semula di tempat lain. Dan alhamdulilah. Selepas sahaja keluarga kami membuat keputusan untuk pagar rumah. Keadaan menjadi baik semula dan tiada lagi ngangguan. Jika ada ngangguan kami sudah lali dan hiraukan sahaja apa yang kami dengar. Itu sahaja cerita yang disampaikan oleh Firdaus kepada aku sendiri mengenai pengalaman beliau.
Sekian Terima Kasih.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Cerita sampah. Tunggang terbalik. Takda story line. Banyak ejaan salah.
Harap penulis banyakkan membaca supay dapat belajar cara menulis dengan lebih baik dan harap perbaiki ejaan.
Pastuh.. Pastuh.. Pastuh..