Tawa Mistteri

Nama aku Hana..
Kisah yang aku nak sampaikan bukan kisah hantu.. Tapi lebih kepada kisah misteri..
Seumur hidup aku tak pernah berdepan kisah seram.
Ini kali pertama kejadian..
Kisah berkisar di tahun 2019..
Aku baru pertama kali buka buku pink utk kehamilan kali ke-4.. 3 kali mengandung dlu semua keguguran.

Aku buka buku pink di klinik kesihatan di satu daerah dalam Kedah. Nama klinik lebih baik dirahsiakan..
Dah berkali-kali buat routine check up di klinik tersebut tak ada perkara pelik yang berlaku.
Hingga satu minggu tu, aku diminta buat ujian darah untuk kenal pasti diabetes untuk ibu hamil.
Minggu hadapannya baru lah keputusan ujian tu dibaca oleh doktor.Hari yang dijadualkan hari khamis sebab Doktor untuk bahagian ibu mengandung hanya hari Khamis.

Akan ttapi, aku terlupa.
Hari Jumaat baru aku teringat itu pon sbb laki aku p solat jumaat, maka aku call terus klinik tersebut..

Kali pertama, tidak berjawab.
Kali kedua, tidak berjawab.
Kali ketiga, tidak berjawab.
Fikirku biasa laa klinik ker*j**n,susah nak berjawab panggilan..
Kali keempat berjawab, suara wanita yang bernada marah di hujung talian dengan loghat utara.. Aku gelarkan pihak yang jawab panggilan tu Kerani(K) dan pihak aku (A)

K:”Tak reti adab ka, org bagi salam tiga kali ja.. Dah x angkat tu x payah laa call dah, ni call ni nak apa?“

(aku terus teringat waktu tu waktu rehat)
A:Minta maaf, sy nak tanya, saya terlepas tarikh appointment..
Macam mana yaa?

K: Ha Ahad mai kita amik darah sekali.

A: Untuk apa ya amik darah?

K: Saja! Hahahahahhaa!
Mai jaa lah ahad nnt..
(dia ketawa seakan-akan mengilai dan suara dia seakan-akan dekat betul di cuping telinga, memang meremang)

A:Ok baik.. Minta maaf saya ganggu td.

Tibalah hari Ahad..
Aku hadir ke klinik. Aku ikut prosedur macam biasa letakkan kad..
Tiba2 nurse Su yang ditugaskan untuk kes aku panggil dan tanya
“kenapa mai hari ni”
Aku pon ceritalah,
“saya terskip appointment khamis lepas, jadi hari jumaat lepas saya telefon klinik, orang yang jawab telefon tu minta saya mai hari ahad”

Pastu nurse Su tanya kawan sekerja dia nurse B
Su:”sapa jaga kkia hari jumaat ritu?“
Nurse B inform “Kak Lily”

Nurse su pon tanya Nurse Lily..

Su:hang ada angkat call patient ka jumaat ritu?”

Lily: Mana ada, kami patient pon ada 3org jaa, habis pkul 9 teruih balik..

Su: Hana, call pkul brapa?

Aku: pkul 1 camtu.

Su: ish salah kot..
Kami hari jumaat sabtu klinik tak buka, nurse ada pon 2org utk baby newborn check kuning ja,kalau patient dalam rekod ada 3org habis ja 3org tu mai check up, nurse hat 2org ni pon balik laa,, kamu salah kot…
.
Aku terus teringat, phone aku jenis automatic record conversation call..
Jadi aku sambil buka record tersebut
Aku:sat, phone saya ada rekod conversation..

Aku pon buka record tersebut yang jelas tertera number telefon klinik dan mainkan..
Dalam record tersebut hanya dengar aku bercakap sebelah pihak..
TAPI!
bunyi suara pihak sana gelak Memang jelas dengar!

Dan aku ceritakan semula apa perbualan aku..
Aku, nurse su, Nurse Lily masing2 tergamam..
Masing2 meremang…

Su: ish meremang aku aih..

Lily: Hang perasan dak, macam suara Kak Yan

Kak yan tu cleaner yg skrg koma di hospital sebab terjatuh dalam tandas klinik..

Cerita ni hanya tergantung disini..
Kekal sebagai misteri.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

HANASUHANA

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.