Tegur #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Saya ade baca komen. Ade positif ade negatif. Hahahaha.. Saya ade baca kate penulisan formal dan skema, datang dari masa depan, lepas tu kata macam mane boleh jadi hati kering and cerita macam tergantung.. Cerita memang tamat kat situ je.. Hahahaha.. Tak perasan kate salah kira tahun (anti mathematics).. Sambung kisah saya.. Saya gantikan kate ganti nama diri sebagai aku supaya tak formal sangat. Hahaha..
Awal tahun 2012, aku kene pindah rumah dari Ayer Tawar ke Sitiawan (nama tempat dirahsiakan).. Aku pindah rumah sebab arwah tok wan aku (ayah kepade mak aku) suruh buat rumah dalam kebun dia untuk jaga kebun dia. Lepas rumah tu siap, kitorang pon pindah rumah. Aku ni kongsi bilik dengan kakak and adik aku. Mase awal pindah tu, tak ade lah ape-ape yang jadi macam kene ganggu ke, kene tegur ke, kene usik ke. Tak ade pulak. Tapi, lepas dekat 2 bulan pindah tu, barang2 pon still proses unpacking, aku terase pelik dengan rumah. Especially bilik aku. Aku ingat lagi, aku tengah seronok baca komik, kaki tibe-tibe rase sakit macam kene cucuk. Mase aku tengok kaki aku, kaki aku berdarah. Aku cube la baik sangka kate aku pijak kaca la, duri kelapa sawit la (walaupun tak ade) untuk sedap kan hati.
Malam tu, aku nak minun air sebab haus. Aku pon keluar la bilik and aku nampak satu lembaga ni lalu depan bilik abang aku. Aku buat tak peduli and minum air suam kat dapur. Family aku tak suke air sejuk sebab tu tak ade air dalam peti ais. Lepas minum air, aku nampak satu lembaga duduk dekat ruang tamu, betol-betol mengadap aku. Muke tak nampak. Aku pon terus masuk bilik. Jantung aku dup dap dup dap.. Laju je pam d***h.
Masa aku nak tidur, aku nak tutup tingkap bilik sebab tingkap terbuka dari pagi lagi. Nyamuk banyak masuk bilik. Masa nak tutup tu, aku nampak (tak tahu la bende ape) berdiri dekat pokok kelapa sawit, tengok aku. Dah la badan berbulu, tinggi, hitam kalah pekat malam, mata merah gila macam biji saga. Bau tak yah cakap, busuk dia macam bangkai.. Tak lalu nak nafas. Aku tak mampu nak redha. Aku dok pandang je sampai bende tu hilang. Lepas hilang baru aku boleh gerak and tutup tingkap. Lepas tutup tingkap tu, aku golek-golek la sebab tak dapat tidur lagi.
Dalam aku ralit golek-golek atas katil, dengar macam umi aku panggil. Aku pon jawab la. Sunyi. Aku keluar bilik tengok umi aku tengah tengok tv. “Ade panggil ke tadi?” aku tanya. “Tak ade. Kenape?” umi aku tanya. “Eh? Tadi dengar umi panggil. Bile jawab, sunyi je. Tu tanya kot-kot umi panggil. Tak ade tak ape lah” aku terangkan dekat mak aku. Mak aku angguk je. Aku masuk bilik and terdengar lagi “Nitaa! “.. “Yer umi” aku keluar balik. “Ade kenape panggil?” aku tanya. “Mana ade umi panggil” jawab mak aku. Aku dah garu-garu kepala. Aku masuk bilik dan baring. Bile mase aku tidur pon tak perasan sebab dok fikir siape yang panggil.
Esok tu, aku jalan-jalan dalam kebun. Kutip kelapa and tolong family sikit. Aku tengok rumah aku and aku nampak lembaga tu duduk atas zink rumah aku. Aku terdiam. Mak aku tarik tangan aku dan cakap “tak payah pandang dia. Meh tolong umi cangkul tanah. Nak tanam sayur.” Aku mengiyakan saja sebab tak nak fikir makhluk tu. Tengah aku elok-elok cangkul, aku tengok bende tu berdiri depan aku. Nauzubillah min zalik. Akibatnya, aku tercangkul kaki aku. Nasib baik tak luka sebab cangkul tu tumpul and penuh tanah. “Ya Allah. Kamu ni dah kenape?” mak aku tanya. Aku diam je tak jawab ape mak aku tanya and terus masuk rumah. Aku minun air dan istighfar banyak-banyak. Elok aku pusing badan aku, terpampam bende tu depan aku. Aku tak tahu nak jerit ke, lari ke ape. Mase ayah aku tegur aku baru aku perasan yang bende tu dah tak ade. Suke pulak dia main nyorok-nyorok and cak cak dengan aku.
Malam tu, aku lagy sekali kene panggil.. “Nita..” panggil bende tu. Aku pon bebal jugak pergi jawab.. “siapa?” aku tanya. “Datang la pada aku.. ” kata suara tu lagy. Aku dah pelik. “Datang mana? ” aku jawab. “Sini.. ” lepas dia kata gitu, terus angin yang elok bertiupan terus berhenti. Rumah aku blackout. Aku pasang la flashlight suluh bilik aku. Sekali aku terpandang tingkap bilik aku terbuka. Padahal, aku dah tutup dah and nak buka tingkap tu kene dari dalam sebab kene tolak and sangat ketat nak tolak. Lepas aku baca bismillah, aku tutup tingkap. Aku rasa macam ade yang memerhati. Tapi aku biarkan je. Aku terus keluar bilik dan duduk dengan mak aku. Lepas ayah aku dah kol TNB suruh cek semua, baru elektrik ade. Aku masa ni dah tidur dah kat ruang tamu sebab ngantok sangat-sangat.
After that, tak ade dah gangguan. Tak ade kene panggil-panggil, usik-usik, sorok-sorok. Walaupun tak ade, tapi tak tamat lagi. Selalunya tengah hari dan waktu malam aku akan nampak kelibat lembaga warna hitam macam bayang-bayang lalu depan bilik abang aku (sekarang jadi bilik adik aku). Boleh kate dalam seminggu tu, 4-5 kali nampak dalam seminggu.
Aku biasanya akan buat bodoh je sebab tak nak layan. Nanti layan makin menjadi. Nanti makin kerap pulak dia muncul kat rumah ni. Rumah ni dah la dalam kebun, memang kawasan jin bertandang. Ade pulak perkampungan belakang rumah ni. Macam-macam.
Kadang tu, adik aku yang nampak bende tu lalu. Mak aku selalu nampak, tapi buat bodoh. Ayah aku pulak memang tak pernah kene ganggu sebab hati batu kering kontang lagi hardcore dari aku. Kalau kene pon silap-silap dia tak perasan. Hahaha.. Abang aku and kakak aku, aku tak sure deme pernah nampak atau tak.
Tahun 2017, bulan 8, hari Selasa, (tarikh tak ingat)
Mak aku kejut aku suruh bangun siap-siap pergi sekolah (aku sekarang tingkatan 6 atas, aliran sastera dan ambil bahasa melayu. Mungkin sebab tu penulisan aku jadi skema). Aku pon bangun malas je nak pergi mandi. Aku bangun dari katil, ambik towel dekat hanger, aku pon bukak pintu. Dalam aku bukak tu, aku nampak bende merangkak dekat dinding bilik aku, keluar dari bilik macam spider-man. Aku dah terkejut sebab aku tahu aku tak mamai and cahaya dari dapur dah cukup untuk terangkan bilik aku even tak bukak lampu. Memang lembaga tu merangkak keluar dari bilik aku and bende tu bentuk dia macam manusia. Aku masa tu dah naik lali dengan bende-bende tu (even yang merangkak tu pengalaman yang pertama) terus pergi bilik air and mandi. Lepas mandi and solat, aku terus siap-siap pergi sekolah.
Several days after that, hari Sabtu atau Ahad (tak ingat), aku tengah mandi tengah hari sebab panas sangat cuaca hari tu. Masa aku tengah mandi, aku nampak bilik air sebelah aku lampu menyala means ade yang masuk bilik air. Aku cakap “Sapa kat sebelah? Umi ke??” Senyap. “Husna ke kat sebelah?” Senyap. “Jangan bukak air tau. Orang tengah pakai air” aku bagi tahu sebab bilik air rumah ni kongsi tangki. Jadi bile satu bilik air pakai, satu lagi tak ade air and kadang-kadang tu tak ade pressure. Elok aku tengah mandi, lampu terpadam. Menjeritlah sebab tutup lampu. Bile aku suruh bukak balik, tak ade sapa menyahut and sunyi je. Disebabkan masa lampu tu terpadam, aku tak dengar bunyi orang petik suis tu. Jadi aku ingat blackout. Lepas aku sudah mandi, pakai baju ape semua dalam bilik air, aku pergi ruang tamu and aku nampak mak, adik and ayah aku tengah tengok tv. Aku tanya lah “Tadi sapa yang tutup lampu bilik air mase orang tengah mandi?” mak aku and adik aku pandang aku pelik. “Mana ade sape tutup. Kitorang dari tadi kat depan. Tak ade singgah dapur and area bilik air pon.” adik aku bagitahu. “Serius ahh.. Jangan la main-main. Sapa tutup lampu tadi? Ke blackout?” aku tanya. “Tak dak sapa pi bilik aiyaq tu. Karen pon dok ada ja dari tadi. Hang tu kot penin. Orang tak pi kat dia, dia kata kita mai pulak.” Ayah aku cakap kat aku. Aku pulak ‘apakah?’. Aku masuk bilik aku and study sambil tunggu waktu solat fardhu Zohor masuk. Dalam hati dok fikir, sapa lah yang menganggu waktu tengah mandi tadi. Sebabnya memang tak dengar bunyi orang petik suis. Kalau prank, mesti dengar even perlahan. Aku pon malas nak pikir and terus solat bile masuk waktu solat. Aku study sampai malam, lepas tu terus tido.
Alhamdulillah sampai sini je dulu sebab pengalaman kene tegur kat rumah sampai sini je. Insya Allah kalau ade peluang, aku ceritakan kisah tegur yang aku dan kawan aku kene mase di sekolah lama dan sekarang dan kisah di rumah opah aku yang memang tak mampu nak lupe. Hahahaha. Terima kasih sebab membaca. Maaf sekiranya cerita macam berterabur and jalan cerita cepat sebab tak pandai nak karang cerita sendiri since tak ade buat rangka jalan cerita.. Segala kekurangan harap dimaafkan. Insya Allah kite jumpe lagi di siri yang lain. Assalamualaikum

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Nita
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

10 comments

  1. mmg seram cita awak..tp kan dik..napa dibiarkan aje perkara tu berlaku…kan lebih elok dibuat bacaan yassin/pagar rumah atau pasang rukyah supaya benda2 tu tak datang kerumah lagi…kena la usaha sesuatu bukan dibiarkan mcm tu aje…esok2 awak dah kawin ke…atau ada budak2 kecik/bayi datang rumah mau menangis tak tido malam bila lihat makhluk2 mcm tu…

    1. Betul! Orang tua tua cakap rumah kita memang kena pagar sebenarnya. Panggil Ustaz. Itu rumah kita kot, mana boleh share2 dengan Hantu ?

    2. bukan saja nak biar.. sebab laluan dia.. masa hujung disember 2012,,dah cube suruh ustaz pagarkan.. lepas buat tu,, mak kene ganggu.. dia gigit betis mak.. lebam tak berdarah tengok..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.