Assalammualaikum dan selamat petang. Cerita aku kali ni taklah seseram cerita aku yang sebelumnya. Sebab aku rasa orang lain pun mesti pernah alami apa yang aku dengan roommate aku kena. Semua ni hanya usikan manja mereka saja nak bergurau dengan kita.
Hi-10 ni ada 2 bangunan yang bersambung macam bentuk U. Maksudnya koridor dia memanjang dan kiri kanan tu bilik. Tak kira siang ke malam koridor tetap nampak suram dan seram. Meman jarang kau nak jumpa pintu bilik yang terbuka selepas jam 12 malam. Bukan sebab budak-budak semua dah tidur tau tapi sebab takut ada benda yang lalu dan termasuk dalam bilik. Apa aku nak cerita ni jadi pada diri aku sendiri.
BILIK MANDI
Roomate aku ni spesies yang kalau nak mandi atau nak ke tandas mesti berteman terutamanya waktu senja, tengah malam and pagi buta. Siang-siang tu kalau dia orang minta teman memang tak layanlah, ingat budak 3 tahun ke siang-siang pergi tandas nak berteman.Dipendekkan cerita waktu tu dah nak maghrib, hari cuti tak keluar ke mana-mana jadi aku malas nak mandi petang.
Aku tengah syok melayan drama korea tiba-tiba roommate aku masuk bilik dia tegur aku, “Eh ain, lajunya kau mandi.”
Aku dah pandang dia pelik, “Apa kau ngarut? Bila masa pula aku pi mandi?”
“Eh bukan kau ke yang teman aku mandi tadi?”
“Aku dari tadi tak bergerak hadap laptop ni.”
“Serious lah… aku siap berbual lagi dengan kau tadi.”
“Entah kau. Itulah aku dah pesan lain kali nak mandi sebelum maghrib, seeloknya sebelum pukul 7. Itu kan rumah dia, dah maghrib dia balik rumahlah tu.”
Malangnya kawan aku seorang ni jenis tak makan saman, esok-esoknya dia buat lagi benda yang sama. Tapi dia dah bijak sikit sebab dia buat kod yang hanya roommate kita orang je tau. Bila aku fikir balik, benda tu kita tak nampak tapi dia, kita bercakap dia dengar bermakna kod rahsia yang kawan aku ni buat tak berfungsilah kan. Kalau suara dia boleh tiru, berubah bentuk dan rupa inikan pula kod rahsia yang tak seberapa tu.
Ada satu malam ni pula, dari petang aku hadap laptop kepala pun panas berserabut dengan assignment jadi aku ingat nak pi mandi sekejap nak sejukkan kepala dan segarkan diri dulu sebelum teruskan kerja. Malam tu roommate aku semua busy dengan kerja masing-masing jadi aku tak nak menyusahkan dia orang, aku pi mandi seorang tak berteman.
Bila aku masuk bilik mandi tu, ada orang tengah mandi aku pun fikir. Dalam kepala dah fikir nasib baik ada orang kalau tak menahan rasa jelah. Bilik mandi ni ada 8 kubikal, 4 tandas dan 4 shower. Kubikal ni pula dia buat kiri kanan. 2 tandas dan 2 shower belak kiri, selebihnya belah kanan. Aku ni jenis yang akan lepaskan hajat dulu sebelum mandi. Dah sudah aku masuk kubikal shower belah kanan no 1, bertentangan dengan kubikal shower budak tu. Tengah mandi manda ni tiba-tiba budak depan aku ni bercakap. Entah dia berbual apa dengan siapa sampai boleh gelak ketawa.
Aku rasa dalam bilik mandi ni Cuma aku dengan dia je. Suasana senyap sunyi dengar bunyi air shower je kalau ada orang lain masuk mesti aku dengar bunyi pintu atau tapak kaki orang. Kalau orang tu guna sinki mesti aku dengar bunyi paip sinki terbuka, kalau orang tu guna tandas mesti aku dengar dia lalu lepas kubikal aku, kalau orang tu masuk nak mandi mesti aku dengar bunyi pintu kubikal tertutup and bunyi shower. Masalahnya aku tak dengar apa kecuali shower aku dengan dia dan suara dia bercakap. Bila aku tutup shower aku pun, aku Cuma dengar suara dia dan shower dari kubikal dia.
Aku cuba fikir positif mungkin aku khayal mandi tu yang tak dengar kawan budak tu masuk. Teruskan mandi dan tak lama lepas tu aku dengar shower kubikal sebelah aku terbuka. Aik, kenapa dia ni masuk kubikal sebelah aku pula? Kawan dia dekat sebelah sana. Lantaklah. Aku matikan shower dah selesai mandi, selang sesaat dua budak depan aku pula matikan shower dia.
Aku buka pintu kubikal, shower kubikal sebelah aku terus mati. Dah keluar tu aku jengahlah ke kanan. Pintu kubikal tu terbuka luas. Lantai basah sebab shower terbuka tadi tapi tak ada orang. Lepas tu kubikal depan aku pula terbuka. Selamat memang betul orang. Budak ni keluar je terus cari kawan dia tadi, bila tak jumpa bising kata kawan tu tak guna tinggal dia seorang. Aku dah malas nak fikir, biarlah budak tu cari kawan dia sendiri. Benda tak ada kaitan dengan aku baik aku diamkan aje. Sengajalah tu nak meneman kami mandi. No harm done no worry.
KORIDOR
Waktu sem 1, sebelum HI-10 di buka, aku duduk dekat Info-Tech 2. Asrama ni berbentu bulat dan ada dataran lapang dekat tengah. Bilik aku betul-betul sebelah tangga. Satu malam ni roommate aku nak buat kerja pola, bilik tu kecil je jadi dia bentang kertas pola dia tu dekat koridor depan pintu bilik. Dia duduk dekat koridor, aku pula duduk bersandar dekat pintu teman dia buat kerja. Ada lagi dua tiga bilik buat benda yang sama juga. Cuaca malam tu sejuk berangin macam nak hujan mungkin sebab tu ramai yang bertapa dekat koridor.
Sampai pukul 1 pagi, tiba-tiba angin mati. Cuaca masih sejuk macam tadi tapi tak ada angin yang bertiup dan suasana sepi. Dari jauh aku dengar bunyi kucing macam nak bergaduh. “Na, sambung esok jelah. Dah malam sangat ni tak eloklah duduk luar.”
“Kau pun terasa ke?” Na menyoal sambil tangan perlahan-lahan kemas barang dia hulur dekat aku letak dalam bilik.
“Hm, dari tadi lagi dah tak sedap tapi aku buat bodoh je sebab ramai lagi kan.” Aku jengahkan kepala keluar nak kira berapa ramai yang masih bertapa. Tinggal bilik kami dan satu lagi bilik dekat hujung bertentang dari arah bilik kami.
“Aku dari tadi perhati lampu koridor dari hujung sana asyik berkelip je makin lama makin dekat.”
Aku ikut tengok lampu yang Na maksudkan. Ya betul. Lampu koridor tu berkelip dari satu lampu ke satu lampu seterusnya. Sampailah lampu atas kepala kami pun berkelip, “Na, masuklah. Dia dah bagi signal nak lalu dah tu.”
Kami terus melompat masuk bilik dan kunci pintu. Tak lama lepas tu, terdengar bunyi loceng kaki menapak di depan bilik kami. Tertahan nafas kami berdua bila bunyi tersebut berhenti betul-betul depan pintu kami. Tiga saat je dia berhenti sebelum terus berjalan dekat koridor tu.
“Naseb kita dah masuk.”
“Selamat aku dah kunci.”
Aku dan Na bercakap serentak. Esoknya aku dengar cerita, satu lagi bilik yang masih di luar malam tu di ganggu. Masing-masing takut sampai tak mampu nak bergerak masuk bilik, akhirnya dia orang tertidur dekat koridor sampai ke pagi.
Ini last story untuk kali ni, waktu ni aku dah duduk dekat HI-10. Aku tak pasti bila tapi aku ingat aku ada dekat bahagian satu, masuk pintu sebelah kan. Masa tu kami baru habis movie marathon dalam pukul 3 pagi. Sebelum lights off semua dah selesaikan kerja atau hajat masing-masing. Aku dengan Na dah siap-siap baring atas katil tunggu lights off. Aku nampak Que laju jalan masuk meluru ke dalam bilik. Berfikir kejap lepas tu aku toleh ke kiri pandang Na.
“Que bukan dah tidur ke?”
“Kan? Mungkin dia terbangun nak kencing kot.”
“Kau orang tak tidur lagi ke?” Kebetulan Tika datang aku pun menyoal.
“Tika, tadi Que ada terbangun pi tandas ke?”
“Tak ada Kenapa?”
“Tak ada apa. Tolong tutup lampu. Terima kasih.” Laju Na berdalih sebab Tika ni penakut sangat.
Sejam kemudian.. aku dengan Na saja yang belum tidur walaupun bilik dah bergelap dari tadi. Masing-masing syok layan youtube dengan earfon dekat telinga. Aku memang dah biasa dengar bunyi-bunyi pelik setiap kali sumbat earfon. Tapi kali ni berbeza sebab bukan aku seorang je yang dengar.
“Kau dengar tak, Ann?” Aku hanya mengganguk dalam gelap.
“Datang dari luar kan, dekat pintu. Dekat sebelah kau.” Katil Na paling dekat dengan pintu dan betul-betul sebelah koridor. “Kau kunci pintu tak?”
Terus terpusing kepala Na pandang aku. “Aku tak tau. Siapa yang last masuk tadi?” Tepat tekaan aku, ada benda cuba buka pintu tapi gagal, fuhh selamat roommate aku da kunci pintu. Dia orang tidur selamatlah, aku dengan Na yang tak tidur ni yang haru nak menghadap entah apa benda kat luar tu.
Betul-betul dekat sebelah Na, bunyi cakaran kuat kedengaran. Aku panggil Na jauh dari tempat tu. Sampai ke pagi kami berhimpit berdua atas katil bujang. Aku tak tau apa benda yang meluru masuk, apa yang cuba buka pintu, apa yang mencakar dan kenapa. Tapi yang pasti sebelum aku terlelap malam tu, aku yakin aku dengar bunyi tapak kaki berloceng berjalan sambil bergurindam dekat koridor.
Maaf andai tak seram, terima kasih kerana membaca. Sekian, ANN.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
PIS kn. Dlu PJB… Hi-3 tgkt 3 boleh tahan seram jugak. Dlu study kt poli jb skrg ddk dekat pg jugak. Ingatkan bangunan ape HI-10 pulak da 😅. Dlu lg seram sbb x byk perumahan mcm skrg ni.
sprt kisah yg terjadi pada awal tahun 80an di sebuah estet di selangor..kisah seorang wanita keturunan india yg dah kahein dan suka pakai loceng dikaki. satu hatri suaminya balik dlm keadaan mabuk dan bunuh isterinya.sejak itu muncul jelmaan tapak kaki yg berloceng dan menghantui rumah berkenaan hingga tiada siapa berani duduk..siapa tnggal di sana akan rasa di pijak2 setiap malam..wallahua’lam madih lg berlaku atau x
lama dah syedassiddiq x post cerita kat sini..share la cerita plss..
ada je post cerita, cuma belum di approve oleh admin sb queue panjang..sekarang agak sibuk sedikt dengan bisnes jadi kurang masa utk menulis..inshaa Allah kalau admin FS release cerita saya, akan ada 2 cerita bertajuk patahkan ilmu pelesit dan misteri insan lagenda..
Kelia
Seram lh jgk