TASIK

Hai, aku Nurul ni first time aku menulis di ruangan Fiksyen Syasya. Selalu menjadi silent reader je tapi kali ni aku gagahkan jua menulis cerita yang aku alami melihat kejadian rasuk ni. Mungkin bagi kalian perkara rasuk ni mcm biasa je tapi bagi aku pekara ni menarik melibatkan dua jin yang berbeza. Okay move forward and enjoy ok. Baik.

Aku ditemani ayah dan adikku beserta kawan adik yang semamangnya arif tentang perjalanan menuju ke politeknik sebab jauh dan jalannya sangat mengelirukan. Tapi takpelah asalkan sampai juga yeayyy!!. Perjalanan dalam semiggu di politeknik ni macam biasala kan minggu orientasi oleh kakak-kakak dan abang-abang senior.

Okay, aku brief sikit tentang reka bentuk politeknik ni. Bangunan asrama lelaki dan perempuan jauh jaraknya dan asrama perempuan ada empat blok. Melalui susur gajah adalah masjid then jalan menuju ke bangunan fakulti dan seterusnya blok pentadbiran. Untuk menuju ke masjid ni dari asrama perempuan ada dua jalan. Satu jalan dari susur gajah dan satu lagi jalan melalui tengah-tengah tasik. Tasik kiri dan kanan ni adalah tasik yang berbeza di mana di belah kanan adalah tasik yang lebih kecil manakala di belah kiri tasik merupakan tasik yang lebih besar.

Untuk kos yang aku ambik ni ada dua kelas dan aku masuk dalam kelas A dan satu lagi kelas B. Baik. Kat sini aku bukan nak ceritakan pasal apa yang terjadi ke atas aku tapi apa yang berlaku di kelas B. Aku namakan dua orang pelajar yang terlibat sebagai Ani dan Mek. Okay Ani ni boleh dikategorikan sebagai seorang yang pendiam, tak berkawan sangat dan selalu sorang-sorang. Walau bagaimana pun lain pulak bagi Mek ni disebabkan Mek ni duduk di luar kampus dan membuka kedai makan personality Mek ni lebih peramah. Ani ni kalau nak jalan menuju ke masjid ke, ke kelas ke dia akan melalui laluan ditengah-tengah tasik setiap masa. Senang katanya tak de belok-belok.

Pada suatu malam, kelas B ni ada buat kelas ganti waktu malam di fakulti kami dalam jam 8.30 malam. Ani bersia-siap dan ingin menuju ke fakulti macam biasa dia jalan melalui laluan di tengah-tengah tasik. Kalau aku ni memang takla kan nak jalan kat itu sebab seram dan pengalaman aku ni aku pernah jumpa dalam jam lebih kurang 3 pagi, ada sorang budak perempuan tengah bermain dengan kucing hitam kat situ.

Bila sampai menapak je di area fakulti Ani terus rebah. Bila Mek orang kedua yang sampai ke fakulti ni dia nampak Ani. Terus je ke Ani dan dia cuba mencuit Ani terus dia rebah juga di tempat yang sama. Bila rakan yang lain datang diorang terus papah mereka berdua menuju ke surau fakulti. Kelas ganti cancel terus. Di surau budak lelaki kelas B datang ke surau dan cuba mengazankan Namun budak lelaki tu pun turut rebah jugaenda seram macam ni. Panik weyh time tu dahla kami ni baru first semester kena pengalaman macam ni, huhuhu seram! Tak lama kemudian ustaz datang merawat ketiga-tiga pelajar yang pengsan dan akhirnya mereka di bawa ke bilik masing- masing.

Keesokkan harinya, kelas aku bertempat di belakang kelas B dan pada waktu itu kelas mereka sedang berlansung sesi presentation. Kedudukanku pada waktu itu di bahagian hadapan paling hujung di pintu masuk kelas. Sedang khusyuk mendengar penjelasan dari pensyarah, tiba-tiba sorang-sorang budak lelaki di dalam kelas B keluar diikuti dengan pelajar perempuan yang lain. Kami yang baru saja menamatkan kelas pada waktu itu keluar berkerumun ingin mengetahui apa yang terjadi.

Rupa-rupanya Ani dan Mek dirasuk! Jin yang merasuki Mek dan Ani ni datangnya dari tasik fakulti. Satu jin di tasik belah kanan dan satu lagi jin di tasik belah kiri. Ani dari jin belah kanan tasik manakala Mek di tasik belah kiri. Masing-masing datang dari zaman yang berbeza dan sangat tua berusia beribu tahun dahulu. Apabila mereka cuba berlawan sesama sendiri, ustaz muncul in the nick of time!

Apabila ustaz memulakan sesi soal jawab diantara mereka barulah dia tahu bahawa mereka sering berbalah kerana merebutkan kawasan masing-masing dan menggunakan Ani sebagai pengantara kerana sifat Ani yang sentiasa keseorangan dan selalu sedih jadi senang untuk membina tapak di dalam badan Ani. Setelah sesi rawatan selesai kami semua dari kelas A dan B membantu Ani dan Mek ke bilik asrama masing – masing.

Aku difahamkan mereka berdua tidak boleh bersua-muka kerana ada satu kejadian apabila Ani ni menapak ke fakulti dan terdapat Mek di situ kedua-mereka rebah serentak dan akan dirasuk semula. Jadi untuk mengelakkan daripada berlaku kejadian yang tidak diingini berlaku, Ani dan Mek dibawa balik untuk berehat dan mencari alternative untuk mendapatkan rawatan. Mereka berdua kembali ke politeknik sebagai junior di bawah kami dan Ani di kelas A manakala Mek di kelas B. Walaupun kami berasa kesian dengan keadaan mereka berdua tetapi tu untuk kebaikan mereka berdua juga.

Sampai akhir di sini saja penulisanku. Kalau cerita aku ni diterima dan mendapat feedback positif dari kalian, aku akan menceritakan dengan lagi detail cerita-cerita seram yang lain. Untuk pengajaran hidup jangan bersendiri kerana kita amat memerlukan insan bernama kawan. Susah senang bersama-sama. Sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 55 Average: 3.2]
Nurul

5 thoughts on “TASIK”

  1. Dik…baik tak payah tulis lagi, menurut akak cerita adik ni menarik TETAPI….hancur ayat dan jalan cerita nya. Maaf ya kena cakap terus terang ni

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.