Tapak Kaki

Assalamualaikum dan selamat tahun baru kepada kipas susah mati FS. Nama aku Yana. Cerita yang aku nak ceritakan ni berlaku pada 8 tahun yang lalu. Masa tu, aku bersama keluarga (mak, abang, makcik, sepupu aku dua orang dan maid makcik aku). Masa ni, kitaorang dalam perjalanan balik ke Tawau. Kitaorang ikut jalan belakang, kalau orang Sabah mesti tau. Dari Kota Kinabalu ke Tawau melalui jalan Kalabakan. Ok, masa ni jalan kat sini belum elok lagi. Jadi perjalanannya agak extreme.

Perjalanan kitaorang bermula pada jam 2 petang. Kitaorang naik sebuah kereta range rover dan aku mengambil tempat di sebelah kanan kereta. Sepanjang perjalanan aku hanya diam dan kadang-kadang saja menyampuk sebab memang adat, kalau orang tua-tua bersembang, kita yang muda tak boleh menyampuk. Perjalanan yang lancar itu secara tiba-tiba terganggu apabila enjin kereta buat hal. Masa tu kami terhenti di tengah-tengah hutan. Aku pun turun la nak tengok keadaan dan menghilangkan lenguh-lenguh badan akibat perjalanan selama 4 jam di atas jalan yang ‘elok sangat’.

Aku lihat sekeliling. Di sebelah kanan, ada sebuah bukit tinggi yang telah ditarah. Tiba-tiba aku terdengar suara kanak-kanak. Lelaki dan perempuan. Aku hairan. Dari mana pulak datangnya suara budak-budak di tengah-tengah hutan. Aku buat bodoh dan masuk dalam kereta tanpa meneegur atau menceritakan apa-apa pada keluarga ku. Sepanjang perjalanan, leherku rasa tegang dan terasa seperti ada beban di atas bahuku.

Sementara berkhayal, mengenang nasib aku, abang aku yang tengah memandu secara tiba-tiba menghentikan kereta. Sebab lampu kereta meletup! Hahahaha, ok. Makcik aku dah warning dia, jangan pakai high beam, dia lupa. Haa bergelap laa kitaorang jalan kat tengah hutan tu. Nasib kami baik, bila ada kedai makan untuk pemandu lori, masih buka. Kami berhenti seketika, sementara dorang betulkan kereta.

Leherku masih lagi terasa sakit. Lepas siap semua kami teruskan perjalanan pulang ke kampung. Walaupun terpaksa menempuh hutan ‘tebal’. Setelah 4 jam perjalanan yang ‘AWESOME’, kami akhirnya sampai di kampung. Sebelum ke rumah arwah nenekku, kami singgah ke stesen minyak berhampiran. Haaa, dekat sini memang seram sebab, makcik aku jumpa tapak kaki orang besar dan budak kecil di pintu kereta. Cuba teka dekat pintu mana satu? Yupp, pintu sebelah aku. Aku tak ambik port pun nak tengok. Sebab aku penat dan malas nak ikut kecoh. Bagi aku biasa la tu nak menumpang.

Makcik aku ni jenis suka sikit dengan benda-benda mistik, dia tangkap gambar benda tu dan abang aku pun bersihkan benda tu. Sampai je kat rumah, dorang tak cerita pun pasal benda-benda tu. Yelah semua dha penat kan. Keesokan harinya, makcik aku transfer masuk gambar yang dia ambil semalam tu. Dorang zoom dan nampak muka orang. Muka orang tu serupa dengan muka suami makcik aku. Aku buat bodoh jer malas nak ambil kisah.

Cerita pasal suami makcik aku ni, dia kerja sebagai pegawai hutan. Jadi kadang-kadang dia akan masuk ke hutan. Bila masuk hutan kadang kan ada orang asli. Aku tak tahu la kalau dia ada menuntut ilmu ke apa ke ngan orang asli tu.

Sekian. Tu je kisah aku. Nanti kalau aku rajin aku cerita lagi yer. Assalamualaikum.

Loading...

4 comments

  1. Ape kaitan dgn.leher yg rase berat tu???
    Ape sbnrnye tapak kaki besar kecik tu plak…???
    Jambatan gantung sgt cerita ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *